Mpu1022 - Group 12

Mpu1022 - Group 12 Tajuk Assignment: Isu Etika Professional Kewartawanan

Posting KEENAM 6️⃣📌Poster Tajuk: Isu Etika Profesional Kewartawanan 📸📍Dari kami Kump**an 12:1. Anis Insyirah Binti Soleh...
16/12/2023

Posting KEENAM 6️⃣

📌Poster
Tajuk: Isu Etika Profesional Kewartawanan 📸

📍Dari kami Kump**an 12:

1. Anis Insyirah Binti Solehan (302099)
2. Syed Akeif Farhat Bin Syed Shafariz Riza (302176)
3. Nur Syazana Binti Mohd Basharuddin (302354)
4. Nur Syahirah bt Roszamrin (302040)
5.BAY SHUANG E(302258)
6. Siti Nabisa Maisarah Binti Shahrul Nizam ( 302281 )
7. TEH YONG EN (302105)
8. TEH YING YI (302072)
9. Muhammad Idham Iskandar Bin Rosani (302046)

Posting KELIMA 5️⃣Hai guys🤩🤩!!! Selamat Sejahtera❤️❤️❤️ dan Salam Biru Warna💙💙💙 kepada semua yang tengah baca posting ni...
04/12/2023

Posting KELIMA 5️⃣

Hai guys🤩🤩!!! Selamat Sejahtera❤️❤️❤️ dan Salam Biru Warna💙💙💙 kepada semua yang tengah baca posting ni🤓hehehe harap korang semua sihat saje hari ni ye🤗🤗🤗
So😎😎hari ni kita nak bincang sikit pasal beberapa cadangan daripada topik utama kitorang iaitu ‘Isu Etika Profesional Kewartawanan’😮😮😮
Kalau kita cakap pasal etika kewartawanan di Malaysia ni kan, mesti ada je isu2 panas yang dibuat oleh segelintir wartawan negara kita🔥🔥🔥ye laa macam2 isu kita selalu dengar kan kalau pasal wartawan nih📹📸tambah2 p**a dengan zaman Celik IT sekarang nih, ada yang terlebih jaga tepi kain orang laaa🤔🤔ada yang tulis berita palsu laa pusing sini sana kan kan kan💯💯💯‼️

Jadi, ni laa tujuan posting kitorang untuk kurangkan isu2 etika professional kewartawanan nih📌📌haa korang tahu ke macam mana nak kurangkan??? 🧐🧐🧐Mesti tak tahu kan👀🫵🏻takpe takyah risau💁🏻‍♂️meh sini kitorang bagi tahu!!!!🗣️🗣️
Okay guysss🗣️📣📣antara cadangan yang kitorang nk bagi untuk elak masalah etika yang berlaku dalam kalangan wartawan yang s**a sangat sebar berita palsu demi mengejar pop**ariti untuk artikel diorang ni ialah:💬💬💬

1)Menubuhkan badan pengawalseliaan media bebas💥💥💥
Okay macam yang kita tahu berita-berita panas dalam negara kita ni akan tersebar dengan pantas macam tersebarnya aib orang kan🎭jadi Kerajaan kena lah ambil inisiatif baru dengan tubuhkan badan pengawalseliaan media bebas🫵🏻🫵🏻kalau dah ada penubuhan nih senang laa sikit orang yang tertinggi dalam badan tu untuk kawal berita yang ditulis oleh wartawan negara kita nih🤔🤔takda laa asyik nak cerita benda yang tak sahih je kan👍🏻asyik2 nak fitnah orang je kan😡😡kalau korang nak tahu la kan🤐🤐sebenarnya dekat United Kingdom diorang dah ada Organisasi Standard Kewartawanan Bebas (IPSO) just untuk pantau etika dan tatatertib wartawan diorang yang dari syarikat akhbar United Kingdom🇬🇧so diorang ni ada kod etika kewartawanan diorang sendiri tau untuk bentuk etika dan profesionalisme kewartawanan dan etika tertinggi‼️‼️ jadinya kalau ada mana2 wartawan diorang yang langar or tak patuh kod etika tu🚫❌ ketua diorang akan suruh diorang padam posting berita tu or diorang boleh kena denda dengan penubuhan organisasi tu sendiri tau😱😱😱😱

2)Membuat kawalan dalaman💥💥💥
Okay apa yang dimaksudkan dengan kawalan dalaman ni kan?? 🤷🏻‍♀️🤷🏻‍♂️Etika professional kewartawanan Malaysia ni perlulah dipantau oleh Syarikat media itu sendiri📸📸sepatutnya diorang kena kaji betul2 berita yang disajikan oleh wartawan mereka tu sahih atau tidak sahih sebelum dihidangkan pada pembaca📰🗞️namun majoriti Syarikat media nih lebih s**a berita-berita panas tambahan p**a berita yang mengenai artis2 Malaysia kan😒so bila diorang keluarkan berita yang tidak sahih, nanti cerita diorang ni akan laku keras dari wartawan2 yang lain😧😧tak gituuu kann??? 😉😉Itu laa pentingnya kawalan dalaman nih, nak bentuk seorang wartawan yang mempunyai etika professional kewartawanan ni kena mula dari dalam supaya bila diorang cerita nanti diorang akan tulis dengan penuh integriti sebagai wartawan yang professional dan bukannya wartawan yang murahan🙅🏻‍♀️🙅🏻‍♂️💢bila seseorang tu ada etika professional kewartawanan, diorang ni takkan canang cerita murahan demi publisiti🤦🏻‍♀️😔so nanti akan berkuranglah isu politik, isu Kerajaan, isu artis yang dapat menimbulkan kecoh dalam Malaysia nih bila ditulis dengan betul oleh wartawan yang bertika💯💯jadi Kerajaan kena lah pantau wartawan2 di Malaysia nih sebab tak semua wartawan mempunyai etika kewartawanan yang professional.🫡🫡

