Tadika Dzul Iman Bandar Baru Bangi

Tadika Dzul Iman Bandar Baru Bangi

Share

Preschool for 3 years ++ until 6 years old children

03/01/2026

Anak ibu ayah pertama kali mahu ke tadika? Mesti ibu ayah pun berdebarkan. InshaAllah anak-anak sedang melalui satu proses baru dalam kehidupannya.

Kita kongsikan 5S sebelum ibu ayah menghantar anak ke tadika. Moga bermanfaat 🤗.

S : SAYANG

Kanak-kanak perlu dimaklumkan tentang kemasukan dia ke tadika sejak awal supaya dia bersedia.

Mereka perlu mendapat mesej bahawa mereka dihantar ke tadika kerana kita mahukan kebaikan dan mereka merasai kegembiraan dan keseronokan.

S : SYUKUR

Persediaan ini bukan untuk anak tetapi khusus untuk ibu bapa sendiri.

Syukur ini perlu dilafazkan kepada diri sendiri dan Allah.

Bila ibu bapa mengiktiraf nikmat-nikmat ini dan bersyukur, barulah sifat sabar boleh ada.

Jika suasana syukur ini tidak diwujudkan, anak tidak dapat disediakan untuk pergi ke fasa yang baru dalam perkembangan dirinya.

S: SABAR

Dengan perspektif syukur, jiwa ibu bapa akan mampu bertahan dan bersabar untuk keadaan yang luar jangka dalam menghantar anak ke tadika.

Expect the unexpected.

Bersabar ini bukan semata-mata dalam posisi bertahan, maksud bersabar juga adalah ibu bapa bersabar dalam mengusahakan pilihan dan teknik yang lain.

S: SISTEM

Dalam mempersiapkan anak untuk pergi ke tadika, ibu bapa kena mula membina peraturan. Peraturan perlu disesuaikan dengan fasa baru yang bakal ditempuhi.

Contoh, peraturan sedia ada , anak boleh mandi pada pukul 9 pagi, proses memandikan anak perlu dimulakan awal sedikit demi sedikit.

Peraturan ini dimaklumkan dengan gembira dan seronok kepada anak.

S: SOLAT

Solat yang perlu didisiplinkan kepada ibu ayah , bukan anak kerana mereka masih belum diwajibkan solat.

Kesedaran ibu ayah bahawa urusan mendidik anak sentiasa memerlukan Allah kerana banyak perkara di luar kawalan manusia.

فَفِرُّوٓا۟ إِلَى ٱللَّهِ ۖ إِنِّى لَكُم مِّنْهُ نَذِيرٌۭ مُّبِينٌۭ

Maksudnya :(Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): "Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata (Surah Az-Zariyaat : 50)

01/11/2025

USTAZAH, TADIKA DZUL IMAN BANDAR BARU BANGI NI DEKAT MANA?

Tadika Dzul Iman Cawangan Bandar Baru Bangi terletak di Jalan Kajang Impian, Seksyen 7 Bangi berhadapan McDonald's Bangi.

Ibu ayah boleh ikut laluan seperti yang ditunjukkan di dalam video di bawah ini untuk sampai ke tadika kita.

Kemasukan Ke Tadika Dzul Iman Bandar Baru Bangi Bagi Tahun 2026 KINI DIBUKA!

👉 Kami tawarkan FREE TRIAL CLASS.
👉 3 Kali Ansuran Bayaran Yuran Tahunan.
👉 30 tahun pengalaman mendidik anak-anak dengan adab, akhlak, sunnah & seerah.
👉 Ribuan ibu ayah telah mempercayai Dzul Iman untuk pendidikan awal anak mereka.

Kami terletak di 👇🏻

📍Lokasi: Tadika Dzul Iman cawangan Bandar Baru Bangi
📌Landmark: Restoran McDonald's Bandar Baru Bangi DT
⏰Waktu Operasi: 7.30 pagi - 6.30 petang

Mari ibu ayah, DAFTAR ANAK di DZUL IMAN UNTUK SESI KEMASUKAN 2026 !

