A232 Mpu 1022 Kumpulan 5

A232 Mpu 1022 Kumpulan 5 ISU PEMBUANGAN BAYI

Muhammad zarith bin ahmad jamil - 299063
29/05/2024

Muhammad zarith bin ahmad jamil - 299063

(POSTER)Jadi sampai di sini sahaja perkongsian kami. Kami berharap maklumat yang disampaikan bermanfaat dan memberi insp...
29/05/2024

(POSTER)

Jadi sampai di sini sahaja perkongsian kami. Kami berharap maklumat yang disampaikan bermanfaat dan memberi inspirasi kepada anda semua. Terima kasih atas perhatian dan sokongan yang diberikan.

Kami amat menghargai kerjasama kerana sudi meluangkan masa anda kepada laman web ini. Bersama-sama, kita dapat membina komuniti yang lebih kukuh dan harmoni. Jadi, teruskan menyokong program kami kerana setiap usaha kecil anda menyumbang kepada matlamat besar kita.

Akhir kata, kami ucapkan terima kasih sekali lagi atas segala sokongan dan perhatian yang diberikan. Kami berharap dapat berjumpa lagi dalam perkongsian yang akan datang. Semoga hari-hari anda dipenuhi dengan kejayaan, kebahagiaan, dan kesihatan yang baik. Teruskan menyokong dan bersama-sama kita ciptakan perubahan yang bermakna. Sampai jumpa lagi.

Sekian saja dari Kump**an kami, Kump**an 5.
Ingatlah, setiap nyawa adalah berharga. Bersama-sama, kita boleh menghentikan pembuangan bayi.

📍POSTING 6📍Nama : Nur Izzaty Aqilah Binti Abdul Rahman (299223)Nama : Ainul Akhmalisa Binti Abdul Muhaimin (299241)Tajuk...
23/05/2024

📍POSTING 6📍
Nama : Nur Izzaty Aqilah Binti Abdul Rahman (299223)
Nama : Ainul Akhmalisa Binti Abdul Muhaimin (299241)

Tajuk : Statistik Pembuangan Bayi di Malaysia bagi Tahun 2014 hingga Tahun 2018

Statistik di atas menunjukkan kes pembuangan bayi di malaysia pada tahun 2014 hingga tahun 2018. Menurut statistik tersebut, pada tahun 2014 sebanyak 103 kes pembuangan bayi dilaporkan manakala pada tahun 2015 sebanyak 111 kes. Pada tahun 2016 p**a menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 115 kes. Hal ini menunjukkan setiap tahun kes pembuangan bayi semakin meningkat. Statistik pada tahun 2017 dan 2018 juga menunjukkan peningkatan yang ketara iaitu sebanyak 120 dan 128 kes. Jumlah keseluruhan kes pembuangan bayi di malaysia dari tahun 2014 hingga 2018 mengikut negeri adalah sebanyak 577 kes.

📍POSTING 5📍Siti Nurqistina Binti Abdul Hakim – 299109Tajuk: CARA MENGATASI MASALAH PEMBUANGAN BAYI 📍 Terdapat beberapa c...
22/05/2024

