A241 Mpu1022 K - Group 6

A241 Mpu1022 K - Group 6 ETIKA DAN PERADABAN MPU1022
KUMPULAN 6
2024/2025

14/12/2024

Akhirulkalam, Malaysia mempunyai hubungan yang baik dengan negara-negara luar bukan sahaja dari aspek politik, bahkan juga ekonomi, sosial, dan agama.

Walaubagaimanapun, kita masih perlu sentiasa bergerak ke hadapan dan memperkukuh kedudukan negara. Malaysia perlu meningkatkan kerjasama politik dan ekonomi dengan negara luar untuk kestabilan, kemajuan dan pertumbuhan ekonomi negara.

Program yang memupuk hubungan sosial seperti pertukaran budaya juga perlu diperluaskan dengan melibatkan pertukaran pelajar dari semua universiti di Malaysia.

Dari segi agama p**a, Malaysia perlu sentiasa menyokong negara Islam yang lain, seperti Palestin dengan menyuarakan dan memastikan ketidakadilan yang berlaku di negara tersebut dapat dihentikan.

Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah membantu menjaga hubungan baik ini dengan menyokong penuh usaha yang dilakukan oleh kerajaan.

Sekian, terima kasih.

NAMA: ADAM AIZUDDIN BIN DAHLANNO MATRIK: 307871AGAMA : PERANAN MALAYSIA DALAM OIC & DUNIA ISLAM📍Malaysia memainkan peran...
04/12/2024

NAMA: ADAM AIZUDDIN BIN DAHLAN
NO MATRIK: 307871

AGAMA : PERANAN MALAYSIA DALAM OIC & DUNIA ISLAM

📍Malaysia memainkan peranan penting dalam Organisasi Kerjasama Islam (OIC) dan dunia Islam secara umum. Sebagai salah satu negara anggota OIC sejak penubuhannya pada tahun 1969, Malaysia sering dilihat sebagai contoh negara Islam yang maju, moden, dan progresif.

Antara peranan malaysia dalam OIC & Dunia Islam adalah :

✏️KEAMANAN DAN PENYELESAIAN KONFLIK:
Malaysia mendorong dialog dan penyelesaian konflik secara aman dalam kalangan negara-negara Islam. Malaysia turut terlibat dalam usaha mediasi untuk menyelesaikan konflik di negara-negara seperti Afghanistan, Yaman, dan Syria, serta menyeru perpaduan dalam kalangan negara anggota OIC.

✏️PUSAT PENDIDIKAN ISLAM DI ASIA TENGGARA:
Malaysia menjadi hab pendidikan Islam dengan universiti-universiti seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Institusi ini menarik pelajar dari seluruh dunia, menyumbang kepada penyebaran ilmu Islam dan pengukuhan jaringan akademik global

✏️DIALOG ANTARA BUDAYA & AGAMA:
Malaysia berusaha menyatukan umat Islam dengan menggalakkan dialog antara budaya dan agama serta menghadapi cabaran global seperti keganasan & ekstremisme. Seperti Malaysia menganjurkan platform seperti World Islamic Economic Forum (WIEF) dan Langkawi International Dialogue untuk mempertemukan pemimpin pelbagai budaya dan agama bagi membincangkan kerjasama ekonomi dan perpaduan global.

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) mempromosikan dialog antara agama untuk meningkatkan toleransi dan persefahaman dalam masyarakat pelbagai etnik di Malaysia dan serantau.

✏️MENANGANI KEGANASAN & EKSTREMISME:
Malaysia berusaha menyatukan umat Islam dengan menggalakkan dialog antara budaya dan agama serta menghadapi cabaran global seperti keganasan & ekstremisme seperti Penubuhan RCC (Regional Counter-Terrorism Centre): Malaysia menubuhkan pusat ini di Kuala Lumpur untuk memantau dan melawan propaganda ekstremis dalam talian.

Inisiatif Wasatiyyah: Malaysia mempromosikan Islam moderat melalui pendekatan Wasatiyyah, menolak fahaman ekstremisme yang merosakkan imej Islam​​​​.

✏️BANTUAN KEMANUSIAAN KEPADA PELARIAN:
Malaysia aktif memberikan bantuan kemanusiaan kepada pelarian dan memperjuangkan hak asasi manusia dalam dunia Islam melalui pelbagai inisiatif, termasuk bantuan kepada Palestin, Rohingya, dan komuniti lain yang terjejas. Seperti Rohingya: Malaysia menyediakan perlindungan kepada lebih 150,000 pelarian Rohingya yang melarikan diri dari kekejaman di Myanmar. Selain itu, Malaysia menyumbang dana kepada Tabung OIC untuk Rohingya dan bekerjasama dengan UNHCR untuk memberi sokongan pendidikan dan perubatan kepada komuniti ini​​​​.

Palestin: Malaysia secara konsisten menyalurkan bantuan kewangan, makanan, dan keperluan asas kepada rakyat Palestin, terutamanya semasa krisis di Gaza. Inisiatif seperti Humanitarian Mission for Gaza dilakukan melalui kerjasama dengan NGO seperti MyCARE dan Aman Palestin.

