Kumpulan 10 - Penyalahgunaan Dadah

  • Home
  • Kumpulan 10 - Penyalahgunaan Dadah

Kumpulan 10 - Penyalahgunaan Dadah Salam sejahtera!. Page ini ditubuhkan untuk memberi kesedaran penyalahgunaan dadah.

Poster Penyalahgunaan Dadah Diharap dengan maklumat yang terdapat dalam poster ini dapat memberi kesedaran kepada semua ...
07/01/2023

Poster Penyalahgunaan Dadah
Diharap dengan maklumat yang terdapat dalam poster ini dapat memberi kesedaran kepada semua berkaitan keburukan dadah kepada masyarakat dan negara. 😊

"JAUHI DADAH!"
Ikhlas dari ahli-ahli Kumpulan 10 (AF) A221

Masalah ketagihan dadah semakin hari semakin membimbangkan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Masalah ini tidak kira wa...
29/12/2022

Masalah ketagihan dadah semakin hari semakin membimbangkan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Masalah ini tidak kira warna kulit, agama bahkan umur seseorang itu. Penyalahgunaan dadah ini haruslah dipandang serius agar kita dapat bersama untuk atasi masalah ini. Pada asalnya, dadah ini merupakan sejenis ubat yang digunakan sebagai ubat penahan sakit dan ia sebenarnya tidak berbahaya jika digunakan mengikut preskripsi doktor. Pengambilan dadah secara berlebihan boleh terjadi apabila seseorang itu mempunyai tekanan dalam hidup misalnya mempunyai krisis wang, stress dalam pelajaran, tidak mempunyai pekerjaan dan sebagainya. Apabila berasa tertekan mereka menganggap jika mengambil dadah, masalah mereka akan hilang seketika. Namun haruslah kita sedar bahawa pengambilan dadah secara berlebihan ini bukanlah satu solusi untuk kita lari daripada masalah. Jika berhadapan dengan tekanan hidup, silalah berani untuk meluahkan kepada sesiapa yang kita percayai dan berdoalah pada yang Esa agar diri kita sentiasa tenang.

JAUHI DADAH. SAY NO TO DRUG.

Nurul Farihah Binti Baharun 295457

Buat pilihan yang terbaik, jauhi diri dari dadah !Drugs are a waste of time. They destroy your memory and your self-resp...
27/12/2022

Buat pilihan yang terbaik, jauhi diri dari dadah !

Drugs are a waste of time. They destroy your memory and your self-respect and everything that goes along with with your self esteem.

"Drugs are the bet with your mind"

Aisya Emaleen binti Zainurin (295463)

Perhimpunan Agung United Nations (UN) telah menetapkan tarikh 26 Jun sebagai Hari Antarabangsa Menentang Penyalahgunaan ...
19/12/2022

Perhimpunan Agung United Nations (UN) telah menetapkan tarikh 26 Jun sebagai Hari Antarabangsa Menentang Penyalahgunaan dan Pengedaran Dadah Haram sedunia. Pada tanggal tersebut, seluruh dunia akan mengadakan bantahan pengambilan dadah dalam kalangan masyarakat secara besar-besaran.

"DADAH BERBAHAYA!"
"KATAKAN TIDAK KEPADA DADAH"
WAN MUHAMMAD DANIEL ZAINUDDIN (295445)

Gambar ini menunjukkan kesan - kesan dadah kepada badan. Penyalahgunaan dadah boleh mengganggu kehidupan seseorang. Jauh...
15/12/2022

Gambar ini menunjukkan kesan - kesan dadah kepada badan. Penyalahgunaan dadah boleh mengganggu kehidupan seseorang. Jauhi Dadah.
NUR'AIN NABILAH BINTI MOHD BAKHORI (2956644)

https://www.youtube.com/watch?v=B6qj2VulIdEVideo ini mengisahkan seorang lelaki bernama Patrick yang mempunyai kehidupan...
14/12/2022

https://www.youtube.com/watch?v=B6qj2VulIdE
Video ini mengisahkan seorang lelaki bernama Patrick yang mempunyai kehidupan normal seperti manusia lain. Akan tetapi, selepas neneknya meninggal dunia, dia menjadi seorang gelandangan. Namun, dia mula terjebak dengan dadah dan tubuh badannya menjadi sangat kurus dan tidak bermaya.

