Penghayatan Etika Dan Peradaban Group 11

Penghayatan Etika Dan Peradaban Group 11 Selamat Datang Ke Page Kump**an 11 ๐Ÿ‘‹๐Ÿป Follow kami (Edukasi Isu Etika dalam Aspek Alam Sekitar)

๐Ÿ“ : Posting kelimaAssalamualaikum dan Hey semua! ๐ŸŒโœจHari ini, mari kita bincangkan beberapa kaedah seronok dan solusi men...
04/12/2023

๐Ÿ“ : Posting kelima
Assalamualaikum dan Hey semua! ๐ŸŒโœจ
Hari ini, mari kita bincangkan beberapa kaedah seronok dan solusi menarik untuk menangani isu-isu alam sekitar yang terjejas! ๐Ÿ˜Š๐ŸŒฟ

1๏ธโƒฃ Pendidikan Power!Pendidikan berkesan ๐Ÿง 
Dengan belajar dan faham pasal alam sekitar, kita boleh buat perubahan besar! Mulakan dengan membaca lebih banyak, sertai kempen kesedaran, dan kongsikan info best pasal kelestarian alam!
Kita boleh mengkaji tentang kepentingan sesuatu habitat haiwan di internet contohnya kepentingan katak di rumah dapat mengurangkan pembiakan serangga seperti nyamuk dan lalat dirumah. Semua maklumat ini juga mudah diakses melalui internet. ๐ŸŒ
Selain itu, kita boleh mengikuti program pencegahan nyamuk aedes bagi menghapus serangga tersebut dan mendapat ilmu pencegahan serta bahaya dan risiko haiwan itu terhadap manusia. Jangan lupa untuk kongsikan maklumat yang ada peroleh ke kenalan melalui media sosial agar lebih ramai yang tahu. โ˜บ๏ธ

2๏ธโƒฃ Geng Konservasi ๐ŸŒฟ
Jom jadi bahagian daripada geng konservasi! Lawan deforestation, jaga habitat haiwan dan tumbuhan, serta support program penanaman semula. Setitik usaha kita boleh buat perubahan besar!
Deforestation adalah aktiviti yang tidak sihat kepada bumi. Ia merupakan aktiviti penebangan pokok demi kelangsungan industri. ๐Ÿ˜ซ
Oleh itu, usaha konservasi seperti menanam pokok dapat menyelamat bumi kita dari terus menjadi mangsa ketamanakan manusia.๐ŸŒฑ

3๏ธโƒฃ Say No to Pencemaran!
Kurangkan pencemaran dengan amalkan cara hidup yang lebih mesra alam. Jaga kualiti udara, air, dan tanah. Semua boleh bantu.
Kurangkan guna plastik! Ingatlah 3R, Reuse, Reduce & Recycle โ™ป๏ธ.
Dapatkan beg kitar semula memandangkan plastik boleh ambil masa hingga 1,000 untuk lupus dan reput. ๐Ÿ˜ฑ
Syarikat yang berkemampuan p**a boleh support teknologi hijau seperti menggunakan sistem solar di pejabat atau tapak operasi seperti kilang atau ladang. ๐Ÿ‘โ˜€๏ธ

4๏ธโƒฃ Kelestarian Sehari-hari ๐ŸŒŸ
Kita boleh lakukan benda kecil tapi penting! Kurangkan pembaziran, gunakan tenaga boleh diperbaharui, dan sokong produk yang mesra alam. Dengan berbuat sedikit demi sedikit, kita buat perubahan besar!
Jangan lupa untuk menutup suis jika sudah tidak digunakan. Pastikan anda membuang sampah di tempat yang betul. Support product yang mesra alam sekitar. โค๏ธโ€๐Ÿ’š๐Ÿ’™๐ŸŒ