📍KESIMPULAN:
Secara keseluruhannya, Malaysia memainkan peranan yang penting dalam OIC & dunia Islam melalui usaha diplomatik, kerjasama ekonomi, pendidikan & sosial. Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang memperjuangkan Islam moderat, mendorong perdamaian & mempromosikan kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia.

NAMA : NOR ATHIRATUN NUHA BINTI MOHD.SHUBHINO MATRIK : 307623SOSIAL : PELANCONGAN DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA🌟Pelancongan ...
04/12/2024

NAMA : NOR ATHIRATUN NUHA BINTI MOHD.SHUBHI
NO MATRIK : 307623

SOSIAL : PELANCONGAN DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA

🌟Pelancongan merupakan sektor yang menjana pendapatan dan meningkatkan ekonomi. Sektor ini bukan sahaja menguntungkan negara tetapi juga memberi manfaat kepada rakyat melalui peningkatan permintaan dalam industri seperti makanan, hospitaliti dan seni. Oleh itu, Malaysia telah menjalankan pelbagai usaha kerjasama dalam peringkat antarabangsa bagi memastikan sektor pelancongan Malaysia ‘Standing In The Eyes Of The World’.

🌺 Kempen 'Malaysia Truly Asia'
‘Malaysia Truly Asia’ ialah sebuah kempen pelancongan untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan unik yang menggambarkan kepelbagaian budaya, makanan, dan tradisi Asia. Kempen ini menonjolkan keunikan Malaysia yang mempunyai kepelbagaian kaum seperti Melayu, India, Cina, Iban dan Kadazan.

- Hari Budaya Malaysia 2024, diberi nama ‘Malezya Gercek Asya – Warisan Malaysia: Essence of Asia’ yang dianjurkan di Istanbul, Turki pada 30 Jun 2024 telah menampilkan teater klasik ‘Lagenda Mahsuri’ dan juga pertunjukan peragaan busana tradisional di Malaysia. Bukan itu sahaja, keunikan seni, budaya dan warisan Malaysia turut diketengahkan melalui pameran kraftangan, promosi makanan, dan pelancongan.

🌺 Media Massa dan Media Sosial
Media massa merujuk kepada televisyen, radio, dan surat khabar manakala media sosial merujuk kepada penggunaan Instagram, Facebook dan TikTok. Bagi memastikan sektor pelancongan di Malaysia dikenali di mata dunia, kedua-dua platform ini menjadi tunjang utama dalam mempromosikan sektor pelancongan.

- Kementerian Pelancongan menggunakan platform Instagram dan Facebook dengan nama pengguna, ‘Tourism Malaysia’. Usaha ini meluaskan capaian maklumat bagi pelancong antarabangsa. Pelancong yang ingin ke Malaysia akan mudah mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat melalui saluran yang betul.

🌺 Pemeliharaan dan Pemuliharaan Kawasan Pelancongan
Pemeliharaan dan pemuliharaan merupakan usaha yang amat penting dalam sektor pelancongan. Usaha ini memastikan kawasan pelancongan berada dalam keadaan yang baik, selamat dan selesa.

- Bangunan warisan dan sejarah yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) di Melaka perlu dibaiki atau ditambah baik bagi memelihara dan memulihara aset berkenaan. Hal ini penting agar pengiktirafan warisan ini tidak ditarik balik.

🌺 Pengangkutan
Sektor pengangkutan melibatkan kerjasama secara langsung dengan negara-negara asing. Usaha kerjasama seperti penambahan laluan penerbangan antarabangsa mewujudkan peluang yang lebih luas kerana dapat menarik minat pelancong luar negara secara langsung.

- Bagi menampung permintaan yang semakin meningkat, sebanyak 10 laluan penerbangan antarabangsa baharu dibuka pada Disember 2024. Antaranya termasuklah dari Yuncheng, China ke Kuala Lumpur dan Muan, Korea Selatan ke Kota Kinabalu, Sabah. Hal ini menjadikan penerbangan antarabangsa setiap minggu ke Malaysia meningkat kepada 50.

🌟Kesimp**annya, kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha dalam meningkatkan sektor pelancongan di Malaysia termasuklah usaha kerjasama dengan negara-negara luar. Oleh itu, kita hendaklah memainkan peranan dalam menjaga khazanah dan warisan di Malaysia agar usaha ini tidak menjadi sia-sia. Bak kata pepatah, arang habis, besi binasa.

NAMA: AMIRA AZIRA BINTI MOHAMEDNO MATRIK: 308220SOSIAL: MALAYSIA DALAM SUKAN ANTARABANGSAPencapaian Malaysia dalam sukan...
04/12/2024

NAMA: AMIRA AZIRA BINTI MOHAMED
NO MATRIK: 308220

SOSIAL: MALAYSIA DALAM SUKAN ANTARABANGSA

Pencapaian Malaysia dalam sukan antarabangsa, khususnya dalam Sukan Olimpik dan melalui hubungan dengan negara lain dalam bidang sukan, memainkan peranan penting dalam memperkukuh status negara di pentas global. Selain meraih kejayaan di peringkat individu dan pasukan, sukan juga menjadi alat diplomasi yang memupuk hubungan baik antara Malaysia dan negara-negara lain.

