Penghayatan Etika & Peradaban J - Kumpulan 11

Penghayatan Etika & Peradaban J - Kumpulan 11 Kami merupakan pelajar Semester A231 dari Universiti Utara Malaysia.

Bagaimanakah British membantu dalam memajukan Tanah Melayu? Kedatangan pihak British di Tanah Melayu telah membantu perk...
23/01/2024

Bagaimanakah British membantu dalam memajukan Tanah Melayu?

Kedatangan pihak British di Tanah Melayu telah membantu perkembangan ekonomi melalui pelaburan dan peningkatan infrastruktur. Daripada aspek politik, pihak British membantu untuk menstabilkan pemerintahan tempatan. Melalui sektor sosial p**a, pihak British telah memperkenalkan sistem pendidikan baharu yang membawa perubahan kepada penduduk tempatan di Tanah Melayu.

Sejarah Penjajahan British● Pada 11 Ogos 1786, Francis Light telah berjaya mengambil Pulau Pinang melalui tipu muslihat ...
22/01/2024

Sejarah Penjajahan British

● Pada 11 Ogos 1786, Francis Light telah berjaya mengambil Pulau Pinang melalui tipu muslihat yang licik dari tangan kerajaan Kedah semasa pemerintahan Sultan Abdullah. Oleh kerana kedudukan Pulau Pinang yang strategik untuk dijadikan pangkalan tentera dan perdagangan.

● Pada 6 Februari 1819, Stamford Raffles berjaya menduduki Singapura apabila beliau campur tangan dalam pertikaian Tengku Hussin dengan Yang Dipertuan Muda Kerajaan Johor. Sebagai balasannya, Tengku Hussin membenarkan Raffles membuka petempatan di Singapura melalui satu perjanjian pada tahun 1819.

● Apabila British berjaya menduduki negeri-negeri di Tanah Melayu dan membuat petempatan di Singapura, Pulau Pinang dan Melaka, mereka telah menyatukan wilayah-wilayah ini di bawah satu pentadbiran yang disebut Negeri-negeri Selat (NNS) dan Pulau Pinang dipilih menjadi pusat pertama pentadbiran NNS.

● Untuk mengukuhkan lagi kedudukan British di Tanah Melayu, mereka telah menubuhkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) yang berkuatkuasa secara rasmi pada 1 Julai 1896. Negeri-negeri tersebut terdiri dari Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan.

● Kedudukan Inggeris diperkukuhkan lagi dengan penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada 1909. Tujuannya adalah untuk menambahkan kuasa raja-raja dan residen dari negeri-negeri berkenaan. Namun motifnya adalah untuk menambahkan kuasa gabenor Inggeris di Singapura. Ahli-ahli Majlis terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi, Residen Jeneral, 4 orang raja Melayu, 4 orang residen dan 4 orang ahli tidak rasmi (3 orang Eropah dan 1 orang Cina).

● Sebelum tahun 1909, negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlisadalah di bawah naungan Siam. Ekoran dari Perjanjian Bangkok 1909, Siambersetuju menyerahkan negeri-negeri berkenaan kepada Inggeris danseorang penasihat Inggeris telah ditempatkan di setiap negeri tersebut.

● Selama Perang Dunia II, Jepun merebut Tanah Melayu dari tangan British antara tahun 1941-1945. Setelah kekalahan Jepun, Tanah Melayu kembali ke tangan British hingga kemerdekaannya..

Primitif merupakan suatu pandangan yang sangat bercanggah diantara dua belah pihak iaitu pandangan barat dan pandangan a...
20/01/2024

Primitif merupakan suatu pandangan yang sangat bercanggah diantara dua belah pihak iaitu pandangan barat dan pandangan ahli akademik. Jadi, mengapakah perkara ini boleh berlaku dan apakah sebab-sebab orang melayu ini dianggap sebagai primitif pada zaman dahulu?

Kesultanan Melaka didirikan pada abad ke-15 oleh Parameswara. Melaka menjadi pusat perdagangan penting di Selat Malaka d...
20/01/2024

Kesultanan Melaka didirikan pada abad ke-15 oleh Parameswara. Melaka menjadi pusat perdagangan penting di Selat Malaka dan menjadi kerajaan yang berpengaruh di kawasan ini.

Sejarah awal Tanah Melayu mencerminkan keragaman budaya, pengaruh luar, dan perkembangan kompleks yang membentuk karakte...
20/01/2024

Sejarah awal Tanah Melayu mencerminkan keragaman budaya, pengaruh luar, dan perkembangan kompleks yang membentuk karakteristik wilayah ini. Dengan berbagai perubahan dan peristiwa tersebut, Tanah Melayu menjadi tempat penting dalam sejarah Asia Tenggara.

Penduduk Negrito, Melayu Proto, dan Melayu Deutero adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada kelompok etnis ata...
20/01/2024

Penduduk Negrito, Melayu Proto, dan Melayu Deutero adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada kelompok etnis atau fasa dalam perkembangan sejarah penduduk di kawasan Asia Tenggara menurut Teori Yunnan. Mari kita lihat perbezaan di antara ketiga kelompok tersebut

Teori Out of Sundaland dan Teori Out of Yunnan adalah dua hipotesis yang mencuba menjelaskan sejarah awal Tanah Melayu/ ...
20/01/2024

Teori Out of Sundaland dan Teori Out of Yunnan adalah dua hipotesis yang mencuba menjelaskan sejarah awal Tanah Melayu/ orang Melayu di wilayah Asia Tenggara. Mari kita lihat keduanya secara singkat

