Fared ASB Financing

  • Home
  • Fared ASB Financing

Fared ASB Financing Pelbagai strategi disediakan mengikut bajet untuk mencapai matlamat kewangan anda. Kita coaching 1:1 sampai jadi.

02/09/2022

Sambil melabur, sambil menang hadiah! Siapa tak nak kan?

ASB Financing boleh menjadi senjata kewangan yang bagus sekiranya tahu bagaimana untuk sesuaikan dengan perancangan kewa...
10/08/2022

ASB Financing boleh menjadi senjata kewangan yang bagus sekiranya tahu bagaimana untuk sesuaikan dengan perancangan kewangan masing-masing.

Bila rujuk di atas pulangan dia sangat best, dan kita boleh diversify kan simpanan kita melalui ASB Financing.

Ada banyak lagi tips & teknik yang saya tak dapat muatkan semuanya dalam post ini.

Siapa Nak tahu teknik kuasai ASB Financing secara percuma & bagaimana ASBF boleh beri manfaat pada anda,

Jom masuk group ni ramai-ramai.

Zero to Hero Teknik ASBF

HARINI KITA PRESENT KAT FUND MANAGER TENTANG TEKNIKAL ASB FINANCING NI.Orang yang bertanggungjawab dalam memegang amanah...
19/07/2022

HARINI KITA PRESENT KAT FUND MANAGER TENTANG TEKNIKAL ASB FINANCING NI.

Orang yang bertanggungjawab dalam memegang amanah mengendalikan dana pelaburan juga nak secure pelaburan berisiko rendah juga.

Jom kita secure pelaburan berisiko rendah dahulu sebelum nak melabur ke arah pelaburan berisiko tinggi. Janji kita beli RM1 seunit jual juga RM1 seunit.

Kalau terus melabur kat pelaburan berisiko tinggi berkemungkinan kehilangan modal pelaburan kita 🤗

P/s: Mesti ramai tengah takut OPR naik. Kalau kita faham kenapa OPR naik tu mesti kita grab sekarang ASB Financing ni. Dividen pun mesti rancak. Takkan nak tunggu dividen tinggi baru buat. Rugilah kita nanti 😬

Fakta:

Sebelum Covid 19;
- Ekonomi Baik
- Dividen ASB sekitar 7%
- Kadar keuntungan bank (interest) sekitar 5%.

Ketika Covid 19;
- Ekonomi Teruk
- Dividen ASB sekitar 5%
- Kadar keuntungan bank (interest) sekitar 3.45%. (Turun Banyak)

Dapat sesuatu? Kalau bermanfaat share kepada rakan-rakan. Ahli keluarga serta rakan-rakan tempat kerja. Pada yang cakap ASB Financing ni rugi samada dia tak pernah buat atau dia tak tahu teknik yang betul.

Jom dapatkan consultation secara percuma dengan saya

wasap.my/60173524066/CoachingASBF

12/07/2022

BANK NEGARA NAIKKAN OPR 0.25%

Overnight Policy Rate (OPR) adalah kadar keuntungan / interest yang dikawal oleh BNM. OPR akan berubah mengikut situasi ekonomi semasa. Semasa ekonomi jatuh contohnya akibat Covid-19, OPR diturunkan. Jadi kadar interest bank juga turun. Apabila ekonomi kembali stabil, OPR biasanya akan naik kembali. Kadar keuntungan/interest semua bank di Malaysia biasanya akan ikut perubahan OPR bank negara.

Perubahan OPR akan menyebabkan perubahan pada kadar keuntungan bank untuk pembiayaan jenis Variable Rate seperti Pembiayaan Rumah dan Pembiayaan ASB. Untuk jenis fixed rate seperti Personal Loan dan Kereta, tak terkesan.

Variable Rate

Jika OPR turun, kadar keuntungan turun, bayaran pun lebih rendah.

Jika OPR naik, kadar keuntungan naik, bayaran pun lebih tinggi.

Contoh;

Sebelum Covid 19;
- Ekonomi Baik
- Dividen ASB sekitar 7%
- Kadar keuntungan bank (interest) sekitar 5%.