3)Memperkasa undang-undang yang sedia ada
Pihak yang bertanggungjawab perlu mengenakan hukuman⚖⚖ yang berat kepada wartawan yang mengambil mudah menyebarkan berita palsu tanpa berfikir padahnya🤬 Contohnya mengenakan denda Rm 2000 📏💸💸atau penjara dua tahun. Hal ini bertujuan untuk memberi pengajaran dan mendidik seseorang supaya amanah dalam menjalankan kerja😇😇 Secara tidak langsung hal ini dapat mencegah peyebaran berita palsu di media sosial😁👍

4)Inisiatif baharu, semakan fakta📄
Pihak bertanggungjawab perlu mewujudkan platform yang memudakan masyarakat menyemak kesahihan berita tersebut👫👫 Contohnya, mewujudkan protal khas sebagai platform untuk semak kesahihan fakta📄 iaitu MyChek Malaysia (MyChek)🇲🇾 Portal ini berperanan menyemak fakta yan benar dan mematuhi piawai antarabangsa iaitu International Fact Cheking Network (IFCN)🌐 Melalui pengenalan ini, ramai masyarakat tidak akan mudah percaya berita-berita yang tersebar di media sosial kerana mereka dapat mengetahui kesahihan sebenar berita tersebut✅✅

Kesimp**annya, semua masyarakat perlu bersikap bertanggungjawab💪💪 sebarkan berita, iaitu semak dahulu kesahihan berita✅ tersebut sama ada benar atau tidak agar tidak berlaku penyebaran berita atau maklumat📲 yang tidak betul. Jadilah masyarakat yang berguna antara satu sama lain dan jangan nak cepat porp**ar 📈 tetapi tidak berilmu🙊🙊🙊

Disediakan oleh:
Nur Syazana Binti Mohd Basharuddin (302354)
Nur Syahirah Binti Roszamrin (302040)

Posting KEEMPAT 4️⃣Salam Geng!✌️ Semua apa khabar tu sihat ke? Diharapnya agar semua dalam keadaan sihat walafiat lah ya...
04/12/2023

Posting KEEMPAT 4️⃣

Salam Geng!✌️ Semua apa khabar tu sihat ke? Diharapnya agar semua dalam keadaan sihat walafiat lah ya🙏. Ok dah jom sambung. Eh j*p, sambung apa tu.🤔? Haa jom sambung pasal Etika Professional Kewartawanan la, sebelum ni kita dah sentuh tentang Prinsip-Prinsip dan Undang-Undang dalam Etika Professional Kewartawanan, kalini kita sentuh p**ak isu Halangan-Halangan dalam Etika Professional Kewartawanan ni. Boleh tak boleh? Pergi ambil snek, duduk lepak🍫, mari kita faham dan hadamkan okay!
Seperti yang diterangkan dalam posting-posting sebelum ini, etika adalah sangat penting dalam kerja kewartawanan kerana ia membimbing wartawan dalam melaksanakan tanggungjawab mereka🧐. Dan adalah menjadi satu kewajipan setiap wartawan untuk menyediakan maklumat kepada Masyarakat dengan tepat, adil dan mempertimbangkan kepentingan public📰. Namun, seperti yang kita semua tahu, dalam setiap apa pekerjaan sekalipun, pasti akan ada berbagai halangan yang dapat menghambat penerapan etika professional, termasuklah dalam industri kewartawanan ini🔒. Jadi, pemahaman yang mendalam tentang halangan-halangan ini sangat penting agar wartawan dapat mengatasi segala tantangan dan menjaga kualiti dalam melaksanakan tugas mereka kemudian hari🆕. Oleh itu, jom kita baca dan fahamkan apakah halangan-halangan yang dilalui oleh mereka yang berada di dalam industri kewartawanan ini.

1) Konflik Kepentingan
Konflik kepentingan dalam konteks kewartawanan menjadi salah satu halangan dalam etika profesional kerana ianya melibatkan pertentangan antara kepentingan peribadi ataupun kepentingan lain. Antara alasan utama kenapa konflik kepentingan ini menjadi halangan dalam etika professional kewartawanan adalah kerana faktor ini boleh mempengaruhi kemampuan wartawan untuk mempertahankan objektivitinya dalam liputan berita🤝. Bukan itu sahaja, faktor konflik kepentingan ini juga boleh mengancam integriti profesional wartawan kerana dianggap sebagai pengabaian terhadap tanggungjawab etika mereka dalam menyampaikan maklumat secara bebas dari pengaruh peribadi🙅. Hal ini berpunca daripada pelbagai aspek, antaranya ialah wartawan ataupun media tersebut mungkin mempunyai hubungan peribadi atau kekeluargaan dengan individu yang menjadi subjek berita🕴️🕴️. Oleh itu, ini boleh mencetuskan berlakunya konflik kepentingan kerana adanya ikatan emosional atau loyalti peribadi. Selain itu, Hal ini juga boleh berpunca daripada wartawan yang mungkin menghadapi tekanan politik atau undang-undang untuk membentuk atau mengubah naratif berita🗞️. Justeru itu, Tekanan ini boleh mencipta konflik kepentingan😵 antara tanggungjawab wartawan kepada masyarakat. Sebagai contoh, seorang wartawan bekerja untuk syarikat media🤳🏻 yang mempunyai hubungan baik dengan ahli politik. Kemudian, wartawan ini ditugaskan untuk melaporkan pemilihan umum di wilayah tersebut. Walau bagaimanapun, wartawan ini menyedari bahawa hubungan rapatnya dengan ahli politik itu boleh menjejaskan kredibiliti laporan mereka. Ahli politik mungkin berharap laporan itu akan memberi kesan positif➕ kepada kempennya. Dalam keadaan seperti ini, wartawan perlu berhati-hati dengan kepentingan etika profesional mereka. Di satu sisi, tugas wartawan adalah untuk menyampaikan laporan📰 yang jujur dan objektif tentang pemilihan umum. Di sisi lain, hubungannya yang baik dengan ahli politik tersebut boleh menghalang komunikasi yang adil.

