SK Bagan Tuan Kechil

  • Home
  • SK Bagan Tuan Kechil

SK Bagan Tuan Kechil Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SK Bagan Tuan Kechil, School, jalan mengkuang, .

๐Ÿ†๐Ÿ“š Majlis Penyampaian Hadiah Bulan Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris ๐Ÿ“š๐Ÿ†Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya maj...
24/04/2026

๐Ÿ†๐Ÿ“š Majlis Penyampaian Hadiah Bulan Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris ๐Ÿ“š๐Ÿ†

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya majlis penyampaian hadiah sempena Bulan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di SK Bagan Tuan Kechil ๐ŸŽ‰

Majlis ini diadakan bagi menghargai usaha dan pencapaian murid-murid yang telah menunjukkan komitmen serta bakat dalam pelbagai aktiviti bahasa yang dianjurkan ๐Ÿ“โœจ

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang atas kejayaan yang diraih ๐Ÿ‘๐ŸŽŠ Semoga penghargaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus cemerlang dalam penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ๐Ÿ“–๐Ÿ’ช

Tidak dilupakan, setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru dan semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini ๐Ÿค๐Ÿ˜Š

Bahasa Jiwa Bangsa, English for Global Communication! ๐ŸŒ

๐Ÿ“šโœจ Program Galakan Membaca & Jom Baca Bersama 10 Minit โœจ๐Ÿ“šAlhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Galakan...
24/04/2026

๐Ÿ“šโœจ Program Galakan Membaca & Jom Baca Bersama 10 Minit โœจ๐Ÿ“š

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Galakan Membaca & Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2026 di SK Bagan Tuan Kechil pada Khamis, 23 April yang lalu๐Ÿ“

Program ini bertujuan memupuk budaya membaca dalam kalangan murid serta menyemai minat terhadap ilmu pengetahuan sejak peringkat awal ๐Ÿ“–๐Ÿ’ก

Seluruh warga sekolah turut sama meluangkan masa selama 10 minit untuk membaca secara serentak, menjadikan suasana penuh dengan semangat cinta akan buku ๐Ÿ“šโค๏ธ Murid-murid juga menunjukkan penglibatan yang sangat baik dan fokus sepanjang program berlangsung ๐Ÿ‘๐Ÿ˜Š

Semoga amalan membaca ini terus menjadi budaya dalam kehidupan seharian kita ๐ŸŒฑ

Membaca Amalan Mulia! ๐Ÿ“–โœจ

๐Ÿ’ป๐Ÿ”’ Ceramah Keselamatan Internet ๐Ÿ”’๐Ÿ’ปKita imbas kembali ceramah keselamatan internet yang telah dilaksanakan dengan jayanya...
24/04/2026

๐Ÿ’ป๐Ÿ”’ Ceramah Keselamatan Internet ๐Ÿ”’๐Ÿ’ป

Kita imbas kembali ceramah keselamatan internet yang telah dilaksanakan dengan jayanya di dewan SK Bagan Tuan Kechil pada Rabu, 22 April yang lalu๐Ÿ“

Program ini anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama pihak sekolah ๐Ÿค

Pelbagai perkongsian bermanfaat telah disampaikan kepada murid mengenai penggunaan internet secara selamat, berhemah dan bertanggungjawab ๐ŸŒโœจ termasuk cara melindungi maklumat peribadi, mengelakkan penipuan dalam talian serta etika penggunaan media sosial ๐Ÿ“ฑ๐Ÿšซ

Murid-murid juga menunjukkan minat dan fokus yang tinggi sepanjang ceramah berlangsung ๐Ÿ‘๐Ÿ˜Š

Semoga ilmu yang diperoleh dapat diamalkan agar kita semua lebih bijak dan selamat dalam dunia digital ๐Ÿ’ก๐Ÿ’ช

Klik dengan bijak, kekal selamat! ๐Ÿ”

๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿ… Latihan Rumah Sukan 2026 ๐Ÿ…๐Ÿƒโ€โ™€๏ธSekilas suasana padang SK Bagan Tuan Kechil yang cukup meriah dengan berlangsungnya ...
24/04/2026

๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿ… Latihan Rumah Sukan 2026 ๐Ÿ…๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ

Sekilas suasana padang SK Bagan Tuan Kechil yang cukup meriah dengan berlangsungnya latihan rumah sukan 2026 pada Rabu, 22 April yang lalu! ๐ŸŒŸ

Murid-murid menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dengan penglibatan dalam pelbagai acara seperti larian 100m ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿ’จ, lompat jauh ๐Ÿ–๏ธ, lontar peluru ๐Ÿฆพ serta latihan sukaneka PPKI ๐ŸŽฏ๐Ÿ˜Š.