Ketika Covid 19;
- Ekonomi Teruk
- Dividen ASB sekitar 5%
- Kadar keuntungan bank (interest) sekitar 3.45%. (Turun Banyak)

Pada 6 July 2022, BNM naikkan OPR sebanyak 0.25% daripada 2.00% kepada 2.25%.
Kebiasaannya, semua bank di Malaysia pun akan naikkan rate sebanyak 0.25% juga. Jika sebelum ini 3.70%, akan naik jadi 3.95%. Yang 4.00% akan naik jadi 4.25%. Tunggu je pengumuman bank masing-masing. Ada bank yang cepat naikkan, ada bank yang lambat sikit untuk bagi masa kepada pengguna.

Kenapa ASB Financing perlu guna kaedah variable rate?

Ini untuk mengelakkan pelabur kerugian ketika ekonomi teruk. Jika ASBF guna fixed rate, ramai yang akan kerugian jika dividen rendah kerana interest bank kekal.

Apabila guna variable rate, ketika ekonomi teruk, dividen rendah, interest rate pun rendah. Jadi risiko untuk pelabur rugi lebih rendah.

Ketika ekonomi baik, dividen tinggi, interest rate pun tinggi. So win-win situation.

Yang penting, kadar dividen semasa lebih tinggi daripada interest rate.

Harapan Masa Depan
Diharapkan kenaikan OPR yang terkini menandakan prestasi ekonomi yang semakin pulih dan dividen ASB tahun 2022 lebih baik berbanding 2021.

Kadar bayaran baru
Semua bank akan revise bayaran ASBF pelabur. Tapi takkan berlaku on the spot. Mungkin akan ambil masa 1-2 bulan untuk mulakan kadar bayaran baru. Pihak bank akan maklumkan kepada pelabur, biasanya melalui surat. Bagi yang ada online banking, boleh terus tengok dalam apps. Selagi belum dapat notis, bayar macam biasa dahulu.

Secara anggaran kasarnya, kenaikan OPR 0.25% akan menyebabkan kenaikan installment bulanan sebanyak;

200K - Naik sekitar RM30
150K - Naik sekitar RM22-23
100K - Naik sekitar RM15
50K - Naik sekitar RM7-8
10K - Naik sekitar RM1.5
1K - Naik sekitar RM0.15
Jumlah lain? darab lah sendiri dengan RM0.15 tu.

**Kadar kenaikan sebenar akan dimaklumkan oleh bank masing2.

Bagi yang dah buat bayaran lumpsum setahun, akan ada kekurangan untuk bulan ke 12 nanti. Nanti boleh tambah bayaran pada bulan ke 12. Sekarang tak perlu buat apa-apa lagi.

Penutup
Sebagai pelabur yang berilmu, kita takkan gelabah. Kita faham OPR akan berubah mengikut keadaan ekonomi. OPR naik menandakan ekonomi semakin baik daripada sebelumnya. Aktiviti ekonomi dalam negara juga dah boleh kembali beroperasi secara normal. Kemungkinan hasil pulangan dividen kita juga semakin baik di masa hadapan. Stay cool, melaburlah dengan ilmu. 😎

NANTI SAYA AKAN UPDATE INFO DARI SEMASA KE SEMASA

⚠️ Tips nak mudah lulus permohonan financing/loan:
- Apply lah secepat mungkin sebelum bank naikkan BR. Sebab sekarang kiraan kelayakan masih ikut bayaran rate lama.
- Selepas ini, bayaran loan-loan lain seperti loan rumah pun akan naik. Jadi komitmen akan jadi tinggi dan makin susah nak lulus loan baru.

28/06/2022

Mereka mempunyai pemikiran yang agak berbeza dalam dunia kewangan untuk membantu menjaga dan membina kekayaan mereka

KIRA-KIRA TEKNIK COMPOUNDINGBagi sesiapa yang ada matlamat jangka masa pendek seperti berkahwin, beli rumah, beli kereta...
27/06/2022

KIRA-KIRA TEKNIK COMPOUNDING

Bagi sesiapa yang ada matlamat jangka masa pendek seperti berkahwin, beli rumah, beli kereta dan lain-lain perlu menyimpan secara konsisten setiap bulan. Jadi teknik yang sesuai adalah compounding. Jangan usik dividen supaya duit dapat dikumpul dengan cepat. Jom kita buat kira-kira.

BERAPA SAYA DAPAT KALAU SIMPAN SELAMA 5 TAHUN?

⚠️ Teknik Compounding - Simpan setiap bulan tanpa usik dividen.