2) Kurangnya Ketelusan
Kurangnya ketelusan dianggap sebagai halangan dalam etika profesional👨🏻‍🏫 kerana ia membawa risiko kekurangan maklumat🗞️ yang mungkin merosakkan kepercayaan 🤐 masyarakat terhadap media dan wartawan. Antara alasan utama kenapa kurangnya ketelusan dianggap sebagai halangan dalam etika professional adalah kerana faktor ini boleh menyebabkan ketidakpercayaan masyarakat terhadap sumber berita dan wartawan. Bukan itu sahaja, faktor kurangnya ketelusan ini juga boleh mencipta persepsi bahawa berita atau laporan yang disajikan adalah secara tidak adil😔. Hal ini adalah berpunca daripada pelbagai aspek, antaranya ialah media mungkin tergoda untuk menyajikan berita📰 secara sensasional atau kontroversial untuk meranik penonton. Oleh itu, ini boleh menyebabkan penekanan pada elemen dramatis daripada keakuratan dan ketelusan maklumat. Selain itu, hal ini juga boleh berpunca daripada Kemajuan dalam teknologi seperti deepfake📵, manip**asi gambar dan video📹. Justeru itu, perkara ini boleh mengancam integriti visual dalam berita yang menyebabkan berlakunya kurang ketelusan media. Sebagai contoh, jika seorang wartawan tidak bertindak mengikut etika, mereka mungkin menyampaikan maklumat yang tidak seimbang atau terlalu menekankan satu pihak dalam konflik tanpa mengambil kira pendapat pihak lain🕴🏻. Hal ini boleh menyebabkan orang mendapat maklumat yang tidak betul atau bahkan salah. Selain itu, ketidakpastian tentang etika kerja wartawan boleh disebabkan oleh konflik besar yang mungkin menjejaskan berita📃. Misalnya, jika seorang wartawan merahsiakan🤫 bahawa mereka mempunyai kepentingan kewangan atau hubungan peribadi dengan pihak yang dibincangkan dalam berita, ini boleh menjejaskan kredibiliti dan kepercayaan umum terhadap kewartawanan.

3) Privasi dan Etika Pemberitaan
Privasi dan etika pemberitaan dianggap sebagai halangan dalam etika profesional kewartawanan karena melibatkan pertimbangan moral dan tanggung jawab wartawan terhadap hak privasi individu🔏. Antara alasan utama kenapa privasi dan etika pemberitaan📄 dianggap sebagai halangan dalam etika professional kewartawanan adalah kerana pelanggaran privasi dapat merusak reputasi wartawan dan media serta menimbulkan pertanyaan etika tentang kepentingan profesional yang seimbang.
Bukan itu Sahaja, faktor privasi dan etika pemberitaan ini yang hanya bertujuan untuk mendapatkan perhatian😁 atau meningkatkan pop**ariti berita dapat dianggap sebagai tindakan yang tidak etis. Hal ini berpunca daripada pelbagai aspek, antaranya ialah wartawan yang ingin menyelidik lebih mendalam ke dalam kehidupan peribadi sesuatu individu kerana merasa tertekan dalam usaha untuk mendapatkan cerita sensasional atau kontroversial. Oleh itu, ini boleh menyebabkan wartawan mengabaikan batas privasi individu tersebut. Selain itu, hal ini juga boleh berpunca daripada Kemajuan teknologi yang membolehkan wartawan mengumpulkan maklumat🗞️ lebih cepat dan cekap. Justeru itu, ini menyebabkan wartawan menggunakan kaedah penyelidikan 📶invasif yang boleh melanggar privasi individu. Sebagai contoh kes yang berkaitan dengan pelanggaran etika profesional yang dilaporkan dalam media adalah pendedahan identiti individu yang terlibat dalam kes jenayah seksual🤫 seperti identiti mangsa jenayah seksual sering dihadapkan kepada media dalam beberapa kes. Ada keadaan di mana media melanggar piawaian profesional mereka dengan mendedahkan identiti mangsa secara terbuka. Ini boleh mencemarkan reputasi seseorang selain melanggar hak privasi mereka🔒. Pemberitaan yang tidak bertanggungjawab boleh merosakkan kehidupan seseorang, dan ini adalah contoh yang jelas bahawa media harus bertindak dengan cara yang beretika apabila mereka menyiarkan berita.