Semua sedia maklum bahawa Tanah Melayu merupakan sebuah negara yang pernah dijajah oleh British pada zaman dahulu. Tanah...
14/01/2024

Semua sedia maklum bahawa Tanah Melayu merupakan sebuah negara yang pernah dijajah oleh British pada zaman dahulu. Tanah Melayu telah berada di bawah penjajahan British selama lebih dari 100 tahun lamanya sebelum mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Penjajahan British di Tanah Melayu telah mempengaruhi beberapa faktor utama termasuklah dari segi politik, ekonomi, dan sosial. Penjajahan ini juga memberikan kesan yang sangat mendalam terhadap Tanah Melayu. Oleh itu, terdapat beberapa kesan positif dan negatif yang berlaku pada masa itu. Antaranya ialah:-

***KESAN POSITIF DARI SEGI POLITIK***

- Pembentukan struktur pemerintahan di Tanah Melayu.

- Penjajah British memperkenal sistem pentadbiran colonial sehingga menyebabkan berlakunya penubuhan struktur kerajaan yang lebih teratur dan cekap.

- Contohnya seperti pengenalan jawatan residen dan pengurus daerah, bersama-sama dengan pembentukan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1896.

- Mengukuhkan lagi kuasa di tangan pentadbir British di Kuala Lumpur.

- Akhirnya berlaku perkembangan moden dalam pentadbiran dan mewujudkan kestabilan dalam Kerajaan di Tanah Melayu.

***KESAN NEGATIF DARI SEGI POLITIK***

- Kuasa sultan dan raja semakin terjejas.

- Sistem Penasihat diperkenalkan sebagai penganti sultan dan pembesar dalam hal birokrasi dan undang-undang Tanah Melayu .

- Sultan terpaksa mematuhi nasihat residen British, manakala golongan pembesar hilang kuasa dalam bidang pentadbiran dan kuasa memungut cukai.

- Sultan hanya boleh menyentuh hal-hal mengenai adat istiadat Melayu dan keagamaan sahaja.

- Akhirnya, menyebabkan taraf Sultan jadi semakin rendah.

***KESAN POSITIF DARI SEGI EKONOMI***

- Membina institusi kewangan dan perbankan di Tanah Melayu.

- Menyedia kemudahan pinjaman kepada para pelabur.

- Sistem kewangan yang moden sehingga menyebabkan dana dari luar negara dapat disalurkan ke Tanah Melayu dengan sangat cepat.

- Perubahan ekonomi tradisional kepada ekonomi perdagangan yang meluas.

- Contohnya aktiviti pertanian seperti ubi kayu, teh dan getah dan perlombongan bijih timah.

- Akhirnya, ekonomi di Tanah Melayu dapat berkembang melalui perdagangan antarabangsa.

***KESAN NEGATIF DARI SEGI EKONOMI***

- Kerajaan British mengambil alih kuasa pungutan cukai.

- Kerajaan British memperkenal dasar ekonomi yang baru.

- Akhirnya hasil ekonomi Tanah Melayu dikaut oleh pihak British.

***KESAN POSITIF DARI SEGI SOSIAL***

- Pengenalan sekolah vernakular Melayu dan Inggeris di Tanah Melayu berlaku.

- Sekolah Melayu, Cina dan Tamil diperkenalkan pada awal abad ke-19 dan ke-20.

- Sukatan pelajaran seperti buku dan tenaga pengajar bagi sekolah Cina adalah daripada China manakala Tamil adalah daripada India. Oleh itu, perkara ini menyebabkan bahasa pengantar adalah Bahasa Tamil dan Bahasa Cina di Tanah Melayu pada ketika itu.

- Menggalakkan perkembangan Pendidikan dalam masyarakat Tanah Melayu.

***KESAN NEGATIF DARI SEGI SOSIAL***

- Menyebabkan kemasukan kaum Cina dan kaum India secara beramai-ramai ke Tanah Melayu.

- Menimbul masalah jenayah.

- British melaksanakan dasar pecah dan perintah.

- Menggariskan pengelasan kaum dari sektor ekonomi.

- Akhirnya berlaku peristiwa 13 Mei 1969.

Kesimp**annya, penjajahan British di Tanah Melayu meninggalkan impak yang amat besar dalam sejarah negara ini. Walaupun terdapat kesan positif seperti pembangunan infrastruktur dan pembentukan sistem pendidikan, namun tidak dapat diabaikan juga kesan negatif seperti eksploitasi sumber semulajadi dan pembahagian sosial yang masih dirasai sehingga kini. Oleh itu, pemahaman terhadap sejarah penjajahan British ini amatlah penting bagi membentuk pandangan yang holistik terhadap perkembangan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka.

Penghayatan Etika & Peradaban J - Kump**an 11Ahli Kump**an:1. Shubashini A/P Velu (297957)2. Nurul Syakirah binti Yusri ...
06/01/2024

Penghayatan Etika & Peradaban J - Kump**an 11

Ahli Kump**an:
1. Shubashini A/P Velu (297957)
2. Nurul Syakirah binti Yusri (298291)
3. Pauline Tan Ka Yen (298787)
4. Mandy Ng Ru Wei (299572)
5. Norshahwaliah binti Majid (300180)
6. Muhammad Zaim Aiman bin Kamaruddin (300663)
7. Ardila Zahira binti Zulkifli (301251)
8. Muhammad Adham bin Mohammad Suhaimi (301383)
9. Nur Atiera Emylia binti Shazalee (301763)
10. Low Jian Wei (302449)

Address

Universiti Utara
Universiti Utara
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penghayatan Etika & Peradaban J - Kumpulan 11 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share