Sekitar majlis perlimau tapak dan seni Silat Seni Gayong KHTC Tanjung Malim.
Silat Seni Gayong Kelembai School
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Silat Seni Gayong Kelembai School, Martial Arts School, .
Gelanggang Sang Kelembai ialah gelanggang Silat Seni Gayong Malaysia di bawah kelolaan Kumbang Hitam Training Center yang mempunyai gelanggang di sekitar Selayang Heights, Taman Wilayah dan Bukit Idaman.
26/10/2024
Terima kasih kepada pihak Kolej Komuniti Selayang kerana sudi memberi ruang kepada kami untuk berlatih.
Untuk makluman, latihan Silat Seni Gayong kini bermula semula di dewan terbuka Kolej Komuniti Selayang. Latihan adalah setiap hari Sabtu 9 pagi.
26/11/2022
Training pasca election kita buat dalam studio sebab nak main buah elok ada mattress.
Walaupun ramai tak dapat hadir Alhamdulillah latihan tetap berjalan macam biasa.
Latihan hari ni focus kepada pembentukan sepak juring. Nampak macam senang, tapi nak latih badan supaya pandai rotate pelvic muscles untuk maksima kekuatan tendangan makan masa untuk dibentuk.
Selalu kita pesan; tak guna hafal buah sampai berpuluh-puluh tapi buat tak jadi.
Jadi kita focus untuk kemaskan dan mahirkan yang asas dulu.
Kalau begini memang lambatlah naik bengkung. Tapi tak apa, macam pesan guru saya dulu, ”Kau nak bengkung? Esok kau ikut aku pi kedai, pilih warna apa kau nak.”
24/09/2022
Latihan Silat Seni Gayong seperti biasa pagi Sabtu 9-11 pagi. Biasa je kalau terlajak sampai pukul 12. Banyak kes budak-budak datang latihan ni nak datang tu malas, bila dah sampai dan berlatih tak reti nak balik pulak 😅
Terima kasih kepada yang hadir.
03/09/2022
Secara rasmi gelanggang Kolej Komuniti Selayang memulakan latihan Silat Seni Gayong September ini.
Ada yang lama mula turun berlatih kembali dan Alhamdulillah ada juga pendaftaran baru.
Kepada yang berminat boleh hubungi kami di Messenger atau berhubung terus dengan;
Sakinah Mazuki 013 283 6980
Natahsya Zainal 013 807 4117
13/08/2022
Latihan pagi Sabtu diteruskan macam biasa disusuli dengan acara “favourite” selepas latihan 😅
Seorang dah balik tak sempat bergambar.
06/08/2022
Selepas sekian lama menyepi hari ini Alhamdulillah kita dapat memulakan kembali latihan. InsyaAllah kita akan teruskan agar gelanggang kita kembali macam biasa.
Seperti pesan guru, “Ajar walaupun hanya seorang.”
Latihan di Kolej Komuniti Selayang kembali seperti biasa setiap Sabtu, 9-11 pagi.
Kepada yang berminat boleh daftar di sini: https://forms.gle/99H7SnfWmT5bz5Nr5
Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi:
1. Cik Sakinah Mazuki +60 13 283 6980
2. Cik Nurul Natahsya Zainal +60 13 807 4117
22/03/2022
16/10/2021
Salam, kepada yang berminat bolehlah mendaftar di https://forms.gle/ZhLfLrqK6kT6amEg7.
18/04/2021
Sempena bulan Ramadhan ni kita mulakan balik latihan, setiap petang Ahad. Lepas latihan terus ke masjid untuk berbuka dan tolong siapkan makanan untuk orang yang datang ke masjid.
Terima kasih kepada yang hadir, dan kita akan teruskan.
Telephone
Website
Opening Hours
| Wednesday | 15:00 - 18:00 |
| Friday | 20:30 - 23:30 |
| Saturday | 08:30 - 11:30 |