Tafaqquh Center

Tafaqquh Center

Share

MTO ditubuhkan untuk memperkembangkan lagi majlis ilmu, dengan melalui alam maya bagi mempermudahkan orang awam diluar sana untuk menuntut ilmu.

kami menggunakan kitab turath, mempunyai guru yang bersanad dan mengikut ASWJ serta bermazhab syafie.

23/01/2026

“Ni masih haid ke dah suci?”
“Boleh solat ke belum?”

Soalan-soalan ni ada jawapannya.

Fiqh Darah Wanita (Asas)
Fokus perkara paling penting dalam ibadah.

Jom daftar!

16/01/2026

Kejayaan terbesar seorang ayah bukanlah ketika menyaksikan ahli keluarganya di hormati di dunia. Bukan juga ketika dia mampu menjadikan ahli keluarganya tidak merasakan miskin.

Namun kejayaan terbesar seorang ayah adalah ketika ia mampu menyelamatkan seluruh ahli keluarganya dari panasnya siksa api neraka.

Nauzubillahi min zalik.

Al Fatihah buat roh seluruh ayah dan ibu kita sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia.

31/12/2025

Alhamdulillah, Ribuan terima kasih kpd Khuwaidim ilm M.Amrullah Naharudin kerana telah mengkhatamkan Aqidatul awam & Jalailul Afham karangan Syeikh Ahmad Marzuqi pada 31 December 2025

Terima kasih juga kpd pelajar yg hadir dari Awl kitab sehingga selesai.
Walaupun anda sibuk dengan tanggungjawab, anda tetap hadiri majlis ilmu. Tahniah kerana dpt ISTIQOMAH dari awal kelas sehingga skrg.

Alhamdulillah antum sudah selesai:
1, Aqidatul Awam serta Syarahnya Jalailul Afham

InshaAllah sebahagian dari mereka akan sambung pengajian Kitab Risalah Jamiah

Semoga Allah menjadikn mereka (yang mengajar dan belajar) ahli ilmu yang manfaat Zahir dan Batin serta memperolehi ilmu yang manfaat amin. 🤲🏼😄
بارك الله فيكم

amin

31/12/2025

Alhamdulillah, Ribuan terima kasih kpd Khuwaidim ilm M.Amrullah Naharudin kerana telah mengkhatamkan Mukhtasar Nahwi Ringkasan Matan al-Ujurumiyyah karangan Shiekh Abu Ahmad al-Qadiri pada 29 December 2025

Terima kasih juga kpd pelajar yg hadir dari Awl kitab sehingga selesai.
Walaupun anda sibuk dengan tanggungjawab, anda tetap hadiri majlis ilmu. Tahniah kerana dpt ISTIQOMAH dari awal kelas sehingga skrg.

Alhamdulillah antum sudah selesai 2 kitab:
1, Awamil Mi'ah karangan Imam Abdul Qaher al-Jurjani
2, Mukhtasar Nahwi karangan Shiekh Abu Ahmad al-Qadiri

Semoga Allah menjadikn mereka (yang mengajar dan belajar) ahli ilmu yang manfaat Zahir dan Batin serta memperolehi ilmu yang manfaat amin. 🤲🏼😄
بارك الله فيكم

amin

17/11/2025

Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah 🌿

Dengan izin Allah, kelas pengajian mingguan bersama Khuwaidimah al-Ilm Ustazah Ummu Muhammad telah menamatkan pengajian berkitab pada hari Rabu, 5 November 2025.

📚 Ini merupakan kitab pertama yang telah dikhatamkan oleh pelajar sejak bermulanya kelas ini:
1. at-Taqrirat as-Sadidah (Khusus Bab Haid).

Tahniah kepada semua pelajar yang istiqamah dari awal hingga akhir, menuntut ilmu dengan penuh adab dan semangat.

✨ “Siapa yang menempuh jalan mencari ilmu, Allah mudahkan baginya jalan ke syurga.” — (HR Muslim)

🌸 Semoga Allah menjadikan kita semua — yang mengajar dan yang belajar — daripada kalangan ahlul ‘ilm yang diberkati, bermanfaat zahir dan batin, dunia hingga akhirat.
اللهم اجعلنا من العلماء العاملين المخلصين

🤲🏻 Jom terus istiqamah menuntut ilmu!





