Ilaaj - Ruqyah & Bekam

Ilaaj - Ruqyah & Bekam

Share

Dalam Sunnah ada Berkatnya

17/08/2024

๐ŸŒนMajlis Sama' Burdah Bersanad๐ŸŒน

InsyaAllah pada Majlis Sama' Burdah nanti, antara yang akan memberikan pencerahan adalah Yang Berbahagia Ustaz Syakir Pasuni.

Beliau akan memberikan pencerahan untuk fasal 3 & 4. Semoga yang hadir mendapat manfaat.

Untuk pendaftaran boleh Imbas QR di poster.

Jika ada sebarang pertanyaaan boleh terus hubungi saya di talian 96630719.

Terima kasih
Jazaakumullah kheiral jazaa ๐Ÿ™๐Ÿผ

Selawat terus.

08/08/2024

Bismillahirrahmaanirrahim

Alhamdulillah.. seperti tahun lalu bersempena dengan bulan Rabiul Awwal yang bakal kita sambut tidak lama lagi. Marilah sama-sama kita menggembirakan ummat Rasulullah dalam bulan yang indah penuh dengan kegembiraan dan kasih sayang. Kita menyambutnya dengan usaha membantu dan memberikan sedikit kebahgiaan kepada mereka.

Bagi mereka yang ingin menyokong projek ini, boleh langsung paynow atau imbas QR di poster berikut.

Segala sumbangan diikuti dengan jutaan terima kasih. Semoga Allah membalas segala kebaikan anda didunia dan akhirat ๐Ÿ™๐Ÿผ

Photos from Ilaaj - Ruqyah & Bekam's post 28/02/2024

As we are entering the blessed month of Ramadan, we humbly invite you to join us in supporting those in need through your generous donations. Your contributions will make a significant difference in the lives of those less fortunate, especially during this sacred time

As Ramadan approaches, we are reminded of the importance of compassion, generosity, and helping those in need. In the spirit of this blessed time, we kindly ask for your support through donations to assist those who may be facing hardship.

Your contributions during Ramadan hold a special significance, as they exemplify the spirit of giving and solidarity that defines this sacred month. Your generosity will provide vital assistance to families and individuals who are struggling, ensuring that they can celebrate Ramadan with dignity and ease.

Together, we can make a meaningful impact and uphold the values of empathy and kindness that lie at the heart of Ramadan. Your donation will bring comfort and relief to those who need it most.

Thank you for considering our appeal, and may your generosity be rewarded abundantly during this blessed month and may Allah bless you abundantly. ๐Ÿ˜Š

Alfaqeer
Firdaus Ismail

Selawat terus


06/12/2023

TERTIPU

Kita maklum bahawasanya syaitan penuh dengan tipudaya. Oleh sebab itulah Allah menyuruh kita untuk mengambilnya sebagai musuh dan sebab itu juga Rasulullah mengajarkan kita untuk meminta perlindungan dari Allah.

Usah tertipu seandainya kita berhadapan dengan orang yang kerasukan. Tidak semua yang dirasuk itu berpunca daripada jin dan makhluk halus. Adakalanya juga ianya boleh berpunca dari keadaan mental kita yang tak stabil.

Dapatkan rawatan dengan segera untuk mencegah daripada berlarutan. Segala tekanan niwa dan perasaan boleh mendorong kita untuk diganggu oleh makhluk halus. Apabila jiwa dan minda tidak berada dalam keadaan fokus kepada Allah, maka akan berlakulah segala macam penyakit samaada mental dan rohani.

Semoga Allah memberikan kita semua kebaikan dan kesembuhan.

Untuk mendapatkan nasihat dan konsultasi, sila hubungi talian 80602475.

Terima kasih ๐Ÿ™๐Ÿผ

24/11/2023

Sebagai orang Islam. Kita wajib berpegang teguh kepada Al Quran dan Sunnah. Ini sahaja peninggalan dan pegangan yang kita ada.

Tangkal sudah menjadi sinonim dengan masyarakat kita. Kebanyakkan kita lebih mempercayai tangkal itu berkuasa merubah keadaan atau situasi diri. Ia juga digunakan sebagai pelindung atau pendinding diri daripada gangguan makhluk halus. Yang lebih teruk lagi jika ia digunakan untuk tujuan yang salah seperti ilmu kebal dan ilmu penunduk.

Bagi mereka yang masih menggunakan atau pernah menggunakan, segeralah bertaubat kepada Allah. Cukuplah Allah sebagai pelindung dan penaung. Jangan terpedaya dengan tipu daya syaitan atau petua petua orang lama-lama yang tiada asas dari Islam.

Semoga Allah memberikan kita hidayah.

Untuk mendapatkan nasihat dan konsultasi, boleh hubungi talian 80602475.

Terima kasih ๐Ÿ™๐Ÿผ

15/11/2023

Rasuk

Orang melayu dan perkataan rasuk berpisah tiada. Kadang bukan kita sengaja atau hendak dirasuk. Mungkin juga keadaan fizikal dan mental kita sedang lemah dan kita mungkin bakal diganggu oleh makhluk makhluk halus. Berkaitan lemahnya akan kerohanian.

Kita ini makhluk Allah yang diutus sebagai khalifah. Pasti kita mampu untuk mengendalikan jasad dan rohani kita sendiri. Jika seseorang individu terus menerus dirasuk, itu bererti dia sendiri yang mengizinkan dirinya menjadi tunggangan jin dan syaitan.

Teruskan berusaha untuk tingkatkan ibadah dan teguhkan keimanan kita kepada Allah. Pasti setiap jiwa yang mengalami masalah akan dibantu oleh Allah.

Semoga Allah memberikan kesembuhan.

Gambar hanya sekadar hiasan.

Untuk mendapatkan nasihat dan konsultasi, boleh whatsapp ke talian 80602475.

Terima kasih ๐Ÿ™๐Ÿผ

14/11/2023

Syarat untuk sembuh dari setiap penyakit adalah kita meyakini dan beriman yang memberi sakit itu Allah dan yang menyembuhkan juga adalah Allah.

Tidak ada satu perawat pun yang boleh menjamin kesihatan seseorang. Namun kita hanya berusaha dalam mengikat semula hubungan kita dengan Allah supaya hidup lebih tenang dan aman. Berjumpa dengan perawat atau doktor juga adalah salah satu usaha untuk perbaiki diri.

Semoga yang sakit Allah berikan kesembuhan.

Percayalah dalam Sunnah ada berkatnya.

Untuk mendapatkan konsultasi boleh whatsapp ke talian 80602475.

Terima kasih ๐Ÿ™๐Ÿผ

Gambar sekadar hiasan.

Want your school to be the top-listed School/college in Singapore?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address

21 Woodlands Close Primz Bizhub #09/01
Singapore
737854