24/03/2026
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, kini tiba masanya untuk membuka lembaran baharu buat warga kampus yang ingin mengenali dan mendalami seni mempertahankan diri warisan Melayu.
Pengambilan Ahli Baharu Persatuan Seni Silat Cekak UTM (PSSCUTM) bagi Semester II 2025/2026 kini dibuka.
Inilah peluang anda untuk mempelajari Silat Cekak secara tersusun dan berdisiplin, berlandaskan adab serta ukhuwwah sesama ahli. Di sini, setiap langkah latihan bukan sekadar gerakan, tetapi satu proses membina jati diri, keberanian dan semangat persaudaraan.
“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berjuang di jalan-Nya dengan teratur seperti bangunan yang tersusun kukuh.”
(Surah As-Saff: 4)
Ayuh warga UTM, sertai kami dan rasai sendiri keindahan serta keunikan Silat Cekak yang diwarisi turun-temurun.
Jangan lepaskan peluang ini. Tempat adalah terhad.
Ikhlas daripada kami,
Persatuan Seni Silat Cekak UTM (PSSCUTM)