1. Pencapaian Malaysia di Sukan Olimpik
Malaysia telah mencatat pelbagai pencapaian dalam Sukan Olimpik sejak penyertaan pertama pada tahun 1956. Walaupun Malaysia belum pernah memenangi pingat emas Olimpik dalam sukan utama (seperti atletik atau renang), negara ini telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam beberapa sukan lain seperti, badminton dan angkat berat.

🏸Badminton:
• Badminton adalah sukan yang paling mencatat kejayaan untuk Malaysia di Sukan Olimpik. Lee Chong Wei adalah pemain badminton yang paling dikenali di dunia dan telah memenangi tiga pingat perak berturut-turut dalam acara perseorangan lelaki di Olimpik 2008 (Beijing), Olimpik 2012 (London), dan Olimpik 2016 (Rio de Janeiro).

🏊Renang:
• Perenang Pandalela Rinong memenangi pingat perak dalam acara terjun 10m platform di Sukan Olimpik London 2012, menjadikannya sebagai satu-satunya atlet wanita Malaysia yang memenangi pingat Olimpik.

2. Hubungan Diplomatik dan Antarabangsa melalui Sukan
Sukan berfungsi sebagai jambatan penting dalam membina hubungan baik antara negara-negara di dunia. Malaysia tidak terkecuali dalam menggunakan platform sukan untuk menjalin kerjasama dan memperkukuh hubungan diplomatik dengan negara lain. Berikut adalah beberapa contoh hubungan Malaysia dengan negara lain melalui sukan:

🫱🏻‍🫲🏼Hubungan dengan Negara-negara Komanwel:
• Malaysia adalah negara anggota Persekutuan Komanwel, dan melalui Sukan Komanwel, Malaysia sering menghantar atlet terbaiknya untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Negara ini juga telah memenangi beberapa pingat emas di Sukan Komanwel.

🚴Kerjasama dalam Sukan Olimpik:
• Malaysia sering bekerjasama dengan China, Jepun, dan Korea Selatan dalam sukan badminton, dengan melibatkan pertukaran latihan dan kemahiran. Kerjasama antara atlet dari negara-negara ini memberikan manfaat bersama, meningkatkan hubungan melalui pertandingan dan program latihan bersama.

NAMA : KHALAICHELVI A/P KARUPPIAHNO MATRIK : 307625SOSIAL : PENGARUH BUDAYA MALAYSIA DI PERINGKAT ANTARABANGSABudaya Mal...
03/12/2024

NAMA : KHALAICHELVI A/P KARUPPIAH
NO MATRIK : 307625

SOSIAL : PENGARUH BUDAYA MALAYSIA DI PERINGKAT ANTARABANGSA

Budaya Malaysia dari segi makanan, muzik, dan seni terkenal di luar negara melalui pelbagai cara yang melibatkan promosi, pengaruh komuniti diaspora, dan keterlibatan dalam acara antarabangsa. Berikut adalah beberapa cara utama bagaimana budaya Malaysia ini dikenali di peringkat global:

1. Makanan 🥘🥮🥟

● Menubuhkan restoran makanan Malaysia di Luar Negara
Restoran yang menghidangkan makanan Malaysia seperti nasi lemak, rendang, dan char kuey teow semakin berkembang di bandar besar seperti London, New York, dan Sydney. Usahawan diaspora Malaysia memainkan peranan besar dalam memperkenalkan makanan ini kepada komuniti antarabangsa.

● Mengadakan acara dan Festival Makanan Antarabangsa
Acara seperti Malaysia Food Festival atau Asia Food Fest sering mempromosikan masakan Malaysia. Hidangan seperti laksa dan satay menjadi tarikan utama dalam festival-festival ini.

●Promosi Makanan Malaysia dalam Media sosial dengan melibatkan Selebriti
Chef terkenal seperti Chef Wan dan penampilan makanan Malaysia dalam rancangan TV dan media sosial turut membantu memperkenalkan masakan Malaysia.

2. Muzik🎻🪕🪘

● Mempromosikan alat muzik tradisional Malaysia dalam media sosial
Berkongsi tutorial dari segi video atau poster bagi mengetahui cara memain alat muzik tradisional Malaysia serta meningkatkan kesedaran terhadap budaya Malaysia.

●Artis Malaysia mempersembahkan di Festival Muzik Antarabangsa
Muzik tradisional Malaysia seperti gamelan, kompang, dan sape sering dipersembahkan di festival kebudayaan antarabangsa seperti World Music Festival dan International Arts Festival.

●Artis Malaysia berkolaborasi dengan pemuzik luar negara
Kerjasama Antarabangsa
Artis Malaysia juga berkolaborasi dengan pemuzik luar negara, memperkenalkan elemen budaya Malaysia dalam muzik mereka.

