Todak Academy berbesar hati dapat menghadiri Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2026 yang berlangsung pada 16 Mei lalu di Casuarina@Meru Hotel, Ipoh, Perak 🇲🇾✨
Terima kasih cikgu! ❤️
Todak Academy
Kolej Kemahiran TVET - Todak Academy
SKM | Animasi | Multimedia | Game Development | Esport
16/05/2026
Selamat Hari Guru ✨
“Guru bukan sekadar mengajar, tetapi membentuk masa depan.”
Terima kasih kepada semua pendidik yang sentiasa memberi ilmu, bimbingan dan inspirasi kepada generasi hari ini ❤️
Ikhlas daripada warga Todak Academy.
Sesuatu yang besar bakal tiba 🔥
Agak-agak dekat mana? 👀
12/05/2026
STAR CARNIVAL: STUDENT TALENT & RECRUITMENT 2026 ✨
Program STaR Carnival 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada 10 & 11 Mei 2026.
Antara pengisian program termasuk Slot Talk “Career Exploration in E-Sport Industry” yang disampaikan oleh Coach Kasiim dan Coach Ajim, serta sesi Trial Class Unity & Blender yang memberi pendedahan asas kepada bidang pembangunan game dan 3D design.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini serta para peserta yang telah memberikan sokongan dan penyertaan sepanjang program berlangsung.
10/05/2026
Program Short Course Basic Blender & Canva telah berlangsung dengan jayanya pada 9 hingga 10 Mei 2026 di Todak Academy, Cyberjaya.
Sepanjang program ini, para peserta telah didedahkan dengan asas penggunaan perisian Blender dan Canva melalui sesi pembelajaran berbentuk praktikal dan interaktif. Inisiatif ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada kemahiran asas reka bentuk digital serta penghasilan kandungan kreatif.
Pihak kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta yang telah menyertai program ini. Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan serta dikembangkan dalam bidang kreatif dan digital pada masa akan datang✨
08/05/2026
Todak Academy berbesar hati menerima kunjungan lawatan sambil belajar daripada SMP Panagatama Islamic School, Indonesia pada 8 Mei 2026.
Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai teknologi kreatif serta ekosistem pembelajaran digital yang diterapkan di Todak Academy. Semoga sesi perkongsian dan pengalaman sepanjang lawatan ini dapat memberi manfaat serta inspirasi kepada semua peserta yang hadir.
Terima kasih atas kunjungan dan kepercayaan yang diberikan kepada Todak Academy 🤝
07/05/2026
Todak Academy akan menganjurkan School Holiday Program 2026 untuk pelajar yang ingin meneroka dunia digital dan teknologi.
📅 1 – 3 Jun 2026
📍 Todak Academy, Cyberjaya
Program merangkumi:
• MLBB Esports
• Game-Based Learning
• 3D Animation
• AI Robotics
Tempat adalah terhad. Jom daftar melalui link di bio.
Jom join kami di School Holiday Program 2026 bersama Todak Academy!
📅 1 – 3 June 2026
📍 Todak Academy, Cyberjaya
Antara program yang akan dijalankan:
• Esports MLBB Camp
• Game Based Learning
• 3D Animation
• AI Robotics
Luangkan cuti sekolah dengan aktiviti yang menyeronokkan dan bermanfaat bersama kami.
Pendaftaran kini dibuka. Klik link di bio untuk daftar 🔥
07/05/2026
Bizjihad: Profit to Pahala ✨
Pada 6 Mei 2026, Todak Academy berbesar hati apabila CEO kami, En Taufik Rizal Aminuddin, telah dijemput untuk menyampaikan perkongsian dalam program Bizjihad: Profit to Pahala yang berlangsung di Kelab Golf Negara Subang (KGNS).
Sesi ini mengetengahkan perspektif bagaimana sesebuah perniagaan mampu bergerak seiring antara keuntungan dan nilai keberkatan, serta memberi impak positif kepada komuniti.
Terima kasih atas jemputan dan peluang untuk berkongsi ilmu serta pengalaman. Semoga lebih banyak kolaborasi bermakna dapat diwujudkan pada masa akan datang.
05/05/2026
SCHOOL HOLIDAY PROGRAM @ GIATMARA TITIWANGSA 🎮
Todak Academy dengan kerjasama GiatMara Titiwangsa akan menganjurkan School Holiday Program pada 1 – 6 Jun 2026.
📅 1 – 3 Jun 2026
Game Based Learning – pembelajaran interaktif berasaskan permainan yang memfokuskan kemahiran berfikir, kreativiti dan penyelesaian masalah.
📅 4 – 6 Jun 2026
MLBB Esports (Mobile Legends: Bang Bang) – pendedahan asas serta latihan dalam dunia esports kompetitif.
Daftar sekarang! Klik link di bio kami untuk penyertaan ✨
“Apakah maksud hari bekerja bagi anda?”
Kami tanya staff Todak Academy tentang erti kerja dalam hidup mereka.
Setiap jawapan, ada cerita & makna tersendiri ❤️
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 18:00 |
| Tuesday | 09:00 - 18:00 |
| Wednesday | 09:00 - 18:00 |
| Thursday | 09:00 - 18:00 |
| Friday | 09:00 - 18:00 |