Penghayatan Etika & Peradaban A241 V - K8

Penghayatan Etika & Peradaban A241 V - K8 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Penghayatan Etika & Peradaban A241 V - K8, College & University, Universiti Utara, Universiti Utara.

POSTER ISU ETIKA PELAJAR DI PUSAT PENGAJIAN TINGGIKUMPULAN 81. NUR ALEYA AMIRAH BINTI MOHD NOOR (304966)2. ⁠PHUA HUI LIN...
12/12/2024

POSTER ISU ETIKA PELAJAR DI PUSAT PENGAJIAN TINGGI

KUMPULAN 8
1. NUR ALEYA AMIRAH BINTI MOHD NOOR (304966)
2. ⁠PHUA HUI LIN (305371)
3. ⁠MOHAMAD HISHAMUDIN BIN TAHIR (305433)
4. ⁠NUR NADHIRAH BINTI ZULKIFLI (305192)
5. ⁠TAN SUE ANN (305502)
6. ⁠NUR SHAHIRA IRYANA BINTI MUHAMAD SHARIFE (305150)
7. ⁠WALLACE TEO MING HANG (304977)
8. ⁠KHOR JIA EN (305177)
9. ⁠MUHAMMAD NUR AIMAN BIN ABU YAMIN (305335)
10. ⁠AINA NATASYA BINTI MOHD DZAHIR (305279)

POSTING 5:ISU:LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI ISU ETIKA PELAJAR DI PUSAT PENGAJIAN TINGGIAssalamualaikum dan selamat sej...
12/12/2024

POSTING 5:

ISU:LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI ISU ETIKA PELAJAR DI PUSAT PENGAJIAN TINGGI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kami ucapkan kepada semua. Diharapkan semua para pembaca dalam keadaan sihat 😉. Pada hari ini, kami akan menyimpulkan berkaitan dengan isu-isu etika pelajar di pusat pengajian tinggi yang telah kami kongsi dan terangkan.📋

Apa yang boleh kami simpulkan? 🧐 Kami simpulkan bahawa isu etika dalam kalangan pelajar ni memang berkait rapat dan perlu pendekatan yang menyeluruh untuk diselesaikan. Daripada pandangan kita, masalah-masalah moral macam diskriminasi dan buli 🥺 boleh cipta persekitaran yang toksik, yang akhirnya boleh menyebabkan tekanan mental dan emosi 😔. Situasi macam ni boleh buat pelajar terjerumus ke arah penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang sebagai cara untuk melepaskan tekanan. 🚫 Jadi, memang penting untuk kita ambil tindakan yang betul supaya pengalaman belajar jadi lebih positif dan bermakna. 🌟📚💪

Seperti yang anda tahu, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya😁. Jadi, pada kali ini, kami akan memberi cadangan dan menerangkan langkah-langkah yang anda boleh ambil dalam mengatasi isu etika di pusat pengajian tinggi khususnya kepada para pelajar di luar sana. 📑

📌 Antara langkah untuk mengatasi isu etika pelajar di pusat pengajian tinggi adalah melalui kempen kesedaran. Tapi macam mana kempen kesedaran ini berfungsi untuk atasi isu ini?🤔 Kempen kesedaran merupakan salah satu inisaitif dalam mendidik pelajar mengenai kepentingan etika dan tanggungjawab mereka di pusat pengajian tinggi. Melalui kempen ini juga pelajar dapat memahami implikasi perbuatan yang tidak beretika dan didorong untuk mengamalkan nilai-nilai murni. Sebagai contoh, pihak pusat pengajian tinggi dapat menganjurkan kempen seperti ceramah dan forum, pameran kesedaran dan bengkel dan latihan 🔊. Kempen tersebut dapat dilaksanakan dengan mengundang pakar seperti tokoh akademik, atau kaunselor untuk memberi ceramah mengenai kepentingan integriti dan etika👩‍💼. Forum interaktif yang melibatkan pelajar sebagai panelis juga dapat menggalakkan perbincangan terbuka tentang isu-isu seperti plagiarisne, buli, dan penghormatan terhadapat perbezaan budaya 📝 . Kempen kesedaran bukan sahaja bertujuan untuk memberikan maklumat tetapi juga membentuk sikap dan tingkah laku pelajar ke arah yang lebih positif.