5๏ธโƒฃ Guna Media Sosial Jer ๐Ÿ’ป๐Ÿ“ฑ๐Ÿ“ฑ
Anda pasti tertanya-tanya, bagaimanakah media sosial yang kita anggap sebagai tempat untuk kita berhibur boleh menjadi antara kaedah menangani isu-isu alam sekitar๐Ÿ™ƒ?
Ya tuan-tuan dan puan-puan, sebagai pengguna media sosial kita boleh menyelamatkan alam sekitar dengan menyebarkan postingan yang berbentuk kesedaran kepada pengguna media sosial yang lain untuk menjaga alam sekitar๐ŸŒฒ๐ŸŒณ.
Jika kita tidak mampu untuk melakukan kaedah lain yang melibatkan masa dan tenaga, kita boleh gunakan media sosial dengan membuat konten-konten yang menarik berkaitan kesedaran menjaga alam sekitar๐Ÿ“ฑ๐Ÿ‘€.

6๏ธโƒฃ Kitar Semula Dengan Anak-Anak ๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ
Untuk ibu bapa yang nak bagi pendedahan tentang penjagaan alam sekitar kepada anak-anak anda boleh cuba langkah ni. Gunakan masa terluang pada hari minggu untuk melakukan aktiviti kitar semula dengan anak-anak di rumah๐Ÿ˜Š.
Sebagai contoh, anda boleh bersama-sama dengan anak-anak anda melakukan aktiviti mengitar-semula barangan di rumah seperti kitar semula botol-botol plastik menjadi barangan perhiasan atau barangan serba guna yang lain mengikut kreativiti masing-masingโ™ป๏ธโœ….
Perkara ini bukan sahaja dapat mengurangkan pembuangan sisa plastik malahan ianya dapat meningkatkan penghayatan anak-anak terhadap kepentingan kitar semula terhadap alam sekitar di samping mengeratkan hubungan kekeluargaan๐Ÿ˜ฒ. Wah! Menarik bukan?๐Ÿฅฐ

7๏ธโƒฃ Cuba Try Test Join Persatuan Alam Sekitar ๐Ÿ”ฐ๐Ÿค”
โ€˜โ€™Apa? Persatuan Alam Sekitar? Tak bestlah..โ€™โ€™ Nanti dulu tuan-tuan dan puan-puan, untuk pengetahuan kita semua aktiviti-aktiviti yang persatuan ni jalankan semuanya best-best tau. Contohnya aktiviti membersihkan kawasan tasik, menanam anak-anak pokok di kawasan lapang, dan banyak lagi aktiviti menarik. Kita bukan sahaja dapat mengurangkan isu-isu alam sekitar yang berlaku malahan kita juga boleh merasai pelbagai pengalaman tau. Belum cuba belum tahu hihihi. Jadi apa lagi yang kita tunggu? Jom la cuba try test join Persatuan Alam Sekitar yang ada dalam komuniti kita sekarang.๐ŸŒฒ๐Ÿšถโ€โ™‚๏ธ

Haa.. Jadi tuan-tuan dan puan-puan semua dah tahu kan banyak sebenarnya kaedah dan solusi untuk menangani isu-isu alam sekitar kita yang semakin kronik sekarang ni๐Ÿคฉ. Jadi apa lagi yang ditunggu? Pilihan ada di tangan kita. Ayuh kita bersama-sama berganding bahu untuk selamatkan alam sekitar kita yang tercinta ini๐Ÿ˜ŠโœŠโœŠ

Penulis :
Fahmiddin Bin Azman (301854)
Muhammad Azim Bin Khalid (301733)

๐Ÿ“: Posting KeempatAssalamualaikum dan salam sejahtera semua! ๐ŸŒ ๐Ÿ’šKorang apa khabar? Semoga semua sihat tauu. Mesti korang...
24/11/2023

๐Ÿ“: Posting Keempat
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! ๐ŸŒ ๐Ÿ’š
Korang apa khabar? Semoga semua sihat tauu. Mesti korang rasa teruja kan untuk tajuk kali ini?๐Ÿ˜† Haaa untuk posting kali ini kami akan membincangkan satu isu hangat iaitu pencemaran udara!! ๐Ÿคฉ