4) Cabaran Teknologi
Cabaran teknologi🧑🏻‍💻 menjadi halangan dalam etika profesional kewartawanan kerana adanya perubahan cepat dalam cara maklumat disampaikan, diterima, dan dimanfaatkan. Antara alasan utama kenapa cabaran teknologi dianggap sebagai halangan dalam etika professional kewartawanan adalah kerana Penyebaran Infoℹ️ yang cepat dapat menyebabkan penyebaran berita palsu atau tidak ditapis lalu mengancam kualiti maklumat dan kredibiliti media. Bukan itu Sahaja, faktor cabaran teknologi⚙️ ini juga meningkatkan risiko penyebaran maklumat yang tidak benar atau melibatkan etika yang cacat oleh pihak yang tidak mahir dalam prinsip-prinsip kewartawanan. Hal ini berpunca daripada pelbagai aspek, antaranya ialah Wartawan📃 menghadapi cabaran untuk memastikan kebenaran dan kebolehpercayaan berita dalam era di mana berita dapat dengan cepat menjadi viral🎦. Oleh itu, cabaran teknologi terkini telah mempermudah penyebaran berita palsu dan manip**asi maklumat. Selain itu, hal ini juga berpunca daripada penggunaan system automatik dalam pengump**an dan penyajian berita. Justeru itu, ini menyebabkan risiko kehilangan kontrol terhadap kualiti dan integriti berita. Contoh kes yang berkaitan dengan isu tersebut adalah isu manip**asi gambar dan video📹 seperti, manip**asi gambar dan video untuk menghasilkan berita palsu atau menyesatkan adalah satu isu besar. Contohnya, seorang kewartawanan menggunakan perisian pengeditan💻 untuk memanip**asi gambar yang berkaitan dengan peristiwa, yang akhirnya menyebabkan persepsi yang tidak betul dalam masyarakat.

Jadi itulah sedikit sebanyak halangan-halangan dalam etika professional kewartawanan ni walaupun kalau nak diikutkan senarai halangan sangatlah banyaik. Tapi apakan daya, kalau nak senaraikan📃 semua mungkin akan membebankan pihak yang membaca🔖 betul tak? Hehehe
Kesimp**annya,🔚 Dalam menghadapi halangan ini, wartawan dan organisasi media🖼️ perlu berusaha untuk mengekalkan standard etika profesional. Ini melibatkan komitmen untuk menyampaikan maklumat secara jujur, seimbang dan objektif, serta menjaga integriti dan kredibiliti profesion kewartawanan. Kesedaran tentang halangan ini juga memerlukan refleksi dan penyesuaian yang berterusan sebagai tindak balas kepada perubahan dinamik dalam media, teknologi⚙️ dan masyarakat.
Sekian, Itu Sahaja perkongsian kali ini. Nantikan perkongsian menarik kami yang seterusnya tentang Etika Profesional Kewartawanan ini!

Disediakn oleh :
Muhammad Idham Iskandar Bin Rosani (302046)
Syed Akeif Farhat Bin Syed Shafariz Riza (302176)

Posting KETIGA 3️⃣Assalamualaikum 🤝 dan salam sejahtera semua !! 🥰🥰 Semoga korang ceria sealu yaa 🫶🏻😇 So hari ini saya n...
04/12/2023

Posting KETIGA 3️⃣

Assalamualaikum 🤝 dan salam sejahtera semua !! 🥰🥰 Semoga korang ceria sealu yaa 🫶🏻😇 So hari ini saya nak berkongsi sedikit ilmu 💭 tentang undang-undang 📝 dan peraturan negara 📜‼️yang perlu difahami oleh wartawan yang berkaitan dengan profesion mereka 🎤Haa !!! mesti ramai yang tak sabar nak tahu kan 🤪ataupun yang dah tahu tapi ingat2 lupa😌😅. Jangan risau 😉✌🏻saya akan kupaskan satu persatu yaa !! 🫡👍🏻 Hmm tapi saya agak sedih 🥹🥹 sebab mesti ada segelintir korang yang rasa benda ni tak penting kan😭 aarghhh jangan lah macam tuuu🥹👌🏻 kita sebagai rakyat Malaysia perlulah ambil cakna tauu 🤗‼️
So guys ada beberapa akta yang berkaitan profession kewartawanan tauu !!! 🧑🏻‍💼🎤

📌Akta Hasutan 1948
Apakah akta ini ya ?? 🤔🤔 ianya bertujuan menghukum sesiapa yang membangkitkan soal2 sensitif yang bertujuan menghasut dan memperdayakan keselamatan negara, jom saya terangkan dengan lebih jelas lagi iaitu sesiapa sahaja tidak pandang pangkat, kaum dan lain2 yang membangkitkan isu-isu sensitif seperti agama, kaum, hak kesitimewaan dan institusi diraja akan dihukum dibawah Akta Hasutan 1948. Akta ini meliputi kata-kata hasutan yang dibuat di luar dan di dalam Parlimen atau Dewan Negeri. Sesuatu kenyataan dianggap menghasut apabila menyentuh keselamatan negara atau bertujuan menghasut. Akta ini dikuatkuasakan ke atas rakyat Malaysia yang berada di dalam atau di luar Malaysia. Mesti korang nak tahu kan apakah contoh-contoh kes Akta Hasutan 1948 🤭🤭. Haa jom saya kongsikan 😉👍🏻 contoh yang pertama ialah seseorang individu dituduh di bawah Akta Hasutan 1948 kerana memuat naik kandungan di media sosial yang didakwa menyebabkan ketidakpuasan di kalangan masyarakat 🗣️ Hal ini disebabkan kandungan tersebut mungkin dianggap meresahkan ketenteraan awam atau mempunyai unsur-unsur hasutan 👻 contoh yang seterusnya ialah pada tahun 2014, pelajar tingkatan 5 di Pulau Pinang disiasat kerana menyukai “I Love Israel” di laman sosial Facebook.