3. Seni🎨🎬🎭

● Mengadakan Pameran Seni di Luar Negara
Seni tradisional seperti batik dan songket sering dipamerkan di galeri dan acara fesyen antarabangsa. Contohnya, batik Malaysia mendapat perhatian di pameran seperti International Textile Fair.

●Mempromosikan filem dan drama Malaysia
Filem Malaysia seperti The Journey, Ola Bola, dan Sepet mendapat perhatian di festival filem antarabangsa seperti Busan International Film Festival dan Tokyo Film Festival.

● Mengadakan persembahan seni tradisional
Seni persembahan seperti Mak Yong dan Wayang Kulit dipersembahkan di acara seni global, memukau penonton dengan kisah tradisional dan elemen budaya yang unik.

NAMA : MUHAMMAD HAIZAMIL DARWIIS BIN MASDIZAM NO MATRIK : 308124EKONOMI : KERJASAMA EKONOMI ANTARABANGSARegional Compreh...
03/12/2024

NAMA : MUHAMMAD HAIZAMIL DARWIIS BIN MASDIZAM
NO MATRIK : 308124

EKONOMI : KERJASAMA EKONOMI ANTARABANGSA

Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) dan Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP) adalah dua perjanjian perdagangan antarabangsa penting yang melibatkan Malaysia. Perjanjian ini membawa manfaat besar kepada ekonomi Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana ia dapat membuka peluang perdagangan yang lebih luas dan meningkatkan daya saing negara di peringkat global. Namun begitu, mempunyai fokus, keahlian, dan skop yang berbeza.

📌Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP)
RCEP adalah perjanjian perdagangan bebas terbesar di dunia yang dibentuk untuk meningkatkan integrasi ekonomi dan memperkukuh hubungan perdagangan di rantau Asia-Pasifik. Perjanjian ini dibuat bertujuan untuk menyelaraskan perjanjian perdagangan yang sedia ada dan mempermudah perniagaan antara negara anggota. RCEP mula dicetuskan
Pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-19 di Bali, Indonesia, pada November 2011. Rundingan rasmi telah bermula pada tahun 2012 yang melibatkan negara-negara ASEAN dengan 6 rakan dialog iaitu China, Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand dan India. Perjanjian ini dapat dimuktamadkan pada 15 November 2020 setelah 8 tahun rundingan semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 yang diadakan secara maya walaupun India menarik diri daripada perjanjian pada tahun 2019. Perjanjian mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2022 setelah diratifikasi oleh sebahagian besar negara anggota.

📌Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP)
CPTPP adlah perjanjian perdagangan bebas yang bertujuan untuk memperkukuh hubungan ekonomi antara negara-negara anggota. Ia merupakan kesinabungan daripada Perjanjian TPP iaitu Trans-Pacific Partnership yang mengalami perubahan selepas Amerika Syarikat menarik diri pada tahun 2017. Pada asalnya, TPP adalah perjanjian perdagangan bebas yang dirundingkan oleh 12 negara, termasuk Amerika Syarikat, yang merangkumi 40% KDNK dunia.Fokus TPP adalah untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan, melindungi hak pekerja, menggalakkan inovasi, dan menangani isu seperti hak intelek dan alam sekitar. Semua itu berubah apabila Amerika Syarikat ditarik keluar dari TPP oleh Presiden Donald Trump atas alasan merugikan ekonomi Amerika. Negara-negara yang masih terlibat memutuskan untuk meneruskan perjanjian ini tanpa AS, dengan beberapa perubahan pada kandungan asal. Pada 8 Mac 2018, 11 negara menandatangani perjanjian baharu yang dikenali sebagai CPTPP, di Santiago, Chile. Perjanjian ini mengekalkan banyak elemen TPP tetapi menggantung klausa yang berkaitan dengan AS, seperti perlindungan harta intelek yang lebih ketat. CPTPP mula berkuat kuasa pada 30 Disember 2018, selepas enam negara pertama meratifikasi perjanjian tersebut. Malaysia meratifikasi CPTPP pada 5 November 2022 dan menjadi negara kesembilan yang menguatkuasakan perjanjian ini.CPTPP melibatkan 11 negara anggota dari Asia, Amerika, dan Oceania.

Impak Perjanjian RCEP dan CPTPP Terhadap Ekonomi Malaysia

■Memberi Jalan Masuk ke Pasaran yang Lebih Luas
RCEP memberikan akses kepada 15 negara yang meliputi 30% KDNK global dan pop**asi dunia. CPTPP membuka pintu ke 11 negara, termasuk pasaran baharu seperti Kanada, Mexico, dan Peru, yang tiada hubungan perdagangan bebas dengan Malaysia sebelum ini

■Penghapusan Tarif dan Kos Perdagangan Rendah
Dalam tempoh 20 tahun, tarif terhadap 92% barangan akan dihapuskan dalam RCEP manakala tarif keatas 95% barangan antara negara anggota CPTPP akan dihapuskan

