KELESTARIAN PKTAAB USM

KELESTARIAN PKTAAB USM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KELESTARIAN PKTAAB USM, College & University, PUSAT KANSER TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (PKTAAB) USM, Usm.

Jangan ketinggalan untuk sama-sama membawa barangan kitar semula ke tempat pengumpulan di PKTAAB hari ini🤩
24/08/2026

Jangan ketinggalan untuk sama-sama membawa barangan kitar semula ke tempat pengumpulan di PKTAAB hari ini🤩

Jualan barang kitar semula di Kompleks Penyelidikan Kanser (CRC), Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi,USM
30/07/2026

Jualan barang kitar semula di Kompleks Penyelidikan Kanser (CRC), Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi,USM

Projek 'Rain Water Collection' di bangunan Kompleks Penyelidikan Kanser (CRC), Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi,US...
30/07/2026

Projek 'Rain Water Collection' di bangunan Kompleks Penyelidikan Kanser (CRC), Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi,USM

24 Julai 2026, Jumaat - Aktiviti audit kelestarian peringkat dalaman telah dijalankan di Sains@Bertam, Pusat Kanser Tun ...
27/07/2026

24 Julai 2026, Jumaat - Aktiviti audit kelestarian peringkat dalaman telah dijalankan di Sains@Bertam, Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi,USM.

Lanskap  Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi,USM
17/07/2026

Lanskap Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi,USM

8 Julai 2026 (Rabu) - Ke Arah Pejabat Hijau Cemerlang: Lawatan Penanda Aras PKTAAB ke Kampus Induk USMBertam, 8 Julai 20...
10/07/2026

8 Julai 2026 (Rabu) - Ke Arah Pejabat Hijau Cemerlang: Lawatan Penanda Aras PKTAAB ke Kampus Induk USM

Bertam, 8 Julai 2026 – Dalam usaha memperkukuh budaya kelestarian serta meningkatkan prestasi pelaksanaan Program Pejabat Hijau, seramai 17 orang warga Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB) terdiri daripada staf Science @ Bertam, CRC dan CTC menyertai Lawatan Kerja Penanda Aras ke Pejabat Kelestarian Universiti (PKU) BJIM dan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) Universiti Sains Malaysia.

Lawatan ini dianjurkan sebagai platform pembelajaran dan inisiatif strategik PKTAAB untuk memperkasakan peserta mengenai amalan terbaik (best practices) dalam pelaksanaan inisiatif kelestarian yang telah berjaya dilaksanakan di Kampus Induk USM. Program ini turut bertujuan memperkukuh komitmen warga PKTAAB ke arah kecemerlangan audit kelestarian yang akan diadakan tidak lama lagi.

Lawatan bermula dengan taklimat oleh Pengarah Pejabat Kelestarian Universiti iaitu ChM. Dr. Hjh Normaliza Binti Abdul Manaf iaitu Pengarah di Pejabat Kelestarian Universiti (PKU) seterusnya lawatan ke Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) dikelolakan oleh Pegawai Kelestarian Puan Sahida Banu binti Salim.

Perkongsian merangkumi penerangan berkaitan dengan indikator yang terlibat dengan pengamalan pejabat hijau termasuk prinsip perolehan hijau, pengurusan sisa,kecekapan sumber,amalan lestari air dan penglibatan pelajar, staf dan komuniti.

Peserta turut berpeluang meninjau pelaksanaan inisiatif kelestarian secara langsung serta bertukar pandangan mengenai cabaran dan pendekatan yang boleh diaplikasikan di PKTAAB.

Lawatan ini membuka ruang kepada perkongsian idea dan pengalaman yang mampu menjadi pemangkin kepada pelaksanaan program kelestarian yang lebih sistematik dan berimpak tinggi.

Sepanjang lawatan peserta berpeluang untuk perbincangan dan pertukaran idea bersama pegawai yang terlibat bagi mendapatkan pandangan mengenai strategi pelaksanaan, cabaran serta faktor kejayaan yang boleh dijadikan rujukan dalam memperkukuh inisiatif kelestarian di PKTAAB.

Program ini diharapkan dapat memberi inspirasi kepada seluruh warga PKTAAB untuk terus melaksanakan penambahbaikan berterusan dalam pengurusan pejabat dan operasi harian, sekali gus menyokong aspirasi Universiti Sains Malaysia sebagai Kampus Lestari.

Tahniah USM🤩🥳😍
24/06/2026

Tahniah USM🤩🥳😍

USM KELOMPOK LIMA UNIVERSITI TERBAIK DUNIA BAGI IMPAK KELESTARIAN, KEKAL NO.1 DUNIA BAGI SDG 17

PULAU PINANG, 24 Jun 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju kelestarian global apabila disenaraikan dalam kelompok lima universiti terbaik dunia bagi impak kelestarian menerusi Times Higher Education (THE) Sustainability Impact Ratings 2026, yang diumumkan sempena Global Sustainable Development Congress (GSDC) 2026 di Jakarta, Indonesia.

Dalam penarafan tahun ini, USM melonjak sembilan anak tangga daripada kedudukan ke-14 dunia pada tahun 2025 kepada kedudukan ke-5 dunia, sekali gus menempatkan USM dalam kelompok lima universiti terbaik dunia daripada 1,603 universiti yang dinilai di seluruh dunia.