📌Akta Rahsia Rasmi (pindaan) 1986
Untuk pengetahuan korang semua 😊😇 akta ini bertujuan menjaga rahsia rasmi negara supaya ia tidak dibocorkan kepada pihak yang ingin mendapat keuntungan serta merta atau yang boleh mengancam keselamatan negara. Jika seseorang itu disabitkan kesalahan hukumannya penjara mandatori dia antara satu hingga tujuh tahun, 😳 adi lama juga kan korang tempoh penjara Mari saya terangkan dengan lebih lanjut lagi, 👉🏻 akta ini boleh dikuatkuasakan ke atas seseorang rakyat Malaysia di negara mana jua kesalahan itu dilakukan. Malah, dokumen yang dianggap rahsia rasmi kerajaan ialah ketas-kertas yang ditentukan sebagai “Rahsia Besar”, “Rahsia Sulit” atau “Terhad” yang ditentukan oleh Menteri, Menteri Besar atau pegawai-pegawai tertentu yang diberi kuasa. Maaf saya tidak dapat berikan contoh kes yang spesifik tetapi Akta Rahsia Rasmi 1986 sering kali melibatkan masalah keamanan nasional dan rahsia kerajaan yang tidak dipublikasikan secara luas.

📌 Akta Fitnah 1957
Akta ini bertujuan untuk melindungi masyarakat daripada menjadi bahan fitnah orang yang tidak bertanggungjawab 🎭 Fitnah adalah kata-kata dusta 👄🗣️mengenai orang lain dan dihebahkan atau disiarkan kepada pihak ketiga. Sepertimana yang kita tahu pada hari ini perbuatan fitnah semakin berleluasa dengan cara lebih mudah berbanding dulu, agak2 korang kan kenapa yaa 🤔🤔 perbuatan fitnah semakin cepat tersebar ??jom saya jelaskan , ianya kerana mungkin sebelum ini pemfitnah menyebarkan fitnah melalui jiran, 🙆🏻‍♀️ketika borak di kedai kopi atau sekitar kampung tetapi pada masa kini dengan kemajuan teknologi khususnya telefon pintar 📱 setiap maklumat yang disebarkan hanya mengambil masa selama beberapa saat sahaja ⏰ untuk tersebar ke serata dunia 🌏 Jadi kita masyarakat perlu bertindak bijak dengan menapis setiap maklumat yang diterima dengan kesahihannya sebelum disebarkan ✅🗣️ Saya rasa semua tahu kan, fitnah yang menjadi-jadi pada masa ini iaitu fitnah melalui sosial media. Sebagai contoh, seseorang boleh membuat atau menyebarkan cerita atau bukti palsu, seperti gambar atau video yang diubah untuk menjatuhkan seseorang. Akta fitnah merupakan undang-undang sivil yaa korang haa jadi jangan sesekali melakukan perbuatan itu 👌🏻🙌🏻 Setiap kesalahan pasti ada hukumannya iaitu, jika fitnah itu mengandungi unsur jenayah, tuduhan boleh dikenakan di bawah Kanun Keseksaan (S.449) dan jika didapati bersalah boleh dihukum penjara dan/atau denda 💰

📌 Kanun keseksaan
Kanun keseksaan ialah suatu akta yang digubal bagi memboleh seseorang itu diseksa atas kesabitan jenayah. Saya ingin berkongsi dengan korang semua bahawa terdapat beberapa peruntukan jenayah dalam Kanun Keseksaan (Penal Code) yang menyentuh kebebasan bercakap. Selain itu, sekatan dibuat mengenai perkataan-perkataan yang mencabul kehormatan wanita (S.509), ugutan (S.503), mengeji atau mencerca (S.504), kenyataan khianat, berita angin
(S.505), iklan buku-buku lucah (S.292) dan kenyataan yang boleh menyinggung agama (S.298). Jom kita kaji sikit 😄😎 apakah contoh-contoh kes yang dikenakan di bawah undang-undang kanun keseksaan yang umunya betujuan untuk melindungi individu dan menjaga keterbitan dalam masyarakat. Contoh yang pertama ialah kes penipuan,seseorang dituntut kerana melakukan penipuan, menipu helah orang lain dengan maksud mendapatkan keuntungan secara tidak sah 💵👎🏻 contoh yang seterusnya ialah pencurian dengan kekerasan. Seseorang didakwa berdasarkan kanun keseksaan kerana melakukan pencurian dengan menggunakan kekerasan atau ancaman kekerasan 🥶 apakah yang dimaksudkan dengan ancaman kekerasan ni ya🧐🤨 okay maksudnya pencuri itu mengajukan pisau terhadap mangsa supaya menyerahkan barang-barang yang bernilai kepada si pencuri. Kesalahan di bawah Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara dan/atau didenda.

📌 Akta Hak Cipta 1987
Akta ini bertujuan untuk melindungi karya-karya asli📓 daripada disalahgunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab yang ingin mendapatkan keuntungan dengan mudah dan segera 😤 dengan menyalin kerja orang lain dengan erti kata lain seperti kita semua tahu ialah pliagat 📀📀 Mesti korang nak tahu kan ??😁 apakah contoh-contoh kes di bawah Akta Hak Cipta 1987, yang melibatkan pelanggaraan hak cipta atau penyalahgunaan karya intelektual. Antara contohnya ialah penggunaan tanpa izin, seseorang menggunakan karya yang dilindungi hak cipta tanpa izin dari pemilik hak cipta, seperti menggunakan lagu atau gambar tanpa persetujuan pemilik. Seterusnya, pelanggaran hak adaptasi haa apakah maksudnya ?? 🤨 maksudnya ialah sebuah pihak mungkin menyalahgunkan hak adaptasi dengan mengubah atau menyesuaikan karya yang dilindungi hak cipta tanpa izin.

