Etika dan Peradaban - I:Kumpulan 5 Sesi A241

Etika dan Peradaban - I:Kumpulan 5 Sesi A241 Tugasan Berkumpulan Etika dan Peradaban

15/12/2024
NAMA: SHARMILA A/P S SURESHNO MATRIK: 306966SUBTOPIK: KESIMPULAN KRISIS ALAM SEKITAR Krisis alam sekitar yang kita hadap...
22/11/2024

NAMA: SHARMILA A/P S SURESH
NO MATRIK: 306966
SUBTOPIK: KESIMPULAN KRISIS ALAM SEKITAR

Krisis alam sekitar yang kita hadapi pada masa ini bukan sahaja berkait rapat dengan masalah ekologi, tetapi juga melibatkan dimensi etika dan peradaban manusia. Sebagai makhluk yang memiliki akal dan kebijaksanaan, kita seharusnya lebih peka terhadap kesan tindakan kita terhadap alam sekitar, serta memahami bahawa alam bukanlah sesuatu yang wujud untuk dieksploitasi tanpa batas, tetapi ia adalah satu entiti yang harus dihormati dan dilindungi. Dalam konteks ini, penghayatan etika dan peradaban memainkan peranan yang sangat penting dalam mengatasi krisis alam sekitar yang semakin membimbangkan.

Secara etika, manusia harus menilai semula hubungan mereka dengan alam. Manusia telah diberikan tanggungjawab sebagai pemelihara bumi, suatu amanah yang harus ditunaikan dengan penuh rasa hormat dan tanggungjawab. Namun, akibat kerakusan untuk mengejar kemajuan material dan pembangunan tanpa mengambil kira kelestarian alam, banyak sumber semula jadi telah dieksploitasi secara berlebihan, menyebabkan kerosakan yang besar terhadap bumi. Konsep etika alam sekitar menuntut agar kita bukan sahaja bertanggungjawab dalam penggunaan sumber alam, tetapi juga memberi perhatian terhadap kesan jangka panjang kepada generasi yang akan datang.

Dalam konteks peradaban, kita harus mengingatkan diri kita bahawa kemajuan teknologi dan pembangunan tidak seharusnya mengorbankan nilai-nilai kemanusiaan yang sejati. Peradaban yang benar tidak hanya diukur dengan pencapaian material atau teknologi, tetapi juga dengan sejauh mana kita dapat hidup harmoni dengan alam dan menghargai semua kehidupan yang ada di dalamnya. Krisis alam sekitar adalah cerminan kegagalan kita dalam memelihara keseimbangan antara pembangunan dan kelestarian alam. Dalam peradaban yang sebenar, manusia bukanlah penguasa yang boleh sewenang-wenangnya menguasai bumi, tetapi sebaliknya, mereka adalah penjaga yang bertanggungjawab memastikan bumi ini dapat diwarisi dengan baik oleh generasi akan datang.

Mengambil penghayatan etika dan peradaban sebagai asas, kita perlu mengubah cara kita berfikir dan bertindak dalam menghadapi krisis alam sekitar. Kita harus memupuk nilai-nilai penghormatan terhadap alam, mengutamakan pembangunan yang lestari, serta menggalakkan gaya hidup yang lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Ini termasuk mengurangkan pembaziran, mengitar semula bahan buangan, menggunakan tenaga boleh diperbaharui, dan melindungi kawasan alam semula jadi yang semakin terancam.

Sebagai kesimp**annya, krisis alam sekitar bukan sahaja cabaran yang memerlukan penyelesaian teknikal dan ilmiah, tetapi juga satu ujian terhadap nilai etika dan peradaban kita. Ia mengajak kita untuk kembali menghayati tanggungjawab kita sebagai penjaga alam, dengan menghormati hak setiap makhluk hidup dan memastikan bumi ini kekal lestari untuk generasi akan datang. Krisis ini menuntut perubahan dalam cara kita berfikir, bertindak, dan berinteraksi dengan alam, agar kita dapat mencapai keseimbangan yang harmoni antara kemajuan peradaban dan kelestarian bumi.