📍POSTING 5📍
Siti Nurqistina Binti Abdul Hakim – 299109

Tajuk: CARA MENGATASI MASALAH PEMBUANGAN BAYI

📍 Terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah pembuangan bayi daripada kesan-kesan yang dibincangkan sebelumnya. Seperti yang diketahui, perbuatan membuang bayi ini dianggap tidak waras, mencampak, menempatkan bayi di kawasan yang tidak diketahui oleh sesiapa dan punca daripada perbuatan itu adalah untu merlarikan diri daripada bertanggungjawab ke atas bayi tersebut dan sebagainya. Cara untuk mengatasi masalah tersebut yang pertama adalah mengenakan hukuman setimpal mengikut undang-undang. Hal demikian, hukuman tersebut dijatuhkan kepada pesalah yang membuang atau membunuh bayi bagi tujuan memberi pengajaran kepada orang awam agar tidak membuat sesuatu yang kejam dan mencegah perbuatan mungkar. Mereka juga akan mengetahui bahawa mereka akan dikenakan hukuman dan risiko yang tinggi jika masalah ini berterusan. Contohnya, hukuman yang dikenakan di bawah undang-undang syariah iaitu ibu kepada seorang kanak-kanak atau dijaga oleh bapa dibawah 12 tahun dan meninggalkan anak tersebut atau membuang anak itu hendaklah diseksa dalam penjara bersama temph tujuh bulan.

📍 Selain itu, pihak berkuasa atau media massa perlu memainkan peranan dalam menyekat program-program yang membolehkan masyarakat melakukan aksi tidak baik seperti melihat agenda lucah terumata sekali dalam kalangan remaja. Peranan ibu juga amat penting kerana mereka lebih mengenali anak-anak mereka. Ibu bapa juga boleh mengajari anak-anak berkaitan nilai-nilai murni dan kasih sayang yang erat supaya anak-anak lebih merasa disayangi kerana apabila mereka tidak diberikan kasih sayang yang banyak, mereka akan mula meletakkan harapan itu terhadap orang lain menyebabkan anak-anak berjauhan dengan ibu bapa mereka. Ibu bapa juga perlu mengambil berat dengan pergaulan anak mereka semasa berada di luar. Hal demikian kerana pergaulan bebas semakin berleluasa dalam kalangan remaja menyebabkan mereka ini terdedah dengan perkara yang buruk. Oleh itu, cadangan tersebut boleh digunakan bagi mengatasi masalah pembuangan bayi dalam kalangan masyarakat.

📍POSTING 4📍NAMA : MUHAMMAD FAKRUL TASNIM BIN MOHAMAD PARZULINOMBOR MATRIK : 299240TAJUK : KESIMPULAN KES PEMBUANGAN BAYI...
19/05/2024

📍POSTING 4📍
NAMA : MUHAMMAD FAKRUL TASNIM BIN MOHAMAD PARZULI
NOMBOR MATRIK : 299240
TAJUK : KESIMPULAN KES PEMBUANGAN BAYI

Kesimp**annya, isu pembuangan bayi bagi semkin menjadi kritikal dalam negara ini. Hal ini berikutan pertambahan kes pembuangan bayi yang mekin melonjak. Bayi – bayi naif ini dibuang dengan kejam sekali tanpa rasa belas kasihan. Sifat kasih sayang ibu bapa tidak lagi wujud apabila mereka masih belum bersedia untuk membina keluarga. Dalam erti kata lain, pelaku kebiasaannya terjerumus ke lembah maksiat yang membaca kepada kes ini.

Punca kes pembuangan bayi ini jelas dilihat datang daripada faktor pelaku sendiri. Hal ini kerana, aktiviti maksiat atau seks luar nikah. Kesemua agama mengharamkan aktiviti ini dan ianya adalah salah disisi undang – undang. Perkara ini berlaku kerana kurangnya didikan agama kepada pelaku. Pelaku tidak tahu kesan buruknya yang akan diterima sekiranya kemahilan berlaku. Isu pembuangan bayi juga berlaku kerana terdapat keluarga yang tidak mampu menjaga bayi yang baru dilahirkan akibat kekangan kewangan. Hal ini berlaku kerana keluarga gagal membuat perancangan keluarga yang betul.

Kesan daripada isu ini adalah berlaku pertambahan bayi yang terabai akibat tidak dijaga dengan betul. Hal ini akan mengancam tahap kesihatan bayi di mana risiko kematian bayi boleh berlaku.