👉 Klik LINK / BUTANG WHATSAPP di bawah untuk daftar awal sebelum seat penuh!

https://wa.link/r3wrzl
https://wa.link/r3wrzl
https://wa.link/r3wrzl

02/09/2025

🤩🤩 7 sesi baru Dzul Iman Info Day untuk bulan September 🤩🤩

Ibu ayah sedang survey tadika untuk anak? Tapi tak sempat lagi untuk lawat tadika?

Jom ibu ayah ke Info Day Tadika Dzul Iman!

📌 Setiap rabu & jumaat, jam 8.15 malam. Secara ONLINE & PERCUMA - mudah & jimat masa di mana sahaja 🤗.

Kita kongsikan :
✅ Modul & pendekatan Dzul Iman.
✅ Memahami bagaimana sistem Khalifah membantu dalam membentuk anak soleh.

🎁 Rebut peluang mendapat *Diskaun RM100 dari yuran tahunan*😍 jika ibu ayah booking tempat untuk anak ke Tadika Dzul Iman.

Jom daftar sekarang untuk booking slot bulan September ini ⬇️

➡️ https://dzulimanhq.onpay.my/order/form/dzinformationday

19/08/2025

Tengah survey tadika untuk anak? Tapi tak sempat lagi untuk lawat tadika?

Kami jemput ibu ayah ke Info Day Tadika Dzul Iman!

📌 Pada hari rabu & sabtu ini. Semua secara ONLINE - mudah & jimat masa di mana sahaja.

✅ Kenali Modul & pendekatan Dzul Iman.
✅ Fahami sistem Khalifah yang bantu membentuk anak soleh.

Jom daftar sekarang. Sesi ini adalah percuma

➡️ https://dzulimanhq.onpay.my/order/form/dzinformationday

11/08/2025

Alhamdulillah 💯
Subjek Isnin
Buku Si Kecil Berfikir 🌹
Khalifah dapat mengetahui permainan tradisional seperti main getah, teng-teng dan juga main anak patung.
Khalifah dapat mengalami sendiri dengan guru-guru menyediakan bahan-bahan untuk bermain di tadika pagi tadi.

Jom ibu-ibu
Ingin anak-anak ibu ibu alami keunikan modul Dzul Iman,
Boleh hubungi Tadika Dzul Iman Bandar Baru Bangi .

06/08/2025

Alhamdulillah.
Malam ini seramai 90+ ibu ayah hadir ke Info Day online.
Tahniah.

Tadika Dzul Iman Bandar Baru Bangi

06/08/2025

Parenting Tips:

Jangan tegur salah anak di depan orang lain.

06/08/2025

Lempeng Sedap
Lempeng Sedap

Silibus KSPK
Diolah dengan projek bertema yang menarik
Mencetus anak anak kecil untuk berfikir
Kenapa Iman panggil Lempeng, Ah Chong panggil Pizza, Muthu panggil Chapati?

Nak tau kenapa?
Jom hantar anak ke Free Trial Tadika
Ogos Intake
Zero Annual Fees

01/08/2025

Ibu-ibu mencari Tadika yang menekankan cara guru mengajar instead of mengejar hasil pencapaian akademik anak kecil?

Boleh datang FREE TRIAL di Tadika Dzul Iman Bandar Baru Bangi .

Guru - guru berbahasa iman dan sopan
Mengutamakan dorongan bukan jerkahan
Menjadi pengaruh yang baik bukan pengarah kepada anak anak.

Gambar di bawah anak anak sedang belajar subjek JAWI.

Menggunakan kurikulum KSPK tetapi diajar menggunakan Khalifah Way.

Apa itu Khalifah Way?
Jom ibu ibu singgah dulu.



-6tahun

Tiada yuran tahunan
August Intake

28/07/2025

Seronok betul belajar di Dzul Iman Smart Khalifah .

Setiap mata pelajaran yang diajar, pasti ada ABM tersendiri.

Subjek Qiraati pun ada "game",
Subjek Cinta Allah dan Rasul pun ada bahan maujud,
Belajar matematik pun ada "flash card" nya.
Pendek kata buku hanya panduan sahaja.
Untuk khalifah ingat apa yang dipelajari, mesti ada bahan-bahan tambahan disediakan oleh asatizah dipandu oleh Module Department.

Tahniah
Alhamdulillah

Want your school to be the top-listed School/college?