NAMA: SAFIAH MAISARAH BINTI MOHD NAZIMNO MATRIK: 306958SUBTOPIK: CARA- CARA ATASI KRISIS ALAM SEKITAR ( AIR & TANAH )Ass...
22/11/2024

NAMA: SAFIAH MAISARAH BINTI MOHD NAZIM
NO MATRIK: 306958
SUBTOPIK: CARA- CARA ATASI KRISIS ALAM SEKITAR ( AIR & TANAH )

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !
Krisis alam sekitar yang melibatkan air dan tanah kini telah menjadi dua isu utama yang semakin membimbangkan di seluruh dunia. Kedua-dua sumber alam ini adalah asas kepada kehidupan, namun kini mereka semakin terancam akibat aktiviti manusia yang tidak terkawal. Jadi hari ini saya ingin mengambil kesempatan untuk kongsikan tentang cara-cara atasi krisis alam sekitar air dan tanah.

Krisis air:

• Penguatkuasaan undang-undang
Pihak berkuasa perlu memastikan bahawa pengusaha industri yang mencemarkan alam sekitar dengan membuang sisa toksik dan bahan kimia ke dalam longkang dan sungai dikenakan tindakan yang sewajarnya. Undang-undang ini memberi kuasa kepada pihak berkuasa untuk mengawasi, mengawal, dan mengambil tindakan terhadap aktiviti yang mencemarkan sumber air, demi memastikan kelestarian dan keselamatan sumber air untuk generasi akan datang.

• Meningkatkan bekalan air bersih
Memperbanyakkan lagi pembinaan loji rawatan air. Ini bagi membolehkan air sungai, air tasik dan air dari sumber lain yang tercemar diproses menjadi sumber air yang lebih bersih. Proses ini dapat menghilangkan bahan pencemar seperti logam berat, bahan kimia, dan mikroorganisma berbahaya lalu menjadikan air tersebut selamat untuk diminum dan digunakan.

• Pemeliharaan dan pemuliharaan Kawasan tadahan hujan
Meningkatkan sumber air bersih dengan menyediakan lebih banyak Kawasan tadahan air bagi memastikan bekalan air bawah tanah dapat dimaksimumkan. Oleh itu, segala aktiviti pembalakan dan penerokaan hutan perlu dipantau agar dapat menyediakan lebih banyak lagi Kawasan tadahan air.

Krisis tanah:

• Penanaman Semula Pokok
Aktiviti penanaman semula pokok dapat membantu mengembalikan keseimbangan ekosistem, mengurangkan hakisan tanah, dan meningkatkan kesuburan tanah. Kawasan hutan yang terancam perlu dipulihkan untuk menjaga kestabilan tanah dan mengurangkan pembaziran sumber alam.

• Pertanian Organik
Menggunakan teknik pertanian organik yang mengutamakan penggunaan bahan semula jadi dapat mengurangkan penggunaan baja kimia yang boleh mencemarkan tanah. Baja organik seperti kompos dapat meningkatkan kesuburan tanah secara berterusan.

• Penggunaan Teknologi Bersih
Menggalakkan penggunaan teknologi hijau dan mesra alam dalam industri dan pertanian supaya dapat mengurangkan pencemaran tanah. Contohnya, pengurangan penggunaan bahan kimia toksik dalam pertanian.

NAMA: NUR ALIYA SOFEA BINTI BUWANG NO MATRIK: 306977SUBTOPIK:CARA-CARA ATASI KRISIS ALAM SEKITAR (UDARA & BUNYI)Tahukah ...
20/11/2024

NAMA: NUR ALIYA SOFEA BINTI BUWANG
NO MATRIK: 306977
SUBTOPIK:CARA-CARA ATASI KRISIS ALAM SEKITAR (UDARA & BUNYI)

