Jabatan Pengurusan dan Perniagaan Uitm Cawangan Pulau Pinang

  • Home
  • Jabatan Pengurusan dan Perniagaan Uitm Cawangan Pulau Pinang

Jabatan Pengurusan dan Perniagaan Uitm Cawangan Pulau Pinang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Pengurusan dan Perniagaan Uitm Cawangan Pulau Pinang, Education Website, Jabatan Pengurusan Perniagaan UiTM Cawangan Pulau Pinang, .

Kunjungan Muhibbah PSB x JPP UiTMCPP28 Julai 2025 menjadi tarikh bermakna apabila JPP UiTM Cawangan Pulau Pinang menerim...
28/07/2025

Kunjungan Muhibbah PSB x JPP UiTMCPP
28 Julai 2025 menjadi tarikh bermakna apabila JPP UiTM Cawangan Pulau Pinang menerima delegasi Politeknik Sultanah Bahiyah (PSB) bagi Mesyuarat Penilaian Subjek Baharu Diploma Pemasaran.
Mesyuarat ini turut membincangkan padanan kurikulum serta membuka ruang kerjasama strategik. Sesi promosi program Pascasiswazah FPP, ICEPS & EMBA turut berlangsung dengan jayanya.
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga kolaborasi ini menjadi pemangkin kejayaan bersama.

Program Pembinaan Pasukan JPP ‘Esprit De Corps’📅 17 Julai 2025📍 Pulau Betong, Balik Pulau, Pulau Pinang🕗 8.30 pagi – 5.0...
28/07/2025

Program Pembinaan Pasukan JPP ‘Esprit De Corps’
📅 17 Julai 2025
📍 Pulau Betong, Balik Pulau, Pulau Pinang
🕗 8.30 pagi – 5.00 petang
Setinggi-tinggi terima kasih buat pengurusan kanan UiTMCPP, APB, PTAR, Unit Kenderaan, serta semua rakan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Sokongan dan kerjasama anda semua benar-benar menceriakan dan memeriahkan program ini!
Semoga semangat kebersamaan ini terus mengeratkan hubungan mesra antara warga JPP.
Terima kasih semua! 😊

PROGRAM JPP BIL. 4/2025 ✨Bengkel Penyelidikan: Integrasi Generative AI & Canva dalam Strategi Cooperative Problem-Based ...
28/07/2025

PROGRAM JPP BIL. 4/2025 ✨
Bengkel Penyelidikan: Integrasi Generative AI & Canva dalam Strategi Cooperative Problem-Based Learning (CPBL) untuk Pensyarah
📅 14 & 15 Julai 2025
🕗 8.00 pagi – 4.00 petang
📍 Ruang LCE, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Profesor Dato’ Ir. Dr. Ahmad Rashidy bin Razali, yang menjalankan fungsi Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang, atas kesudian merasmikan bengkel ini.
Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pengurusan Perniagaan dan Akademi Pengajian Bahasa UiTMCPP, dengan kerjasama Universiti Brunei Darussalam, Skolar Sdn Bhd, Universiti Sains Malaysia (USM), Politeknik Seberang Perai, dan PTAR UiTMCPP.
Seramai 50 orang pensyarah dari UiTMCPP, USM dan Politeknik Seberang Perai telah menyertai bengkel yang memberi pendedahan kepada strategi pengajaran berimpak tinggi melalui integrasi Generative AI dan Canva dalam pendekatan CPBL.
Ucapan terima kasih khas kepada dua penceramah jemputan, Dr. Mohammad Tazli Azizan dan Don Skolar daripada Skolar Sdn Bhd, atas perkongsian ilmu yang amat bermanfaat, segar dan memberi inspirasi kepada para peserta.
Setinggi penghargaan juga ditujukan kepada kedua-dua Pengarah Program, Dr. Norhidaayah Harun dan Dr. Norhaslinda, atas kepimpinan dan dedikasi dalam menjayakan program ini.
Tahniah dan syabas kepada barisan AJK JPP:
Dr. Santhanamery, Noorsaliza Amin Nudin, Melinda Yunos, Aniza Ishak, Nor Fadzilah Zainal, Siti Nur Fathini Muhsain & Tn. Haji Azli atas komitmen dan kerjasama padu dalam penganjuran yang cemerlang! 👏🏼

👥 PENYERTAAN DALAM BENGKEL SPECIAL PROJECT TEAM (SPT) - PINDAAN AKTA KANAK-KANAK 2001 [AKTA 611]📅 Tarikh: 2 - 4 Jun 2025...
04/06/2025

👥 PENYERTAAN DALAM BENGKEL SPECIAL PROJECT TEAM (SPT) - PINDAAN AKTA KANAK-KANAK 2001 [AKTA 611]

📅 Tarikh: 2 - 4 Jun 2025
📍 Tempat: The Grand Renai, Kota Bharu, Kelantan
🏛️ Anjuran: Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Alhamdulillah, bengkel ini menghimpunkan para wakil strategik daripada pelbagai agensi dan institusi bagi membincangkan pindaan kepada Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611), demi memastikan kebajikan dan perlindungan hak kanak-kanak terus ditambah baik sejajar dengan keperluan semasa.

