KAFA Online Hatimurni

KAFA Online Hatimurni

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KAFA Online Hatimurni, Education, wangsa maju, Wangsa Maju.

12/06/2026

Masha Allah, luar biasa adik Ainul Mardhiah!
Dengan penuh keyakinan, adik Ainul Mardhiah menerangkan tentang ZAKAT sambil menunjukkan sendiri bagaimana ia dilaksanakan dengan pergi ke masjid๐Ÿ•Œ

Semoga yang menonton mendapat manfaatโœจ

11/06/2026

Belajar online mesti bosan? Tapi realitinya jauh berbeza!

Jom lihat dari dari sudut pandangan guru menceriakan kelas. Bukan sekadar penjelasan yang panjang lebar, tapi aktiviti kreatif seperti persembahan, kuiz, permainan, dan lain lain boleh menambah ilmu anak-anak juga.

Walaupun belajar online, mereka tetap boleh berjaya!๐Ÿค

10/06/2026

Jangan scroll dulu!๐Ÿ‘€
Jom tonton video daripada adik Nuur Alya Hannah menerangkan tajuk ZAKAT melalui simulasi yang menarik dan mudah difahami.

Siapa tahu, ada manfaat besar yang boleh kita pelajari hari ini!๐ŸŒฑ

10/06/2026

Ibu ayah selalu fikir tentang anak. Tapi bila kali terakhir ibu ayah fikir tentang diri sendiri?

Ramai ibu bapa hari ini kelihatan kuat di luar, tetapi sebenarnya sangat penat di dalam.

Penat mengurus keluarga.
Penat bekerja.
Penat memikirkan masa depan anak.
Penat menahan emosi sendiri.

Podcast Dear Parents kali ini membawakan topik:

โ€œIbu Ayah Hari Ni Penat Sebab Apa?โ€

Bersama:

๐ŸŽ™๏ธ IbuRose (Rozieta Shaary)
Family & Love Guru

๐ŸŽ™๏ธ Ustazah Siti Khadijah Mohni
Founder Hatimurni

Satu sesi khas untuk ibu ayah memahami kepenatan diri, emosi dalam keibubapaan dan cara membina hubungan keluarga dengan lebih sedar dan tenang.

๐Ÿ“… Sabtu, 13 Jun 2026
โฐ 10.00 pagi โ€“ 11.00 pagi
๐Ÿ“ Zoom
โœ… Percuma

Klik untuk daftar:
https://bit.ly/podcast-dear-parent

Tempat adalah terhad. Daftar sekarang dan luangkan 1 jam untuk diri sendiri sebagai ibu ayah.





08/06/2026

Bila anak mula membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul, hati ibu bapa jadi lebih tenang.

Bukan sekadar lancar membaca, tetapi setiap huruf disebut dengan tepat.

Itulah kebahagiaan sebenar bila melihat anak semakin dekat dengan Al-Quran๐Ÿค

31/05/2026

DAULAT TUANKU ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Seluruh warga Hatimurni Islamic Private Education Centre merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Semoga Allah SWT mengurniakan kepada Tuanku dan Raja Permaisuri Agong kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan, serta keberkatan dalam memayungi negara yang tercinta.

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.

Ikhlas daripada seluruh warga Hatimurni Islamic Private Education Centre.

26/05/2026

ุงู„ู„ู‡ ุฃูƒุจุฑุŒ ุงู„ู„ู‡ ุฃูƒุจุฑุŒ ุงู„ู„ู‡ ุฃูƒุจุฑ
ู„ุง ุฅู„ู‡ ุฅู„ุง ุงู„ู„ู‡ุŒ ูˆุงู„ู„ู‡ ุฃูƒุจุฑ
ุงู„ู„ู‡ ุฃูƒุจุฑ ูˆู„ู„ู‡ ุงู„ุญู…ุฏ

Hari Raya Aidiladha bukan sekadar hari kemenangan, tetapi hari untuk kita mendidik hati agar lebih dekat dengan Allah, lebih ikhlas dalam memberi, dan lebih kuat dalam menghadapi ujian kehidupan.

Semoga laungan takbir ini menyuburkan rasa syukur dalam jiwa, menguatkan kasih sayang sesama keluarga, serta mengingatkan kita bahawa setiap pengorbanan yang dilakukan kerana Allah pasti ada nilainya di sisi-Nya.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H
Taqabbalallahu minna wa minkum
Semoga Allah menerima segala amalan kita semua.

Ikhlas daripada,
Warga Hatimurni







21/05/2026

Belajar online bukan alasan untuk gagal. Kalau ada usaha, disiplin, dan guru yang betul, kejayaan tetap boleh dicapai.
Pelajar ini buktikan bahawa kelas online juga mampu melahirkan keputusan yang cemerlang, yakin bercakap, dan lebih berani mencuba.

Yang penting bukan belajar di mana, tapi kesungguhan untuk terus belajar setiap hari๐Ÿค





18/05/2026

Adab Pelajar Ketika Menyertai Kelas Online

Belajar secara online juga ada adabnya.
Walaupun anak belajar dari rumah, sikap dan disiplin tetap perlu dijaga.

Antara adab penting ketika kelas online:
๐Ÿ“Œ Buka kamera
๐Ÿ“Œ Duduk dengan sopan
๐Ÿ“Œ Fokus ketika guru mengajar
๐Ÿ“Œ Tidak bermain ketika kelas
๐Ÿ“Œ Pastikan tiada gangguan bunyi bising

Bila anak menjaga adab semasa kelas online, proses pembelajaran jadi lebih tersusun, lebih fokus dan lebih berkesan.

Ibu ayah juga boleh bantu dengan menyediakan suasana belajar yang tenang dan kondusif di rumah.

๐Ÿ“ฉ Nak anak belajar online dengan lebih fokus, beradab dan tersusun?
Klik sini untuk pertanyaan lanjut: wa.me/60145599117

Want your school to be the top-listed School/college in Wangsa Maju?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address

Wangsa Maju
Wangsa Maju
53300