Tahukah anda,kualiti udara yang bersih dan bunyi persekitaran yang tenang adalah sangat penting dalam Kesihatan,kesejahteraan dan kehidupan seharian kita? Namun,seperti yang diketahui ramai pada era sekarang pencemaran udara dan bunyi yang menunjukkan peningkatan yang berterusan semestinya memberi impak kepada kehidupan kita setiap hari.Pencemaran udara dan juga pencemaran bunyi ini bukanlah satu perkara yang kecil dan boleh dianngap remeh.Setiap kali kita keluar rumah,kita akan terdedah dengan udara yang tercemar dengan bahan kimia yang merbahaya yang akan mengakibatkan kita terdedah dengan pelbagai penyakit.
Pencemaran bunyi juga memberi impak yang serius dalam seharian kita.Masalah ini juga dianggap sebagai masalah yang serius kerana menggangu ketenteraman ramai penduduk dan rakyat yang lebih-lebih lagi tinggal di Kawasan bandar yang padat.
Jadi,apa Langkah atau cara yang perlu kita lakukan bagi mengurangkan masalah pencemaran udara ini?Setiap Langkah kecil boleh memberi kesan yang besar kepada semua orang.

• Penggunaan kenderaan Mesra Alam
pelbagai kenderaan mesra alam yang dapat kita gunakan bagi mengganti bahan-bahan kimia berbahaya yang terkandung di dalam udara juga yang dilepaskan bagi kenderaan bermotor.Dengan ini kita digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam.Kelebihan pengangkutan awam adalah dapat mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya juga bagi meminimumkan pelepasan asap kenderaan yang mengandungi gas yang mempengaruhi tahap Kesihatan kita.
Juga,Amalan berbasikal dan berjalan kaki bagi mereka yang ingin ke destinasi yang dekat.Amalan ini bukan Sahaja dapat menguarangkan pencemaran juga dapat memberi kelebihan kepada Kesihatan kita yang dapat mengelakkan daripada segala penyakit kronik.
Jika ingin menggunakan kenderaan,disarankan untuk menggunakan kenderaan elektrik seperti kenderaan hybrid bagi mengurangkan pelepasan gas kimia di udara.

• Menggalakkan program kitar semula
Apabila bahan buangan yang boleh dikitar semula seperti plastik,kertas,dan logam tidak dikitar semula malah sering dibuang ke tapak pelupusan atau dibakar.Pembakaran sampah boleh mencemarkan udara dan menghasilkan gas berbahaya.
Dengan mengambil Langkah bagi mengitar semula ianya dapat mengurangkan bahan pencemar yang dilepaskan ke udara seperti asap toksik,karbon monoksida dan sulfur dioksida.

Apakah langkah bagi mengurangkan pencemaran bunyi?
• Menggunakan Penebat Bunyi
Penebat bunyi bukan Sahaja boleh dipasang di rumah,bangunan juga kilang.
Memasang penebat bunyi seprti tingkap berkaca dua lapis,karpet tebal atau panel dinding yang diperbuat daripada bahan yang dapat menyerap bunyi.Juga, bagi bangunan dan kilang dapat memenuhi permukaan dalaman seperti dinding dan bumbung dengan bahan -bahan yang dapat menyerap bunyi seperti felt,bulu kapas,papan penyerapan bunyi,papan bulu kayu dan sebagainya.Dengan cara ini dapat membantu mengurangkan bunyi dari luar,terutamanya di Kawasan bandar atau jalan raya yang sibuk.

• Penanaman pokok dan tumbuhan sebagai penghalang bunyi.
Pokok dan tumbuhan yang berada di persekitaran kita dan lebih utama kepada pokok-pokok yang besar dapat berfungsi sebagai penghalang semula jadi terhadap bunyi kerana objek yang keras dapat memantulkan semula bunyi daripada asalnya.Maka,penanaman pokok di sekitar Kawasan kediaman atau bandar dapat membantu penduduk juga masyarakat bagi mengurangkan sekali gus menyerap bunyi bising,dengan ini dapat menjadikan persekitaran lebih tenang dan tenteram.

NAMA: AHMAD DANIELL EISQANDAR BIN YUSRINO MATRIK: 306991SUBTOPIK: KESAN KRISIS ALAM SEKITAR.1) Perubahan Iklim dan Peman...
20/11/2024

NAMA: AHMAD DANIELL EISQANDAR BIN YUSRI
NO MATRIK: 306991
SUBTOPIK: KESAN KRISIS ALAM SEKITAR.