Dalam usaha untuk mengatasi isu ini, pihak masyarakat dan kerajaan perlulah memainkan peranan dengan berganding bahu bersama. Masyarakat haruslah meningkatkan kesedaran individu supaya tidak terjebak dalam aktiviti seks bebas. Perkara ini dapat dipupuk dengan peningkatan kefahaman, pengajaran dan amalan agama. Bagi pihak kerajaan p**a, perlaksanaan kempen perancangan keluarga yang berkesan dapat membantu membendung isu pembuangan bayi. Hal ini seperti kaedah perancangan keluarga yang betul dan berkesan.

📍POSTING 3📍LIM JIA YEE - 299256Tajuk: FAKTOR-FAKTOR TERJADI KES PEMBUANGAN BAYI  📍  📌Kes pembuangan bayi adalah realiti ...
19/05/2024

📍POSTING 3📍
LIM JIA YEE - 299256
Tajuk: FAKTOR-FAKTOR TERJADI KES PEMBUANGAN BAYI 📍

📌Kes pembuangan bayi adalah realiti yang menyedihkan dan kompleks yang sering berkait rapat dengan beberapa faktor yang mendorong seseorang individu atau keluarga melakukan perbuatan tragis ini.

📌Antara faktor utama yang menyebabkan kes pembuangan bayi adalah kekurangan keupayaan kewangan. Kenaikan harga barangan secara beransur-ansur telah menyukarkan kepada banyak kump**an individu atau keluarga yang hidup dalam keadaan kemiskinan . Oleh itu, keluarga yang hidup dalam kemiskinan mungkin tidak mampu menanggung kos untuk membesarkan bayi. Hal ini kerana, membesarkan bayi memerlukan sumber kewangan yang mencukupi untuk menyediakan kehidupan yang berkualiti kepada bayi. Ini termasuk perbelanjaan perubatan, pakaian, makanan dan penjagaan kesihatan yang diperlukan untuk bayi. Apabila keluarga tidak dapat memenuhi keperluan asas ini, tekanan kewangan mungkin memaksa mereka untuk mengambil tindakan melampau, seperti pembuangan bayi.

📌Selain itu, pengabaian pendidikan seks juga merupakan faktor penting yang terjadi kes pembuangan bayi. Remaja kekurangan pendidikan seks dari sekolah atau ibu bapa boleh menyebabkan remaja kekurangan kesedaran kontraseptif dan risiko kehamilan yang tidak diingini. Remaja dan dewasa muda mungkin tidak tahu tentang cara untuk mencegah kehamilan. Hal ini kerana, mereka malu untuk mempelajari pendidikan seks, dan sekolah serta ibu bapa tidak mengajar mereka pengetahuan pendidikan seks yang betul. Oleh itu, ini akan membawa kepada kehamilan bawah umur. Apabila mereka menghadapi kehamilan yang tidak diingini, mereka akan merasakan ia adalah perkara yang memalukan diri dan keluarga, menyebabkan mereka terpaksa meninggalkan bayi itu.

📌Bukan itu sahaja, kekurangan sokongan keluarga juga memainkan peranan penting dalam terjadian kes pembuangan bayi. Menurut banyak laporan berita, pembuangan bayi tidak membezakan antara kump**an umur. Ini kerana keadaan keluarga boleh mempengaruhi tingkah laku mereka membuang bayi. Jika keluarga tidak memberikan sokongan emosi dan kewangan yang mencukupi kepada individu yang mengalami kehamilan yang tidak dirancang, ia boleh menyebabkan individu itu berasa terpinggir dan tidak berdaya. Tanpa sokongan yang mencukupi, individu mungkin merasa terpaksa mengambil tingdakan drastik seperti pembuangan bayi.