📌 Selain itu, isu etika pelajar di pusat pengajian tinggi juga dapat diatasi melalui peranan kawan-kawan 👭. Setiap pelajar pasti ada “bestfriend” masing-masingkan ? Di sini lah kita dapat lihat “function” seorang kawan. Sebagai seorang kawan yang saling memahami antara satu sama lain, kita perlulah sentiasa menasihati dan mengingatkan mereka dalam pelbagai perkara seperti kita hendaklah berani dalam menasihati kawan-kawan kita sekiranya kita melihat mereka sedang menunjukkan tingkah laku yang tidak baik dan melanggar etika ⚠️ . Contohnya, meniru dalam peperiksaan, menjadi “free rider” dalam group assignment dan tidak bertanggungjawab dalam menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan oleh orang lain bahkan pensyarah. Sebagai kawan juga kita mestilah mendorong dan memotivasikan antara satu sama lain untuk mencapai kecermelangan secara beretika, seperti saling membantu dalam memahami topik sukar tanpa mengambil jalan pintas 🛣 . Jadi, kita dapat lihat di sini bahawa kawan memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah dan tingkah laku pelajar sepanjang berada di pusat pengajian tinggi kerana majorit pelajar di pusat pengajian tinggi jaug daripada keluarga dan kawan memaikan tanggungjawab yang penting sebagai orang yang terdekat kita di pusat pengajian tinggi. Dengan bantuan antara kawan, isu etika di kalangan pelajar dapat ditangani dengan lebih berkesan.✅️

📌 Seterusnya,selain daripada kempen kesedaran 📢 dan peranan kawan-kawan 👯, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam mengatasi isu etika pelajar di pusat pengajian tinggi 👨‍👩‍👧‍👦. Hal ini kerana ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak diberi didikan agama dan moral yang kukuh sejak kecil 📖. Bimbingan ini berfungsi sebagai asas untuk membentuk jati diri dan membantu mereka membuat keputusan yang beretika apabila berhadapan dengan cabaran di alam pengajian tinggi 🏫. Ibu bapa juga perlu menjadi "role model" yang beretika kepada anak-anak 🏅. Tingkah laku ibu bapa seperti jujur, bertanggungjawab, dan menghormati orang lain akan memberi contoh yang baik kepada anak- anak untuk diikuti 🙌. Apabila anak-anak melihat ibu bapa mereka mengamalkan nilai-nilai murni, mereka lebih cenderung untuk melakukan tingkah laku yang sama 🌟. Jelaslah bahawa peranan ibu bapa dalam membentuk etika pelajar amat penting kerana pengaruh ibu bapa ialah faktor utama dalam pembentukan sikap dan nilai seseorang individu 👪📚✨. ️

📌 Akhir sekali,aktiviti kokurikulum memang cara terbaik nak atasi isu etika pelajar kat pusat pengajian tinggi. Dengan join sukan 🤾, kelab, persatuan, dan program kesenian 💃🤼, pelajar boleh tonjolkan diri, bentuk sahsiah, dan tingkatkan kerjasama dengan rakan-rakan. Aktiviti-aktiviti ni bukan je seronok, tapi juga ajar pelajar ikut peraturan, jadi lebih disiplin kat universiti ⛔️. Selain tu, bila pelajar pegang jawatan kepimpinan dalam kelab dan persatuan, mereka boleh asah kemahiran pengurusan dan kawalan diri. Pemimpin pelajar yang baik boleh jadi contoh positif untuk rakan-rakan mereka 🤵, sekaligus bantu bentuk etika yang lebih baik dalam komuniti kampus. Jadi, aktiviti kokurikulum bukan je best, tapi juga penting dalam bentuk pelajar yang beretika dan berdisiplin. 😊