1) Perubahan Iklim dan Pemanasan Global :
Aktiviti manusia seperti pembakaran bahan api fosil dan penebangan hutan telah menyebabkan peningkatan gas rumah kaca dalam atmosfera. Kesannya, suhu global akan semakin meningkat dan membawa kepada cuaca ekstrem seperti gelombang panas, banjir, ribut taufan, dan kemarau. Hal ini akan menjejaskan produktiviti semua pihak kerana kesan daripada keadaan iklim yang tidak stabil.

2) Kemusnahan Ekosistem dan Kepupusan Spesies :
Ekosistem mula terancam kesan daripada pembalakan haram, pembangunan, dan pencemaran alam sekitar. Tindakan ini akan membawa kepada kepupusan flora dan fauna kerana habitat mereka telah musnah akibat aktiviti manusia. Kehilangan habitat memaksa spesies flora dan fauna kepada kepupusan. Kesannya, hal Ini akan mengganggu rantai makanan dan keseimbangan ekologi sehingga menyebabkan biodiversiti terancam.

3) Pencemaran Udara :
Pencemaran udara yang berpunca daripada kenderaan, industri, dan pembakaran bahan api fosil akan mengakibatkan masalah kesihatan manusia seperti asma, penyakit jantung, dan kanser paru-paru. Selain itu, akan berlakunya hujan asid yang menyebabkan kerosakkan hutan, mencemari sungai dan tasik, dan membunuh kehidupan akuatik. Kesannya, ramai individu akan jatuh sakit kerana terdedah kepada pencemaran udara setiap masa.

4) Kekurangan Sumber Air Bersih
Kuantiti air bersih yang semakin berkurang kerana air sungai atau tasik telah tercampur dengan larutan bahan kimia, sisa industri dan sampah akan menyebabkan air tersebut tidak lagi selamat untuk digunakan. Hal ini mengganggu pembekalan air bersih kepada komuniti dan mengakibatkan kekurangan air bersih yang boleh membawa kepada penyakit. Kesannya, kekurangan air bersih akan menjejaskan urusan harian setiap individu itu sendiri.

5) Gangguan terhadap Pola Hujan dan Musim Tanaman
Krisis alam sekitar turut mempengaruhi pola hujan yang menjadi tidak menentu sehingga menyebabkan berlakunya perubahan musim tanaman. Hal ini akan menyukarkan perancangan pertanian dan boleh menyebabkan kekurangan makanan apabila tanaman gagal menghasilkan hasil yang mencukupi. Kesannya, tidak dapat menyediakan bekalan makanan yang mencukupi untuk bertahan hidup.

NAMA: KHAIR FAIZZUDDIN BIN MOHD SHAMSUL BHARINO MATRIK: 306960SUBTOPIK: KESAN KRISIS ALAM SEKITAR.1. Penyebaran Penyakit...
19/11/2024

NAMA: KHAIR FAIZZUDDIN BIN MOHD SHAMSUL BHARI
NO MATRIK: 306960
SUBTOPIK: KESAN KRISIS ALAM SEKITAR.

1. Penyebaran Penyakit Berjangkit
Krisis alam sekitar, seperti pencemaran dan perubahan iklim, menambah risiko penyebaran penyakit. Suhu dan cuaca tidak menentu mungkin mengganggu habitat vektor penyakit. Contohnya, nyamuk dan kutu boleh menjadi lebih banyak. Ini mungkin membawa kenaikan penyakit seperti denggi, malaria, dan virus Zika. Kesihatan awam akan terjejas menyebabkan beban sistem penjagaan kesihatan juga meningkat.

2. Kehilangan Tanah Pertanian
Tanah dan air tercemar, serta perubahan iklim, menurunkan kualiti tanah pertanian. Bahan kimia dan sisa industri mempengaruhi tanah. Kesuburan tanah berkurang, jadi tanah tidak lagi sesuai untuk pertanian. Akibatnya, dengan hasil pertanian yang rendah, mungkin terjadi kekurangan makanan. Harga makanan di pasaran juga melonjak.

3. Kesan terhadap Ekonomi
Krisis alam sekitar memberi kesan buruk kepada ekonomi dunia. Bencana alam yang lebih kerap dan sangat teruk menyebabkan kerugian besar untuk harta benda dan infrastruktur. Kos pemulihan p**a sangat tinggi. Pertanian, pelancongan, dan perikanan terjejas secara langsung oleh perubahan iklim dan pencemaran. Perkara ini mengurangkan pendapatan masyarakat.