Kiraan based on;

👉Dividen 5.0%
👉Kadar Keuntungan Bank 3.70%
👉Tempoh pembiayaan 40 tahun
👉Berhenti selepas 5 tahun

ASBF 200K - Bulanan RM800

Dividen

Tahun 1 - 5.0% x 200,000 = 10,000
Tahun 2 - 5.0% x 210,000 = 10,500
Tahun 3 - 5.0% x 220,500 = 11,025
Tahun 4 - 5.0% x 231,525 = 11,576
Tahun 5 - 5.0% x 243,101 = 12,155

Jumlah Dividen Terkumpul = RM55,256

Baki hutang selepas 5 tahun = RM188,085 (Rujuk Loan Calculator)

Maka Pulangan Prinsipal (Surrender Value) = 200,000 - 188,085 = RM11,915

Jumlah Simpanan:
55,256 + 11,915 = RM67,171✅

So dah faham kan cara kiraannya?
Untuk kiraan nilai sijil yang berbeza amaun, kita dah tak perlu buat kiraan baru. Untuk jimatkan masa, kita boleh work smart. Tak perlu kira satu-satu.

📌Gunakan kaedah nisbah sahaja, bandingkan dengan hasil simpanan sijil 200K.

⚠️ ASBF 150K - BULANAN RM600

👉150/200 x 67,171 = RM50,378✅

⚠️ ASBF 100K - BULANAN RM400

👉100/200 x 67,171 = RM33,585✅

⚠️ ASBF 50K - BULANAN RM200

👉50/200 x 67,171 = RM16,792✅

Senang je kan??? So boleh dah buat kira-kira yang sesuai dengan bajet dan target korang.

📌 Ada yang kata 5 tahun lama sangat. Diorang nak capai target dalam masa 3 tahun je. Jadi kiraan di bawah saya buat khas untuk game plan selama 3 tahun.

BERAPA SAYA DAPAT KALAU SIMPAN SELAMA 3 TAHUN?

ASBF 200K

Dividen
Tahun 1 - 5.0% x 200,000 = 10,000
Tahun 2 - 5.0% x 210,000 = 10,500
Tahun 3 - 5.0% x 220,500 = 11,025

Jumlah dividen terkumpul = RM31,525

Baki hutang selepas 3 tahun = RM193,152 (Rujuk Loan Calculator)

Maka Pulangan Prinsipal (Surrender Value) = 200,000 - 193,152 = RM6,848

Jumlah Simpanan:
31,525 + 6,848 = RM38,373✅

📌Gunakan kaedah nisbah sahaja, bandingkan dengan hasil simpanan sijil 200K

⚠️ ASBF 150K - BULANAN RM600

👉150/200 x 38,373 = RM28,780✅

⚠️ ASBF 100K - BULANAN RM400

👉100/200 x 38,373 = RM19,186✅

⚠️ ASBF 50K - BULANAN RM200

👉50/200 x 38,373 = RM9,593✅

Pengiraan adalah berdasarkan Dividen 5.0% dan Kadar Keuntungan Bank 3.70%. Hasil sebenar mungkin berbeza.

Harap kira-kira ringkas di atas dapat membantu untuk korang tentukan matlamat dan bajet korang. Bila ada matlamat ni, lebih mudah kita nak menyimpan sebab kita nampak apa yang kita nak.

Kalau dah ready nak menyimpan, boleh wasap saya segera. Saya bantu proses submission A to Z. Klik je link di bawah;

wasap.my/60173524066/TeknikCompounding

Salam semua, saya nak share satu group Viral Telegram berkaitan ASB Financing. B*k tips, info & strategi dikongsikan. Se...
31/05/2022

Salam semua, saya nak share satu group Viral Telegram berkaitan ASB Financing. B*k tips, info & strategi dikongsikan. Semoga bermanfaat 🤗
Group ini sesuai untuk golongan:
👩‍🎓 Fresh Graduate
👩‍❤️‍👨 Pasangan sweet nak Berkahwin
🏠 Kumpul Deposit Rumah / Renovate
✈️ Duit Travel / Haji atau Umrah
👵 Dana persaraan tambahan
Jika bermanfaat bantu saya sebarkan ilmu kepada lebih ramai orang 😉
https://t.me/teknikviralasb
https://t.me/teknikviralasb
https://t.me/teknikviralasb

17/04/2022

Rasa ragu ragu untuk bayar ansuran rumah nanti?