Kenapa korang rasa isu ni hangat ? Sebabbb isu pencemaran udara ni dah lama tauu terjadi tapi tiada perubahan pun. Kenapa ye? ๐Ÿคท๐Ÿปโ€โ™€๏ธโ‰๏ธ

โš ๏ธ Haaa ini topik yang serius tau semua โš ๏ธ

Kita semua tahu bahawa udara bersih adalah hak asasi manusia, tetapi sayangnya, kita tidak sedar bahawa kecuaian kita sendiri turut menyumbang kepada masalah ini. Sedih kann? ๐Ÿฅบ๐Ÿ’”

Jadi, kita kena tahu punca-punca terjadinya pencemaran udara kalau kita mahu mengurangkannya. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati. Jom kita semua teroka dengan lebih dalam ! ๐Ÿ™Œ๐Ÿปโœจ

Jalan raya macam arena pertempuran asap! Ya betul. Asap yang keluar dari kenderaan kitalah menjadi salah satu punca utama terjadinya pencemaran udara. ๐Ÿš—๐Ÿ’จ๐Ÿ’จ Secara kita tidak sedar, penggunaan bahan bakar fosil seperti petrol, diesel, dan gas asli dalam kenderaan bermotor menghasilkan gas-gas beracun seperti karbon dioksida (CO2), sulfur dioksida (SO2), nitrogen oksida (NOx), dan partikel halus. Takutnyaaa ๐Ÿ™€

Bukan itu saja awak semua, ada juga sesetengah orang yang s**a sangat membakar sampah di kawasan lapang. Apa yang dihasilkan? Asap tebal, bau busuk, dan pencemaran udara lah. ๐Ÿ™๏ธ Tindakan ini sangatlah tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan juga masyarakat. Korang perlu jauhi dari sikap buruk ini ya!๐Ÿ™…๐Ÿปโ€โ™€๏ธ

Korang tahu tak yang penebangan hutan๐Ÿ”ฅ secara haram dan pembakaran ladang๐ŸŒพ tanpa kawalan buatkan udara kita semakin teruk? Ya tepat sekali. Disebabkan limitasi kawasan pertanian, pihak yang tidak bertanggungjawab akan membakar hutan untuk membuka ruang. Haaa tidak lupa juga kepada petani-petani yang menggunakan baja dan racun perosak secara berlebihan untuk mendapatkan hasil tani yang cepat dan berkualiti. Namun, membebankan alam sekitar kerana pelepasan gas beracun seperti amonia dan metana berlaku.๐Ÿคฆ๐Ÿปโ€โ™€๏ธ Kesiannya alam semula jadi. ๐Ÿ˜ญ

๐Ÿ“ Disini kita ada info tambahan, salah satu faktor menyumbang kepada pencemaran udara adalah kerana manusia mencipta loji kuasa nuklear. Tahu tak korang lepas penciptaan loji kuasa nuklear ni, banyak kemalangan yang dashyat berlaku angkara kecuaian kita lah dalam mengendalikan penyelenggaraan. Sebelum itu kami nak cerita sikit tentang loji kuasa nuklear. ๐Ÿง Loji kuasa nuklear ialah sebuah stesen kuasa terma yang menggunakan reaktor nuklear sebagai sumber haba. Loji ini sangat efektif untuk membekalkan tenaga elektrik yang amat besar kepada sesuatu negara dan dapat menjimatkan tenaga elektrik dan perbelanjaan dengan sangat efisien berbanding loji kuasa eletrik yang lain. ๐Ÿคฏ Walaupun banyak manfaat boleh diperoleh dari loji kuasa tapi disebabkan kecuaian yang dilakukan oleh manusia seperti mereka tidak mengamalkan etika dan tatacara yang betul dalam aspek pekerjaan.