4. Ancaman kepada Keselamatan Makanan
Perubahan pola cuaca mengancam keselamatan makanan sedunia. Kekurangan sumber air bersih juga turut memberi kesan. Ketidakstabilan dalam pengeluaran makanan boleh mencetuskan krisis makanan terutamanya di negara membangun yang bergantung kepada pertanian tradisional.

5. Peningkatan Ketegangan Sosial
Krisis alam sekitar boleh menyebabkan peningkatan ketegangan sosial dan konflik di antara komuniti atau negara. Persaingan untuk sumber yang semakin berkurang seperti air bersih dan tanah pertanian boleh mencetuskan konflik, terutama di kawasan yang sudah sedia mengalami ketidakstabilan politik atau ekonomi.

NAMA : DHIA NASUHA BINTI REDZWANNO. MATRIK : 306975SUBTOPIK : PUNCA-PUNCA KRISIS ALAM SEKITAR1. Pencemaran udaraMasyarak...
19/11/2024

NAMA : DHIA NASUHA BINTI REDZWAN
NO. MATRIK : 306975
SUBTOPIK : PUNCA-PUNCA KRISIS ALAM SEKITAR

1. Pencemaran udara
Masyarakat kini yang lebih bergantung kepada kenderaan bermotor seperti motosikal, kereta, lori, kapal terbang dan lain lain dari aspek pengangkutan. Kenderaan bermotor ini memerlukan tenaga yang banyak untuk bergerak serta pembakaran api fossil untuk menghasilkan tenaga tersebut. Akibatnya, pelepasan asap kenderaan iaitu karbon monoksida ke udara akan merosakkan kualiti udara di kawasan tersebut.

2. Pencemaran air
Bahan-bahan yang bertoksik dan logam berat seperti merkuri atau kuprum yang digunakan dalam penyalutan timah dan penyaduran boleh bertindak sebagai racun yang boleh merencatkan proses kehidupan. Penambahan bahan logam yang berlebihan ke dalam laut atau sungai boleh memusnahkan hidupan akuatik.

3. Pencemaran tanah/tanih
Bahan buangan daripada kilang-kilang seperti minyak, sisa toksik dan sisa kilang yang ditanam tetap akan menjadi satu pencemaran. Selain itu, bahan partikel seperti PVC atau polimer turut menjurus kepada pencemaran tanah dan air di bawah tanah kerana ia akan diserap masuk ke dalam tanah serta menjadi lebih berbahaya sekiranya bercampur dengan air seperti air hujan sehingga berlaku tindak balas kimia.

4. Pencemaran bunyi
Sesetengah masyarakat gemar untuk memasang radio, televisyen dan alat hiburan dengan sangat kuat tanpa menghiraukan keadaan di sekeliling. Hal ini akan mengganggu ketenteraman serta ketenangan di kawasan sekitar. Bukan itu sahaja, bunyi-bunyi yang terhasil daripada kawasan yang sedang dimajukan seperti mesin yang digunakan untuk memecahkan bangunan dengan tujuan penambahbaikan juga boleh mencetuskan pencemaran bunyi di kawasan tersebut.

5. Pencemaran sisa pejal
Kualiti perkhidmatan yang disediakan kepada masyarakat sukar untuk ditingkatkan apabila berlakunya kekangan dari segi keterbatasan modal, tenaga kerja, operasi dan kenderaan serta kekurangan peralatan. Contohnya, kos yang tinggi dalam pengurusan sisa pejal akan menyebabkan proses-proses yang perlu dilakukan bermula dari pengump**an hingga pengangkutan ke tapak pelupusan akan tergendala dan meningkatkan jumlah sisa pejal sehingga berlaku pencemaran.

NAMA: LU'LU' SALSABILLA BINTI JOHARNO MATRIK: 306955SUBTOPIK: PUNCA-PUNCA KRISIS ALAM SEKITAR. Assalamualaikum, salam se...
18/11/2024

NAMA: LU'LU' SALSABILLA BINTI JOHAR
NO MATRIK: 306955
SUBTOPIK: PUNCA-PUNCA KRISIS ALAM SEKITAR.
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam biru warna.

