SMK Asajaya Yea8101

SMK Asajaya Yea8101 Sekolah Menengah Kebangsaan Asajaya (YEA8101)
No. Telefon : 082 827262
https://www.tiktok.com/.asajaya.rasmi?_t=8p8n1AFZp3g&_r=1

Selamat DatangWarga SMK Asajaya dengan penuh sukacita mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada NORHAYATI B...
08/07/2026

Selamat Datang

Warga SMK Asajaya dengan penuh sukacita mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada NORHAYATI BINTI BAN
Pembantu Tadbir

Semoga kehadiran anda dapat bersama-sama menyumbang tenaga dan bakti demi kecemerlangan sekolah.

Selamat datang ke keluarga besar AsaGiant.


ASAJAYA TERUS MENGUKIR NAMATahniah buat Sherrin Elynna anak Edward atas kejayaan meraih Tempat ketiga Pidato Generasi MA...
08/06/2026

ASAJAYA TERUS MENGUKIR NAMA

Tahniah buat Sherrin Elynna anak Edward atas kejayaan meraih Tempat ketiga Pidato Generasi MADANI (Menengah Rendah) Peringkat Daerah Samarahan 2026.

Usaha tak pernah mengkhianati hasil.

Terima kasih mengharumkan nama sekolah dan kredit buat guru pembimbing yang hebat, Cikgu Joyce


TAHNIAH NASZATUL FAKHRIAHAlhamdulillah, syabas diucapkan kepada Naszatul Fakhriah binti Pandi kerana berjaya mendapat Na...
08/06/2026

TAHNIAH NASZATUL FAKHRIAH

Alhamdulillah, syabas diucapkan kepada Naszatul Fakhriah binti Pandi kerana berjaya mendapat Naib johan dalam Pertandingan Pidato Aspirasi Generasi MADANI Peringkat Daerah Samarahan 2026 (Kategori Menengah Atas)

Terima kasih mengharumkan nama SMK Asajaya!

Teruskan usaha dan terus melangkah jauh.


TAHNIAH PASUKAN BICARA BERIRAMA!Alhamdulillah, sekolah kita berjaya meraih tempat ketiga dalam Pertandingan Bicara Berir...
08/06/2026

TAHNIAH PASUKAN BICARA BERIRAMA!

Alhamdulillah, sekolah kita berjaya meraih tempat ketiga dalam Pertandingan Bicara Berirama SM Peringkat Daerah Samarahan!

Setinggi-tinggi penghargaan buat guru pengiring, Cikgu. Joyce dan semua pelajar yang terlibat atas perjuangan hebat ini.

Semoga terus cemerlang!


Festival Insaniah Asrama Sekolah Harian Peringkat Daerah Samarahan 2026Tarikh: 5 Ogos 2026 (Rabu)Masa: 7.30 pagiTempat: ...
08/05/2026

Festival Insaniah Asrama Sekolah Harian Peringkat Daerah Samarahan 2026

Tarikh: 5 Ogos 2026 (Rabu)
Masa: 7.30 pagi
Tempat: SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud

Pencapaian :

🥇Johan Trio Berselawat
🥇Johan Tazkirah Lelaki
🥇Johan Tazkirah Perempuan
🥉Tempat Ketiga Hafazan Lelaki
🥈Naib Johan Hafazan Perempuan

Hasil kejayaan tersebut, SMK Asajaya telah dipilih untuk mewakili Daerah Samarahan ke Festival Insaniah Asrama Sekolah Harian Peringkat Negeri Sarawak dalam kategori berikut:
✅Trio Berselawat
✅Tazkirah Lelaki
✅Tazkirah Perempuan
✅Hafazan Perempuan

Kejayaan ini merupakan hasil bimbingan dan komitmen pelajar dan guru2 pembimbing serta sokongan dari pihak pentadbiran SMK Asajaya.


LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS MSS SARAWAK KALI KE-13 TAHUN 202631 Julai :Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas...
08/03/2026

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS MSS SARAWAK KALI KE-13 TAHUN 2026

31 Julai :Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Sarawak (MSSS) Kali Ke-13 Tahun 2026 secara rasminya telah melabuhkan tirai dengan menyaksikan Kontinjen Pendidikan Khas Daerah Samarahan mencatatkan pencapaian yang amat membanggakan.

🥇 7 Pingat Emas
🥈 8 Pingat Perak
🥉 10 Pingat Gangsa
🏅 Jumlah Keseluruhan: 25 Pingat

Keseluruhan tempat ke 6 / 30 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang mengambil bahagian.

Tahniah kepada semua atlet dan guru pengiring.


TAHNIAH & SYABAS! Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan robotik atas pencapaian cemerlang dalam Pertandingan Robotik...
08/01/2026

TAHNIAH & SYABAS!

Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan robotik atas pencapaian cemerlang dalam Pertandingan Robotik Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak 2026.

Pencapaian yang membanggakan:
🥈 Naib Johan – Kategori Robotik STEM 2026
🥈 Naib Johan – Kategori Robosport 2026
🥇 Johan – Kategori Robotik STEM 2026

Kejayaan ini merupakan hasil dedikasi, usaha gigih, komitmen serta semangat berpasukan yang tinggi daripada para peserta, guru pembimbing dan semua pihak yang terlibat.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan dan mengharumkan nama sekolah di peringkat yang lebih tinggi.

Syabas dan tahniah! Teruskan melakar kejayaan!


Tahniah dan syabasTahniah diucapkan kepada cikgu Awang Kamarudin bin Awang Japot atas pelantikan sebagai Penolong Kanan ...
07/24/2026

Tahniah dan syabas

Tahniah diucapkan kepada cikgu Awang Kamarudin bin Awang Japot atas pelantikan sebagai Penolong Kanan Kokurikulum serta cikgu Ismandi bin Dolbah sebagai Penolong Kanan Tingkatan 6 SMK Asajaya.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin untuk terus menyumbang bakti, memperkasa kecemerlangan pendidikan dan membawa SMK Asajaya ke arah kejayaan yang lebih gemilang.

Selamat menjalankan amanah. Semoga dipermudahkan setiap urusan.


Syabas dan Tahniah!Tahniah kepada seluruh warga PTE SMK Asajaya atas pencapaian cemerlang dalam STPM 2025. Semoga kejaya...
07/23/2026

Syabas dan Tahniah!

Tahniah kepada seluruh warga PTE SMK Asajaya atas pencapaian cemerlang dalam STPM 2025. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang ke arah kejayaan ini.

Poster ini dihasilkan oleh Team Media PERTINAM 2025/2026.


Address

SMK Asajaya, Jalan Asajaya
Newark, CA
94600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Asajaya Yea8101 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Asajaya Yea8101:

Shortcuts

Share

Category