Photos from Tafaqquh Center's post 27/08/2025

Salahkah menyambut Mawlidunnabi?

Asas amalan Mawlid ialah orang ramai
berkumpul, membaca al-Quran, menceritakan kisah-kisah tentang permulaan dakwah Nabi serta peristiwa yang berlaku ketika baginda lahir,
kemudian mereka dijamu dengan makanan dan selepas itu mereka bersurai.

Selagi ia tidak ditambah dengan perkara-perkara lain yang bercanggah dengan syarak, maka amalan ini termasuk dalam bid’ah hasanah (perkara baharu yang baik) dan orang yang melakukannya mendapat pahala.

Hal ini kerana ia menunjukkan pengagungan kepada Nabi Muhammad SAW serta menzahirkan rasa gembira dan kesyukuran atas kelahiran baginda yang mulia.

-Mafhum kalam al Hafiz Imam Sayuti rahimahullah taala. Rujukan; l’aanah at-Tälibin, Jilid 4

25/08/2025

Jika ada dari kalangan kita yg sedang dalam keserabutan jiwa dalam mencukupi kecukupan harian, atau barangkali tidak berjumpa ketenangan di dalam rumah tangga khususnya yang sepatutnya menjadi tempat paling tenang dan penuh kasih sayang….

Sama2 lah kita merenung firman Allah SWT yang bermaksud “Ketahuilah kamu hanyasanya dengan menyebut nama Allah, hati akan menjadi tenang”

Nak buat suatu amalan tu tidak lah susah. Yang paling susah adalah ISTIQAMAH. Moga Allah kurniakan kita istiqamah dalam mentaati segala perintahNya.

Sallallahu ala Muhammad 🌸

04/08/2025

IBADATMU HENDAKLAH MENGIKUT ATURAN SYARIAT

“Perkataanmu dan perbuatanmu itu mestilah sesuai dengan peraturan syariat kerana ilmu dan amal yang tidak sesuai dengan peraturan syariat adalah sia-sia sahaja.
Dan hendaklah bahawa engkau tidak tertipu dengan perkataan yang aneh-aneh dan berlebihan(sehingga melampaui syariat) dari ahli Tasawwuf kerana jalan akhirat itu hanya dijalani dengan mujahadah(bersungguh-sungguh) melawan hawa nafsu dan memotongnya dengan pedang riyadhah(latihan), bukan dengan perkataan yang aneh-aneh dan ucapan yang direka-reka sahaja.” -Imam Ghazali rhnhullah taala anhu

25/07/2025

🌿 Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah 🌿

Dengan izin Allah, kelas pengajian mingguan bersama Khuwaidim Ilm Ustaz M. Amrullah telah menamatkan pengajian Kitab Rislah Jami’ah pada Rabu, 23 Julai 2025.

📚 Ini merupakan kitab pertama yang telah dikhatamkan oleh para pelajar sejak bermulanya kelas ini:
1. Risalah Jami’ah

Tahniah kepada semua pelajar yang istiqamah dari awal hingga akhir, menuntut ilmu dengan penuh adab dan semangat.

✨ “Siapa yang menempuh jalan mencari ilmu, Allah mudahkan baginya jalan ke syurga.” (HR Muslim)

Kini, dengan semangat dan tawakkal, inshaAllah pengajian akan diteruskan dengan Kitab Matan Safinah an Naja & Misbahu duja

🌸 Semoga Allah menjadikan kita semua — yang mengajar dan yang belajar — daripada kalangan ahlul ‘ilm yang diberkati, bermanfaat zahir dan batin, dunia hingga akhirat.
اللهم اجعلنا من العلماء العاملين المخلصين

🤲🏻 Jom terus istiqamah menuntut ilmu!









04/07/2025

Adalah amat disunatkan buat kita untuk berpuasa di hari Asyura. Dengan berpuasa di dalamnya, dapat menghapuskan dosa yang telah lalu.

Jika semalam kita rasa seakan sudah tiada harapan lagi untuk kembali, maka HARI INI masih ada.

Mari sama-sama kita memanfaatkan usia kita dengan merebut peluang-peluang yang telah Allah sediakan untuk umat Muhammad SAW.

Photos from Tafaqquh Center's post 26/06/2025

Want your school to be the top-listed School/college in Singapore?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address

Singapore