Krisis alam sekitar di negara kita semakin ketara dan ia memberi kesan kepada ekosistem semula jadi. Krisis ini berlaku akibat gabungan faktor manusia dan alam semula jadi yang telah mengakibatkan perubahan kepada keadaan bumi yang seimbang.

Krisis alam sekitar berlaku disebabkan oleh beberapa faktor iaitu:

⭐️ Peningkatan Aktiviti Perindustrian: Industri yang tidak dikawal melepaskan bahan kimia berbahaya ke udara, tanah, dan air, menyebabkan pencemaran. Bahan-bahan ini mencemarkan ekosistem dan memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia serta hidupan lain.

⭐️Perubahan Iklim: Kenaikan suhu global akibat daripada pelepasan gas rumah kaca (seperti karbon dioksida dan metana) dari kenderaan, kilang, dan pembakaran bahan api fosil mengakibatkan perubahan iklim. Ini membawa kepada fenomena cuaca ekstrem seperti banjir, kemarau, dan taufan yang lebih kerap.

⭐️ Pembalakan dan Penebangan Hutan: Hutan yang ditebang secara berlebihan menyebabkan kehilangan habitat untuk banyak spesies, mengurangkan biodiversiti, dan meningkatkan risiko hakisan tanah serta tanah runtuh. Selain itu, penebangan hutan mengurangkan keupayaan bumi untuk menyerap karbon dioksida.

⭐️ Peningkatan Pop**asi: Pop**asi manusia yang semakin meningkat memberi tekanan kepada sumber semula jadi dan menyebabkan peningkatan pencemaran kerana lebih banyak barang dan perkhidmatan perlu dihasilkan untuk memenuhi keperluan.

NAMA: WAN NURIN ILYANA BINTI WAN MAHADZI NO MATRIK: 306961SUBTOPIK: JENIS-JENIS KRISIS ALAM SEKITAR🌎 Jenis-jenis krisis ...
18/11/2024

NAMA: WAN NURIN ILYANA BINTI WAN MAHADZI
NO MATRIK: 306961
SUBTOPIK: JENIS-JENIS KRISIS ALAM SEKITAR

🌎 Jenis-jenis krisis alam sekitar boleh dibahagi kepada dua iaitu :

*A. Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi* 🌋
— Pencemaran yang berlaku dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan gunung berapi, dilanda ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya.

*B. Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia* 👥
— Pencemaran yang dilakukan oleh manusia samada secara sengaja atau tidak disengajakan.

1) Pencemaran Udara 🏙️

Pencemaran udara berlaku apabila terdapat gas, titisan cecair atau zarah dari bahan tertentu yang menyebabkan ruang atmosfera berubah dan membawa kesan buruk kepada semua kehidupan. Contoh pencemaran udara adalah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum tembaga dan sisa radioaktif.

2) Pencemaran Air 🌊

Pencemaran air bermaksud berlakunya perubahan dari segi kandungan, keadaan dan warna yang meliputi di sungai, laut dan tasik serta tidak sesuai dan akan memberikan risiko kepada manusia dan hidupan lain. Antara pencemaran air yang perlu diambil serius adalah apabila pembuangan bahan-bahan toksik dan beracun dibuang terus ke dalam sungai akan merendahkan kualiti air serta mengakibatkan hidupan akuatik terjejas.

3) Pencemaran Tanah 🏜️

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ia disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk cecair atau pepejal yang terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizikal. Keseriusan pencemaran tanah bergantung kepada kesuburan tanah. Semakin kurang kesuburan tanah, semakin serius pencemaran yang berlaku.

4) Pencemaran Bunyi 💥

Pencemaran bunyi didefinisikan sebagai bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga. Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A)[desibel]. Kategori pencemaran boleh berpunca daripada manusia seperti jeritan dan bunyi kenderaan atau pencemaran bunyi semulajadi seperti bunyi guruh. Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu kebisingan selenjar, kebisingan fluktuasi dan hentakan impuls, serta kebisingan selang-seli.

