Akademi Hatimurni

Call Website

Akademi Hatimurni Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Akademi Hatimurni, Education, wangsa maju, Wangsa Maju.

28/09/2026

Di sebalik gelagat yang mencuit hati itu, tersimpan satu perkara yang sangat membanggakan, anak-anak ini benar-benar bersungguh-sungguh untuk menjawab.

Semoga suatu hari nanti, kejayaan mereka p**a yang membuat ibu dan ayah tersenyum dengan penuh bangga. Jom beri kata-kata semangat kepada mereka di ruangan komen!

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَDengan penuh rasa dukacita, seluruh warga Hatimurni merakamkan ucapan takzia...
28/09/2026

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dengan penuh rasa dukacita, seluruh warga Hatimurni merakamkan ucapan takziah atas pemergian

Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Semoga Allah SWT mengampuni segala kekhilafan Allahyarhamah, merahmati rohnya, melapangkan kuburnya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan ini.

Al-Fatihah.

Salam takziah daripada,
Seluruh Warga Hatimurni

🎉🌟 TAHNIAH & MABROOK USTAZAH SITI! 🌟🎉Alhamdulillah, satu lagi detik membanggakan buat keluarga besar Hatimurni! ❤️Dengan...
25/09/2026

🎉🌟 TAHNIAH & MABROOK USTAZAH SITI! 🌟🎉

Alhamdulillah, satu lagi detik membanggakan buat keluarga besar Hatimurni! ❤️

Dengan penuh rasa syukur, kami ingin mengucapkan Tahniah & Mabrook kepada:

✨ Ustazah Siti Khadijah Mohni, FCMI
Founder & Chief Executive Officer, Hatimurni

atas pengiktirafan berprestij sebagai:

🏅 FELLOW OF THE CHARTERED MANAGEMENT INSTITUTE (FCMI) 🏅

Pengiktirafan ini diberikan melalui Asia e University (AeU) dengan kerjasama Chartered Management Institute (CMI), United Kingdom, sebagai pengiktirafan dalam bidang kepimpinan dan pengurusan.

📍 Dewan Tun Hussein Onn, WTC Kuala Lumpur
🗓️ 25 September 2026
✨ The Intelligent Age Summit: Where Leadership Meets Recognition

Buat seluruh warga Hatimurni, pencapaian ini bukan sekadar sebuah pengiktirafan.

Ia adalah inspirasi untuk terus belajar, berkembang dan memimpin dengan amanah, demi memberikan yang terbaik buat pendidikan anak-anak IbuAyah. ❤️

Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat buat seluruh warga Hatimurni untuk terus melangkah, membina dan melahirkan generasi yang cemerlang dalam ilmu, kukuh agamanya dan tinggi adabnya.

Kerana sebesar mana pun dunia yang bakal anak-anak kita hadapi…

Agama tetap menjadi kompas yang memandu mereka p**ang. ❤️

🌟 Tahniah Ustazah Siti Khadijah Mohni, FCMI!
Daripada seluruh warga Hatimurni — kami bangga dengan Ustazah! ❤️

Hatimurni — Sekolah Agama Pilihan IbuAyah
ADAB • ILMU • KECEMERLANGAN

23/09/2026

Ibu ayah tak sempat hantar anak ke KAFA?

Jangan risau, itu bukan bermakna anak perlu terlepas peluang untuk belajar ilmu agama. 🤍📚

Dengan Akademi Hatimurni, pembelajaran ilmu agama boleh dilakukan dengan lebih fleksibel dan sesuai dengan rutin harian keluarga. ✨

Masha Allah🤩Bersemangatnya anak-anak Akademi Hatimurni menyambut Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2026!🇲🇾    ...
14/09/2026

Masha Allah🤩

Bersemangatnya anak-anak Akademi Hatimurni menyambut Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2026!🇲🇾





HARI INI! 🌹 HATIMURNI BERSELAWAT & HARI APRESIASI PELAJAR 2026Hari yang dinanti telah tiba. ❤️Jom hadir bersama keluarga...
05/09/2026

HARI INI! 🌹 HATIMURNI BERSELAWAT & HARI APRESIASI PELAJAR 2026

Hari yang dinanti telah tiba. ❤️

Jom hadir bersama keluarga ke Hatimurni Berselawat & Hari Apresiasi Pelajar 2026 dan luangkan hari ini dalam suasana penuh selawat, ilmu, ukhuwah dan penghargaan buat anak-anak.