Kami tidak nafikan bahawa terdapat pelbagai isu etika yang dihadapi oleh mahasiswa dan mahasiswi sepanjang berada di pusat pengajian tinggi. 🎓 Pusat pengajian tinggi memang ada macam-macam cabaran, tapi dengan cara yang betul, pengalaman belajar boleh jadi lebih best dan bermakna. 💼 Dengan memahami dan mengatasi isu-isu ni, pelajar akan rasa lebih happy 😊 dan bersedia untuk hadapi masa depan dengan lebih yakin. 💪🌟

MOHAMAD HISYAMUDIN BIN TAHIR (305433)
NUR SHAHIRA IRYANA BINTI MUHAMAD SHARIFF (305150)

POSTING 4Penyalahgunaan Dadah dan Bahan Terlarang dalam Kalangan Pelajar IPT👩🏻‍🎓💉💊😷Hai semua! 👋Apa khabar? Harap semuany...
11/12/2024

POSTING 4
Penyalahgunaan Dadah dan Bahan Terlarang dalam Kalangan Pelajar IPT👩🏻‍🎓💉💊😷

Hai semua! 👋
Apa khabar? Harap semuanya sihat dan bersemangat untuk menambah ilmu baru. Hari ini, jom kita sembang tentang satu isu yang agak berat tapi sangat penting untuk kita tahu—penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT).

Mesti ada yang tertanya-tanya, "Eh, pelajar IPT pun boleh terjebak dengan dadah? Takkan kot?" 🤔 Tapi realitinya, umur dan tahap pendidikan tak menjamin seseorang itu akan buat keputusan yang bijak. Hakikatnya, isu ini dah lama jadi masalah besar dan, malangnya, masih berlaku sampai sekarang.

Kenapa Pelajar Boleh Terjebak? 🧐

Ada banyak sebab kenapa pelajar boleh terlibat dengan dadah, tapi dua faktor utama yang sering disebut ialah:

1. Diri Sendiri 👹😱
Ada pelajar yang tak dapat kawal rasa ingin tahu, terutama bila ada peluang depan mata. 📈 Statistik pada tahun 2005 menunjukkan remaja umur 20 hingga 24 tahun adalah kumpulan penagih baru paling tinggi, iaitu 26% (4,018 orang). Bayangkan, remaja yang patutnya jadi tonggak negara, tapi tersungkur kerana dadah.🆘😢

2. Pengaruh Rakan Sebaya🧍🏻‍♀️🧍🏼❌
Kadang-kadang, rakan sebaya yang buruk pengaruhnya boleh buat kita terjebak. 🫢 Bila lepak dengan orang yang ambil dadah, kita pun senang nak terikut-ikut. Isu macam menghidu gam dan guna flavor mushroom😰 dalam rokok elektronik jadi trend yang menakutkan sekarang ni.

Undang-undang Berkaitan ⚖

Untuk kawal masalah ni, kerajaan dah ada pelbagai undang-undang, seperti:

1. Akta Dadah Berbahaya 1952

2. Ordinan Racun 1952

3. Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983

4. Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988

5. Akta Dadah Berbahaya (Langkah- Langkah Pencegahan Harta) 1985

Hukuman di bawah undang-undang ni memang berat. Contohnya, Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 boleh menjatuhkan hukuman gantung sampai mati bagi pengedar dadah. Jadi, jangan sesekali main-main dengan isu ni. 🚫

Bukti? Nah, Ini Kes Sebenar 🔍

Nak tahu betapa seriusnya masalah ni? Jom tengok beberapa kes sebenar:

1. Pelajar Kolej di Shah Alam (2021)
Pihak polis rampas 23.09 kilogram syabu bernilai RM13.26 juta dari sebuah kondominium yang diduduki seorang pelajar kolej swasta.

2. Pelajar IPT di Kuantan (2018)
Seorang pelajar ditahan bersama 1.6 kilogram g***a. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya. Berat kan hukuman yang bakal diterima? ⚠

Apa kesan daripada masalah buruk tersebut?💔😔

Kesan penyalahgunaan dadah terhadap pelajar adalah amat serius.