Latihan ini bukan sahaja mengasah bakat dan kemahiran murid, malah memupuk nilai disiplin, kerjasama dan semangat berpasukan ๐Ÿค๐Ÿ”ฅ.

Terima kasih kepada guru-guru dan semua yang terlibat dalam menjayakan latihan ini ๐Ÿ‘ Semoga semua murid terus bersemangat dan bersedia untuk kejohanan nanti! ๐Ÿ’ฏ

Majulah sukan untuk semua! ๐Ÿ†

๐Ÿ“ข Program Pencegahan Denggi: Ganyang Aedes! ๐ŸฆŸ๐ŸšซTelah berlangsung dengan jayanya program kesedaran โ€œGanyang Aedes!โ€ di dew...
24/04/2026

๐Ÿ“ข Program Pencegahan Denggi: Ganyang Aedes! ๐ŸฆŸ๐Ÿšซ

Telah berlangsung dengan jayanya program kesedaran โ€œGanyang Aedes!โ€ di dewan SK Bagan Tuan Kechil pada hari Rabu, 15 April yang lalu. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid tentang bahaya denggi serta langkah-langkah pencegahan yang perlu diamalkan dalam kehidupan seharian

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan termasuk taklimat, demonstrasi dan perkongsian ilmu yang interaktif ๐ŸŽค๐Ÿ“Š. Murid-murid juga menunjukkan penglibatan yang sangat baik dan bersemangat sepanjang program berlangsung ๐Ÿ‘๐Ÿ˜Š

Semoga usaha ini dapat meningkatkan kesedaran warga sekolah untuk bersama-sama membanteras pembiakan nyamuk Aedes demi persekitaran yang lebih sihat dan selamat ๐ŸŒฑ๐Ÿ’ช

Cegah Aedes, Lindungi Nyawa! โค๏ธ

๐Ÿ’™ Pelancaran Bulan Kesedaran Autisme SK Bagan Tuan Kechil 2026 ๐Ÿ’™  Alhamdulillah, program Pelancaran Bulan Kesedaran Auti...
14/04/2026

๐Ÿ’™ Pelancaran Bulan Kesedaran Autisme SK Bagan Tuan Kechil 2026 ๐Ÿ’™

Alhamdulillah, program Pelancaran Bulan Kesedaran Autisme telah berlangsung dengan jayanya pada 13 April 2026 ๐ŸŒŸ

Terima kasih kepada semua warga sekolah yang bersama-sama menjayakan program ini serta menunjukkan sokongan terhadap anak-anak istimewa kita ๐Ÿค๐Ÿ’–

Marilah kita bersama-sama meningkatkan kesedaran, memahami keunikan dan menyebarkan kasih sayang kepada mereka yang berada dalam spektrum autisme ๐Ÿ’™โœจ

Autisme: Terima, Faham, Prihatin ๐Ÿงฉ
Light It Up Blue ๐Ÿ’ก๐Ÿ’™

Semoga usaha ini dapat melahirkan masyarakat yang lebih penyayang, inklusif dan prihatin ๐ŸŒˆ

๐Ÿ“Œ Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45 SK Bagan Tuan Kechil 2026Alhamdulillah, Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45 telah berlangs...
14/04/2026

๐Ÿ“Œ Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45 SK Bagan Tuan Kechil 2026

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45 telah berlangsung dengan jayanya pada 11 April 2026 ๐Ÿคโœจ

Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa, penjaga dan warga sekolah yang hadir serta memberikan komitmen yang padu demi kecemerlangan anak-anak SKBTK โค๏ธ๐Ÿ“š

Semoga kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa terus diperkukuh dalam usaha melahirkan generasi yang cemerlang, seimbang dan berakhlak mulia ๐ŸŒŸ

Terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini ๐Ÿ™Œ

๐Ÿ’ MAJLIS PERPISAHAN CIKGU ZARINA๐Ÿ’ โœจ๐Ÿ“… 10 April 2026  Warga SK Bagan Tuan Kechil mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan ๐ŸŒน...
14/04/2026

๐Ÿ’ MAJLIS PERPISAHAN CIKGU ZARINA๐Ÿ’ โœจ
๐Ÿ“… 10 April 2026

Warga SK Bagan Tuan Kechil mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan ๐ŸŒน dan terima kasih kepada Cikgu Zarina binti Ibrahim, Penyelaras PPKI, atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di sekolah ini.