📌Kesimp**annya, kes pembuangan bayi adalah isu kompleks yang melibatkan interaksi pelbagai faktor. Ketidakupayaan kewangan, pengabaian pendidikan seks, dan kekurangan sokongan keluarga adalah beberapa faktor yang mempengaruhi keputusan seseorang untuk melakukan perbuatan tragis ini. Oleh itu, menangani isu ini memerlukan pendekatan holistik dan bersepadu, termasuk pendidikan seks yang lebih baik, sokongan keluarga dan komuniti, dan bantuan kewangan untuk keluarga yang memerlukan.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/disyaki-buang-bayi-di-selama-dua-remaja-ditahan-polis-453081

https://www.sinarharian.com.my/article/643344/suara-sinar/analisis-sinar/kes-buang-bayi-salah-siapa

NG KAI CHENG - 299015📌POSTING 2📌TAJUK: Kesan Masalah Pembuangan Bayi📌Pembuangan bayi yang sering berlaku di Malaysia sud...
19/05/2024

NG KAI CHENG - 299015

📌POSTING 2📌

TAJUK: Kesan Masalah Pembuangan Bayi

📌Pembuangan bayi yang sering berlaku di Malaysia sudah menjadi isu di dada akhbar mahupun di corong radio.Kes-kes pembuangan bayi ini kebanyakan dilakukan oleh remaja yang masih di bangku sekolah lagi mahupun dalam lingkungan umur 20-an.Jika kita melihat di muka depan akhbar,isu pembuangan bayi ini semakin serius sehingga ke hari ini dan para ibu yang membuang bayi tersebut seperti tidak mempunyai sifat belas kasihan terhadap bayi yang dibuang.Sedangkan haiwan mengasihi anak-anak mereka,apatah lagi kita sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran yang waras. Kesan jangka panjang dan jangka pendekpasti berlaku sekiranya remaja pada hari ini tidak tahu akan cara dalam membentuk danmemuliakan akhlak diri mereka sendiri. Kesan-kesan pembuangan bayi boleh diklasifikasikankepada beberapa bahagian seperti kesan kepada bayi, kesan kepada ibu yang melahirkan,kesan kepda institusi kekeluargaan, dan kesan kepada masyarakat atau negara itu sendiri.

📌KESAN KEPADA BAYI📌

Bayi merupakan anugerah Allah yang paling berharga kepada pasangan suami isteri namun,bayi juga menjadi bebanan kepada pasangan-pasangan kekasih yang telah terlanjur dan tidakbersedia untuk memikul tanggungjawab di usia yang masih mentah, iaitu usia remaja. Bayi-bayi ini juga terpaksa memikul gelaran anak luar nikahsepanjang hidup mereka walaupun mereka menjadi mangsa keadaan dalam masalah ini.Tambahan lagi, bayi-bayi ini masih kecil lagi dan tidak mengerti apa yang sedang berlaku kepada mereka. Apa yang lebih teruk lagi, mereka dibuang tempat-tempat yang terpencildan jauh daripada pandangan masyarakat sehingga menyebabkan bayi-bayi yang tidakberdosa ini meninggal dunia. Sebagai contoh, baru-baru ini di Melaka, seorang bayi lelakidijumpai mati dalam keadaan yang sungguh menyayat hati. Kesan terhadap bayi adalah menyebabkan dia akan di pandangrendah dan di hina oleh masyarakat setempat.

📌KESAN KEPADA INDIVIDU📌

Hal ini kerana, sewaktu ibu (luar nikah) melahirkan anak, mereka tidak berada dalam keadaan dan situasi yang selesa dan mengizinkan. Tanpa persediaan yang rapi, pesalah ini pastinya mengalami jangkitan kuman yang serius, kecederaan semasa melahirkan anak, dan juga kehilangan darah yang banyak. Majoritinya, mereka melahirkan anak dengan menggunakan kudrat sendiri tanpa pertolongan daripada pihak hospital dan pihak lain. Selain itu, ibu juga sudah semestinya mengalami pelbagai masalah dalam diri seperti kemurungan, hilangkeyakinan diri, dan juga masalah emosi. Hal ini akibat daripada perbuatan mereka sendiriyang sememangnya salah dari segi undang-undang, agama, dan negara. Misalnya, jika anaknya masih hidup dan dijaga oleh keluargaangkat dan dia ingin mengambil semula anaknya. Sebarang kemungkinan anaknya tidak mahukembali kepadanya kerana anaknya tidak mengenali ibu kandung sebenarnya sedangkan anakitu telah dijaga rapi oleh keluarga angkatnya. Oleh itu, ibu yang membuang bayi tersebut akanberasa amat menyesali perbuatannya malahan tidak pasti lagi anaknya itu akan memaafkanibunya.