Disediakan oleh:
Siti Nabisa Maisarah Binti Shahrul Nizam (302281)

Posting KEDUA 2️⃣Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani semua🧍🏼‍♀️🧍🏼‍♀️🧍🏼‍♀️!!! Harini kita nak belajar pasal apa eh ...
04/12/2023

Posting KEDUA 2️⃣

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani semua🧍🏼‍♀️🧍🏼‍♀️🧍🏼‍♀️!!! Harini kita nak belajar pasal apa eh agak-agaknya 🤔? Korang nak tahu tak tarikh Hari Kewartawanan Nasional (HAWANA)? Ianya pada 29 Mei 1939 dan jatuh pada 29 Mei setiap tahun😁. Jadi apa isu yang kita dapat pada Hari Kewartawanan Nasional (HAWANA) 2023 ni eh🤩🤩🤩🤩? Melalui artikel yang diterbitkan oleh akhbar Bernama yang menemu bual Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Roslan Ariffin berkata penyebaran maklumat yang tidak betul oleh sesetengah pengguna media sosial 📱yang tidak diiktiraf serta tidak terikat dengan etika kewartawanan adalah antara cabaran utama🚫 yang dihadapi oleh wartawan masa kini. Roslan Ariffin yang ditemu bual ketika Hari Kewartawanan Nasional (HAWANA) 2023 turut berkata bukan semua pengguna media sosial ialah dikalangan mereka yang tergolong dalam bidang kewartawanan🎥, mereka hanya menganggap diri mereka sebagai wartawan👩🏻‍💻🧑🏻‍💻 tetapi sebenarnya mereka tidak kerana wartanan telah dilatih khas dan perlu mematuhi prinsip dan etika kewartananan🆘. (BERNAMA,2023)

Jadi isi semua berkaitan dengan pasal prinsip-prinsip utama dalam etika kewartawanan. Kalau korang nak tahu setiap pekerjaan mempunyai prinsip-prinsip tersendiri tau☝️☝️☝️. Ha mcam tu jugak lah dengan dunia kewartawanan. Kita tengok wartawan ni macam senang je kerja tapi sebenarnya ada jugak prinsip yang dorang kena patuh dan akur macam pekerjaan-pekerjaan lain😲😲😲. Harini jom👊 kita belajar dan tambah ilmu pengetahuan✍️✍️🧠 korang mengenai dunia kewartawanan, manalah tahu ada antara korang🫵🫵🫵 yang nak jadi wartawan kan… Jom kita mulakan!!! 🫷🫷Sebelum tu korang tahu tak apa maksud prinsip👀? Prinsip bermaksud dasar atau aturan mendasar yang menjadi dasar atau pedoman dalam suatu sistem, kebijakan atau tindakan. Prinsip-prinsip sering digunakan untuk membimbing perilaku atau pengambilan keputusan💯💯💯.

Korang tau tak wartawan Malaysia amat menyokong prinsip Rukun Negara dan cita-cita nasional dalam tugas mereka🫡. Mereka faham akan peranan mereka untuk tolong membangunkan negara💕💕; Kewajipan untuk jadi penyumbang utama dalam keharmonian antara kaum dan perpaduan negara🥰; Menyedari peri bahaya komunisme😟, perpecahan kaum😣, dan ketaksuban agama kepada kestabilan dan keselamatan negara; Faham pentingnya masyarakat liberal, toleran, demokratis dan peranan tradisi kewartawanan bebas dan tanggungjawab yang berkhidmat untuk rakyat dengan melaporkan fakta-fakta yang benar tanpa rasa takut dan berat sebelah😾😾😾. Wartawan Malaysia sedar yang 💓trustworthy💓 tu adalah macam suatu aset kepada negara. Mereka juga menyedari bahawa tiada sebarang sekatan❤️‍🔥 boleh diadakan bagi penyertaan seseorang dalam profesion wartawan👨🏾‍💼👩🏻‍💼. Jom kita mulakan memahami prinsip yang wartawan dorang kena patuh dan akur👉👉.

1)Kebenaran dan Kewajaran✍️✍️✍️
Wartawan kena pastikan bila nak laporkan cerita📝, info yang disampaikan tu betul✅ dan takde salah fakta❎. Itu penting untuk maintain kepercayaan orang ramai terhadap berita yang diorang baca📰🗞️. Selain tu, kena elakkan dari menyimpang atau memberi interpretasi yang menyebelahi satu pihak🙅🙅‍♂️🙅‍♀️. Ni penting supaya berita tu tak jadi terlalu berat sebelah dan orang boleh dapat pandangan yang lebih seimbang👍. Bukan hanya soal kebenaran faktual, tapi juga tentang kebenaran kontekstual. Wartawan kena sedar apa yang disampaikan tu kena sesuai dengan konteks sebenar kejadian☝️☝️☝️. Kadang-kadang, kalau tak context betul, boleh jadi berita nampak lain dari realiti yang sebenarnya. Objektiviti dalam melapor tu jugak tak kurang pentingnya. Wartawan kena elakkan daripada terlalu terpengaruh dengan pendapat sendiri atau pendapat pihak tertentu. Ini supaya berita yang disampaikan tu boleh diterima dengan baik oleh pelbagai lapisan masyarakat tanpa rasa bahawa ada unsur subjektiviti yang mengarut. Dalam dunia yang serba cepat sekarang ni👄👄👄, memang mencabar nak pastikan kebenaran disampaikan dengan cepat. Tapi, walaupun pressure tu besar, wartawan kena ingat yang kesabaran dan ketelitian tetap kunci. Kita tak nak berita yang kelam kabut dan tak tepat hanya sebab nak cepat🙅‍♂️🙅‍♂️🙅‍♂️. Kredibiliti media bergantung pada kebenaran yang diorang bawakan. Dorang memberikan laporan yang akurat dan setia kepada kebenaran bukan sahaja tanggungjawab profesional, tapi juga amanah kepada masyarakat. Wartawan, dalam setiap laporan, memainkan peranan penting dalam membentuk pemahaman dan pandangan masyarakat terhadap dunia sekeliling.