Sesungguhnya, setiap usaha ๐Ÿ’ช dan kasih sayang โค๏ธ yang diberikan kepada murid-murid, khususnya dalam Pendidikan Khas, amat bermakna dan tidak ternilai harganya. Kehadiran cikgu bukan sahaja sebagai pendidik ๐Ÿ“š, malah sebagai pembimbing dan inspirasi ๐ŸŒŸ kepada seluruh warga sekolah.

Perpisahan ini bukanlah pengakhiran, tetapi satu permulaan kepada perjalanan baharu ๐ŸŒˆ. Namun, kenangan bersama cikgu akan sentiasa terpahat di hati kami ๐Ÿ’–.

๐ŸŒน โ€œPergimu bukan bererti hilang, tetapi jasamu akan terus dikenang.โ€ ๐ŸŒน

Semoga Cikgu Zarina terus berjaya โœจ, dikurniakan kesihatan yang baik ๐Ÿ’ dan sentiasa dirahmati Allah SWT ๐Ÿคฒ di mana jua berada.

Terima kasih cikguโ€ฆ jasamu dikenang selamanya. ๐Ÿค๐ŸŒธ

๐ŸŽ‰ SEKILAS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI ๐ŸŽ‰  ๐Ÿ“… 9 April 2026  Alhamdulillah, telah berlangsung dengan meriah Sambutan Hari ...
14/04/2026

๐ŸŽ‰ SEKILAS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI ๐ŸŽ‰
๐Ÿ“… 9 April 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan meriah Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah yang melibatkan seluruh warga sekolah.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti persembahan, jamuan raya, serta penyampaian hadiah yang berjaya menceriakan suasana. Murid-murid tampil segak dan anggun dengan pakaian tradisional, menyerlahkan semangat perpaduan dan kegembiraan dalam menyambut Syawal.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru, murid serta pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga ukhwah yang terjalin terus erat dan kenangan indah ini akan sentiasa terpahat di hati.

โœจ Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin โœจ

๐Ÿ“šโœจ Minggu Bahasa Inggeris SK Bagan Tuan Kechil โœจ๐Ÿ“š telah berlangsung dengan jayanya sepanjang minggu lepas! ๐ŸŽ‰Pelbagai akt...
14/04/2026

๐Ÿ“šโœจ Minggu Bahasa Inggeris SK Bagan Tuan Kechil โœจ๐Ÿ“š telah berlangsung dengan jayanya sepanjang minggu lepas! ๐ŸŽ‰
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bagi meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan murid. ๐Ÿ’ฌ๐Ÿ“–
Tahniah kepada semua murid dan guru yang terlibat! ๐Ÿ‘๐Ÿ’™

๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐ŸŒŸ Tahniah & Syabas! ๐ŸŒŸ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธSekalung tahniah diucapkan kepada murid PPKI SK Bagan Tuan Kechil atas pencapaian membangga...
04/04/2026

๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐ŸŒŸ Tahniah & Syabas! ๐ŸŒŸ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ

Sekalung tahniah diucapkan kepada murid PPKI SK Bagan Tuan Kechil atas pencapaian membanggakan dalam Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas Peringkat PPD Seberang Perai Utara yang telah diadakan di Setia Fontaines, Kepala Batas pada hari Khamis, 2 April yang lalu โœจ

๐Ÿฅ‰ Aidid Erfan bin Romli โ€” Tempat Keenam
๐Ÿ… Muhammad Rafiqe Iman bin Mohd Fairuz โ€” Top 20

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih, semangat juang yang tinggi serta sokongan padu daripada guru dan semua pihak. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kejayaan pada masa akan datang.

Terus melangkah, terus cemerlang! ๐Ÿ’ชโœจ

Selamat datang diucapkan kepada Pn Maslia Binti Omar dan Pn Ummil Karomah Binti Shuib ke warga SK Bagan Tuan Kechil.Semo...
04/04/2026

Selamat datang diucapkan kepada Pn Maslia Binti Omar dan Pn Ummil Karomah Binti Shuib ke warga SK Bagan Tuan Kechil.

Semoga kehadiran membawa sinar baharu, melakar kecemerlangan serta terus menabur bakti demi agama, bangsa dan negara. Semoga segala urusan dipermudahkan dan perjalanan perkhidmatan sentiasa diberkati ๐Ÿคโœจ

Together we are stronger. ๐Ÿ’™

Address

Jalan Mengkuang

12200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00

Telephone

+6043326996

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Bagan Tuan Kechil posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share