14/05/2026
Tajuk : Punca Penyalahgunaan Dadah
Penyalahgunaan dadah merupakan satu isu yang semakin serius antara ramai masyarakat terutama remaja. Isu ini mampu merosakkan kehidupan seseorang termasuk kesihatan, masa depan dan hidup.
Salah satu punca utama adalah pengaruh rakan sebaya. Banyak individu yang mudah terpengaruh dengan ajakan rakan kerana mereka ingin diiktiraf sebagai ahli kump**an yang hebat tetapi akhirnya mereka menghadapi masalah dengan dadah tersebut dengan ketagih terhadap dadah.
Selain itu, masalah yang berlaku dalam keluarga dan mengalami perasaan tertekan juga merupakan salah satu punca pengaruh penyalahgunaan dadah. Kurang perhatian dari ibu bapa, dipinggirkan dalam keluarga dan perasaan tekanan dalam pembelajaran atau kewangan membuatkan seseorang menggunakan cara pengasingan sementara. Hal ini membuatkan mereka cenderung untuk mencuba dadah kerana dikatakan dadah boleh menenangkan pikiran seseorang.
Kurang didikan agama dan etika juga mendorong individu ini menjadi mudah terpengaruh oleh apa yang berdosa. Sekali lagi, seseorang yang mempunyai sikap mencuba apa-apa yang baru tanpa mengira akibatnya pun boleh menyebabkan penyalahgunaan dadah.
Terdapat juga faktor pengaruh media sosial dan persekitaran tidak selamat serta mudah mendapatkan bekalan dadah. Jadi, semua pihak harus bersama-sama menangani isu ini untuk masa depan yang lebih baik.
Secara kesimp**an, penyalahgunaan dadah memiliki banyak kesan negatif bagi individu.
Disediakan oleh : Afrina Wirdani binti Affandi (314480)
Pelajar Scimpa UUM