Antara kesilapan yang terjadi terutamanya disebabkan oleh manusia yang mengendalikan loji nuclear itu membuat kesilapan operasi dan menyebabkan kemalangan yang sangat dahsyat.๐Ÿ’ฅ Contohnya, pekerja bekerja secara sambil lewa terutamanya semasa mengendalikan peralatan dan sebagainya, lambat bertindak semasa situasi darurat dan juga pekerja-pekerja tidak mendapatkan latihan secukupnya kerana majikan ingin mengurangkan kos melatih sumber manusia yang efisien. ๐Ÿ˜ค

Takut betul korang! Bayangkan apa yang terjadi kalau perkara ini berlarutan? ๐Ÿ˜ฐ Semestinya kita lah yang paling terkesan. Kesihatan kita akan terjejas seperti terjadinya masalah pernafasan.๐Ÿ˜ท Pencemaran udara, terutamanya partikel halus dan gas beracun seperti sulfur dioksida dan nitrogen oksida, boleh menyebabkan masalah pernafasan seperti asma, bronkitis, dan penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD). Peningkatan risiko penyakit kardiovaskular, termasuk penyakit jantung dan strok juga semakin parah. ๐Ÿ“ˆ Bahaya tauu korang! Kita tak boleh ambil mudah perkara ini, lagi-lagi untuk insan tersayang. Warga emas dan kanak-kanaklah yang menjadi mangsa. ๐Ÿ˜พ

Bukan manusia je yang kena, alam semula jadi pun terjebak jugakk. Antaranyaa:

๐ŸŒพTanaman: Pencemaran udara dapat merosakkan tanaman melalui penyerapan zarah beracun melalui stoma daun, mengganggu fotosintesis, dan menyebabkan kemerosotan kualiti tanah.

๐ŸŒŠAir dan Lautan: Pencemaran udara boleh menyebabkan hujan asid, yang boleh mencemarkan air permukaan dan air tanah, serta memberi kesan kepada ekosistem laut melalui pengaruh terhadap kualiti air laut.

๐ŸฏHaiwan: Haiwan yang hidup di kawasan tercemar mungkin terdedah kepada bahan kimia beracun, yang boleh menyebabkan masalah kesihatan dan kematian. Selain itu, haiwan yang bergantung pada tanaman yang tercemar juga mungkin terjejas secara tidak langsung.

โšกOzon Troposfera: Pencemaran udara menyumbang kepada pembentukan ozon di troposfera, yang boleh membahayakan tumbuhan, mengganggu fotosintesis, dan merosakkan tanaman pertanian.

โ›ˆ๏ธPengaruh Cuaca dan Iklim: Pencemaran udara dapat mempengaruhi cuaca dan iklim dengan mengubah komposisi kimia atmosfera, menyebabkan perubahan suhu dan polar hujan yang tidak diingini.

โ€ผ๏ธ Sangatlah penting untuk kita memahami kesan pencemaran udara ini bukan hanya terhadap alam sekitar tetapi juga terhadap kesihatan manusia dan ekosistem secara keseluruhan. Oleh itu, tindakan proaktif untuk mengurangkan pencemaran udara adalah penting bagi kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan manusia. ๐Ÿƒ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธโคโ€๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ™†๐Ÿปโ€โ™€๏ธ Melalui usaha bersama dan tindakan yang berterusan, kita boleh membentuk masa depan yang lebih bersih dan sihat untuk generasi akan datang. Mari kita jaga alam sekitar kita dan terus menyokong usaha untuk melawan pencemaran udara! ๐Ÿ’š๐ŸŒฑ
Terima kasih tau korang sebab sudi luangkan masa untuk kami. Lurve terokss ๐Ÿซฐ๐Ÿป๐ŸŒน

Disediakan oleh:
Nursyaidatul Atasha binti Arzami 301739
Ahmad Daniel Bin Wahab 301998

๐Ÿ“: Posting Ketiga Haii dan salam Sejahtera semua ! ๐Ÿ‘‹๐Ÿป๐Ÿ‘‹๐Ÿป Apa khabar semuaa orang ? Harap korang semua sihat-sihat aje ๐Ÿ˜‡โค๏ธ...
18/11/2023

๐Ÿ“: Posting Ketiga

Haii dan salam Sejahtera semua ! ๐Ÿ‘‹๐Ÿป๐Ÿ‘‹๐Ÿป

Apa khabar semuaa orang ? Harap korang semua sihat-sihat aje ๐Ÿ˜‡โค๏ธHaa, korang mesti tertanya-tanya kan tajuk posting kita hari ini Sebelum-sebelum ini kita dah tengok posting tentang isu pembuangan sampah sarap dan isu pembakaran terbuka kan ? ๐Ÿค”

Okay, jom hari ini kita cerita tentang pencemaran air p**ak.