📌KESAN KEPADA INSTITUSI
KEKELUARGAAN📌

Di samping itu, akibat daripada pembuangan bayi juga, berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan. Apabila institusi sesebuah keluarga itu runtuh, keharmoniaan dalam kekeluargaan juga turut terkena tempiasnya. Hal ini disebabkan, ibu bapa berasa malu mempunyai anak yang sebegitu rupa tingkah lakunya. Mereka menganggap anak seperti initelah menconteng arang ke muka mereka. Apa yang mereka bimbangkan adalah jiran sekelilingmereka yang pastinya memandang serong dan negatif dengan keluarga mereka. Ibu bapa remaja yang terlibatdengan perbuatan yang tidak bermoral ini bergaduh dan menyalahkan sesama sendiri keranatidak pandai mendidik dan memelihara anak sehingga anak-anak yang lain terpaksa menanggung akibatnya. Kesan terhadap keluarga perempuan adalah maruah diri dan keluarganya akan musnah akibatmaksiat, penzinaan, hamil dan membuang bayi memang amat memalukan keluarga keranaia berlaku secara terus menerus. Selain itu, keluarga perempuan juga akan di pandang hinasehingga turun temurunnya walaupun ia hanya berlaku sekali. Seperti kata orang-orang tua,walaupun banyak kebaikan yang kita lakukan malah hanya satu keburukan kita lakukan itu p**amereka perkatakan sampai bila-bila.

📌KESAN KEPADA MASYARAKAT📌

Kes pembuangan bayi yang berlaku telah menjejaskan imej masyarakat sekeliling. Mereka pastinya berasa malu dan kecewa dengan apa yang berlaku. Sudah semestinya remaja dipersalahkan dalam kes ini kerana biasanya,remaja merupakan golongan terbesar melibatkan diri dalam kegiatan ini. “Kerana nila setitik,rosak susu sebelanga”. Peribahasa ini bertepatan sekali dengan situasi yang berlaku ini. Masyarakat telah menerima akibatnya hasil daripada kegiatan tidak bermoral ini dan secara tidak langsung telah menimbulkan persepsi orang luar tentang kredibiliti masyarakat setempat dalam membendung kes-kes seperti daripada berlaku.. Kemodenan masyarakatlah yang menyebabkan perubahan sangat ketara dalam proses sosiolisasi. Nilai-nilai tradisi masyarakattradisional seperti gotong-royong, zirah menziarahi telah menjadi luntur di kalangan masyarakatkita kerana saling berselisih dan menyelisihkan orang yang telah membuang bayi.

📌KESAN KEPADA NEGARA📌
Kerancakkan ekonomi dan pembangunan negara akan terjejas dan terbantut disebabkan masalah sosial yang dialami oleh sesuatu negara. Hilangnya seorang pemimpin negara pada masa depan disebabkan keruntuhan akhlak anak-anak muda sekarang, yang tidak pandai untuk memikul tanggungjawab yang perlu dilaksanakan kerana jatuh dan bangunnya sesebuah negara bergantung kepada akhlak remaja dan generasi pada waktu sekarang. Negara juga akan kehilangan generasi masa hadapan dan akan mengalami kerugian yang sangat besar kerana generasi pada masa kini tidak mempunyai akhlak baik dan yang diinginkan dan hal ini menyebabkan negara akan kehilangan pemimpin-pemimpin yang berwibawa untuk mentadbir negara. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan.Budaya kuning dan pengaruh budaya barat mudah meresap masuk dan menjadi ikutan para remaja hari ini. Sekiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak-pihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan dan juga pihak-pihak yang berwajib, maka tidak hairanlah pada masa akan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remaja-remaja islam terutamanya akan rosak dan binasa. Perbelanjaan kerajaan juga akan turut meningkat akibat peningkatan kadar jenayah. Kerajaan terpaksa menggunakan belanja yang lebih besar dalam menguruskan remaja-remaja dan bagi mengatasi remaja yang bermasalah ini.

