11/06/2024
‘Posting’ Penutup - Poster akhir bagi Gejala Pembuangan Bayi
Kesimp**annya, peningkatan kes pembuangan bayi ini amat membimbangkan semua pihak. Justeru itu, pelbagai pihak perlu berganding bahu bagi mengatasi masalah sosial ini sebelum ia memberi kesan yang lebih buruk lagi kepada negara. Tambahan lagi, pihak atasan perlu memainkan peranan yang penting untuk mengatasi kes pembuangan bayi ini seperti memperbanyakkan lagi program-program kesedaran tidak kira dalam bentuk ceramah atau kempen. Hal ini dikatakan demikian kerana, untuk mengurangkan kes pembuangan bayi ini tidak boleh bergantung kepada pihak masyarakat sahaja kerana sesetengah individu yang terlibat dengan masalah ini menganggap perkara ini remeh. Oleh itu, gejala pembuangan bayi ini perlu dicegah kerana ia telah memberi impak yang buruk kepada semua pihak.