NAMA : MUHAMMAD NAUFAL HAKIM BIN NOORHANNO MATRIK : 306985SUBTOPIK : STATISTIK KRISIS ALAM SEKITARDi Malaysia, krisis da...
18/11/2024

NAMA : MUHAMMAD NAUFAL HAKIM BIN NOORHAN
NO MATRIK : 306985
SUBTOPIK : STATISTIK KRISIS ALAM SEKITAR

Di Malaysia, krisis dalam peningkatan krisis alam sekitar menunjukkan tren yang semakin membimbangkan dari segi pencemaran udara, pencemaran air, dan peningkatan suhu.

1. Pencemaran Udara 💨
Pada setiap tahun, Malaysia sering mengalami jerebu yang tidak terkawal terutamanya pada bulan Julai hingga September disebabkan oleh pembakaran terbuka di Kawasan Indonesia khususnya di Kalimantan dan Sumatera.
Data pada 2023 telah menunjukkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kawasan Lembah Klang telah mencapai pada paras 200. Ini menunjukkan tahap pencemaran udara pada Ketika itu adalah Tidak Sihat. Kesannya, penduduk di sekitarnya mungkin akan mengalami kesan terhadap Kesihatan. Individu-individu yang sensit mungkin akan mengalami kesan Kesihatan yang lebih serius.

2. Pencemaran Air 💧
Pencemaran air di Malaysia juga turut meningkat secara mendadak berpunca daripada aktiviti pembuangan sisa kimia, ladang ternakan haiwan dan perlombongan.
Menurut laman yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia, 43% Sungai berada pada tahap yang sangat tercemar pada tahun 2022. Sungai-sungai utama seperti Sungai Klang dan Sungai Johor mengalami pencemaran yang berterusan akibat daripada pembuangan sisa bahan buangan tanpa kawalan yang memberikan impak kepada ekosistem air dan Kesihatan awam.

3. Kenaikan Suhu dan Perubahan Iklim 🌦️🌧️
Malaysia mengalami kenaikan suhu purata tahunan. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, suhu purata telah meningkat kepada 1.1 darjah celcius dalam di Semenanjung, 1.2 darjah celcius di Sabah dan 0.6 darjah celcius di Sarawak tempoh 40 tahun terakhir.
Perubahan iklim yang berlaku sangat ketara telah meningkatkan kejadian banjir besar, kemarau yang berpanjangan yang memberikan kesan kepada sumber pertanian, sumber air dan Kesihatan rakyat.

NAMA: FARAH ADIBAH BT MOHD FAISAL AZIZI NOMBOR MATRIKS: 306951Pengenalan kepada Krisis Alam SekitarDalam meniti kerancak...
18/11/2024

NAMA: FARAH ADIBAH BT MOHD FAISAL AZIZI
NOMBOR MATRIKS: 306951

Pengenalan kepada Krisis Alam Sekitar

Dalam meniti kerancakan arus pemodenan pada era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda ini telah membuatkan kita alpa akan tanggungjawab kita menghargai serta memelihara keindahan alam semula jadi. Dewasa ini, kita boleh lihat hampir setiap hari buletin di televisyen menyiarkan bencana-bencana alam yang menimpa manusia tidak kira di dalam mahupun luar negara. Ia melibatkan kemerosotan keadaan alam sekitar akibat daripada aktiviti manusia yang tidak terkawal, seperti pembakaran hutan, pelepasan gas rumah hijau, pencemaran sungai, dan pembaziran sumber semulajadi. Alam sekitar yang dahulunya merimbun memayungi lapisan bumi semakin lenyap dek kerakusan manusia. Fenomena ini membawa kesan besar kepada kehidupan sejagat, mengancam kesejahteraan ekosistem, kesihatan manusia, serta keseimbangan iklim dunia. Oleh itu, usaha bersama antara masyarakat, kerajaan, dan badan bukan kerajaan diperlukan untuk mencari penyelesaian lestari bagi menangani krisis ini demi masa depan yang lebih baik.

18/11/2024

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Kami dari Kump**an 5 akan membincangkan tentang topik Krisis Alam Sekitar.

Address

Universiti Utara
Universiti Utara

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Etika dan Peradaban - I:Kumpulan 5 Sesi A241 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Etika dan Peradaban - I:Kumpulan 5 Sesi A241:

Shortcuts

Share