Laman Rasmi Smk Tengku Indra Petra, Gua Musang

  • Home
  • Laman Rasmi Smk Tengku Indra Petra, Gua Musang

Laman Rasmi Smk Tengku Indra Petra, Gua Musang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Laman Rasmi Smk Tengku Indra Petra, Gua Musang, School, .

23/05/2026

“Setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang diucapkan kepada

Encik Mohd Razali Bin Che Hamid

atas pelantikan sebagai Pengetua SMK Tengku Indra Petra. ✨

Semoga kehadiran tuan membawa sinar baharu, kepimpinan yang cemerlang serta inspirasi buat seluruh warga sekolah dalam melakar lebih banyak kejayaan.

Selamat memimpin, selamat berbakti, dan semoga SMKTIP terus unggul di bawah kepimpinan tuan. 🌟”

16/05/2026

"GURU BITARA, NADI NEGARA"

Selamat Hari Guru kepada semua pendidik hebat SMKTIP dan juga di seluruh Malaysia. Terima kasih di atas dedikasi, ilmu dan kasih sayang yang tidak ternilai dalam membentuk masa depan anak bangsa.




12/04/2026
🎓PERHATIAN LEPASAN SPM & IBU BAPA!🎓 Jangan lepaskan peluang untuk merancang masa depan anda!📢 PROGRAM JOM SAMBUNG NGAJI ...
09/04/2026

🎓PERHATIAN LEPASAN SPM & IBU BAPA!🎓

Jangan lepaskan peluang untuk merancang masa depan anda!

📢 PROGRAM JOM SAMBUNG NGAJI 2026
📍 Parlimen Gua Musang

🗓 Tarikh: 9 April 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
📌 Tempat: Dewan Al-Iman, SMK Tengku Indra Petra 2, Gua Musang

✨ Lebih 20 institusi pendidikan hadir!
(IPTA • Kolej • IKBN • GIAT MARA • IPTS)

💡 Apa yang anda akan dapat?
✔️ Banyak pilihan laluan masa depan
✔️ Peluang sambung belajar
✔️ Panduan terus daripada institusi

📣 Apa jua keputusan SPM… SEMUA ADA TEMPAT!
Tiada siapa yang akan tertinggal!

🤝 Anjuran: PIBG SMK TIP2
Dengan kerjasama pelbagai agensi pendidikan

📢 Jom share ramai-ramai!
Biar lebih ramai anak Gua Musang tahu peluang masa depan mereka masih terbuka luas!

PROGRAM TUISYEN MADANI STPM (PENGAJIAN AM, BAHASA MELAYU, SEJARAH) 2025TIP X BANDAR CHIKUMasa : 8.00 pagi - 1.00 tghrTem...
18/01/2026

PROGRAM TUISYEN MADANI STPM (PENGAJIAN AM, BAHASA MELAYU, SEJARAH) 2025
TIP X BANDAR CHIKU

Masa : 8.00 pagi - 1.00 tghr
Tempat : Bilik Gerakan SMK TIP
Tarikh : 12 - 14 Januari 2026

"Soaring To Excellence"

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN RESTU ILMU SEMPENA PEPERIKSAAN SEMESTER 3, ULANGAN 1, ULANGAN 2 (STPM 2025) & SEMESTER 1 (STPM 20...
18/01/2026

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN RESTU ILMU SEMPENA PEPERIKSAAN SEMESTER 3, ULANGAN 1, ULANGAN 2 (STPM 2025) & SEMESTER 1 (STPM 2026).
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Surau Asrama SMK TIP
Tarikh : 15 Januari 2026

Semoga urusan anak anak TIP dipermudahkan
"Soaring To Excellence"

Selamat Menduduki Ujian Bertulis bagi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada semua calon Tingkatan 5 pada tah...
25/11/2025

Selamat Menduduki Ujian Bertulis bagi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada semua calon Tingkatan 5 pada tahun 2025.

Semoga para calon diberikan ketenangan, kecerdasan minda dan kelancaran dalam menjawab setiap kertas peperiksaan.

Pihak sekolah sentiasa mendoakan agar seluruh calon SMK TIP dikurniakan kejayaan yang cemerlang serta dipermudahkan dalam setiap urusan.

Selamat maju jaya dan semoga kecemerlangan menjadi milik anda semua.

WORLDWIDE NIGHT✨Tarikh : 29 OKTOBER 2025 Tempat : Dewan Indra, SMKTIP Majlis Worldwide Night diadakan bagi meraikan muri...
05/11/2025

WORLDWIDE NIGHT✨

Tarikh : 29 OKTOBER 2025
Tempat : Dewan Indra, SMKTIP

Majlis Worldwide Night diadakan bagi meraikan murid Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM.

Majlis penuh bermakna ini telah dirasmikan oleh YB Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, ADUN Nenggiri yang juga merupakan alumni SMK Tengku Indra Petra.

Semoga majlis ini menjadi kenangan indah dan pembakar semangat buat semua calon SPM 2025

LATIHAN KEBEKARAN (FIRE DRILL) PERINGKAT SEKOLAH DENGAN KERJASAMA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT GUA MUSANGTarikh : 29 Okt...
05/11/2025

LATIHAN KEBEKARAN (FIRE DRILL) PERINGKAT SEKOLAH DENGAN KERJASAMA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT GUA MUSANG

Tarikh : 29 Oktober 2025

Latihan Kebakaran telah diadakan dengan penglibatan semua warga sekolah yang bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kepentingan keselamatan, langkah menyelamat diri dan cara bertindak dengan tenang sekiranya berlaku kecemasan.

Semoga latihan ini dapat meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan semua warga sekolah terhadap situasi kecemasan.

Address


18300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Laman Rasmi Smk Tengku Indra Petra, Gua Musang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share