Qalbu & Hikmah

Qalbu & Hikmah

แชร์

ข้อมูลการติดต่อ, แผนที่และเส้นทาง,แบบฟอร์มการติดต่อ,เวลาเปิดและปิด, การบริการ,การให้คะแนนความพอใจในการบริการ,รูปภาพทั้งหมด,วิดีโอทั้งหมดและข่าวสารจาก Qalbu & Hikmah, Pattani.

Photos from Qalbu & Hikmah's post 17/04/2026

28 Syawal 1447
17 April 2026
Hari Jumaat
Usia 70 tahun
Pemergian guru yg di kasihi.

Tuan Guru di semadikan berhampiran meja tempat beliau mengajar kitab setiap hari, pagi, petang, siang dan malam.

Tuan guru mula buka pondok sendiri di usia 40 tahun Berpindah ke alam baqa' di usia 70 tahun. Bermaksud 30 tahun beliau berkhidmat mengajar dan mendidik tanpa gaji dan yuran.

Dulu2 , di awal penubuhannya pondok ,beliau sendiri akan datang ketuk dinding pondok murid-murid 30 minit sebelum masuk subuh setiap hari.

Berehatlah wahai sang guru. Saya tiada gambar bersama tuan guru kerana saya paling rasa segan nak minta bergambar dengan Tuan Guru.

17/04/2026

Solat jenazah tuan guru haji Abdul Abdul Aziz
Pada jam 3 petang waktu Thailand insyaallah
Tempat balai (surau) pondok pdg pusu

Photos from Qalbu & Hikmah's post 14/03/2026

Malam lailatulqadar menurut kaedah imam Ghazali, boleh rujuk kitab ianahtutholibin juzuk 2 muka surat 257 cetakan darul Ihya' AL arabiah

12/03/2026

TERSUNGKUR DI PINTU SYURGA

Ramai yang menuntut ilmu di pondok dan Madrasah. Tak lupa pengajian Agama di Sekolah Agama di kisas ,SMKA ,SMA, kelas KKA juga di Universiti Bertahun-tahun mereka mempelajari Al-Qur'an, Hadis, Fiqah,Sirah,Akhlak dan Adab. Hidup mereka dipenuhi dengan suasana yang mendidik Hati.Sentiasa ada dalam lingkungan orang yg mengingati Allah SWT.

Namun apabila keluar dari madrasah dan pengajian Agama, sebahagiannya berhadapan dengan dunia luar yang sangat berbeza. Ibarat seekor burung yang terlepas dari sangkar, suasana baru yang penuh dengan godaan, trend, dan pengaruh yang tidak pernah berhenti menarik perhatian.

Culture shock ⁉️
Sedikit demi sedikit perubahan itu berlaku. Yang dahulu bertudung labuh, Yang dahulu memakai stokin dan handsock. Yang dahulu berpakaian longgar dan besar.Yg lelaki p**a buang jubah dan mula merokok.rambut di colorkan dan adakala memakai topi sudu.hari demi hari semakin jauh dari Allah SWT .sudah tidak kenal Masjid dan Al-Quran yg dulunya sahabat .

Begitulah dahsyatnya fitnah dunia. Ia tidak datang sekaligus, tetapi perlahan-lahan. Sedikit demi sedikit, hingga akhirnya seseorang tidak sedar bahawa dirinya telah jauh berubah daripada apa yang pernah dijaga dahulu.

"Wahai tuhan yg membolak balikkan hati, tetapkanlah kami untuk sentiasa taat perintah Agama🤲🏻" Ambil kesempatan Ramadhan untuk islah diri ke arah menjadi lebih baik 🌹

Lebih mengherankan orang yg dulu hidup dalam suasana lalai tak berpendidikan Agama apatahlagi kabur Halal Haram dgn pakaian separuh telanjang berjalan tayang tubuh di hadapan khalayak kini berhijrah ke jalan Allah SWT.Mendekati kelas Agama.Memakai Pakaian Para Sahabiah dgn Aurat yg sempurna.menghijab diri kerana takut kepada Allah SWT .Pengakhiran yg luar biasa.Yg lelaki p**a mula melapangkan masa di jalan Allah .belajar mengamalkan sunnah.perlahan mendekati Masjid, majlis Ilmu dan Para Ulama.