-Dari segi fizikal, penyalahgunaan dadah boleh merosakkan otak 🧠 , jantung ❤, dan organ-organ penting lain. Kerosakan ini boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang berpanjangan.

-Dari segi mental,
remaja yang menyalahgunakan dadah berisiko mengalami kemurungan😫, kecelaruan mental, dan kecenderungan untuk membunuh diri😳🆘. Penyalahgunaan dadah juga memberi kesan buruk terhadap prestasi akademik dan kerjaya remaja. Mereka mungkin gagal dalam pelajaran 📖 dan hilang peluang untuk melanjutkan pelajaran atau mendapatkan pekerjaan yang baik. Selain itu, hubungan sosial remaja turut terjejas 👨 ❌. Penyalahgunaan dadah boleh merenggangkan hubungan dengan keluarga dan masyarakat, menyebabkan remaja merasa terasing dan terpinggir.💔😔

Kesan penyalahgunaan dadah bukan sahaja dirasai oleh pelajar, tetapi juga oleh negara. 🌍 😢😡

-Dari segi ekonomi, kos rawatan 💰 kesihatan meningkat dan produktiviti negara menurun ⬇ ❌. Negara terpaksa menanggung beban kewangan yang besar untuk merawat penagih dadah dan menangani masalah sosial yang timbul.

-Dari segi sosial, kadar jenayah 😱😰meningkat dan masalah sosial seperti pengangguran dan kemiskinan bertambah💸. Sistem kesihatan negara juga dibebani dengan peningkatan pesakit 😷🌡yang memerlukan rawatan akibat penyalahgunaan dadah. Dalam bidang pendidikan, generasi muda yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah kurang berpendidikan dan berkemahiran, menyebabkan negara kehilangan modal insan yang berharga👹😈.

Oleh itu, masalah penyalahgunaan dadah memang berat, tapi bukan mustahil untuk kita tangani bersama. Sebagai remaja, ingatlah slogan ini: “Sayangi Hidup, Jauhi Dadah”. ❤ Masa depan kita ada di tangan kita sendiri. Jadi, buat pilihan yang bijak dan jauhi perkara yang boleh memusnahkan hidup.

Sekian, Terima Kasih. Semoga perkongsian kami membantu kalian untuk lebih berhati- hati dalam membuat pilihan.😍👋🏼👋🏼

OLEH:
NUR NADHIRAH ZULKIFLI (305192)
TAN SUE ANN (305502)

POSTING 3TAJUK: ISU DISKRIMINASI DAN BULIAssalamualaikum dan salam sejahtera, hai korang👋🏽 jom singgah sekejap baca post...
11/12/2024

POSTING 3

TAJUK: ISU DISKRIMINASI DAN BULI

Assalamualaikum dan salam sejahtera, hai korang👋🏽 jom singgah sekejap baca posting kami☺️ tapi terlebih dahulu kami nak ucapkan terima kasih sebab sudi singgah dan baca posting kami🤗 jangan lupa share, like dan komen tau🤭! So, harini kami nak bahaskan isu diskriminasi dan buli dalam kalangan pelajar di pusat pengajian tinggi🏫 haa menarik kan isu ni?😱 Jom kita teruskan🤩.

Sebelum tu kami nak tanya, adakah anda seorang mangsa buli🤕? atau adakah anda seorang pembuli🫵🏻?!

Jadi, lepas baca posting ni kami harap korang renung-renungkanlah yang mana baik dan buruk tau😇. Okay sebelum tu, apa yang korang faham dengan diskriminasi dan buli😟? Haa tau atau tak tau ni🫢. Takpe mohhh teman terangkan satu satu ya☺️. Pertama sekali apa itu diskriminasi🤔? Diskriminasi ni merupakan satu amalan yang biasanya dijumpai dalam masyarakat manusia👦🏻 dimana ia berpunca daripada kecenderungan manusia untuk membeza-bezakan manusia👥. Sabar sat hampa, itu baru maksud diskriminasi 🖐🏻. Sekarang kami nak terangkan tentang buli pula👊🏻. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, perbuatan buli ialah sesuatu tindakan dengan niat untuk menyakitkan hati dan memberi tekanan kepada seseorang😰. la juga boleh dikatakan sebagai penderaan rakan sebaya.