📍Tidak dapat dinafikan bahawa pembuangan bayi memberikan kesan yang sangat besar kepada negara. Tambahan p**a,perbelanjaan kerajaan turut meningkat untuk menampung bayi yang diletakkan di rumah kebajikan masyarakat.Oleh itu,masalah pembuangan bayi ini perlulah dicegah dengan kadar yang segera dan memerlukan bantuan daripada pelbagai pihak yang berkenaan.Boleh dikatakan hampir 2 hingga 4 hari akan ada kes pembuangan bayi sama ada masihhidup ataupun bayi tersebut mati. Kes ini merupakan satu kes yg menyakitkan hati dandianggap tidak berperikemanusiaan, tetapi itulah fakta sebenar serta realiti yang berlakudalam masyarakat kita. Berdasarkan statistik dikumpul dan direkod oleh Jabatan KebajikanMasyarakat (JKM) hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati bahawa daritahun 2014 hinggalah 2018 bilangan kes buang bayi dan janin adalah sebanyak 577 kes.

AHMAD DIN BIN JULKIPLI (299133)📍POSTING 1📍Tajuk: Jenis-Jenis Kes Pembuangan Bayi.📌Pembuangan bayi adalah fenomena menyed...
06/05/2024

AHMAD DIN BIN JULKIPLI (299133)

📍POSTING 1📍

Tajuk: Jenis-Jenis Kes Pembuangan Bayi.

📌Pembuangan bayi adalah fenomena menyedihkan yang terus melanda masyarakat di seluruh dunia, dengan pelbagai jenis kes muncul dalam komuniti yang berbeza. Dalam menyelidiki jenis kes pembuangan bayi yang lazim diperhatikan, pelbagai faktor yang menjadi penyumbang di sebalik kejadian tersebut, dan memberi kesan yang ketara ke atas masyarakat dan individu.

📌 jenis kes pembuangan bayi yang lazim adalah melibatkan bayi yang baru lahir ditinggalkan di tempat awam, seperti taman, lorong atau bangunan di luar. Bayi yang terdedah ini sering dibiarkan terdedah kepada unsur-unsur yang keras dan potensi bahaya, menonjolkan keadaan buruk yang membawa kepada tindakan terdesak tersebut. Selain itu, kes bayi yang dibuang ke dalam tong sampah atau tempat pembuangan sampah juga telah dilaporkan, menekankan sifat tidak berperasaan dan tidak menghiraukan kehidupan manusia yang ditunjukkan oleh mereka yang bertanggungjawab atas perbuatan ini. Tambahan p**a, terdapat kejadian bayi yang ditinggalkan di hospital atau balai bomba, menunjukkan jalan terakhir bagi individu yang tidak dapat menjaga bayi mereka yang baru lahir tetapi mencari alternatif yang lebih selamat daripada pengabaian.

📌Disamping itu, faktor menyumbang kepada kelaziman kejadian pembuangan bayi dalam komuniti. Antaranya adalah kehamilan yang tidak dirancang akibat kekurangan pendidikan seks yang komprehensif dan akses kepada kontraseptif memainkan peranan penting dalam kes ini. Stigma dan ketakutan terhadap kesan sosial yang berkaitan dengan kehamilan yang tidak berkahwin atau keibubapaan boleh mendorong individu kepada tindakan yang melampau, seperti meninggalkan bayi mereka. Selain itu, kekangan kewangan dan ketiadaan sistem sokongan yang mencukupi untuk ibu bapa muda memburukkan lagi kemungkinan berlakunya pembuangan bayi, kerana individu mungkin berasa terharu dan tidak berdaya dalam menyediakan keperluan anak mereka.