Korang tahu tak โ“โ—๏ธ

๐ŸŒ๐ŸŒ Pencemaran air adalah salah satu masalah alam sekitar utama yang kita hadapi โ€ผ๏ธSebab lebih dari 7๏ธโƒฃ0๏ธโƒฃ% permukaan Bumi kita ni diliputi air tau korang. Pencemaran air ni meliputi sungai, tasik, lautan atau hamparan air lainnya

Apa itu pencemaran air ? Korang tahu ke tidak ?meh sini nak bagitahu ๐Ÿคฉ

๐ŸŒ๐ŸŒ Pencemaran air boleh didefinisikan sebagai perubahan yang berlaku kepada air dari segi kandungan atau warna serta sifat-sifat kimia yang disebabkan oleh pelbagai bahan pencemar dalam pelbagai bentuk tak kesah la pepejal, cecair dan gas. โ˜๐Ÿปโš ๏ธ

๐ŸŒ๐ŸŒPencemaran air merupakan ancaman yang semakin meningkat, Bukan sahaja terhadap kita sebagai manusia tetapi terhadap hidupan laut jugak Korang tahu tak di peringkat global, dianggarkan 8๏ธโƒฃ0๏ธโƒฃ% air sisa yang merangkumi kumbahan manusia dibuang ke alam sekitar tanpa rawatan. Ish ish ishhh ๐Ÿ˜• Korang, tindakan melepaskan sejumlah bahan cemar berbahaya ke lautan dan menyebabkan bahaya kepada orang dan hidupan laut yang berada di dalam lautan tu. ๐Ÿ™๐Ÿปโ€โ™€๏ธ๐Ÿซง๐Ÿ 

๐Ÿ”๐Ÿ“ Ada satu penyelidikan menunjukkan bahawa pencemaran air buangan sering terjadi berdekatan dengan terumbu karang di seluruh dunia , kerana pengurusan air sisa yang tidak ada atau tidak mencukupi. Kesian hidupan laut yang sedang menikmati kehidupan yang indah di bawah laut, tiba-tiba ada pencemaran air p**ak ๐Ÿ˜ฅ๐ŸŸ

Korang cer tengok gambar kat bawah ni ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป

Haa yang korang tengok ni. Macam tu la perubahan air. Dari air Sungai, air laut yang jernih dan cantik je warnanya bertukar kepada warna yang keruh dan kotor ๐Ÿ˜ž Tambah busuk p**ak tu ! Eww, korang mesti tak s**a kan ? ๐Ÿ‘Ž๐Ÿป Semua orang tak s**a benda yang kotor dan busuk ๐Ÿ˜ค

Korang rasa-rasa la kan pencemaran air ada berlaku tak di Malaysia ni ? ๐Ÿคฅ Mesti la berlaku, kawan-kawan๐Ÿ’กDi Amerika Syarikat๐Ÿ‡บ๐Ÿ‡ธ , negara yang maju tu pun berlaku pencemaran air tau ๐Ÿ˜ƒ Cer korang tengok Sungai-sungai, laut dan tasik di negara kita ni, ada je kan yang warna-warna keruh macam gambar kat bawah tu hehe ๐Ÿ˜…

Tapi, apa punca berlakunya pencemaran air ni ? ๐Ÿคท๐Ÿปโ€โ™€๏ธ Haaa, meh meh dekat sikit.

Nak bagitahu dua โœŒ๐Ÿปpunca utama kenapa Sungai-sungai, laut dan tasik kita jadi warna gitu.

