17/04/2026
ππππππππ ππππ πππππ πππππππ - πππππ πππππ ππ-πππππππ π
π 16 April 2026 | 18 Syawal 1447H (Khamis)
π PASTI An-Najihin
Selamat Hari Lahir diucapkan kepada anak-anak PASTI yang dilahirkan pada bulan Januari hingga April. Semoga anak-anak sentiasa dalam rahmat Allah SWT, dikurniakan kesihatan yang baik serta membesar menjadi anak yang soleh dan solehah.
Semoga anak-anak menjadi penyejuk mata ibu ayah, berakhlak mulia, rajin menuntut ilmu dan dipermudahkan dalam setiap urusan. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat β€οΈ
DOA UNTUK ANAK-ANAK (AMALAN PARA ULAMA)
Ψ¨ΩΨ³ΩΩ
Ω Ψ§ΩΩΩΩ Ψ§ΩΨ±ΩΩΨΩΩ
Ω°ΩΩ Ψ§ΩΨ±ΩΩΨΩΩΩΩ
Ω
Ya Allah, berkatilah anak-anak kami dan janganlah Engkau memudaratkan mereka. Kurniakanlah mereka taufik untuk mentaati-Mu serta jadikanlah kami mendapat manfaat daripada kebaikan mereka.
Ya Allah, wahai Yang Mengajari Nabi Musa dan Nabi Adam, ajarkanlah mereka ilmu pengetahuan. Wahai Yang Memahamkan Nabi Sulaiman, kurniakanlah mereka kefahaman. Wahai Yang Memberikan Nabi Luqman hikmah dan kepetahan, berikanlah mereka hikmah dan kepetahan.
17/04/2026
ππππππππ ππππ ππππ ππππππ
ππππ πππππ ππ-πππππππ ππππ β¨
π 16 APRIL 2026 | 18 SYAWAL 1447H (KHAMIS)
π PASTI AN-NAJIHIN
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan lancar dan meriah Sambutan Hari Raya Aidilfitri serta Sambutan Hari Lahir Januari - April PASTI An-Najihin 2026. Majlis ini memberi peluang untuk anak-anak bergembira di samping mengeratkan silaturrahim antara pihak PASTI dan para ibu ayah.
Jutaan terima kasih kepada ibu ayah atas sumbangan pelbagai juadah serta kepada semua waris yang hadir memeriahkan majlis. Kehadiran dan sokongan kalian amat kami hargai. Semoga segala kebaikan dibalas dengan rezeki yang melimpah dan dipermudahkan segala urusan β€οΈ
Pergi ke taman memetik bunga,
Bunga melur harum baunya,
Syawal tiba penuh bahagia,
Maaf zahir batin dipinta semua.
Kami pihak PASTI An-Najihin ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang majlis berlangsung. Semoga kenangan indah ini menjadi memori manis buat anak-anak dan kita semua π€
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN
Daripada kami, warga PASTI An-Najihin β¨
16/03/2026
ππππππ ππππ ππππ : ππππππ ππππππ πππππππ ππππ-ππππ πππππ ππ-πππππππ β¨
π 15 MAC 2026 (AHAD)
π PASTI AN-NAJIHIN
Alhamdulillah, hari ini anak-anak Pasti An-Najihin berpeluang merasai pengalaman membuat kuih raya sendiri dalam projek khas yang penuh keceriaan! Dengan semangat dan kesungguhan, mereka berganding bahu menyediakan Jejari Coklat yang sedap dan lazat. Setiap langkah dilakukan dengan penuh keterujaan π₯°
Selain belajar kemahiran baru, aktiviti ini juga mengeratkan ukhuwah serta memupuk sikap kerjasama dan kesabaran dalam diri mereka. Semoga pengalaman ini menjadi kenangan manis dan memberi manfaat buat mereka β€οΈ
05/02/2026
ππππππ πππππππ & πππππ πππππ ππ-πππππππ π
Minggu pertama persekolahan bagi anak-anak Pasti An-Najihin. Aktiviti anak-anak PASTI yang dirakamkan sepanjang minggu pertama dan kedua persekolahan.
π€² Ya Allah, kami serahkan anak-anak ini dalam penjagaan-Mu. Permudahkanlah urusan pembelajaran mereka, kurniakan kesihatan yang baik, hati yang lembut menerima ilmu dan akhlak yang indah.
π βWahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami pasangan dan zuriat keturunan sebagai penyejuk mata, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.β
(Surah Al-Furqan: 74)
Semoga anak-anak ini membesar menjadi anak yang soleh dan solehah, beriman, berilmu, beradab serta membanggakan agama, keluarga dan guru-guru π€π±
Aamiin ya Rabbal βAlamin πΈ
30/01/2026
ππππππππ ππππ ππ-ππππ | πππππ ππππππππ π΅πΈ
Hari ini anak-anak PASTI bersama-sama menunaikan Solat Hajat sempena Program PASTI Bersama Al-Quds dan Gaza. Dengan hati yang suci dan penuh keikhlasan, tangan-tangan kecil ini diangkat memohon pertolongan Allah buat saudara kita yang sedang diuji.
Walaupun masih di usia kecil, mereka dididik untuk memahami erti doa, rasa empati dan kepedulian terhadap penderitaan umat Islam di seluruh dunia.
Semoga setiap doa yang dilafazkan menjadi asbab rahmat, perlindungan dan kemenangan buat Al-Quds dan Gaza.
Didikan sejak kecil membentuk jiwa yang cakna, beriman dan berperikemanusiaan.