Jom tanam sifat disiplin sebagai persediaan simpanan paksa dengan platform ASB Financing

17/03/2022

"No Lock In Period" adalah kelebihan ASBF iaitu kita boleh terminate bila-bila masa tanpa perlu selesaikan baki pembiayaan.

PERBEZAAN DI ANTARA SIMPANAN ASB BIASA & APPLY ASB FINANCING ⁉️Sejak pengumuman dividen di bawah 7%, ramai yang mula mer...
11/02/2022

PERBEZAAN DI ANTARA SIMPANAN ASB BIASA & APPLY ASB FINANCING ⁉️
Sejak pengumuman dividen di bawah 7%, ramai yang mula merasakan ASB Financing sudah tidak relevan.
Contoh sijil RM200K 💡
Installment sebulan RM770
Installment setahun RM9,240
Dividen 5% iaitu RM10,000
Dalam pemikiran orang ramai, ramai yang beranggapan :
📌 ASB Financing tidak relevan sebab dividen tak dapat cover installment bank setahun.
📌 ASB Financing hanya untungkan bank.
📌 Baik simpan sendiri sebab dividen tak dapat cover installment setahun.
Tapi mereka lupa dan tak tahu yang HASIL simpan sendiri JAUH LEBIH RENDAH!!!
Mesti pelik kan?! 🤔
Bagi memahami kenapa ASB Financing jauh lebih untung, anda kena fahamkan bagaimana kiraan hasil keuntungan daripada ASB Financing.
Jika sudah faham, cuba buat jadual perbandingan MODAL & PULANGAN antara simpan sendiri di ASB dengan apply ASB Financing.
Mengambil contoh untuk gameplan 5 tahun untuk ASBF RM200K. Setelah menggunakan modal yang sama iaitu sebanyak RM770 sebulan, keputusannya amat mengejutkan.
Selepas 5 tahun :
Hasil ASB Saving : RM52,582
Hasil ASBF 200K : RM69,249
Perbezaan yang amat tinggi.
Perbezaan hasil RM16,667
BEST PART KEUNTUNGAN ❤️ ASB Financing sebenarnya terletak pada 2 FAKTOR :
1) Kiraan Dividen ASB menggunakan berdasarkan Baki Minimum Bulanan, jadi kelebihan kepada ASB Financing kerana dividen terus dikira berdasarkan 200K. Manakala simpan sendiri di ASB, kiraan dividen kena dikira dari duit yang setiap bulan dia simpan. Jadi dividen yang dapat sedikit.
2) BAKI PRINSIPAL ATAU SURRENDER VALUE yang kita dapat bila berhenti buat ASB Financing. Ramai yang terlepas pandang Sebab tu ramai melabelkan ASBF ni tak untung. Sedangkan nilai principal yang dapat ni lah yang melonjak kan hasil ASB Financing. Kalau ASBF 200k, 5 tahun terminate pun dah dapat RM12,578 lebih.
Jadi,
Adakah anda masih dengan stigma ASB Financing ni tidak untung?
Adakah masih berfikir simpan sendiri ni lebih ok dari apply ASB Financing?
Fikir - Fikirkan lah !!
Nak tahu lagi detail tentang ASBF?
✅ Sijil 50K - 200K
✅ Dividen setiap tahun
✅ Pelaburan terjamin
✅ Rendah risiko
✅ Tiada lock in period
✅ Patuh syariah
✅ Perlindungan takaful
Sesuai untuk orang yang ada matlamat seperti:
👩‍❤️‍👨 Kumpul duit kahwin
🏡 Deposit rumah/Renovate rumah
✈️ Travel/Haji
👵 Dana persaraan tambahan
Bagi yang berminat dan serius nak mulakan pelaburan ASBF ni boleh hubungi saya segera saya guide sampai anda faham mengikut matlamat kewangan yang hendak dicapai
👇👇 👇
http://www.wasap.my/60173524066/NakApplyASBG
http://www.wasap.my/60173524066/NakApplyASBG
http://www.wasap.my/60173524066/NakApplyASBG

31/01/2022

ASB dan ASN adalah antara platform pelaburan paling popular di Malaysia. Tetapi, adakah kedua-dua pelaburan ini patuh syariah?

Address

City Centre

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fared ASB Financing posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share