Faedah-Faedah Ilmu Manusia, Minda dan Jiwa

  • Home
  • Faedah-Faedah Ilmu Manusia, Minda dan Jiwa

Faedah-Faedah Ilmu Manusia, Minda dan Jiwa Minda berkaitan manusia, jiwa insan dan masyarakat manusia.

Satu yang baru dan menggerunkan bagi saya yang baru berada dalam dunia penyelidikan kualitatif. Dahulu ijazah engineerin...
14/05/2026

Satu yang baru dan menggerunkan bagi saya yang baru berada dalam dunia penyelidikan kualitatif.

Dahulu ijazah engineering saya hurai hasil eksperiment polimer dan benda itu nampak depan mata.

Semasa diploma KPTI saya kaji secara keperpustakaan, iaitu isu ekonomi Islam.

Semasa ijazah pengajian Islam OUM saya kaji kuantitatif ujian pra dan pasca berkenaan kemahiran tajwid.

Untuk master pengajian Islam OUM disertasi saya mengkaji persepsi pelajar pondok terhadap pengajaran hadis di pondok mereka melalui kuantitatif juga.

Pada tahap PhD baru saya masuk dunia kualitatif.

Bab 4 mungkin tahun depan saya sentuh tapi dari sekarang saya perlu siapkan mental dan kemahiran. Untuk mengkaji sejauh mana pengajian di masjid surau memberi kesan kepada pelajar di masjid dan surau sekitar negeri Kedah, saya memilih kaedah temubual mendalam separa struktur insya Allah.

​Ramai yang sangka temubual ini mudah termasuk saya dulu, tapi sebenarnya proses pengumpulan datanya sangat kompleks dan mencabar!. Ia bukan sekadar bertanya, tapi seni untuk mendapatkan respon logik, ikhlas dan tulen daripada responden.

​Berdasarkan rujukan yang saya gunakan, ada beberapa langkah penting yang saya lalui untuk pastikan data saya sahih dan berkualiti:

​1. Persediaan Awal & 'Adab' Menjemput Responden

​Sebelum berjumpa, saya perlu hubungi responden untuk maklumkan tujuan kajian dan dapatkan persetujuan mereka. Ini penting supaya mereka rasa dihargai dan bersedia menjadi informan yang hebat. Lokasi dan masa juga dipilih ikut keselesaan mereka agar suasana jadi kondusif.

​2. Tiada Rahsia Antara Kita (Protokol Temubual)
​Saya akan kongsikan protokol atau soalan temubual lebih awal melalui WhatsApp atau emel. Kenapa? Supaya responden ada masa untuk berfikir dan beri jawapan yang lebih mendalam, bukan sekadar jawapan 'spontan' di permukaan sahaja.

​3. Seni Temubual: 6 Langkah Emas
​Semasa sesi berlangsung, saya praktikkan panduan daripada Taylor & Bogdan (1984) untuk pastikan responden selesa berkongsi cerita:

​🤝 Bina Hubungan Mesra: Wujudkan keserasian seawal minit pertama.
​👂 Pendengar Yang Baik: Memberi tumpuan penuh kepada setiap patah perkataan mereka.
​🍵 Suasana Selesa: Pastikan responden rasa tenang dan tidak tertekan.
​🤫 Kerahsiaan Terjamin: Segala isi temubual adalah sulit dan peribadi.
​⚖️ Bersikap Berkecuali: Saya sebagai pengkaji tidak akan memasukkan pandangan peribadi dalam jawapan mereka.

​Mohon doa rakan-rakan FB semua agar urusan mengumpul data di masjid dan surau seluruh Kedah ini dipermudahkan. Semoga hasil kajian ini nanti dapat memartabatkan semula pengajian kitab Jawi kita!

Muhammad Nuruddin bin Bashah

Rujukan kaedah di atas:
Mohd Yusri Ibrahim, Sembang Santai Penyelidikan (Besut, Terengganu: Bandar Ilmu, 2017), 150–151.

Kajian akademik Sains Sosial, Sejarah, Pengajian Islam mestilah guna instrument jika ingin kaji kesan, pengaruh, faktor ...
14/05/2026

Kajian akademik Sains Sosial, Sejarah, Pengajian Islam mestilah guna instrument jika ingin kaji kesan, pengaruh, faktor dan persepsi.

​Sains Tulen: Instrumen bagi sains tulen digambarkan sebagai alat yang sedia ada (boleh dibeli) dan membolehkan pengumpulan data dilakukan dengan pantas sehingga penyelidik mempunyai masa terluang untuk aktiviti lain.

​Sains Sosial: Instrumen bagi sains sosial memerlukan usaha yang lebih tinggi kerana pengkaji harus membina instrumen itu sendiri untuk menangani sifat elemen manusia yang rencam.

Rujukan :
Mohd Yusri Ibrahim, Sembang Santai Penyelidikan (Besut, Terengganu: Bandar Ilmu, 2017).

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Faedah-Faedah Ilmu Manusia, Minda dan Jiwa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Faedah-Faedah Ilmu Manusia, Minda dan Jiwa:

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share