28/02/2024
PENDAFTARAN KELAS TAHFIZ DAN TILAWAH INTERAKTIF SESI 2024
(bermula 11 Mac 2024)
Kelas TAWIF kini dibuka untuk pengambilan pelajar berumur 13 tahun ke atas yang mempunyai sesi persekolahan sebelah petang bagi pembelajaran sekolah menengah. Kelas ini menawarkan 3 elemen penting dalam memperkasakan pemahaman ilmu Al-Quran iaitu:
- Tilawah (talaqqi bersama guru)
- Tahfiz (menghafal)
- Tajwid (penerangan hukum-hukum tajwid)
Maklumat kelas TAWIF ialah seperti berikut:
🟡 Hari: Isnin - Jumaat
🟡 Masa: 8.30 pagi - 11.30 pagi
🟡 Tempat: Masjid Muhammad Al-Fateh
🟡 Pakaian: Bebas dan menutup aurat (sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa)
💸 Yuran pengajian: RM70/sebulan
- Yuran pendaftaran (sekali seumur hidup): RM20.00
📚 Kitab Al-Quran dan Rehal pengajian disediakan secara PERCUMA❗
✅ Guru berpengalaman dalam bidang Al-Quran dan Hafazan
Daftar sekarang melalui pautan berikut: https://forms.gle/ERZa6S4Lr7o7zewL6
Sebarang pertanyaan lanjut boleh terus hubungi Guru Besar Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Fateh: Nurul Syahidah (011-72124090).
Harap maklum, terima kasih.