25/11/2024
Integrasi nasional merupakan satu proses penyatuan rakyat pelbagai kaum di pelbagai peringkat dan wilayah. Kerjasama di antara penduduk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak amat diperlukan untuk mengekalkan integrasi nasional di negara Malaysia.
1) Mewujudkan persefahaman dalam kepelbagaian budaya.
Sabah dan Sarawak dengan masing-masing mempunyai 32 dan 28 etnik yang berbeza menjadikan dua buah negeri ini terkenal dengan kepelbagaian budaya. Oleh itu, persefahaman dalam kepelbagaian budaya ini mampu mengeratkan lagi integrasi nasional antara wilayah.
2) Meningkatkan perkongsian ilmu.
Setiap wilayah itu tersematnya bermacam-macam kemahiran dari turun-temurun. Integrasi nasional berupaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui perkongsian bersama antara wilayah.
3) Mempelbagaikan kegiatan ekonomi dan meningkatkan pendapatan negara.
Setiap wilayah dapat menyumbangkan kepada pembangunan negara melalui kegiatan ekonomi masing-masing. Sebagai contoh, tanaman lada Sarawak, kelapa sawit di Semenanjung Malaysia dan hasil perikanan di Sabah dibangunkan untuk negara Malaysia serta merupakan sumber pendapatan negara.
4) Mewujudkan keseimbangan penduduk.
Penduduk di setiap wilayah boleh menetap di mana-mana wilayah dan berkunjung pada bila-bila masa. Meskipun terdapat wilayah yang memerlukan prosedur operasi standard untuk keselamatan namun ini tidak menghalang sesiapa sahaja untuk berkunjung dan menetap di wilayah itu.
5) Membentuk tadbir urus negara yang baik dan stabil.
Meskipun corak politik dan kepimpinan yang berbeza antara ketiga-tiga wilayah ini, namun pentadbirannya masih bernaung di bawah Perlembagaan Persekutuan. Barisan pentadbir juga masih dapat bersatu dalam melaksanakan tadbir urus baik masing-masing. Oleh itu, Malaysia dapat ditadbir dengann pentadbiran yang baik lalu menjadi negara yang stabil.
Kesimpulannya, kerjasama yang padu di antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak membawa kepada integrasi nasional dan memberi banyak kebaikan kepada semua pihak.
NUR AMYSHA NAJIHAH BINTI NOOR HADZMEE
304733