Mengikut Pakar Motivasi Keluarga iaitu Zaid Mohamad mengatakan ramai tidak sedar kejadian buli dalam kalangan remaja di mana ianya boleh berlaku sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja😓.

Seperti yang kita sedia maklum, diskriminasi ni banyak beri kesan negatif kepada mangsa☹️. Dimana ia akan menjejaskan kesejahteraan mental, pelajaran dan lebih teruk lagi boleh bawa maut😱.

Sayangnya, diskriminasi dan buli masih wujud di sesetengah pusat pengajian tinggi seperti universiti🏫. Tak kira la dalam kelas, hostel, atau even kat media sosial📱. Ada je yang buat orang rasa tak selesa, ada yang dibuli sebab benda-benda yang takde kaitan langsung dengan kebolehan akademik atau peribadi kita. Itu bukan budaya yang kita mahukan😠!

Terdapat beberapa kejadian diskriminasi dan buli yang berlaku di malaysia😔 macam tak percayakan😔. Lagi lagi isu buli yang sering berlaku di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Kisah Zulfarhan Osman Zulkarnain pelajar UPNM yang menggemparkan rakyat Malaysia, di mana pada tahun 2017 pembunuhan ini berlaku disebabkan tuduhan diberikan kepada Zulfarhan atas pencurian komputer riba💻. Mangsa dibelasah beramai ramai menggunakan seterika wap, tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju💔. Yang menyedihkan lagi, ibu bapa mangsa hanya mendapatkan satu kata maaf dari satu keluarga yang tertuduh seolah-olah si mangsa yang bersalah dan membunuh😞. Walaupun ianya telah berakhir, keluarga mangsa masih dihantui rasa trauma tersebut💔.

Haaa terukkan isu ni😔. Siapa pembuli tu cuba alami apa yang mangsa buli ni hadap nak tahu juga dapat survive ke tak😡! Trauma yang dibawa oleh si pembuli bukan sahaja kepada mangsa tau, tetapi juga kepada seluruh keluarga mangsa! Jadi, jangan biarkan benda ni terus berlaku, sebab kita semua berhak untuk rasa selamat dan dihargai💪.

Akhir sekali, Kalau korang nampak atau alami sendiri diskriminasi dan buli, jangan diam je🤫. Laporkan, beri sokongan pada yang terkesan. Jangan biarkan si pembuli bermaharajalela🤴🏻 mencari pemangsa. Jadi, kepada mangsa buli🫵🏻, jangan takut dan khawatir untuk menegakkan keadilan bagi perbuatan yang tidak sepatutnya kamu alami🤕. Kepada si pembuli pula😠, perbuatan buli tidak akan terlihat hebat, malahan perbuatan kamu sekarang memperlihatkan kamu adalah parasit🦠 yang harus dihapuskan dan buli ini akan menjejaskan masa depan diri sendiri😏.

SAY NO TO BULLY!❌


NUR ALEYA AMIRAH BINTI MOHD NOOR (304966)
AINA NATASYA BINTI MOHD DZAHIR (305279)

POSTING 2 ISU-ISU MORAL PELAJARHi semua👋🏻 Tak nak bazir masa, jom kita terus tengok posting harini yang bertajuk “Isu-Is...
11/12/2024

POSTING 2

ISU-ISU MORAL PELAJAR

Hi semua👋🏻 Tak nak bazir masa, jom kita terus tengok posting harini yang bertajuk “Isu-Isu Moral Pelajar”☺️

Apa itu moral?🤔 Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, moral bermaksud ajaran atau pegangan tentang buruk baik sesuatu perbuatan, sikap atau cara berkelakuan yang berasaskan atau yang diukur dari segi baik buruk sesuatu akhlak. Perkataan “moral” merangkumi banyak aspek, antaranya tingkah laku, sikap, budaya dan sebagainya.