✨ Tahniah diucapkan kepada Pensyarah Kanan Jabatan Pengurusan dan Perniagaan (JPP) juga selaku Pengerusi Pusat Pelindung Kanak-kanak Seberang Perai Utara (PPKK SPU), Tn. Hj. Mohd Sukor Bin Hj. Md Yusoff atas penyertaan beliau dalam bengkel ini sebagai wakil akademik yang komited terhadap pembangunan dasar sosial negara.

Antara fokus utama bengkel:
✅ Kajian semula peruntukan sedia ada dalam Akta 611
✅ Penambahbaikan aspek penguatkuasaan & kebajikan kanak-kanak
✅ Penyelarasan pandangan pelbagai pihak untuk pindaan lebih efektif dan holistik

Semoga hasil bengkel ini membawa impak positif yang berpanjangan kepada generasi masa hadapan. 🌱




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Pada 11 Januari 2025, Sabtu, satu majlis santai penuh kenangan telah diadakan di Lon...
14/01/2025

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pada 11 Januari 2025, Sabtu, satu majlis santai penuh kenangan telah diadakan di Lone Pine Hotel, Batu Ferringhi bertemakan "Picnic by the Beach", untuk meraikan Farewell Dr. Subri Tahir bersama rakan-rakan Jabatan Pengurusan dan Perniagaan.

Dalam suasana tepi pantai yang indah, majlis ini turut dihadiri oleh Dr. Subri, pasangan, serta keluarga tersayang. Pelbagai aktiviti istimewa seperti ucapan penghargaan, perkongsian kenangan manis, dan sambutan hari lahir Dr. Subri telah menceriakan majlis. Tema santai ini menambahkan keakraban dan menjadikan majlis lebih bermakna.

Kami mengucapkan selamat bersara dan selamat hari lahir kepada Dr. Subri. Terima kasih atas segala ilmu, inspirasi, dan kenangan yang ditinggalkan.
Kami akan sentiasa merindui Dr. Subri!

Semoga kehidupan selepas persaraan ini dipenuhi kebahagiaan, kesihatan, dan keberkatan. 🌊🌴☀️

HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN PULAU PINANG 2023 DAN EKSPO AGRO BUDDIES UITMHARI        : Jumaat - AhadTARIKH    :...
06/12/2023

HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN PULAU PINANG 2023 DAN EKSPO AGRO BUDDIES UITM

HARI : Jumaat - Ahad
TARIKH : 8-10 Disember 2023
TEMPAT : Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang

Pelbagai acara menarik yang bakal menanti anda. Antaranya:

☘️PAMERAN & PERTANDINGAN INOVASI TEKNOLOGI PERTANIAN
☘️PAMERAN & PERTANDINGAN POKOK AGRO BUDDIES
☘️PAMERAN JABATAN/AGENSI KERAJAAN
☘️JUALAN POKOK HIASAN
☘️JUALAN PRODUK USAHAWAN IKS
☘️PETTING ZOO / PAMERAN LEMBU SADO
☘️MALAM KEBUDAYAAN
☘️BINTANG PELADANG
☘️LORONG NOSTALGIA
☘️PERLAWANAN BOLA SEPAK / TARIK TALI
☘️GERAI JUALAN / FOOD TRUCK
☘️AGRO KID'S CORNER
☘️JUALAN TERRARIUM
☘️JUALAN AGRO MADANI
☘️PAMERAN JENTERA PERTANIAN
☘️BIG SCREEN FINAL PIALA MALAYSIA
☘️PERSEMBAHAN BUSKER
☘️LORONG NOSTALGIA

Serta banyak lagi acara menarik menanti anda.Jangan Lepaskan peluang untuk turut serta memeriahkan acara ini. Cabutan Bertuah turut menanti anda dengan hadiah yang menarik & lumayan.

Jom mai UiTM Pulau Pinang. Jumpa di sana.

Address

Jabatan Pengurusan Perniagaan UiTM Cawangan Pulau Pinang

13500PERMATANGPAUH

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6043822888

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pengurusan dan Perniagaan Uitm Cawangan Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share