Suatu hari, seorang wanita bernama Wanja terlihat Patrick di jalanan, dan dia menyedari bahawa Patrick ialah rakan sekolahnya dulu. Wanja berhasrat untuk membantu Patrick pulih daripada gejala dadah. Akan tetapi, tidak semudah yang disangka kerana pemulihan daripada dadah memerlukan pengorbanan dan mengambil masa yang panjang.

Akhirnya, Patrick semakin pulih dari gejala dadah tersebut. Sayangnya, dia telah meninggal dunia pada tahun 2019.😢
"DADAH AMAT BERBAHAYA" "JAUHI DADAH!"
WAN MUHAMMAD DANIEL ZAINUDDIN 295445

Betul la kata orang, true friends will stay forever. Kisah dua orang sahabat ini di mana sahabatnya membantu Patrick dari seorang penagih dadah tegar sehing...

08/12/2022

Video ini merupakan video pendek yang diambil daripada tazkirah Ustaz Azhar Idrus berkenaan persoalan berkaitan dadah. Beliau jelas mengatakan bahawa antara golongan yang tidak akan masuk syurga ialah orang yang kekal menggunakan benda-benda yang mengkhayalkan sehingga mengakibatkan kematian. Oleh itu, sebagai umat islam, kita ditegaskan untuk menjauhi dadah dan benda yang boleh mengkhayalkan kita agar hidup diredhai dan diberkati oleh Allah SWT.

Sumber Video: https://vt.tiktok.com/ZS8L5HgK6/

Nama: Nur Alia Afifah Binti Ruslan
No Matrik: 295435

"DADAH BERBAHAYA""SAY NO TO DRUGS !"Ikhlas dari ahli-ahli Kumpulan 10 (AF)😊
04/12/2022

"DADAH BERBAHAYA"
"SAY NO TO DRUGS !"
Ikhlas dari ahli-ahli Kumpulan 10 (AF)😊

https://www.tiktok.com//video/7084912502001110298Saudara Feisal Zee, seorang bekas penagih dadah memberi perkongsian ber...
01/12/2022

https://www.tiktok.com//video/7084912502001110298

Saudara Feisal Zee, seorang bekas penagih dadah memberi perkongsian berkaitan penyalahgunaan dadah yang berlaku di Malaysia.

Ramai yang mula tertagih dengan dadah jenis metaphetamine ataupun ais yang sekarang menjadi antara masalah terbesar di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Kesan daripada pengambilan dadah jenis ini ialah kecacatan kekal mental, skizofrenia dan depresi.

Untuk pemulihan, para penagih perlulah bergantung kepada ubat bagai mengatasi masalah tersebut. Mengikut kajian saintifik, penagih-penagih dadah memerlukan masa sekitar 1-2 tahun untuk benar-benar pulih dari kesan pengambilan dadah tersebut.

"DADAH BERBAHAYA"
"SAY NO TO DRUGS!"
WAN MUHAMMAD DANIEL ZAINUDDIN 295445✌️

Perkongsian drp saudara Feisal Zee bekas seorang penagih dadah di Garasi Tv.

https://www.youtube.com/watch?v=ny1a1IRXGVcIklan berkaitan penyalahgunaan dadah ini sering ditayangkan beberapa tahun ya...
28/11/2022

https://www.youtube.com/watch?v=ny1a1IRXGVc

Iklan berkaitan penyalahgunaan dadah ini sering ditayangkan beberapa tahun yang lalu di pelbagai saluran televisyen. Iklan ini mengisahkan adik-beradik iaitu Mia Sara dan Zahiril Adzim sebagai watak utama dalam iklan ini.

Mereka berdua sangat mesra apabila melakukan aktiviti di rumah. Namun, semuanya berubah apabila rakan-rakan abang Mia datang ke rumahnya. Zahiril terpengaruh dengan ajakan rakan-rakannya untuk menghisap dadah.

Ketagihan dadah membuat kehidupan dirinya lebih sengsara hingga dia mengabaikan adik kesayangannya. Ibu bapanya sangat kecewa apabila mendapati bahawa anaknya terjebak dengan gejala dadah.

Oleh itu, ibu bapanya membuat keputusan untuk menghantar anaknya ke Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan agar dapat mengubah gaya kehidupannya menjadi normal semula.

WAN MUHAMMAD DANIEL ZAINUDDIN (295445)😄

Mesti ramai yang biasa tengok iklan ni kat TV? Tapi selalunya, iklan ni sekejap sangat. Nih die full movie untuk iklan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Address

Universiti Utara Malaysia

06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kumpulan 10 - Penyalahgunaan Dadah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share