Isu 1️⃣「Integriti Pelajar: Tanggungjawab dan Cabaran di Pusat Pengajian Tinggi」
Isu integriti dalam kalangan pelajar pusat pengajian tinggi semakin meruncing dan wajar diberi perhatian serius🤦🏻‍♀️. Sebagai seorang pelajar, kita adalah aset penting negara, membawa harapan untuk melakar masa depan yang lebih gemilang. Namun, adakah kita benar-benar memiliki integriti yang diperlukan untuk memikul tanggungjawab besar ini?🤷🏻‍♀️ Budaya “copy and paste” telah menjadi kebiasaan bagi sesetengah pelajar, seolah-olah ia perkara biasa tanpa rasa bersalah. Tindakan ini mencerminkan sikap tidak ingin berfikir secara kritis atau kreatif, sebaliknya hanya meniru hasil kerja orang lain✍🏻. Persoalannya, di manakah letaknya kredibiliti pelajar jika perkara ini dibiarkan berlarutan?😣
Lagi satu, Ciplak Tanpa Rujukan: Isu yang Tidak Boleh Diabaikan. Terdapat pelajar yang menciplak hasil kerja orang lain tanpa kebenaran, menjadikannya seolah-olah hak milik peribadi😒. Ini sering berlaku apabila pelajar tidak memberikan penghargaan kepada sumber asal dalam bentuk rujukan, nota kaki, atau nota akhir. Perbuatan ini bukan sahaja melanggar etika akademik, malah boleh membawa implikasi undang-undang, termasuk tindakan saman oleh penulis asal💣. Mustahil kita nak elakkan tugasan yang memerlukan rujukan daripada buku, jurnal, laman web, atau sumber lain🙇🏻‍♀️. Namun, penting untuk kita memahami bahawa fakta yang diambil perlu dihormati dengan memberikan penghargaan sewajarnya. Meniru tanpa meletakkan rujukan bukan sahaja mencemarkan reputasi akademik seseorang, malah menunjukkan kelemahan dalam mendidik diri untuk jujur☹️. Generasi muda hari ini adalah tunjang kepada masa depan negara🛡️. Jika kita gagal membina asas integriti dalam kalangan pelajar, maka sukar untuk melahirkan individu yang mampu berdikari dan menyumbang kepada masyarakat. Oleh itu, ayuh kita berubah dan mengambil tanggungjawab untuk memperbaiki diri, menjadikan integriti sebagai amalan hidup. “Integriti bukan hanya soal akademik, tetapi soal siapa kita sebagai individu.” 😎

Isu 2️⃣「Sikap Positif dan Tingkah Laku yang Baik Semakin Runtuh」
Misalnya, sikap kurang sopan terhadap pensyarah akan mencerminkan kekurangan nilai hormat terhadap pensyarah dan juga boleh menjejaskan hubungan yang penting untuk pembelajaran💢. Apabila tanggungjawab sebagai pelajar diabaikan, tugasan tidak disiapkan tepat waktu🕛, prestasi akademik merosot📉, dan peluang masa depan menjadi terhad🚧. Hal-hal ini akan mengakibatkan seseorang mengalami tekanan dan hilang motivasi, menjadikan situasi lebih sukar. Untuk mengatasinya, pelajar perlu belajar untuk mengurus masa dengan baik, berdisiplin, dan sentiasa refleksi diri. Perhatian📢 Perubahan kecil dalam sikap boleh membawa kesan besar, bukan sahaja pada keputusan anda, tetapi juga masa depan anda‼️

