International College of Yayasan Melaka - ICYM

International College of Yayasan Melaka - ICYM International College of Yayasan Melaka (ICYM). Industry Based Higher Learning Institution

International College of Yayasan Melaka (ICYM) was formed with the belief and understanding that higher education is vital to the progress of the nation. The institution received an auspicious start in 1997 when it was officially opened by the Minister of Education, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak , who is today the Prime Minister of Malaysia. ICYM provides quality education & training to gl

obal citizens so as to enhance their competitiveness in a global market place. We provide global education for our students to explore the frontiers of knowledge, master new technologies and harvest the abundant wealth of diverse cultures and new industries. With today’s world globalization era, ICYM will be able to fulfill your dreams in Globalizing Your Future.

24/08/2026
Salam Maulidur Rasul 1448H / 202612 Rabiulawal 1448H | 25 Ogos 2026
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026
12 Rabiulawal 1448H | 25 Ogos 2026

Tahniah & Syabas, Tuan Haji Jasmy FardzyWarga ICYM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Haji Jasmy Fardzy bin...
24/08/2026

Tahniah & Syabas, Tuan Haji Jasmy Fardzy

Warga ICYM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Haji Jasmy Fardzy bin Haji Abdul Aziz, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar (StA), atas Penganugerahan Bintang Cemerlang Melaka (BCM) sempena Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka 2026.

Satu pengiktirafan atas jasa, dedikasi dan sumbangan cemerlang beliau kepada masyarakat dan negeri.

Kejayaan ini menjadi inspirasi dan aspirasi seluruh warga ICYM untuk terus melangkah lebih jauh, berbakti dengan ikhlas dan mencipta kecemerlangan.

Kalau siapa yang belajar Advertising Design sekitar tahun 90-an, mesti pernah nampak, baca atau mungkin masih simpan buk...
21/08/2026

Kalau siapa yang belajar Advertising Design sekitar tahun 90-an, mesti pernah nampak, baca atau mungkin masih simpan buku What’s the Big Idea? oleh George Lois & Bill Pitts.

Aku nak kongsi sebab hari ni idea macam jem sikit 😄
Jadi aku buka balik buku rujukan lama ni.

Bila baca semula, rupanya banyak benda dalam buku ni masih relevan sampai sekarang — walaupun cara kita buat iklan dah berubah banyak dengan AI, TikTok, Reels dan macam-macam platform baru.

Satu benda yang paling aku teringat Geoge Lois cakap:

Jangan terus fikir nak buat poster, video atau visual. Cari idea dulu.

Sebab design cantik belum tentu iklan kuat.
Headline catchy pun belum tentu orang ingat.

Yang penting ialah satu "Big Idea" yang boleh hubungkan produk dengan apa yang orang fikir, rasa, mahu atau risau.

Senang cerita:

Product Truth + Human Insight + Tension = Big Idea

Dan iklan yang bagus, ikut buku ini orang akan:

Berhenti → Faham → Rasa → Ingat → Bertindak

Itu je sebenarnya.

Kadang-kadang kita terlalu sibuk fikir tools, visual, prompt dan ex*****on sampai terlupa asas paling penting dalam advertising:

Cari idea dulu. Ex*****on kemudian.

Aku kongsikan infographic ni sebagai nota ringkas daripada pembacaan semula buku lama ni.

Mana tahu berguna juga untuk pelajar, kawan-kawan yang buat kerja advertising, marketing, design atau content.

Kadang-kadang bila tak ada idea, buku lama juga yang kita cari balik. 😄

Jalin Kerjasama Bersama PKWH Melaka dan Akademi Kenegaraan Madani Gerakkan Program Desa Sejahtera⚡StA ICYM bersama Pertu...
19/08/2026

Jalin Kerjasama Bersama PKWH Melaka dan Akademi Kenegaraan Madani Gerakkan Program Desa Sejahtera⚡

StA ICYM bersama Pertubuhan Kebajikan Wanita Harapan Negeri Melaka dan Akademi Kenegaraan Madani bakal bekerjasama untuk menjayakan Program Desa Sejahtera.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak bersetuju menyumbang kepakaran dan sumber bagi memastikan kelancaran program berkenaan.

Antaranya, Pertubuhan Kebajikan Wanita Harapan akan menaja barangan keperluan asas harian untuk 15 keluarga dengan jumlah peruntukan sebanyak RM4,500.

Manakala, Akademi Kenegaraan Madani akan menyediakan peruntukan makan dan minum sepanjang program dengan anggaran nilai RM4,000.

Semoga Program Desa Sejahtera dapat dilaksanakan seperti yang dirancang dan dapat memperkukuhkan jaringan antara agensi kerajaan, NGO dan ICYM.

⚡Meneroka Jaringan Global, Membuka Peluang BaharuICYM berbesar hati menerima kunjungan delegasi International Global Net...
18/08/2026

⚡Meneroka Jaringan Global, Membuka Peluang Baharu

ICYM berbesar hati menerima kunjungan delegasi International Global Network (IGN) dari Indonesia bagi meneroka peluang kerjasama dalam pembangunan bakat dan kepimpinan generasi muda.