๐ŸŒ๐ŸŒ Punca yang palinggg utama dan dekat sekali dengan kita adalah pembuangan sampah sarap ke dalam Sungai, laut ataupun tasik. Siapa yang buang sampah ni ? Haaa kita lah sebagai manusia ๐Ÿซต๐Ÿป Sampah sarap dan sisa buangan domestic yang dibuang ke dalam Sungai memberi kesan buruk kepada Sungai, korang. Contoh benda-benda yang s**a sangat manusia yang tidak bertanggungjawab ni buang ke dalam Sungai adalah, plastic makanan dan sisa-sisa makanan ๐Ÿซ๐Ÿฌ๐ŸฅคDah habis makan aiskrim, buang je dalam Sungai kan ? Ish ish ishh. Kesian tau dekat ikan-ikan yang Tengah syok-syok berenang tiba-tiba ada plastic sampah ๐ŸฅบKorang dah kotorkan rumah hidupan laut ! ๐Ÿ˜ก Sebab pembuangan sampah ni la yang buatkan laut, Sungai dan tasik di Malaysia ni tercemar. Jadi keruh je warnanya. Busuk p**a tu eeee ๐Ÿคง๐Ÿคข
Jadi, lepas ni, lepas makan aiskrim ke coklat ke keropok ke atau apa-apa je lah, jangan buang sampah dalam Sungai, laut dan tasik tau โ˜๐ŸปIni merupakan etika kita sebagai manusia terhadap alam sekitar. Kena jadi manusia yang beretika serta bertanggungjawab. Sama-sama jaga kebersihan dan cantikkan alam sekitar kita ! ๐Ÿซถ๐Ÿป๐ŸŒ

Pssstt psstt ada lagi puncanya tauuu ๐Ÿคญ

๐ŸŒ๐ŸŒ Jom kita tengok punca kedua iaitu pembuangan sisa-sisa kimia daripada kilang-kilang berdekatan ๐Ÿญ๐Ÿญ Apa yang kilang-kilang ni buat agaknya ye ? Kilang-kilang membuang sisa-sisa industri yang mengandungi bahan kimia toksik terus ke sungai, tasik atau laut.

Korang tahu tak perkara ini sudah pun berlaku di Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พContohnya kita oleh tengok di Sungai Kim-Kim, Pasir Gudang di mana pembuangan sisa toksik dalam sungai terbabit bukan sahaja mencemarkan air, malah mencemarkan udara dan membahayakan kesihatan penduduk setempat ๐Ÿค’ Alahaii. Korang kena tahu yang pembuangan sisa toksik memerlukan cara yang betul dan kos yang tinggi. Pihak yang tidak bertanggungjawab ni sangatt pentingkan diri sendiri dengan melakukan aktiviti seperti ini yang mencemarkan alam sekitar kita โ˜น๏ธBahan kimia tersebut boleh mencemari air serta menjadikannya berbahaya kepada kehidupan akuatik ๐Ÿซง๐Ÿ 

Macam mana ini boleh memberi kesan kepada kehidupan laut ? ๐Ÿ‘€

Jom kita tengok ๐Ÿ†™๐Ÿ†™

๐ŸŒ๐ŸŒAkibat pembuangan sisa kimia dari kilang-kilang membahayakan kehidupan laut terutamanya ikan ๐ŸฆˆBahan kimia tersebut menyerap ke dalam badan ikan menyebabkan toksik tersebut membawa kepada sesak nafas dan akibatnya ia mati begitu saje. Sedih kan ? ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Pencemaran air juga boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia ๐Ÿ™๐Ÿปโ€โ™€๏ธ
Bayangkan jika air yang anda minum atau gunakan untuk memasak dan mandi tercemar dengan bahan kimia. Apabila kita minum/guna air yang tercemar, kesihatan kita akan terjejas ๐Ÿ˜ท๐Ÿ˜ท Jadi berhati-hati lah guys.