Isu 3️⃣「Terpengaruh Budaya Hedonisme」
Mungkin ada yang bertanya, “Apa itu budaya hedonisme?” Ia merujuk kepada gaya hidup yang mementingkan keseronokan dan kepuasan segera melalui hiburan, makanan, atau aktiviti lain, tanpa memikirkan kesan jangka panjang🙅🏻‍♀️. Sebagai contoh, ada pelajar yang sanggup berbelanja mewah melebihi kemampuan mereka demi gaya hidup mewah🤑, hingga terjerumus ke dalam tindakan yang tak rasional seperti meminjam wang daripada pihak tidak sah😈, menjadi keldai dadah demi bayaran lumayan💰, atau menjual organ badan untuk mendapatkan wang😵. Ini akan membahayakan kesihatan fizikal dan mental, dan lagi menjejaskan keselamatan diri dan keluarga🆘. Pelajar mudah terpengaruh dengan budaya hedonisme kerana mereka tiada kawalan daripada ibu bapa sepanjang masa semasa di pusat pengajian tinggi, mereka tak memegang ajaran agama yang kuat, dan mudah terpengaruh oleh media sosial. Disebabkan itu, mereka muda terleka dengan budaya ini menyebabkan berlakunya isu moral yang serius dalam kalangan pelajar masa kini😮‍💨.

Isu 4️⃣「Melanggar Peraturan」
Sebagai seorang pelajar, saya faham peraturan kolej yang telah lama ditetapkan kadangkala boleh membuat kita merungut😤. Tapi saya nak tanya korang🙌🏻, adakah korang hanya merungut tetapi tetap mematuhi peraturan🫡, atau korang merungut dan terus melanggarnya😒? Dengan jujurnya, saya tahu mesti ada yang memilih jawapan kedua😌. Inilah yang menjadikan pelanggaran peraturan sebagai salah satu isu moral yang sering berlaku dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi. Sebagai contoh, pihak institusi telah menetapkan etika pemakaian waktu kelas iaitu memakai pakaian formal seperti baju kemeja, seluar slack, dan kasut kulit, tetapi kerap diabaikan oleh sesetengah pelajar. Apakah alasan mereka? Alasan mereka adalah cuaca Malaysia sangat panas🌡️, dan pakaian formal akan "menambah haba"🔥. Isu cuaca itu wajar dipertimbangkan oleh pihak berkuasa, tetapi ia tidak boleh dijadikan alasan pelajar untuk melanggar peraturan. Sebenarnya, mematuhi peraturan bukan hanya untuk menjadi pelajar yang “baik”, tetapi ia juga melatih kita untuk menjadi individu yang berdisiplin supaya kita akan memelihara keamanan dan keharmonian dalam masyarakat pada masa akan datang⚔️

Marilah kita ulangkaji apa yang telah saya dan kawan saya berkongsi dengan korang pada harini🤭. Isu moral merupakan satu isu etika yang akan berlaku pada pelajar di pusat pengajian tinggi, termasuk masalah integriti pelajar, keruntuhan sikap baik dan positif pelajar, pengaruh budaya hedonisme serta masalah melanggar peraturan. Terdapat banyak lagi isu moral yang berlaku dalam golongan pelajar di pusat pengajian tinggi, tetapi harini tak sempat nak berkongsi semua itu dengan korang🥺. Saya dengan kawan saya harap anda semua boleh mendapatkan sesuatu setelah membaca posting kita😁. Itu sahaja daripada kita. Sekian terima kasih🤗.

KHOR JIA EN (305177)
PHUA HUI LIN (305371)