Tinta Ramadhan
Muhasabah diri sebelum terlambat.
Dunia bukan tempat tinggal .
Dunia tempat yg kita akan tinggalkan

09/02/2026

Ramadhan ialah bulan mulia yang penuh keberkatan, menawarkan peluang keemasan untuk meningkatkan takwa, menghapuskan dosa-dosa lalu, dan melipatgandakan pahala ibadah. Kelebihan utamanya termasuk penurunan al-Quran, peluang mendapat malam Lailatul Qadar yang lebih baik daripada 1000 bulan, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, dan syaitan dibelenggu.
Berikut adalah kelebihan Ramadhan yang lebih terperinci:
Pengampunan Dosa: Puasa yang dilakukan dengan iman dan keikhlasan, serta mengharapkan keredaan Allah, diampunkan dosa-dosa yang telah lalu.
Malam Lailatul Qadar: Satu malam yang istimewa di mana ibadah pada malam ini lebih baik daripada 1000 bulan.
Pintu Syurga Dibuka & Neraka Ditutup: Suasana rohani yang memudahkan umat Islam melakukan kebaikan dan menjauhi maksiat.
Pahala Berganda: Amalan sunat diberikan ganjaran fardhu, dan amalan fardhu digandakan pahalanya.
Syaitan Dibelenggu: Mengurangkan godaan maksiat, membolehkan fokus sepenuhnya kepada ibadah.
Penyucian Jiwa & Didikan Sabar: Mendidik diri menahan lapar, dahaga, dan hawa nafsu, sekaligus melatih kesabaran.
Doa Makbul: Waktu mustajab untuk berdoa, terutama ketika berpuasa dan saat berbuka.
Manfaat Kesihatan: Berpuasa memberi ruang detoksifikasi tubuh dan meningkatkan kesihatan pencernaan.
Kekeluargaan & Sosial: Menggalakkan sedekah, zakat fitrah, dan iftar bersama untuk merapatkan silaturahim.
Ramadhan juga dikenali sebagai "Syahrul Rahmah" (bulan rahmat) dan waktu yang tepat untuk memperbanyakkan tadarus al-Quran serta solat tarawih.

08/02/2026

مَنْ أَصْلَحَ قَلْبَهُ أَصْلَحَ اللَّهُ حَيَاتَهُ
Rumi
Man aṣlaḥa qalbahu aṣlaḥallāhu ḥayātah
Maksud
Barangsiapa memperbaiki hatinya, Allah akan perbaiki hidupnya.

08/02/2026
31/01/2026

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله ﷺ قال: «إِذَا مَاتَ ابنُ آدم انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ» (رواه مسلم).
توضيح بسيط للنقاط الثلاث:
صدقة جارية: مثل بناء مسجد، حفر بئر، أو وقف خيري يستمر نفعه (شرح الحديث في إسلام ويب).
علم ينتفع به: مثل تأليف كتاب، تعليم الناس الخير، أو نشر محتوى نافع يبقى بعد وفاتك (المكتبة الشاملة).
ولد صالح يدعو له: تربية ابن أو ابنة على الصلاح، ليكون دعاؤهما لك بمثابة امتداد لعملك (موقع ابن باز).

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
"Apabila matinya seorang manusia, maka terputuslah amalannya melainkan tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya, atau anak soleh yang mendoakan untuknya." (Hadis Riwayat Muslim)

Penjelasan ringkas:

Sedekah Jariah: Harta yang diwakafkan seperti membina masjid atau madrasah tempat pengajian agama atau menggali perigi yang manfaatnya berterusan.

Ilmu yang Bermanfaat: Mengajar orang lain atau menulis buku yang terus memberi kebaikan kepada orang ramai.

Anak Soleh yang Mendoakan: Anak yang dididik dengan agama sehingga mereka sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa yang telah tiada

26/01/2026

kaya bukan kerana banyak harta
tetapi kerana kaya hati💚

23/09/2024

😭😭 #‎انا لله وانا اليه راجعون #
سسوده فادم ساتو فليتا يڠ منچرهكن عالم
تله كمبالي كفد رحمة الله أوله سؤرڠ توان گورو داري
بومي فطاني دار السلام
‎يإيت... المرحوم. توان ݢورو الفاضل المرشد حج كمال الدين بن حج دأود (أيه دين ڤندق سلور)ڤڠساس ڤندق ڤوهون تنجوڠ
‎تله كمبالي كرحمة الله فد جم ٥٠ : ١٠ إثنين ١٩ ربيع الأول ١٤٤٦ هجرية
‎ سموگ روحڽ دچوچوري رحمة الله سبحانه وتعالى
‎اوسيا ١٠٥ تاهون
‎اكن صلاة جنازة فدا جم ٠٠ : ١٧ فتڠ دمسجد ڤندق

ต้องการให้ธุรกิจของคุณ โรงเรียน ขึ้นเป็นอันดับหนึ่ง โรงเรียน ใน Pattani?

คลิกที่นี่เพื่อเป็นสมาชิก?

ที่ตั้ง

เบอร์โทรศัพท์

เว็บไซต์

ที่อยู่

Pattani