Pencapaian ini turut mengukuhkan kedudukan USM sebagai universiti nombor satu di Malaysia dalam THE Sustainability Impact Ratings 2026, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan universiti dalam menerajui agenda pembangunan mampan melalui pendekatan institusi yang menyeluruh dan berimpak tinggi.

Lebih membanggakan, USM berjaya mengekalkan kedudukan No. 1 Dunia bagi Sustainable Development Goal (SDG) 17: Partnerships for the Goals (Perkongsian untuk Matlamat), menjadikan universiti ini antara peneraju global dalam membangunkan kerjasama strategik yang menyokong pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pencapaian tersebut mencerminkan kekuatan USM dalam membangunkan ekosistem perkongsian strategik yang menyeluruh, merangkumi kerjasama dengan agensi kerajaan, industri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), komuniti serta institusi pendidikan tinggi dan organisasi antarabangsa.

Kejayaan ini turut disokong oleh komitmen universiti dalam perkongsian ilmu dan amalan terbaik di peringkat global, pelaporan kemajuan SDGs secara telus serta integrasi prinsip pembangunan mampan dalam pendidikan, penyelidikan, dan penglibatan masyarakat.


Selain SDG 17 yang merupakan komponen wajib dalam pengiraan keseluruhan, pencapaian USM turut diperkukuh oleh prestasi cemerlang dalam tiga SDG terbaik lain yang diambil kira, iaitu:

• SDG 1: Tiada Kemiskinan
• SDG 14: Hidupan di Bawah Air
• SDG 15: Kehidupan di Darat

Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, berkata pencapaian tersebut merupakan hasil komitmen berterusan seluruh warga universiti dalam mengintegrasikan prinsip kelestarian ke dalam setiap aspek pengurusan, pendidikan, penyelidikan, operasi kampus, dan penglibatan masyarakat.

“Pencapaian ini mencerminkan kekuatan ekosistem kelestarian USM yang menyeluruh dan bersepadu. Ia bukan sekadar pengiktirafan terhadap prestasi universiti di peringkat antarabangsa, malah membuktikan keupayaan institusi pendidikan tinggi Malaysia untuk memimpin agenda pembangunan mampan global melalui ilmu, inovasi, perkongsian strategik, dan penyelesaian yang memberi impak kepada masyarakat,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa kejayaan ini selari dengan aspirasi USM untuk terus memperkukuhkan peranannya sebagai universiti yang memimpin transformasi pendidikan tinggi ke arah masa depan yang lebih lestari.

THE Sustainability Impact Ratings merupakan penarafan antarabangsa yang menilai sumbangan universiti terhadap pencapaian 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui aspek tadbir urus, pendidikan, penyelidikan, operasi, dan penglibatan masyarakat.

Pencapaian cemerlang ini membuktikan bahawa USM bukan sahaja berperanan sebagai institusi pendidikan tinggi terkemuka, malah terus menjadi model rujukan global dalam memacu pembangunan mampan melalui perkongsian strategik, inovasi, dan penyelesaian berasaskan ilmu yang memberi impak kepada masyarakat serta menyumbang kepada pencapaian Agenda 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

♻️ HARI KITAR SEMULA BULAN JUN 2026 PKTAAB ♻️📅Tarikh: 29 Jun 2026 (Isnin)🕛Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari📍Lokasi Pen...
22/06/2026

♻️ HARI KITAR SEMULA BULAN JUN 2026 PKTAAB ♻️

📅Tarikh: 29 Jun 2026 (Isnin)
🕛Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari

📍Lokasi Pengumpulan:

1. Depo Kitar Semula Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi
2. Bilik Lestari Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi
3. Hadapan Auditorium Sains@Bertam, Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi
4. Stor Barangan Kitar Semula CRC, Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi

Jenis Barangan Kitar Semula yang Diterima:
✅ Sisa kitar semula (kertas, plastik, tin dan lain-lain)
✅ E-waste (bateri, pencetak dan lain-lain)
✅ Minyak masak terpakai
✅ Pakaian terpakai

Ayuh bersama-sama menyumbang demi kelestarian bumi kita!

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:

• Pn. Nur Hasmiza Mahadzir
019-933 2028 / 04-562 2424
(Barangan kitar semula am)

• Dr. Siti Razila Abdul Razak
019-538 3883
(Barangan kitar semula am – Sains@Bertam)

• Dr. Noor Ayuni Ahmad Syafiai
013-334 5301
(Pakaian terpakai)

• Pn. Athirah Raihanah
012-440 0429
(Barangan kitar semula am – CRC)

• Dr. Nor Effa Syazuli Zulkafli
017-274 5001
(Minyak masak terpakai)

• Pn. Zuraizah Zulkifli
017-569 9641
(E-Waste)

Jom sertai Hari Kitar Semula PKTAAB dan bersama-sama memelihara alam sekitar untuk generasi akan datang! 🌱🌍

12 Jun 2026, Jumaat - Program "Rain-to-Grow: Kit Tanaman Lestari" di Sains@Bertam, PKTAAB USM
15/06/2026

12 Jun 2026, Jumaat - Program "Rain-to-Grow: Kit Tanaman Lestari" di Sains@Bertam, PKTAAB USM

Address

PUSAT KANSER TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (PKTAAB) USM
Usm
13200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KELESTARIAN PKTAAB USM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to KELESTARIAN PKTAAB USM:

Shortcuts

Share