Wakaf Unisza

Wakaf Unisza Universiti pertama di pantai timur mewujudkan Tabung Wakaf UniSZA dalam usaha memberi kemudahan kepada orang awam dan syarikat koporat menyalurkan dana.

12/08/2026

Tahniah kepada Felo Penyelidik ISF, Prof. Madya Dr. Shahrul Ifwat bin Ishak atas lantikan sebagai Visiting Professor di Universitas Islam Negeri Ar-Raniry Banda Acheh.

Kami di ISF mendoakan kejayaan dan kemudahan buat Prof. Madya Dr. sepanjang berada di sana.

Moga kejayaan ini membangkitkan semangat dan aspirasi buat kita semua.



26 Julai 2026 | AhadBENGKEL PEMBANGUNAN POLISI ZAKAT, WAKAF, ENDOWMEN DAN DERMA UniSZAPejabat Wakaf dan Endowmen UniSZA ...
27/07/2026

26 Julai 2026 | Ahad

BENGKEL PEMBANGUNAN POLISI ZAKAT, WAKAF, ENDOWMEN DAN DERMA UniSZA

Pejabat Wakaf dan Endowmen UniSZA (WAKAF) telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Polisi Zakat, Wakaf, Endowmen dan Derma yang bertempat di Dewan Alumni dan Komuniti Masjid UniSZA (DAKMU).

Bengkel ini diadakan sebagai platform untuk membangunkan, meneliti dan memperkemas polisi berkaitan pengurusan zakat, wakaf, endowmen dan derma di UniSZA agar lebih tersusun, jelas serta selaras dengan keperluan semasa dan tadbir urus universiti.

Bengkel ini turut melibatkan penyertaan ahli Jawatankuasa Agihan Dana Wakaf dan Zakat UniSZA (JAWAZ) serta Jawatankuasa Laporan Kewangan Wakaf UniSZA.

Semoga bengkel ini dapat menghasilkan polisi yang komprehensif dan menjadi panduan dalam memperkukuh pengurusan dana zakat, wakaf, endowmen dan derma UniSZA secara lebih cekap, telus dan berintegriti.




Pejabat Wakaf Unisza

Kempen Potongan Gaji Wakaf UniSZAMulakan wakaf melalui potongan gaji bulanan. Sedikit sumbangan daripada kita, besar man...
24/07/2026

Kempen Potongan Gaji Wakaf UniSZA

Mulakan wakaf melalui potongan gaji bulanan. Sedikit sumbangan daripada kita, besar manfaatnya kepada warga UniSZA dan ummah.

📲 Imbas kod QR pada poster untuk mendaftar.

"Berwakaf hari ini, menuai pahala yang berpanjangan." 💛


JOM BERWAKAF SEMPENA HARI JUMAATSempena Hari Jumaat yang penuh keberkatan ini, WAKAF UniSZA mengajak seluruh warga UniSZ...
17/07/2026

JOM BERWAKAF SEMPENA HARI JUMAAT

Sempena Hari Jumaat yang penuh keberkatan ini, WAKAF UniSZA mengajak seluruh warga UniSZA dan masyarakat untuk bersama-sama menyokong Kempen Wakaf UniSZA.

🎯 Sasaran Jumaat, 17 Julai 2026
RM10 × 1,000 penyumbang = RM10,000

Kini urusan wakaf lebih mudah.
📲 Terus imbas QR Bank (DuitNow QR) dan buat sumbangan anda.

Bersama kita menyumbang kerana setiap wakaf yang diberi akan terus memberi manfaat kepada ummah.

Setiap ringgit yang diwakafkan, insya-Allah menjadi saham akhirat yang berkekalan.


17/07/2026
12 Julai 2026 | AhadBENGKEL PEMANTAPAN DUTA WAKAF UniSZA Pejabat Wakaf dan Endowmen (WAKAF)  telah menganjurkan Bengkel ...
13/07/2026

12 Julai 2026 | Ahad

BENGKEL PEMANTAPAN DUTA WAKAF UniSZA

Pejabat Wakaf dan Endowmen (WAKAF) telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Duta Wakaf UniSZA yang diadakan di Meeting Room, Kompleks UniSISWA.

Bengkel ini telah disampaikan oleh Pengarah Pejabat WAKAF, Prof. Madya Dr. Muhammad Shahrul Ifwat bin Ishak. Program ini bertujuan memperkukuh pengetahuan serta meningkatkan kefahaman Duta Wakaf mengenai peranan mereka dalam menyokong agenda pembangunan wakaf dan pengurusan dana di universiti.

Antara pengisian utama bengkel ialah sesi perkongsian taklimat berkaitan pengurusan wakaf, bedah buku mengenai zakat sebagai medium memperluas kefahaman peserta, serta sesi input penyediaan cadangan permohonan dana Zakat Fisabilillah bagi meningkatkan kemahiran peserta dalam menyediakan proposal yang lebih sistematik dan berkesan.