✨ Majlis Berselawat & Tausiyah
🕗 8.00 pagi – 1.00 petang

🏆 Hari Apresiasi Pelajar
🕛 12.00 tengah hari – 7.00 petang

📅 Hari ini — Sabtu, 5 September 2026
📍 Pusat Konvensyen MPAJ (MCC), Taman Melawati
🎟️ Kemasukan PERCUMA

Bersama tetamu dan barisan jemputan:
Prof. Dato' Dr. Ustaz Mohd Izhar Ariff
Ustaz Engku Ahmad Fadzil Bin Engku Ali
Ustazah Siti Khadijah Binti Mohni
Daie Fuad

Kalau masih belum membuat perancangan hari ini, masih sempat untuk hadir bersama pasangan, anak-anak dan seluruh keluarga.

🌐 Daftar / dapatkan maklumat lanjut di:
www.hatimurniberselawat.com

📲 Klik website, daftar dan terus hadir ke lokasi hari ini!

Jumpa anda di Pusat Konvensyen MPAJ, Taman Melawati. 🌹

🌙 ESOK - JEMPUTAN TERBUKA KE HATIMURNI BERSELAWAT🌙BismillahirrahmanirrahimDengan penuh rasa kasih dan takzim, Hatimurni ...
04/09/2026

🌙 ESOK - JEMPUTAN TERBUKA KE HATIMURNI BERSELAWAT🌙

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan penuh rasa kasih dan takzim, Hatimurni dengan sukacitanya menjemput seluruh umat Islam untuk hadir bersama-sama dalam sebuah majlis yang insya-Allah dipenuhi keberkatan — mengalunkan selawat dan menzahirkan kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

❤️ *HATIMURNI BERSELAWAT & HARI APRESIASI PELAJAR* ❤️

🗓️ 5 September 2026 (Sabtu)

⏰ Bermula jam 8:00 pagi

📍 Pusat Konvensyen MPAJ (MCC), Taman Melawati

📌 PERINGATAN UNTUK PARA TETAMU

• Bersarapan terlebih dahulu kerana sarapan tidak disediakan. Namun, vendor makanan dan minuman akan dibuka di lokasi.

• Hadir lebih awal. Pendaftaran tetamu dibuka mulai jam 8:00 pagi.

• Rancang perjalanan anda dengan baik dan beri masa secukupnya untuk perjalanan serta pendaftaran.

• Bagi yang belum mendaftar klik pautan ini : www.hatimurniberselawat.com

Ikuti peta dan pelan lokasi untuk ke Hatimurni Berselawat :

Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSqJYr6oq/

Fb: https://www.facebook.com/share/v/19YWQSnFpC/?mibextid=wwXIfr

Ig: https://www.instagram.com/reel/Dczv_YppWdh/?igsi=MTJxang4N2RtOWVqNA==

Ayuh hadir bersama keluarga.

Bawalah anak-anak, ibu ayah dan insan tersayang untuk merasai indahnya suasana berselawat, mengenang perjuangan Rasulullah SAW dan menyemai rasa cinta kepada Baginda dalam jiwa anak-anak.

Kerana mungkin, satu selawat yang kita alunkan hari ini menjadi sebab hati anak-anak semakin mengenali, mencintai dan mencontohi Rasulullah SAW. 🤍



🌹 2 HARI LAGI! 🌹Sudah bersediakah kita untuk bersama-sama menghidupkan hati dengan selawat dan mengeratkan ukhuwah bersa...
03/09/2026

🌹 2 HARI LAGI! 🌹

Sudah bersediakah kita untuk bersama-sama menghidupkan hati dengan selawat dan mengeratkan ukhuwah bersama keluarga?

