05/06/2024
Posting Kesepuluh
Disediakan oleh: NG SZE HUI
Matrik No: 295595
Tajuk: ICT Dalam Kehidupan Masyarakat Di Malaysia
Subtajuk: Sumbangan ICT Terhadap Sektor Perniagaan dan Perkhidmatan Malaysia
Teknologi maklumat dan kominikasi (ICT) memberi banyak manfaat dalam sektor perniagaan dan perkhidmatan. Penggunaan ICT dapat membantu meningkatkan produktiviti, keberkesanan operasi, serta daya saing di pasaran global. Berikut adalah beberapa sumbangan ICT kepada sektor perniagaan dan perkhidmatan di Malaysia:
Sektor Perniagaan👨💼
📱 Pengembangan Pasaran dan Pemasaran Digital.
Platform seperti Lazada, Shopee, dan Zalora telah membuka peluang kepada perniagaan kecil dan besar untuk menjual produk secara talian serta memperluaskan pasaran penjual. Hal ini dapat memudahkan pelanggan untuk membuat pembelian dari mana-mana sahaja.📈
📱 Pengiklanan Digital.
Penggunaan platform pengiklanan digital seperti Google Ads, Facebook Ads, dan Instagram Ads membolehkan perniagaan menarik pelanggan yang lebih luas dengan lebih tepat. Hal ini dapat meningkatkan kesedaran jenama dan penjualan. Dengan adanya pengiklanan digital, pengguna sosial media akan mengetahui produk-produk yang diiklan.🪄
📱 Pengurasan Rantai Bekalan
Sistem pengurusan rantaian bekalan berasaskan ICT membolehkan syarikat mengurus inventori, pesanan, dan penghantaran dengan lebih efektif, mengurangkan kos dan memastikan penghantaran pada masa yang tepat. Sebagai contoh, teknologi ICT seperti perisian ERP (Enterprise Resource Planning) dan RPA (Robotic Process Automation) membolehkan automasi pelbagai proses dalam rantai bekalan, termasuk pengendalian pesanan, pengurusan inventori, dan penghantaran.⏳
Sektor Perkhidmatan👨💻
💻 Perkhidmatan Kewangan Digital
ICT menyokong perkembangan fintech, seperti pembayaran digital, perbankan mudah alih, dan e-wallets, yang menawarkan cara baru untuk mengurus kewangan dan membuat transaksi. Dengan adanya aplikasi perbankan mudah alih dan e-wallets, pengguna dapat melakukan transaksi kewangan dengan mudah dan cepat tanpa perlu mengunjungi bank atau membawa wang tunai.💵
💻 Automasi Perkhidmatan Pelanggan
Penggunaan chatbot dan AI dalam perkhidmatan pelanggan membolehkan perniagaan memberikan sokongan 24/7, menjawab soalan lazim, dan menyelesaikan masalah pelanggan dengan lebih efisien. Sebagai contoh, chatbot dan AI dapat berinteraksi dengan pelanggan melalui teks atau suara, menjawab pertanyaan umum, memberikan informasi produk, dan membantu dalam proses pembelian atau pemesanan. Sebagai contoh, laman web e-dagang dan aplikasi perbankan menggunakan chatbot untuk memberikan bantuan 24/7.⌨️
💻 Perkhidmatan Perjalanan dan Pelancongan
ICT memudahkan perancangan perjalanan dan pelancongan melalui platform dalam talian yang membolehkan tempahan tiket, penginapan, dan perancangan itinerari dengan lebih mudah dan cepat. Aplikasi seperti Booking.com, Trip.com, Airbnb dan Agoda memberi kemudahan di mana pelancong boleh membuat tempahan hotel, penerbangan, kereta sewa, dan aktiviti pelancongan dengan mudah dari mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.✈️🛣️