Pautan

Pautan Persatuan Alumni Universiti Malaya Mahasiswa Pahang

25/01/2026

PEMBAHARUAN YURAN KEAHLIAN

YBhg. Dato’/ Dr./Tuan/Puan,
PERKARA : YURAN TAHUNAN AHLI PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI MALAYA
MAHASISWA PAHANG (PAUTAN) SEHINGGA 25 JANUARI TAHUN 2026

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan merujuk kepada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-3 Bagi Sesi 2024-2026 dan Majlis Tertinggi PAUTAN (MT) telah memutuskan untuk semua ahli dapat menjelaskan YURAN TAHUNAN setiap tahun sebanyak RM20.00 dan RM30.00 YURAN KEAHLIAN (hanya bagi ahli baru dan hanya sekali bayaran).Yuran tersebut boleh dimasukkan terus ke Akaun Persatuan Alumni Universiti Malaya Mahasiswa Pahang, Nombor Akaun Bank Rakyat: 1102451673, bukti bayaran boleh dihantar kepada Bendahari Zaini Bin Abd. Aziz (019-2723970) atau Setiausaha Nur’ Afini Bin Zakaria (014-5062940).

3. Sehubungan itu, YBhg. Dato’/ Dr./Tuan/Puan harap dapat menjelaskan yuran tahunan dan yang telah tertunggak melebihi dua (2) tahun sebelum mesyuarat agung yang akan datang bagi mengelakkan keahlian terbatal. Menurut Fasal 6, Perkara 2 – Yuran (C) Ahli yang gagal membayar yuran dua (2) tahun berturut-turut hilang hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.

4. Pihak kami mohon maaf jika berlaku kekhilafan tentang perkara ini dan segala kerjasama serta perhatian daripada pihak YBhg. Dato’/ Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini didahului dengan
ucapan terima kasih. Sekian.

Zaini Bin Abd. Aziz
Bendahari PAUTAN

20.9.2025 - Penyediaan pameran,  Explorasi Alam, gotong-royong, merewang,  penyediaan Kenduri Sekampung, agihan sumbanga...
20/09/2025

20.9.2025 - Penyediaan pameran, Explorasi Alam, gotong-royong, merewang, penyediaan Kenduri Sekampung, agihan sumbangan, sukaneka dan majlis di Masjid Kuala Tahan.

20.9.2025 - Hari kedua OPKIM bermula dengan Qiyamullail serta solat subuh berjemaah. Ianya diteruskan dengan Klinik Tahs...
20/09/2025

20.9.2025 - Hari kedua OPKIM bermula dengan Qiyamullail serta solat subuh berjemaah. Ianya diteruskan dengan Klinik Tahsin al- Fatihah.

19.9.2025 - OPKIM diteruskan dengan sesi Motivasi Pelajar yang telah diadakan pada selepas makan malam di Tekoma Resort,...
20/09/2025

19.9.2025 - OPKIM diteruskan dengan sesi Motivasi Pelajar yang telah diadakan pada selepas makan malam di Tekoma Resort, Taman Negara.

19.9.2025 - OPKIM 2025 bermula dengan pendaftaran peserta, taklimat program, ice breaking serta pembahagian fasilitator ...
19/09/2025

19.9.2025 - OPKIM 2025 bermula dengan pendaftaran peserta, taklimat program, ice breaking serta pembahagian fasilitator dan 10 buah keluarga angkat di Tekoma Resort, Taman Negara pada jam 3.00 petang.

19/09/2025
4 hari sahaja lagi 💪🏻jom kita support program kemasyarakatan ini demi anak bangsa kita
13/09/2025

4 hari sahaja lagi 💪🏻
jom kita support program kemasyarakatan ini demi anak bangsa kita

06/09/2025
Imbasan kembali kepada Projek Eksplorasi Alam xsilap anjuran Persatuan Mahasiswa Pahang UM (PMPUM) sekitar tahun 2002.
20/06/2025

Imbasan kembali kepada Projek Eksplorasi Alam xsilap anjuran Persatuan Mahasiswa Pahang UM (PMPUM) sekitar tahun 2002.

Address

Kuantan

Telephone

+60199393984

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pautan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pautan:

Share