■Kedudukan dalam Rantaian Bekalan Global Lebih Kukuh
Dengan RCEP, Malaysia mendapat menfaat daripada Rules of Origin yang membolehkan penggunaan bahan mentah dari mana-mana negara anggota untuk menikmati tarif rendah. CPTPP p**a meningkatkan keupayaan Malaysia untuk menjadi pusat pemprosesan barangan yang boleh dijual ke pasaran global

■Kerjasama Serantau Dapat Dipertingkatkan
Kedua-dua perjanjian mengukuhkan hubungan Malaysia dengan rakan dagang utama seperti China dan Jepun

NAMA : QISTINA DARLINA BINTI FAZLIN NO MATRIK : 307636EKONOMI : PELABURAN ASING DI MALAYSIA🌟Apa itu Pelaburan Asing ?Pel...
03/12/2024

NAMA : QISTINA DARLINA BINTI FAZLIN
NO MATRIK : 307636

EKONOMI : PELABURAN ASING DI MALAYSIA

🌟Apa itu Pelaburan Asing ?
Pelaburan asing merujuk kepada aliran dana dari luar negara ke dalam negara untuk tujuan pelaburan dalam sektor ekonomi seperti perkilangan, hartanah, kewangan dan lain-lain. Di Malaysia, pelaburan asing mempunyai peranan yang amat penting dalam pertumbuhan dan pembangunan ekonomi Malaysia. Berikut adalah beberapa kepentingan tentang pelaburan asing di Malaysia:

1.Merangsang Pertumbuhan Ekonomi📊
Kepentingan yang utama adalah pelaburan asing merangsang pertumbuhan ekonomi negara. Apabila pelabur asing melabur dalam negara kita, mereka membawa masuk modal yang besar ke dalam ekonomi tempatan. Modal ini digunakan untuk membiayai projek-projek pembangunan, seperti pembinaan kilang, pusat perniagaan, dan infrastruktur lain. Maka, lebih banyak projek pembangunan dapat dijalankan, yang seterusnya meningkatkan aktiviti ekonomi negara.

2.Membuka Peluang Pekerjaan📬
Pelaburan asing juga membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Apabila syarikat-syarikat asing melabur di Malaysia, mereka memerlukan tenaga kerja untuk menjalankan operasi mereka. Ini bermakna lebih banyak peluang pekerjaan dicipta untuk rakyat Malaysia, terutamanya dalam sektor-sektor seperti pembuatan, perkhidmatan, dan teknologi. Apabila peluang pekerjaan yang lebih banyak, kadar pengangguran di Malaysia dapat dikurangkan, dan rakyat dapat menikmati pendapatan yang lebih tinggi.Kehadiran syarikat-syarikat asing juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk memperoleh pengalaman dan kemahiran baru, yang dapat meningkatkan kebolehpasaran mereka di pasaran kerja.

3.Meningkatkan infrastruktur negara🏨
Syarikat-syarikat asing yang melabur di Malaysia sering kali membina infrastruktur seperti kilang, pejabat, jalan raya, dan kemudahan lain untuk menyokong operasi mereka. Pembangunan infrastruktur ini bukan sahaja memberi manfaat kepada syarikat-syarikat asing, tetapi juga kepada rakyat Malaysia. Contoh, pembinaan jalan raya baru oleh syarikat asing bukan sahaja memudahkan pengangkutan barangan, tetapi juga meningkatkan kemudahan pengangkutan untuk penduduk setempat.

4.Menambahkan pendapatan negara💵
Apabila syarikat-syarikat asing melabur di Malaysia, mereka membayar cukai kepada kerajaan Malaysia, yang seterusnya meningkatkan pendapatan negara. Pendapatan yang diperoleh daripada cukai ini boleh digunakan oleh kerajaan untuk membiayai projek-projek pembangunan, seperti pembinaan sekolah, hospital, dan jalan raya.Pendapatan daripada cukai juga boleh digunakan untuk menyediakan perkhidmatan sosial kepada rakyat, seperti bantuan kewangan, perumahan, dan kesihatan. Situasi ini dapat membantu kerajaan melaksanakan dasar-dasar yang lebih baik untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi negara.

5.Meningkatkan hubungan diplomatik dan ekonomi antarabangsa⚖️
Melalui pelaburan asing, Malaysia dapat memperkukuhkan hubungan ekonomi dan diplomatik dengan negara-negara lain. Pelabur asing, terutamanya dari negara-negara maju, sering membawa jaringan perniagaan dan kerjasama yang dapat membuka peluang baru untuk perdagangan dan kolaborasi antarabangsa.

6.Perkongsian Teknologi dan Tenaga⚡️
Syarikat-syarikat asing yang melabur di Malaysia sering kali membawa bersama mereka teknologi dan kepakaran yang canggih, yang tidak terdapat di Malaysia. Rakyat Malaysia dapat mempelajari dan menguasai teknologi baru yang dibawa masuk oleh syarikat-syarikat asing ini. Misalnya, syarikat teknologi tinggi dari negara-negara maju sering kali membawa bersama mereka teknologi pembuatan yang canggih, yang dapat meningkatkan kecekapan dan kualiti pengeluaran di Malaysia. Tambahan p**a, pelaburan asing juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk bekerja bersama pakar-pakar dari negara-negara lain, yang seterusnya membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka. Melalui kaedah ini, Malaysia dapat meningkatkan daya saingnya di peringkat global dan memperkukuhkan asas ekonomi negara.

