Farmasi ILKKM SAS

Farmasi ILKKM SAS

Share

Program Farmasi ILKKM SAS

Photos from Farmasi ILKKM SAS's post 11/02/2023

TAUTAN KASIH 2023

Pada 10 Februari 2023, pelatih Diploma Farmasi Semester 6 telah berjaya menganjurkan program Tautan Kasih 2023 yang bertempat di Dewan Seri Perdana, ILKKM SAS. Para perserta bagi program ini terdiri daripada pelatih Diploma Farmasi dari setiap semester yang berada di kolej iaitu pelatih semester 1, 2, 3 dan 6.

Program ini dilaksanakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim sekaligus menjadi sesi suai kenal antara pelatih-pelatih Diploma Farmasi dari Semester 1 hingga 6.

Photos from Penolong Pegawai Farmasi Malaysia's post 16/10/2022
15/09/2022

Apakah itu ubat-ubatan generik?

Dikongsikan definisi dan contoh ubat inovator dan ubat generik yang diluluskan di pasaran oleh KKM.

Ubat generik bukanlah ubat tiruan. Semua ubat termasuk ubat generik perlu melalui syarat dan penilaian yang sangat ketat sebelum ianya di daftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah(PBKD) di Malaysia untuk memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat.

Oleh itu, ubat generik yang didaftar dengan PBKD adalah sama SELAMAT, BERKUALITI dan BERKESAN seperti ubat inovator.

Photos from Farmasi ILKKM SAS's post 07/12/2021

30 NOVEMBER 2021

Pelatih Farmasi Semester 3 (OBE) dengan kerjasama pelatih Farmasi Semester 1 (OBE) telah menganjurkan program Critical Thinkers: 21st Century Learning in conjunction with increasing internet bandwidth bertempat di Dewan Seri Perdana, ILKKM Sultan Azlan Shah yang dirasmikan oleh Puan Rokiah Tukiman, Pengarah ILKKM SAS.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai Virtual Library kepada para pelatih serta staf ILKKM SAS. Pada waktu yang sama juga meningkatkan capaian jalur lebar (bandwidth) internet kolej melalui aktiviti yang dilakukan seperti trivia (berdasarkan tayangan video) melalui Kahoot.

03/12/2021

TEKNIK PENGGUNAAN INHALER SERTA PENJAGAANNYA

Asthma (asma) adalah penyakit paru-paru kronik yang membengkak dan menyempitkan saluran pernafasan. Ia merupakan salah satu penyakit jangka panjang yang paling biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan juga sesetengah orang dewasa.

Inhaler (bronchodilators) adalah ubat yang disedut melalui mulut dan ke dalam paru-paru untuk membantu mengendurkan (relax) otot yang menegang di sekitar saluran pernafasan. Ia membantu membuka saluran pernafasan untuk membolehkan individu bernafas dengan lebih lancar.

Berikut disertakan video ringkas mengenai teknik penggunaan serta penjagaan inhaler.

Want your school to be the top-listed School/college?

Website