IGN memperkenalkan sebuah platform bertaraf antarabangsa yang menghimpunkan hampir 500 pelajar dari lebih 60 buah negara, dengan penekanan kepada pembangunan kemahiran insaniah (soft skills), khususnya dalam aspek komunikasi.

Pertemuan ini membuka ruang strategik untuk ICYM memperluas jaringan antarabangsa serta memberi pendedahan lebih luas kepada para pelajar melalui pengalaman dan peluang di peringkat global.

Semoga kunjungan ini menjadi titik permulaan kepada kerjasama strategik yang lebih erat, berimpak dan berterusan antara ICYM dan IGN.

KUNJUNGAN HORMAT ICYM BERSAMA TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN TINGGI⚡ICYM telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada YB Tuan A...
17/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT ICYM BERSAMA TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN TINGGI⚡

ICYM telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada YB Tuan Adam Adli, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi dan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya. Delegasi ICYM diketuai oleh Encik Aminalrashid Mohd Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Jasmy Fardzy Abdul Aziz, Ketua Bahagian StA, bersama Muhammad Amzar Mohd Sopian, Presiden SRC dan Muhammad Amir Asyraf Badrohisham, Exco SRC.

Dalam pertemuan itu, Ketua Pegawai Eksekutif menyampaikan taklimat berkaitan ICYM bersama dengan cadangan penganjuran Program CSR Desa Sejahtera dan Program Mobiliti Antarabangsa yang bakal dilaksanakan pada hujung tahun 2026 ini.

Sesi perbincangan berlangsung dengan baik dan YB hasrat untuk melawat ICYM serta mengadakan perbincangan lanjut kepada program yang dirancang.

Terima kasih YB sudi menerima kunjungan ICYM🩷

🩷Skuad Sukarelawan ICYM Jayakan Little Avengers Sports Day 2026⚡LITTLE AVENGERS SPORTS DAY 2026 dengan tema _Every Child...
16/08/2026

🩷Skuad Sukarelawan ICYM Jayakan Little Avengers Sports Day 2026⚡

LITTLE AVENGERS SPORTS DAY 2026 dengan tema _Every Child Is A Hero berlangsung meriah di Dewan Bola Keranjang Bukit Serindit.

Program yang dianjurkan oleh Keedsflix Molek Residence dengan kerjasama KidsChamp Bertam Impian ini bertujuan menggalakkan kanak-kanak melibatkan diri dalam aktiviti fizikal yang menyeronokkan serta memupuk gaya hidup sihat sejak awal usia.

Program ini turut mendapat sokongan padu daripada 13 orang ahli Skuad Sukarelawan ICYM yang bertungkus-lumus membantu menjayakan pelbagai aktiviti sepanjang program berlangsung.

ANAK S**A EDIT VIDEO, AMBIL GAMBAR ATAU BUAT DESIGN? JANGAN ANGGAP ITU SEKADAR HOBI.Bakat tidak selalunya bermula dengan...
13/08/2026

ANAK S**A EDIT VIDEO, AMBIL GAMBAR ATAU BUAT DESIGN? JANGAN ANGGAP ITU SEKADAR HOBI.

Bakat tidak selalunya bermula dengan cita-cita yang besar. Kadang-kadang ia bermula daripada minat kecil—suka merakam video, mengambil gambar, mencipta visual atau menulis idea cerita.

Jika anak anda lepasan SPM dan tidak mendapat tawaran pengajian di IPT sesi Julai 2026 atau masih belum pasti hala tuju, cuba lihat apa yang sering menarik perhatian mereka.

Adakah mereka berminat dengan:

🎬 Video & Filem
📸 Fotografi
🎨 Reka Bentuk Grafik
💻 Multimedia & Kandungan Digital
✍️ Penulisan & Pengurusan Produksi

Jika ada walaupun satu cabang yang mereka minati, itu mungkin petunjuk kepada laluan yang patut diterokai.

Melalui Diploma Digital Media di ICYM, minat tersebut boleh diasah menjadi kemahiran dan karya yang lebih bermakna.

Daripada hanya menonton video, mereka belajar memahami cara sesebuah produksi dihasilkan.

Daripada sekadar mengambil gambar, mereka mula mencipta visual yang mampu menyampaikan cerita.

Daripada pengguna kandungan, mereka berpeluang menjadi pencipta kandungan dan karya digital.

Jangan tunggu sehingga mereka benar-benar pasti. Kadang-kadang keyakinan hanya muncul selepas diberi peluang untuk mencuba.**

JANGAN SEKADAR TONTON.
JADILAH YANG MENCIPTA.

🎓 Diploma Digital Media
🏫 International College of Yayasan Melaka (ICYM)

Hubungi Kami Untuk Maklumat Lanjut Untuk Pengambilan Pelajar Sesi Januari 2027 atau klik link pada ruangan komen

Address

Bukit Baru

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6062817732

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when International College of Yayasan Melaka - ICYM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category