NAMA : NURIN HADIRAH BINTI IBRAHIMNO MATRIK : 308046EKONOMI : PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN EKSPORT UTAMATahukah Anda?Mal...
03/12/2024

NAMA : NURIN HADIRAH BINTI IBRAHIM
NO MATRIK : 308046

EKONOMI : PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN EKSPORT UTAMA

Tahukah Anda?
Malaysia adalah 10 antara negara perdagangan terbesar di dunia dan memainkan peranan penting dalam ekonomi global menerusi eksport yang pelbagai.

🌍Berikut Adalah Barang Perdagangan dan Eksport Utama Malaysia:

1. Minyak Sawit: Simbol Kejayaan Pertanian
Minyak sawit merupakan eksport utama Malaysia, menjadikannya pengeksport kedua terbesar dunia selepas Indonesia. Industri ini menyumbang sekitar 10% daripada jumlah eksport negara dan memacu pelbagai sektor seperti makanan, kosmetik, dan biodiesel. Pasaran utama termasuk China, India, dan Kesatuan Eropah, dengan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) yang memastikan pematuhan standard alam sekitar global.

2. Elektrik & Elektronik (E&E): Nadi Teknologi Malaysia
Sektor E&E adalah penyumbang terbesar eksport negara, dengan hampir 40% daripada jumlah keseluruhan. Produk seperti semikonduktor dan cip mikro digunakan dalam teknologi tinggi dan peralatan pintar. Zon perdagangan bebas di Pulau Pinang menarik syarikat gergasi seperti Intel dan AMD, memantapkan kedudukan Malaysia dalam industri global.

3. Getah: Penyelamat Kesihatan Global
Malaysia adalah peneraju dunia dalam pengeluaran sarung tangan getah, memenuhi lebih 60% keperluan global. Industri ini menyumbang lebih 2% daripada jumlah eksport negara, tetapi memberikan kesan besar kepada sektor kesihatan, terutama semasa pandemik COVID-19.

🤝 Rakan Perdagangan dan Eksport Utama Malaysia
Malaysia mempunyai hubungan perdagangan erat dengan negara-negara utama:
• ASEAN: Berperanan penting, dengan 27.6% dagangan, terutamanya bersama Singapura, Thailand, dan Indonesia.
• China: Rakan dagang terbesar, menyumbang 17% daripada jumlah dagangan.
• Amerika Syarikat: Menyumbang 11% dagangan, terutamanya dalam E&E dan besi.

📍Kepentingan Perdagangan dan Eksport Antarabangsa
• Meningkatkan Pendapatan: Eksport menyumbang kepada kestabilan ekonomi negara.
• Membuka Peluang Pekerjaan: Industri eksport mencipta ribuan peluang pekerjaan.
• Menjana Daya Saing Global: Hubungan dagang meningkatkan kedudukan Malaysia dalam ekonomi dunia.

Sumber:
• MITI Malaysia
• Business Today
• Malay Mail

NAMA : NUR IZZATUL AISYAH BINTI AHMAD FAUZINO MATRIK : 307645POLITIK : PERANAN MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN ANTARABANGSATah...
03/12/2024

NAMA : NUR IZZATUL AISYAH BINTI AHMAD FAUZI
NO MATRIK : 307645

POLITIK : PERANAN MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN ANTARABANGSA

Tahukah anda Malaysia merupakan ahli aktif dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan telah banyak menyumbang kepada negara kita pada masa kini . Kita perlu berbangga Malaysia merupakan negara yang bekerjasama dengan negara-negara lain yang membangun. Ini membantu negara Malaysia dikenali oleh negara lain. Tahukah anda apakah itu PBB,apakah peranannya dan negara apa yang terlibat dan berteraskan apa?

PBB ditubuhkan pada 24 Oktober 1945 selepas perang Dunia kedua serta keahlian dalam PBB terbuka kepada semua negara di seluruh dunia. Ibu pejabat PBB terletak di New York Amerika Syarikat. Antara matlamat penubuhan PBB ialah menjamin keamanan dan keselamatan dunia. Bilakah Malaysia menyertai PBB? Malaysia menjadi anggota ke-82 PBB pada 17 September 1957 di mana ketika itu dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu. Apakah manfaat jika Malaysia menjadi ahli PBB? Salah satunya ialah dapat memelihara dan mempertahankan kepentingan negara dalam sebarang keputusan yang diambil oleh PBB.

🌟Oleh itu, apakah sumbangan Malaysia ketika menjadi ahli PBB?

1. Sumbangan kewangan💰
Sumbangan kewangan kepada pengurusan krisis dalam keadaan tertentu, Malaysia juga memberikan bantuan kewangan dalam usaha menangani krisis, kemanusiaan atau bencana global melalui saluran PBB. Contohnya, Malaysia pernah menyumbang kepada belanjawan tetap PBB.