PASTI mendidik dengan iman, akhlak dan kasih sayang π€
Al-Quds bukan sekadar kisah, tetapi perjuangan yang hidup di hati π΅πΈ
03/01/2026
ππππππ
πππππ πππππππ ππππππ ππππ ππππ πππππ ππππππ β¨
Jom daftar segera!
π Status Kekosongan:
4 Tahun : β Penuh
5 Tahun : β
Masih Ada Kekosongan
6 Tahun : β
Masih Ada Kekosongan
π ππππππ
πππππ πππππππ ππππ πππππ ππ-πππππππ ππππ ππππ ππππ ππππππ π
βΌοΈTERBUKA KEPADA ANAK-ANAK BERUMUR 4, 5 DAN 6 TAHUN
Pengajian akan berlangsung :
β
Ahad - Khamis
β
8.00pagi - 12.30 tengahari (4 jam)
Pendaftaran perlu di buat melalui 2 cara :
βͺοΈππ§π₯π’π§π
1) Klik
https://www.pastimalaysia.com/epasti-online/
2) Masukkan kod PASTI β‘οΈ K130316
4) Isi maklumat
5) Sila screenshot dan hantarkan slip pada nombor telefon yang tertera.
βͺοΈππππ₯π’π§π
(Boleh dapatkan borang pendaftaran di PASTI AN-NAJIHIN)
Sebarang pertanyaan boleh terus berhubung dengan :
π§π» Cikgu Najwa (0174573147)
π§π» Cikgu Aqilah (0175971121)
DAFTAR SEKARANG, TEMPAT ADALAH TERHADβ
04/12/2025
ππππππ ππππππππ ππππππππ πππππ ππ-πππππππ ππππ π
PART 2
Bertakhta kilauan jadi dambaan,
Permatalah sakti bersinar indah,
Tahniah anak-anak atas kejayaan,
Taburlah bakti bersulam akidah.
Tahniah dan syabas kepada anak-anak yang mencapai kejayaan dalam akhlak dan bidang akademik seperti membaca, menulis dan mengira serta pengetahuan agama, termasuk hafazan Al-Quran dan doa. Sekalung penghargaan juga buat muallimah dan ibu bapa yang hebat! π·
04/12/2025
ππππππ ππππππππ ππππππππ πππππ ππ-πππππππ ππππ π
π 03 Disember 2025 (Rabu)
π Dewan Maahad Tarbiah Haraki Annur
PART 1
Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Anugerah Prestasi PASTI An-Najihin bagi sesi 2025.
Terima kasih diucapkan kepada Perasmi Al-Fadhil Ustaz Zelani bin Nik Chik sudi hadir merasmikan Majlis Anugerah Prestasi PASTI An-Najihin 2024/2025. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Al-Fadhilah Ustazah Nurul Adha binti Abu Bakar, Bendahari Dewan Muslimat PAS Kawasan Baling sudi hadir ke Majlis Anugerah Prestasi PASTI An-Najihin 2025.
PASTI An-Najihin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan TAHNIAH kepada semua anak-anak PASTI An-Najihin yang menerima anugerah.
Semoga kecemerlangan kalian pemangkin semangat untuk terus berjaya di masa akan datang untuk keluarga, Islam dan Negara.
Terima kasih diucapkan kepada Pengurus PASTI An-Najihin, Ahli Jawatankuasa, guru-guru serta ibu bapa/penjaga diatas komitmen, memberi sokongan, dorongan dan bersama-sama menggembleng tenaga bagi memastikan Majlis Anugerah Prestasi PASTI An-Najihin 2025 berjalan dengan lancar.
Mohon maaf diatas segala kekurangan daripada PASTI An-Najihin, in shaa Allah segala kelemahan dan kekurangan akan diperbaiki untuk masa akan datang.
Tahniah untuk semua! π
24/10/2025
π ππππππ
πππππ πππππππ ππππ πππππ ππ-πππππππ ππππ ππππ ππππ ππππππ π
βΌοΈTERBUKA KEPADA ANAK-ANAK BERUMUR 4, 5 DAN 6 TAHUN
Pengajian akan berlangsung :
β
Ahad - Khamis
β
8.00pagi - 12.30 tengahari (4 jam)
Pendaftaran perlu di buat melalui 2 cara :
βͺοΈππ§π₯π’π§π
1) Klik
https://www.pastimalaysia.com/epasti-online/
2) Masukkan kod PASTI β‘οΈ K130316
4) Isi maklumat
5) Sila screenshot dan hantarkan slip pada nombor telefon yang tertera.
βͺοΈππππ₯π’π§π
(Boleh dapatkan borang pendaftaran di PASTI AN-NAJIHIN)
Sebarang pertanyaan boleh terus berhubung dengan :
π§π» Cikgu Najwa (0174573147)
π§π» Cikgu Aqilah (0175971121)
DAFTAR SEKARANG, TEMPAT ADALAH TERHADβ
23/10/2025
ππππ πππ πππππ πππππππ ππππππ ππππ πΆ
Alhamdulillah β€οΈ
Anak-anak Pasti An-Najihin diberi kesempatan untuk mengikuti pertandingan Alam Ria Peringkat Kawasan Baling.
Ucapan setinggi-tinggi TAHNIAH dan SYABAS buat semua anak-anak hebat yang telah menyertai pertandingan Alam Ria PASTI. Keberanian kalian untuk tampil mencuba dan menunjukkan bakat adalah satu pencapaian yang sangat membanggakan π₯°
Kalah dan menang itu adat pertandingan yang penting ialah semangat, usaha dan pengalaman yang diperoleh. Setiap langkah yang diambil hari ini adalah batu loncatan menuju kejayaan yang lebih besar di masa hadapan.
Teruskan berusaha, teruskan berani dan teruskan bersinar β¨
Kami bangga dengan kamu semua π