Pelaksana EKSA Pusat Kesihatan Universiti UPM

Pelaksana EKSA Pusat Kesihatan Universiti  UPM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pelaksana EKSA Pusat Kesihatan Universiti UPM, Education, Jalan Universiti, Upm.

Jawatankuasa Induk yang dilantik untuk menjalankan aktiviti-aktiviti Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bersama-sama dengan warga kerja Pusat Kesihatan Universiti UPM, demi menjayakan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti dan dinamik.

PERTANDINGAN MENCIPTA REPLIKA KEBANGSAANDimaklumkan Jawatankuasa Latihan & Go Green (EKSA)PKU dengan kerjasama Jawatanku...
10/07/2024

PERTANDINGAN MENCIPTA REPLIKA KEBANGSAAN

Dimaklumkan Jawatankuasa Latihan & Go Green (EKSA)PKU dengan kerjasama Jawatankuasa Read@Uni PKU akan menganjurkan satu pertandingan Mencipta Replika bersempena Bulan Semarak Kemerdekaan PKU tahun 2024.

Objektif pertandingan adalah bagi menyemarakkan,memupuk dan meningkatkan semangat patrotik dikalangan staf

Mohon rujuk terma & syarat penyertaan pada poster yang dilampirkan

Penglibatan dari setiap bahagian adalah DIWAJIBKAN.

Sekian terima kasih.

Tarikh tutup: 09 Ogos 2024

26 jun, Serdang- Majlis Apresiasi EKSA, PKU telah berlangsung di Sanggar Ilmu Pusat Kesihatan UPM pada 10 Jun 2024 yang ...
26/06/2024

26 jun, Serdang- Majlis Apresiasi EKSA, PKU telah berlangsung di Sanggar Ilmu Pusat Kesihatan UPM pada 10 Jun 2024 yang bertujuan untuk memberi penghargaan kepada Mantan Penasihat EKSA.

Majlis ini juga dijalankan bagi meraikan lantikan Pengerusi EKSA Baharu serta memberi penghargaan kepada pemenang EKSA yang dinilai semasa Audit Mengejut EKSA sesi 1/2024 yang lalu.

baca selanjutnya di sini
https://pku.upm.edu.my/berita/majlis_apresiasi_eksa_pku_2024-80102

PKU CEMERLANG DALAM PENILAIAN AUDIT KENDIRI EKSA PERINGKAT 1 Serdang, 6 Feb- Pusat Kesihatan Universiti berjaya memperol...
07/02/2024

PKU CEMERLANG DALAM PENILAIAN AUDIT KENDIRI EKSA PERINGKAT 1

Serdang, 6 Feb- Pusat Kesihatan Universiti berjaya memperoleh purata markah keseluruhan dalam Penilaian Audit Kendiri EKSA Peringkat 1, 2024 sebanyak 98.66% yang telah diadakan pada 24 Januari 2024 yang lalu.

Proses penilaian audit kendiri ini telah dinilai oleh auditor En Noor Farrid Noordin dari CALC dan juga Puan Nor Anidah Rosli dari Bahagian Audit Dalam, UPM dan diiringi oleh Juruaudit EKSA PKU.

Penilaian kendiri EKSA ini adalah salah satu permarkahan bagi Anugerah Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran bagi tahun 2023/24.

Justeru, Dr Arma, selaku pengerusi EKSA PKU mengharapkan, semua warga PKU akan tetap sentiasa bersemangat dalam melaksanakan EKSA.

“Persekitaran Kondusif Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti”

https://pku.upm.edu.my/berita/pku_cemerlang_dalam_penilaian_audit_kendiri_eksa_peringkat_1-77786

Suatu Audit Mengejut Ruang Kerja Terbaik telah dijalankan baru-baru ini. Audit yang merupakan audit kendiri sesi 1/2024 ...
23/01/2024

Suatu Audit Mengejut Ruang Kerja Terbaik telah dijalankan baru-baru ini. Audit yang merupakan audit kendiri sesi 1/2024 telah dilaksanakan oleh Barisan Juruaudit Dalaman EKSA PKU bertujuan bagi mencari 10 pemenang bagi memberi penghargaan buat ahli EKSA yang telah bertungkus lumus memastikan PKU terus cemerlang dengan EKSA.

Tahniah buat semua ahli EKSA yang berjaya memenangi anugerah.

Baru-baru ini telah berlangsung sesi ke-2 bagi tahun 2023 Audit kendiri EKSA, PKU UPM.Mengikut 6 kriteria penilaian sepe...
08/11/2023

Baru-baru ini telah berlangsung sesi ke-2 bagi tahun 2023 Audit kendiri EKSA, PKU UPM.