📌Seterusnya isu Kehamilan remaja. Kes ini adalah isu yang kompleks dan yang mempunyai implikasi yang ketara kepada individu, komuniti dan masyarakat secara keseluruhan. Salah satu kesan paling mendalam kehamilan remaja ialah kesannya terhadap pendidikan. Ibu remaja kurang berkemungkinan untuk menamatkan sekolah menengah atau melanjutkan pelajaran lebih tinggi berbanding rakan sebaya mereka yang menangguhkan melahirkan anak. Tanggungjawab menjaga anak sering membawa kepada peningkatan risiko tercicir dari sekolah, kerana ibu muda bergelut untuk mengimbangi tanggungjawab akademik mereka dengan tuntutan keibubapaan. Tambahan p**a, tekanan dan kekurangan sokongan yang dialami oleh remaja hamil boleh mengakibatkan penurunan prestasi akademik. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa ibu remaja lebih berkemungkinan berprestasi rendah di sekolah, menonjolkan keperluan untuk campur tangan yang disasarkan untuk menyokong pencapaian pendidikan mereka.

📌Kes kehamilan tidak diingini merupakan satu isu yang melibatkan kehamilan yang berlaku tanpa persetujuan atau keinginan individu yang terlibat. Kehamilan ini sering kali menimbulkan cabaran emosi, sosial, dan kesihatan yang besar, terutamanya apabila individu tersebut tidak bersedia untuk menghadapi tanggungjawab sebagai ibu. Faktor-faktor seperti kurangnya pendidikan seks, akses kepada perkhidmatan kesihatan yang sesuai, dan stigma sosial sering menjadi penyumbang kepada kejadian kehamilan tidak diingini.

📌Kehamilan yang tidak diingini sering kali berlaku akibat kegagalan dalam mengamalkan langkah berjaga-jaga seperti menggunakan kondom atau alat kontraseptif semasa melakukan hubungan seks, atau kegagalan alat kontraseptif yang digunakan. Dalam masyarakat yang masih konservatif, kehamilan luar nikah atau kehamilan dalam hubungan yang tidak stabil juga boleh menyebabkan tekanan sosial yang tinggi terhadap individu yang terlibat. Kes kehamilan tidak diingini membawa kesan yang mendalam kepada individu yang mengalaminya. Dari segi perubatan, kehamilan yang tidak diingini boleh menyebabkan risiko kesihatan yang tinggi, terutamanya jika penjagaan perubatan tidak mencukupi. Kadar kematian bayi yang lebih tinggi dan kesan negatif terhadap kesihatan ibu adalah antara risiko yang mungkin timbul. Dari segi psikologi dan sosial, individu yang mengalami kehamilan tidak diingini sering mengalami tekanan emosi, rasa bersalah, dan masalah hubungan interpersonal yang kompleks.

📌Kesimp**annya, bagi mengelakkan kejadian kehamilan tidak diingini. Pendidikan seks yang komprehensif dan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti adalah perlu diutamakan. Masyarakat perlu memahami bahawa kehamilan tidak diingini bukan sahaja melibatkan individu yang terlibat, tetapi juga melibatkan keselamatan dan kesejahteraan ibu dan bayi yang bakal dilahirkan. Langkah-langkah pencegahan dan sokongan yang mencukupi perlu disediakan untuk membantu individu menghadapi cabaran kehamilan tidak diingini dengan lebih baik.

Address

UNIVERSITI UTARA
Universiti Utara
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when A232 Mpu 1022 Kumpulan 5 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share