2) Mendukung piagam PBB🫱🏼‍🫲🏿
Malaysia menentang keras tentang isu dasar Apartheid yang mementingkan orang kulit putih manakala orang kulit hitam ditindas. Orang kulit hitam dipandang rendah dan diberi layanan kelas kedua. Dasar Apatheid telah memisahkan rakyat mengikut kaum yang menyebabkan rakyat hidup berkump**an.Ketika itu Malaysia menyokong Nelson Mandela dalam memperjuangkan hak rakyat Afrika supaya hak asasi manusia dapat dicapai tanpa mengira kaum dan dapat mengakhiri dasar apartheid pada 1994 serta Nelson Mandela menjadi presiden kulit hitam pertama di Afrika Selatan.

3)Membawa isu perjuangan rakyat Palestin 🇵🇸
Malaysia mengalu-alukan keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melaksanakan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi menamatkan pendudukan haram Israel ke atas Palestin dan menyeru keadilan untuk rakyat Palestin. Hal in kerana sehingga kini palestin telah dijajah melebihi 70 tahun.Malaysia juga terus menyuarakan gesaan supaya Palestin diterima sebagai anggota ke-194 PBB dan gencatan senjata segera di Semenanjung Gaza. Negara lain juga turut menyokong dalam menghentikan peperangan Israel dan Palestin.

4)Menyelesaikan konflik antarabangsa🌍
Malaysia menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB sebanyak 4 kali iaitu pada 1965, 1989-1990, 1999-2000, dan 2015-2016. Selain itu, Malaysia juga berperanan sebagai duta khas PBB ke Myanmar bagi menyelesaikan isu halangan gerakan demokrasi. Malaysia memberi sumbangan dalam menjayakan misi pengaman anjuran PBB di negara berkonflik. Disiplin dan kemampuan pasukan tentera Malaysia dalam menggalas tugas misi pengaman ini diakui oleh PBB. Contohnya misi pengaman ialah di Congo,Namibia,Somalia,Bosnia dan Herzegovina. Antara tugas Malaysia ialah memastikan keselamatan penduduk negara yang terlibat dalam PBB, mengawasi gencatan senjata dalam perang saudara serta mendaulat undang-undang negara yang terlibat.

Secara kesimp**an, Malaysia merupakan antara negara yang memainkan peranan aktif dalam PBB. Selain terlibat dalam persidangan PBB, negara kita juga memberikan kerjasama dan komitmen dalam usaha membantu PBB melaksanakan pelbagai agenda dan masalah serta misi dunia tersebut.

NAMA : NURUL SAFFA' BINTI BADRUL HISHAH NO MATRIK : 307641POLITIK: HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN NEGARA JIRAN💡Tahukah Anda?...
01/12/2024

NAMA : NURUL SAFFA' BINTI BADRUL HISHAH
NO MATRIK : 307641

POLITIK: HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN NEGARA JIRAN

💡Tahukah Anda?
Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Singapura telah diwujudkan pada 1 September 1965. Pesuruhjaya Tinggi pertama Malaysia ke Singapura ialah Tan Sri Jamal Abdul Latif.
Hubungan Malaysia–Singapura merujuk kepada hubungan dua hala antara Malaysia dan Republik Singapura. Sebagai jiran yang terletak di Asia Tenggara, Malaysia dan Singapura mempunyai hubungan yang kuat dan saling bergantung dalam banyak bidang, meskipun terdapat beberapa isu yang mencabar sepanjang sejarah mereka. Hubungan dua hala termasuk:

1. Kerjasama Ekonomi📈

Pada tahun 2023, jumlah perdagangan dua hala antara Malaysia dan Singapura dianggarkan lebih daripada RM 300 bilion setahun, manjadikannya salah satu pasangan perdagangan terbesar di Asia Tenggara. Singapura adalah salah satu rakan dagang terbesar Malaysia dan Malaysia juga merupakan salah satu rakan dagang utama Singapura. Kedua-dua negara ini saling mengekalkan hubungan perdagangan yang kuat, dengan produk utama yang dieksport dan diimport termasuk minyak sawit dan petroleum. selain itu, Singapura adalah salah satu pelabur terbesar di Malaysia. Sebaliknya, Malaysia juga melabur di Singapura. Sebagai contoh, Banyak bank-bank Malaysia mempunyai cawangan dan pejabat di Singapura, termasuk CIMB, Maybank, dan RHB Bank. Bank-bank ini mengembangkan operasi mereka di Singapura untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan korporat dan individu di kawasan Asia-Pasifik. Malaysia dan Singapura juga mencadangkan Projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur–Singapura yang akan menghubungkan Malaysia dan Singapura.

