29/09/2025
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.
Adalah dimaklumkan bahawa bermula 29 September 2025, laman Facebook lama Fakulti Sains Maklumat tidak lagi akan dikemas kini disebabkan oleh beberapa isu teknikal yang tidak dapat dielakkan.
Sehubungan itu, pihak fakulti telah membuka Facebook rasmi baharu yang boleh diakses melalui pautan berikut:
https://www.facebook.com/profile.php?id=61579555731837
Segala makluman, hebahan aktiviti, serta perkembangan semasa fakulti akan disalurkan melalui laman baharu ini. Para pensyarah, pelajar, dan alumni dimohon untuk mengikuti dan menyokong laman rasmi baharu ini bagi memastikan maklumat terkini dapat disampaikan dengan lebih berkesan.
Kerjasama dan sokongan semua pihak amatlah dihargai.
Segala jasa dan kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Fakulti Sains Maklumat
UiTM Cawangan Sarawak
Previously known as the School of Information Science, it is now renamed as the Faculty of Information Science.