2)Kemerdekaan dan Kemandirian✍️✍️✍️
Seterusnya, kemerdekaan wartawan tu bukan main penting☝️. Dorang kena bebas nak laporkan cerita tanpa kena campur tangan dari mana-mana pihak luar. Ni penting supaya berita yang disampaikan tu betul-betul reflect realiti dan takde unsur-unsur yang try nak manip**ate informasi. Kita nak wartawan boleh focus pada kerja diorang tanpa rasa terbebani dengan tekanan politik atau kump**an tertentu. Maksudnya, dorang kena ada ruang untuk bawak keluar suara dan informasi tanpa takut dengan sebarang ganjaran atau ugutan🗣️🗣️🗣️. Itu je yang boleh jamin kemerdekaan sejati dalam melaporkan berita. Kemandirian editorial pun tak kalah penting. Wartawan kena ada kebebasan untuk membuat keputusan editorial tanpa terkesan dengan kepentingan politik atau ekonomi tertentu. Kalau ada tekanan untuk ubah cerita atau sampaikan sesuatu dari sudut pandang tertentu, boleh merosakkan integriti media dan kurangkan kepercayaan orang😔 pada berita yang disampaikan. Tapi, of course, kemerdekaan ni kena datang dengan tanggungjawab. Wartawan juga kena aware tentang etika dan nilai-nilai jurnalistik dalam melaksanakan tugas. Terlalu banyak kemerdekaan tanpa bertanggungjawab boleh menyebabkan penyalahgunaan kuasa. Jadi, keseimbangan antara kemerdekaan dan tanggungjawab tu kunci untuk media yang benar-benar bebas dan beretika.

3)Hak Privasi dan Martabat Individu✍️✍️✍️
Kita tau lah, hak privasi tu sesuatu yang perlu dihormati🙊🙊🙊, terutamanya dalam dunia kewartawanan. Wartawan perlu ada kesedaran untuk menghormati batasan privasi individu dalam proses pelaporan. Ni bermakna dorang kena tau batas mana yang tak boleh diinjak🚫🚫🚫, supaya cerita yang disampaikan tak menyentuh ruang privasi🙅‍♀️ yang sepatutnya dilindungi. Tak boleh ignore martabat individu dalam pelaporan☝️☝️☝️. Wartawan kena elakkan daripada menjatuhkan martabat seseorang dalam usaha untuk buat berita yang lebih menarik. Sebab, walaupun masyarakat nak info, tapi kita tak boleh lupa yang setiap individu ada hak untuk dihormati dan tak patut dijadikan mangsa untuk kepentingan cerita. Contoh simple, kalau buat cerita pasal kes yang melibatkan individu, wartawan perlu bijak mengimbangi antara memberi informasi penting dan menjaga privasi orang yang terlibat🤐. Mengelakkan daripada terlalu mengorek maklumat peribadi yang tak berkaitan dengan cerita tu adalah satu cara untuk melindungi hak privasi individu. Sensitiviti terhadap hak privasi juga menuntut wartawan untuk berfikir dua kali sebelum mengedarkan gambar📸 atau maklumat peribadi secara terbuka. Apa yang mungkin dianggap sebagai berita boleh menjadi pelanggaran terhadap privasi seseorang. Jadi, sikap berhati-hati dalam mengolah dan menyampaikan🗣️ informasi adalah penting. Kesimp**annya, hak privasi dan martabat individu kena diutamakan dalam setiap langkah proses kewartawanan. Wartawan bukan saja pencari berita, tapi juga penjaga etika dalam memastikan kehormatan dan privasi setiap individu dihormati dan dijaga dalam laporan mereka.

Ha macam mana faham tak pasal prinsip-prinsip ni? Lepasni korang jangan jadi wartawan yang tak bertauliah p**ak menyebarkan berita-berita palsu tau😤!!! Ingat semua prinsip-prinsip ni tau☝️!! Jumpa lagi dalam posting seterusnya bye bye ^.^🤗

Disediakan Oleh,
Teh Ying Yi (302072)
Anis Insyirah Binti Solehan (302099)

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/05/1104946/etika-kewartawanan-penyebaran-berita-palsu-antara-tumpuan-hawana

Posting PERTAMA 1️⃣Halo semua🤗🤗🤗!! Semoga setiap saat pada hari ini memberikan kebijaksanaan dan kebahagiaan bagi anda. ...
04/12/2023

Posting PERTAMA 1️⃣

Halo semua🤗🤗🤗!! Semoga setiap saat pada hari ini memberikan kebijaksanaan dan kebahagiaan bagi anda. Jom sama-sama mengetahui sikit tentang latar belakang dan sebenar apanya itu “Kewartawanan”🤔🤔🤔. Kewartawanan ni memainkan peranan yang amat penting pada era modernisasi ini. Kebanyakan maklumat dan isu-isu semasa adalah disebarkan oleh wartawan-wartawan🕵‍♂🕵‍♂..Oleh itu etikanya adalah sangat penting apabila menjalankan tugas mereka‼‼‼.Prinsip bermoral dan bernilai adalah etika utama bagi setiap wartawan.Skarang biarlah kami terangkan kepada korang apa tu etika kewartawanan.💭💭