Mengikut 6 kriteria penilaian seperti Keperluan Utama Pelaksanaan, Ruang Tempat Kerja/Pejabat, Tempat Umum, Keselamatan Persekitaran, Kawasan Persekitaran, dan juga Tempat Khusus (mengikut kesesuaian premis PTJ)- Pemarkahan mengikut kriteria penilaian ruang yang ada.

Tahniah diucapkan kepada ahli Zon Orkid yang berjaya mengutip markah sebanyak 82% sekaligus dinobatkan sebagai Zon Terbaik EKSA Sesi 2/2023, manakala Zon Mawar terpaksa berpuas hati dengan jumlah markah yang diperoleh sebanyak 70.5%.

Tahniah juga diucapkan buat Dr Nurhayati Mohd Sobki diatas Anugerah Bilik Konsultasi Terbaik, Puan Fairus Mohamad (Ketua Bahagian diagnostik) atas penghargaan Anugerah Bilik Pegaai Terbaik, dan Surau Perempuan Zon Mawar diatas penghargaan Anugerah Surau Terbaik!

Tahniah kepada semua staf PKU atas komitmen yang sangat tinggi dalam menjayakan EKSA!Moga kita dapat disenarai pendek  u...
26/08/2022

Tahniah kepada semua staf PKU atas komitmen yang sangat tinggi dalam menjayakan EKSA!

Moga kita dapat disenarai pendek untuk penilaian akhir EKSA nanti. 🤲🏻

_Teruskan semarakkan EKSA di PKU_

Pertandingan Mencipta Logo EKSA UPM peringkat Pusat Kesihatan Universiti, UPM.Jawatankuasa Penyeragaman & Promosi EKSA t...
25/03/2021

Pertandingan Mencipta Logo EKSA UPM peringkat Pusat Kesihatan Universiti, UPM.

Jawatankuasa Penyeragaman & Promosi EKSA telah menerima sebanyak 16 penyertaan mencipta logo baharu. 2 markah tertinggi yang telah dinilai oleh Jawatankuasa penilai akan dihantar untuk mengikuti Pertandingan Mencipta Logo EKSA UPM peringkat UPM.

Berikut adalah 5 logo yang mendapat markah tertinggi.

Keputusan 2 markah logo tertinggi akan diumumkan 26/03/2021 jam 4.00ptg.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.Poster Pertandingan Merekacipta Logo EKSA Pusat Kesihatan Universiti UPM.Denga...
23/09/2020

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Poster Pertandingan Merekacipta Logo EKSA Pusat Kesihatan Universiti UPM.

Dengan sukacita Jawatankuasa Pelaksana EKSA PKU menjemput semua staff untuk menyertai pertandingan ini.

Sijil beserta hadiah menanti pemenang logo yang terpilih.
Logo yang menang akan digunakan bermula tahun 2021, seterusnya akan dipertandingkan pada peringkat EKSA UPM.

Mari sertai dan pamerkan bakat kreatif anda!

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahteraUniversiti Putra Malaysia telah mengeluarkan satu Panduan Pelaksanaan Ekosistem...
23/09/2020

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Universiti Putra Malaysia telah mengeluarkan satu Panduan Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) UPM Tahun 2020 menggantikan Panduan Pelaksanaan EKSA UPM yang terdahulu

Berikut ialah infografik Ringkasan Panduan Pelaksanaan EKSA UPM (Bab 1-Bab 4) yang akan digunakan oleh semua Pusat Tanggungjawab (PTJ).

"Persekitaran Kondusif Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti'

Assalamualaikum w. b. t dan Salam SejahteraPada tarikh 29.08.2019 Khamis minggu lepas telah berlangsung Audit Hari Kuali...
05/09/2019

Assalamualaikum w. b. t dan Salam Sejahtera

Pada tarikh 29.08.2019 Khamis minggu lepas telah berlangsung Audit Hari Kualiti & Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM ke atas Pusat Kesihatan Universiti UPM. Audit ini sebagai penilaian untuk Anugerah Pelaksanaan Kualiti Persekitaran Tempat Kerja (5S/EKSA).

Kumpulan Juruaudit seramai 5 orang diketuai oleh Encik Husalshah Rizal Hussian dari Pusat Alumni UPM.

Keputusan Audit telah diketahui pada pagi Khamis 05.09.2019 dengan markah 85.90%.

Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua warga kerja Pusat Kesihatan Universiti UPM atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan.

Komited. Kondusif. Amal

Jom amal dan budayakan Ekosistem Kondusif Sektor Awam.

Address

Jalan Universiti
Upm
43400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pelaksana EKSA Pusat Kesihatan Universiti UPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pelaksana EKSA Pusat Kesihatan Universiti UPM:

Shortcuts

Share

Category