11/12/2024

POSTING 1

TAJUK: ISU ETIKA PELAJAR DI PUSAT PENGAJIAN TINGGI

Assalamualaikum dan apa khabar semua. 👋

Jom kita tengok tentang isu yang nak Kongsi dengan semua. 🔥

Kalau kita rujuk tajuk kita, ia berkenaan tentang etika. Apa itu etika? 🤔

Menurut Mustafa (2002) dalam bukunya bertajuk Tamadun Islam menjelaskan definisi etika yang berasal daripada bahasa Inggeris ‘ethic’. Kata ini berasal dari kata Greek ‘ethos’ yang membawa maksud nilai-nilai, atau perkara yang berkaitan dengan sikap yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Ia terbahagi kepada dua:
i. Normati, iaitu panduan dan peraturan berkaitan dengan tingkah laku yang baik dan jahat.
ii. ii. Mataethic, yang terbahagi kepada dua, iaitu ‘analitik’ yang berfungsi menganalisis semua, peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku baik dan jahat, dan ‘kritikal’ yang berfungsi untuk mengkritik terhadap apa-apa yang telah dianalisis. Tujuannya ialah untuk memperkukuhkan lagi etika.
Konsep etika ini boleh disimpulkan sebagai suatu set peraturan kehidupan manusia yang menjadi asas dan panduan dalam menjalani kehidupan berprinsip dan mengikut peraturan yang betul. 😯
Isu etika yang nak dikongsikan harini berkenaan etika pelajar di pusat pengajian tinggi.
Konsep nilai etika dan moral ini amat penting di dalam pembinaan sahsiah pelajar. Kefahaman yang jelas berkaitan nilai etika dan moral sewajarnya diambil berat oleh semua pelajar. Penerapan nilai etika dan moral ini bukan sahaja berlangsung di dalam proses pengajaran dan pembelajaran semata-mata tetapi perlu ditekankan diluar sesi pengajaran.🧐
Tapi semakin hari, semakin timbul kebimbangan masalah etika yang terus berlaku sehingga terbawa-bawa ke alam pekerjaan. 😱
Menurut Sinar Harian pada 15 Oktober 2019, tindakan seorang graduan universiti tempatan menjerit dan menunjukkan tanda protes sejurus selepas menerima skrol ijazah sarjana muda dalam majlis istiadat konvokesyen mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat dan jelas membuktikan nilai etika dan moral yang semakin pincang di kalangan generasi muda. 😢
Senario ini menggambarkan bahawa nilai etika dan moral seorang yang bergelar mahasiswa semakin merudum dan ini menunjukkan bahawa tiada nilai peradaban yang tinggi yang sepatutnya dicerminkan oleh mahasiswa yang berilmu.

Apakah yang akan kita bincangkan nanti ?

📌Isu-isu Moral Pelajar

📌Diskriminasi & Buli

📌 Penyalahgunaan Dadah dan Bahan Terlarang

📌 Langkah-langkah untuk Mengatasi Isu Etika Pelajar di Pusat Pengajian Tinggi

MUHAMMAD NUR AIMAN BIN ABU YAMIN (305335)
WALLACE TEO MING HANG (304977)

💙Salam sejahtera dan Salam Biru Warna!💙Kami merupakan pelajar semester 1 Universiti Utara Malaysia (UUM) dari kumpulan 8...
22/11/2024

💙Salam sejahtera dan Salam Biru Warna!💙
Kami merupakan pelajar semester 1 Universiti Utara Malaysia (UUM) dari kumpulan 8 bagi subjek MPU1022 iaitu Penghayatan Etika dan Peradaban (A) bagi sesi A241.

Tema bagi kumpulan kami adalah berkenaan isu etika pelajar di pusat pengajian tinggi. Kami akan mengongsikan pelbagai maklumat yang bermanfaat berkaitan tajuk kami kepada pihak umum. Kami berharap agar perkongsian kami di halaman ini akan memberi faedah dan kesedaran kepada pelbagai pihak☺.

Datang nyonya membuat jamu, 👵🏼
Jamu dijual buat pemburu, 🏹
Senang rasanya dapat bertemu, 👋🏼
Dapat kenalan sahabat baru. 🥳

Jangan lupa untuk mengikuti dan berkongsi halaman Facebook ini dengan keluarga serta rakan-rakan anda! Diharapkan agar saudara/saudari dapat memberikan sokongan penuh kepada kami agar lebih ramai dapat memperoleh info yang berguna! 💙

Sekian Terima Kasih Sokongan anda amat kami hargai.

Address

Universiti Utara
Universiti Utara
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penghayatan Etika & Peradaban A241 V - K8 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share