✨ HATIMURNI BERSELAWAT & HARI APRESIASI PELAJAR 2026 ✨

🎙️ Bersama Ustaz Engku Ahmad Fadzil bin Engku Ali

📅 5 SEPTEMBER 2026 | SABTU
📍 Pusat Konvensyen MPAJ, Taman Melawati
🎟️ PERCUMA!

🌹 Majlis Berselawat & Tausiyah
🕗 8.00 pagi – 1.00 petang

🎓 Hari Apresiasi Pelajar
🕛 12.00 tengah hari – 7.00 malam

👨‍👩‍👧‍👦 Ajak ibu ayah, anak-anak, keluarga dan sahabat untuk bersama-sama hadir dalam majlis yang penuh dengan selawat, tausiyah dan silaturahim. ❤️

📲 DAFTAR SEKARANG:
👉 hatimurniberselawat.com⁠

🌹 Jika Rasulullah SAW begitu mencintai umatnya, sejauh manakah p**a cinta kita kepada Baginda? ﷺ

2 HARI LAGI. JOM KITA BERSELAWAT BERSAMA! ❤️

Masha Allah, menariknya penanda buku yang anak-anak Akademi Hatimurni hasilkan✨Berwarna-warni, kreatif dan yang paling i...
02/09/2026

Masha Allah, menariknya penanda buku yang anak-anak Akademi Hatimurni hasilkan✨

Berwarna-warni, kreatif dan yang paling istimewa, sarat dengan ilmu pengetahuan tentang akhlak Rasulullah SAW.

Bukan sekadar penanda buku, setiap helaian menjadi peringatan kecil untuk anak-anak mengenali, menghayati dan mencontohi akhlak mulia Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian.

Sambil menuntut ilmu, marilah kita sama-sama menyemai rasa cinta kepada Rasulullah SAW dan berusaha menjadikan budi pekerti Baginda sebagai contoh dalam setiap langkah kehidupan.

Jom kita kenalkan anak-anak dengan sirah dan akhlak Rasulullah SAW sejak kecil. Kerana pendidikan yang baik bukan hanya tentang apa yang anak-anak tahu, tetapi juga tentang bagaimana ilmu itu membentuk akhlak dan peribadi mereka.




⏳🌹 TINGGAL 5 HARI LAGI!Semakin dekat…Semakin terasa debarannya. ❤️“Dan Kami tidak mengutuskan engkau (Muhammad), melaink...
30/08/2026

⏳🌹 TINGGAL 5 HARI LAGI!

Semakin dekat…
Semakin terasa debarannya. ❤️

“Dan Kami tidak mengutuskan engkau (Muhammad), melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam.”
— Al-Anbiya’ 21:107

Insya-Allah, 5 September ini kita akan berkumpul bersama dalam:

✨ HATIMURNI BERSELAWAT & HARI APRESIASI PELAJAR 2026

🗓️ Sabtu, 5 September 2026
📍 Pusat Konvensyen MPAJ, Taman Melawati

🌹 Majlis Berselawat & Tausiyah
⏰ 8.00 pagi – 1.00 petang

🏆 Hari Apresiasi Pelajar
⏰ 12.00 tengah hari – 7.00 petang

🎟️ MASUK PERCUMA

Luangkan satu hari bersama keluarga untuk berselawat, mendengar pengisian ilmu dan meraikan anak-anak yang telah berusaha sepanjang perjalanan pendidikan mereka.

Tidak lama lagi.
5 hari sahaja lagi! 🔥

📲 Daftar kehadiran sekarang:
www.hatimurniberselawat.com

Mohon bantu kami SHARE posting ini supaya lebih ramai keluarga dapat bersama-sama hadir dan memeriahkan majlis. 🌹

Jumpa anda 5 September nanti, insya-Allah!

Address

Wangsa Maju
Wangsa Maju
53300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Hatimurni posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category