Mari kita memahami tujuan wartawan dulu! Jadi etika kewartawanan adalah untuk memastikan bahwa informasi yang disampaikan oleh media adalah akurat, objektif, adil, dan relevan bagi masyarakat✅✅. Hal ni telah melibatkan kod etik atau pedoman yang mengarahkan para profesional media dalam pengump**an📈, penulisan📜✒, dan penyampaian informasi📲 kepada masyarakat. Ok! Bagi penjelasan yang lebih detail kami akan menerangkan beberapa contoh dengan menarik dan mudah faham kepada kamu semua!!!🤩🤩

1. Kebenaran dan Kebenaran Penuh🤔
Prinsip ni menuntut supaya wartawan menyajikan fakta dengan tepat✅ dan lengkap. Mereka seharusnya melakukan penyelidikan yang teliti dan mengejar kebenaran tanpa mengorbankan integritas. Ini berarti melakukan penyelidikan yang teliti, memverifikasi fakta, dan memastikan akurasi informasi sebelum disampaikan kepada publik👥👥. Selain dari sekadar memberikan fakta yang benar, prinsip kebenaran penuh menekankan perlunya menyajikan informasi secara lengkap. Wartawan diharapkan untuk menghindari penyajian berita yang bersifat selektif atau tendensius, yang dapat menyajikan gambaran yang tidak akurat. Dalam konteks kebenaran, wartawan juga wajar berperan aktif dalam memerangi penyebaran berita palsu atau hoaks🙅‍♀🙅‍♀. Mereka perlu melakukan verifikasi informasi sebelum menyampaikannya dan tidak menyebarkan informasi yang belum terbukti kebenarannya. Ini adalah untuk memerangi berita palsu dan mengakibatkan orang ramai rasa panik🤷‍♀. Konsep kebenaran dan kebenaran penuh nih membawa tanggungjawab moral wartawan terhadap masyarakat. Pemberitaan yang benar dan lengkap dapat memberikan kontribusi positif pada pemahaman publik terhadap isu-isu yang relevan.💪💪

2. Melindungi Privasi Individu🙆‍♀
Etika kewartawanan Malaysia menekankan perlunya menjaga privasi individu. ‼‼Wartawan haruslah berhati-hati tau? Ini adalah agar tidak mencampuri kehidupan pribadi orang lain. Kecualilah jika ade alasan yang kuat yang berkaitan dengan kepentingan publik. Prinsip ini mengakui hak setiap individu untuk menjaga privasi mereka, termasuklah aspek-aspek pribadi. Bagi contoh, seperti kehidupan keluarga👩‍👩‍👧‍👦, kesehatan, urusan pribadi dan lain-lain lagi. Wartawan diharapkan untuk melakukan penyelidikan dengan kepekaan terhadap hak privasi individu. Mereka seharusnya mempertimbangkan🧐 dampak pemberitaan terhadap kehidupan pribadi seseorang sebelum memutuskan untuk melibatkannya dalam suatu laporan. Wartawan diharapkan untuk melakukan penyelidikan dengan kepekaan terhadap hak privasi individu. Mereka wajar mempertimbangkan dampak pemberitaan terhadap kehidupan pribadi seseorang sebelum memutuskan untuk melibatkannya dalam suatu laporan. 🤔🤔Jika ada kebutuhan untuk mengungkapkan informasi pribadi, wartawan diharapkan untuk melakukannya secara berkeadilan dan seimbang. Pengungkapan tersebut harus relevan dengan isu yang sedang dilaporkan dan tidak berlebihan.

3. Keadilan dan Keseimbangan👨‍⚖
Etika yang seterusnya adalah suatu yang memang susah bagi seseorang untuk melakukan iaitu keadilan.Keadilan ni asyik dibincangkan tak kira di mana-mana. Walaubagaimanapun,sebagai seorang wartawan yang brilian haruslah berupaya untuk memberikan sudut pandang yang seimbang bagi semua pihak yang terlibat dalam suatu berita. Ini memastikan cerita yang disebarkan tidak memihak dan adil👍.Keadilan dan keseimbangan dalam kewartawanan sangat penting untuk menjaga integriti. Masyarakat memiliki hak untuk mendapatkan informasi yang tepat✔ dan sempurna tentang suatu peristiwa atau isu yang berlaku pada masa itu💭. Sebab itu,wartawan harus memperoleh informasi dari berbagai sumber🗂 yang boleh dipercayai untuk memastikan laporannya tidak hanya bergantung pada satu sumber saja. Dengan cara ini, berita yang disebarkan kepada masyarakat dapat lebih lengkap dan seimbang.💁‍♀

4.Penghindaran Konflik Kepentingan🙅‍♀
Wartawan harus mengelakkan situasi di mana kepentingan peribadi mereka. Ini termasuk menjauhi situasi di mana mereka memiliki hubungan👥 atau kepentingan yang berkaitan dengan isu yang mereka laporkan🗣.Konflik kepentingan akan terjadi jika wartawan mempunyai kepentingan diri yang bertentangan dengan kewajiban profesional mereka untuk memberikan berita yang tepat dan akurat kepada masyarakat.Sikap indipendensi haruslah dijagakan dari kepentingan eksternal yang dapat memengaruhi atau menghalang mereka dalam melaporkan berita🙋‍♀. Ini termasuk aspek-aspek pengaruh dari pihak berkuasa dan berkaitan, termasuk politikus👩‍✈, perusahaan👨‍💼, atau kelompok kepentingan👨‍🏫.

Disediakan oleh,
Teh Yong En (302105)
Bay Shuang E (303358)

Address

Universiti Utara
Universiti Utara
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mpu1022 - Group 12 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Mpu1022 - Group 12:

Shortcuts

Share