2. Isu Air dan Sumber Alam🌧️

Isu air Malaysia ke Singapura adalah merujuk kepada perjanjian antara kerajaan Malaysia dan Singapura. Singapura dan Malaysia mempunyai konflik yang lama terhadap bekalan air. pada tahun 1927, kepimpinan perbandaran Singapura dan Sultan Ibrahim dari negeri dan wilayah Johor di jiran Malaya menandatangani perjanjian yang membolehkan Singapura menyewa tanah di Johor dan gunakan air secara percuma. Jabatan Air Perbandaran Singapura, di bawah David J. Murnane, mula mengimport air mentah dari Gunong Pulai pada tahun 1927 dan ditapis air pada 31 Disember 1929. Sejak itu, beberapa perjanjian air telah ditandatangani di antara dua negara.

3. Kerjasama Serantau dan Global🌎

Malaysia dan Singapura adalah anggota aktif dalam ASEAN dan sering bekerjasama dalam memajukan agenda serantau, seperti Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC), Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA), dan inisiatif serantau lain yang menyokong perdagangan bebas dan integrasi serantau. Pada 26 September 2024, Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Anwar Ibrahim menyatakan merupakan rakan baik yang saling berkerjasama erat. "Sebab itulah saya teruja untuk bekerjasama dengan Singapura, dan sudah tentunya memberi keutamaan kepada kerjasama ASEAN yang kami, Malaysia, akan menjadi pengerusi tahun depan," kata beliau dalam ucap tama pada acara Invest Malaysia 2024 @ Iskandar Puteri.

NAMA : MUHAMMAD HAZIQ BIN NORKAMANO MATRIK : 307609POLITIK : PERANAN MALAYSIA DALAM ASEANMalaysia merupakan salah satu d...
24/11/2024

NAMA : MUHAMMAD HAZIQ BIN NORKAMA
NO MATRIK : 307609

POLITIK : PERANAN MALAYSIA DALAM ASEAN

Malaysia merupakan salah satu daripada lima negara pengasas ASEAN bersama-sama Indonesia, Thailand, Filipina, dan Singapura. Malaysia memainkan peranan yang signifikan dalam ASEAN sejak penubuhannya pada tahun 1967. Berikut adalah beberapa peranan utama Malaysia dalam ASEAN:

1. Penggerak Utama ASEAN👥

- Sebagai salah satu negara pengasas ASEAN, Malaysia memainkan peranan penting dalam menggerakkan agenda serantau. Malaysia sering menjadi penganjur mesyuarat dan sidang kemuncak ASEAN, yang menjadi platform untuk membincangkan isu-isu strategik dan merangka dasar bersama. Malaysia juga mempromosikan konsep ASEAN sebagai sebuah entiti bersatu di peringkat global, termasuk dalam diplomasi antarabangsa dan kerjasama dengan kuasa besar dunia.

2. Meningkatkan Kerjasama Ekonomi🫱🏻‍🫲🏽

- Malaysia komited dalam memperkukuhkan kerjasama ekonomi antara negara anggota ASEAN melalui pelbagai inisiatif seperti Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC). Malaysia turut memainkan peranan aktif dalam mengurangkan halangan perdagangan, memudahkan pelaburan rentas sempadan, dan membangunkan infrastruktur untuk menyokong integrasi ekonomi. Ini membantu meningkatkan daya saing ekonomi ASEAN di peringkat global.

3. Keamanan dan Stabiliti Rantau🗺️

- Malaysia sentiasa menyokong usaha untuk memastikan keamanan dan kestabilan politik di Asia Tenggara. Ini termasuk penglibatan dalam menyelesaikan konflik di selatan Filipina dan Selatan Thailand serta menjadi perantara dalam isu-isu berkaitan Laut China Selatan. Selain itu, Malaysia memainkan peranan dalam mendorong pelaksanaan Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear di Asia Tenggara (SEANWFZ) sebagai langkah ke arah keamanan serantau.

4. Meningkatkan Kerjasama Sosial dan Budaya🌏

- Malaysia mempromosikan pemahaman silang budaya antara negara anggota melalui inisiatif sosial dan kebudayaan ASEAN. Antara usaha Malaysia termasuk memelihara warisan budaya, menggalakkan pertukaran pendidikan, dan memperkukuh kerjasama dalam isu kesihatan awam seperti pencegahan wabak penyakit. Langkah ini bertujuan membina masyarakat ASEAN yang lebih harmoni dan bersatu.

5. Kepimpinan dalam Isu Perubahan Iklim dan Alam Sekitar🌱

- Malaysia mengambil peranan utama dalam isu perubahan iklim dan pemeliharaan alam sekitar di ASEAN. Ini termasuk usaha menangani masalah jerebu rentas sempadan melalui kerjasama serantau dan penguatkuasaan undang-undang. Malaysia juga memperjuangkan pembangunan mampan dengan menekankan penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan perlindungan biodiversiti sebagai agenda penting ASEAN.

Secara keseluruhannya, peranan Malaysia dalam ASEAN mencerminkan komitmennya untuk memperkukuh hubungan serantau dan memastikan ASEAN terus berkembang sebagai entiti yang stabil, makmur, dan lestari.

Address

Universiti Utara
Universiti Utara

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when A241 Mpu1022 K - Group 6 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share