Penganjuran bengkel ini diharapkan dapat memperkasakan peranan Duta Wakaf UniSZA sebagai ejen penyampai maklumat serta pemangkin kepada usaha memperkukuh budaya berwakaf dan kebajikan dalam kalangan warga universiti.


11/07/2026

Webinar on Waqf and Zakat in the Digital Age

🗓️ Saturday, July 11th, 2026
🕒 3:00 PM – 4:00 PM (Pakistan Time GMT +5)

Speaker: Dr. Muhammad Shahrul Ifwat Ishak, Director of the Waqf and Endowment Office, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Malaysia

Moderator: Ms. Madiha Rubab, Member, Executive Committee, Al-Sadiq Institute of Islamic Banking, Finance & Takaful.

Register now to secure your spot!
https://forms.gle/2CCMLsZY1pV5n1MP6

8 Julai 2026 | RabuMesyuarat Jawatankuasa Dana Wakaf UniSZA (JDWU) Bil. 1/2026 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, ...
09/07/2026

8 Julai 2026 | Rabu

Mesyuarat Jawatankuasa Dana Wakaf UniSZA (JDWU) Bil. 1/2026 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Canselori, UniSZA. Mesyuarat ini dipengerusikan bersama oleh YBhg. Dato' Nara Setia, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) selaku Pengerusi Jawatankuasa Dana Wakaf UniSZA, dan YBhg. Prof. Dato' Dr. Fadzli bin Adam, Naib Canselor UniSZA, selaku Pengerusi Bersama.

Mesyuarat tersebut diadakan bagi membincangkan pelbagai agenda strategik berkaitan pengurusan, pembangunan dan pemerkasaan Dana Wakaf UniSZA. Antara perkara yang dibincangkan termasuk perkembangan semasa pelaksanaan projek-projek wakaf, prestasi kutipan dana, laporan kewangan, cadangan projek baharu serta inisiatif memperkukuh tadbir urus dan kelestarian dana wakaf.

Selain itu, mesyuarat turut menjadi platform untuk mendapatkan pandangan serta pertimbangan ahli jawatankuasa terhadap hala tuju pembangunan Dana Wakaf UniSZA bagi memastikan pelaksanaan setiap inisiatif memberi impak yang optimum kepada pembangunan universiti, kebajikan warga kampus dan manfaat kepada masyarakat secara keseluruhannya.


6 Julai 2026 | IsninBENGKEL ENDOWMENT/GIFT/CROWDFUNDING PROGRAM PERKASA PEMBANGUNAN DANA UNIVERSITIFakulti Pengajian Umu...
09/07/2026

6 Julai 2026 | Isnin

BENGKEL ENDOWMENT/GIFT/CROWDFUNDING PROGRAM PERKASA PEMBANGUNAN DANA UNIVERSITI

Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL) UniSZA telah menganjurkan Bengkel Endowment/Gift/Crowdfunding bertempat di Smart Classroom, Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, UniSZA Kampus Gong Badak.

Bengkel ini telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Muhammad Shahrul Ifwat bin Ishak, Pengarah Pejabat Wakaf dan Endowmen (WAKAF) UniSZA, yang berkongsi pengetahuan serta pengalaman berkaitan pembangunan dana endowmen, konsep pemberian (gift) dan pembiayaan ramai (crowdfunding) sebagai strategi memperkukuh sumber kewangan universiti.

Sepanjang bengkel, para peserta turut didedahkan dengan kaedah merancang, membangunkan dan mengurus program pengumpulan dana secara sistematik bagi menyokong pembangunan akademik, penyelidikan dan kebajikan warga universiti.

Diharapkan perkongsian ilmu melalui bengkel ini dapat menjadi pemangkin kepada penghasilan lebih banyak inisiatif pembangunan dana yang mampan serta membudayakan amalan memberi dalam kalangan warga UniSZA.


WAKAF UniSZA merakamkan ucapan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Prof. Dr. Norizan binti Abdul Gh...
08/07/2026

WAKAF UniSZA merakamkan ucapan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Prof. Dr. Norizan binti Abdul Ghani, mantan Dekan Fakulti Sains Sosial Gunaan, UniSZA, atas pemergian Allahyarhamah.

Allahyarhamah pernah mewakafkan sebuah penapis air untuk kegunaan pelajar di asrama UniSZA. Semoga sumbangan tersebut menjadi legasi kebajikan yang terus mengalir pahalanya. Mudah-mudahan setiap titisan air yang dimanfaatkan oleh para pengguna menjadi amal jariah yang berpanjangan serta mengangkat darjat Allahyarhamah di sisi Allah SWT. Al-Fatihah.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarhamah, melimpahkan rahmat-Nya, melapangkan kuburnya, mengurniakan tempat yang mulia di sisi-Nya, serta menempatkan roh Allahyarhamah dalam kalangan orang-orang yang beriman.





Universiti Sultan Zainal Abidin - FB Rasmi

Address

Pejabat Wakaf Dan Endowmen UniSZA

21300

Opening Hours

Monday 08:00 - 04:45
Tuesday 08:00 - 04:45
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 04:45
Sunday 08:00 - 04:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wakaf Unisza posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Wakaf Unisza:

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share