Sabar, nak habis dah ni hehe ๐Ÿ˜›

๐ŸŒ๐ŸŒ Akhir sekali, kami nak pesan, pihak berkuasa mestilah komited dalam menjalankan tugas dengan penuh intergriti bagi mengekalkan kebersihan sungai-sungai yang cantik di dalam negara kita ni. ๐Ÿ‘ฎ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ๐Ÿ‘ฎ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ

Pihak berwajib boleh menguatkuasa undang-undang bagi mengelakkan pengusaha kilang-kilang yang membuang sisa-sisa kimia ke dalam sungai โš ๏ธโš ๏ธ Contohnya, pihak berkuasa boleh saman kepada orang yang tak berhati perut macam ini. Sebagai rakyat Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ, kita mestilah sedar bahawa pemeliharaan & pemuliharaan adalah penting untuk generasi akan datang โœ… Untuk memastikan air kita bersih, kita pun perlu berhati-hati tentang apa yang kita masukkan ke dalamnya ๐Ÿซฐ๐Ÿป๐Ÿ˜‰

Haaaa , dapat sesuatu tak tu ? ๐Ÿง Ingat tau korang, sama-sama la eh jaga alam sekitar kita ๐Ÿซถ๐Ÿป๐ŸŒ

โœ๏ธ Disediakan oleh :
NUR UMAIRAH BINTI AHMAD NERANG (301715)
LOVINITHA A/P SANTHNASAMY (301933)

๐Ÿ“: Posting KeduaHai dan salam sejahtera semua ๐Ÿ™Œ๐Ÿป! Harap korang semua dalam keadaan baik! Hari ni, jom kita sama-sama bin...
14/11/2023

๐Ÿ“: Posting Kedua

Hai dan salam sejahtera semua ๐Ÿ™Œ๐Ÿป! Harap korang semua dalam keadaan baik! Hari ni, jom kita sama-sama bincang satu isu yang begitu penting dalam kehidupan kita iaitu alam sekitar. Korang dah fikir ke tentang etika di sebalik hubungan kita dengan alam sekitar ๐Ÿค”? Jom la sertai kami dalam perbincangan mengenai isu-isu penting ni. Kami akan bincangkan isu kedua dalam aspek alam sekitar iaitu pembakaran terbuka.

Tau kan pembakaran terbuka. Pembakaran terbuka ni pembakaran sebarang bahan dalam cara yang hasil pembakaran tersebut dibebaskan secara langsung ke udara sekitar tanpa melalui serombong.๐Ÿ‘Ž๐Ÿป

Contoh macam korang bakar sampah, daun kering kat halaman rumah. Itu dah dikira pembakaran terbuka. Bayangkan kalau masyarakat buat aktiviti macamtu setiap hari boleh menyebabkan kualiti indeks pencemaran udara (IPU) negara kita bertambah buruk. Pembakaran terbuka jugak datang dari aktiviti perindustrian, kenderaan bermotor, penjanaan kuasa dan pembakaran pokok.

Kualiti udara yang merosot dengan peningkatan IPU tidak sihat boleh terjadinya jerebu. Jerebu ni akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi.๐Ÿ˜“๐Ÿ˜“

Sekecil-kecil tindakan kita boleh memberikan impak besar ya! Mari kita lihat dengan lebih mendalam tentang kesan-kesan pembakaran terbuka terhadap alam sekitar๐ŸŒฒ๐ŸŒณ

โŒ Jerebu

Masalah jerebu yang paling membimbangkan ialah pencemaran udara๐Ÿ˜ถโ€๐ŸŒซ๏ธ. Hal ini dikatakan sedemikian kerana banyak partikel terampai yang terapung dan terperangkap di udara sehingga menyebabkan indeks udara mencapai tahap tidak sihat. Jerebu boleh jejaskan kesihatan orang ramai tau lagi-lagi mereka yang menghidap penyakit asma !!

โŒ Pemanasan global di muka bumi

Aktiviti pembakaran terbuka oleh individu boleh menyebabkan gas karbon dioksida terhasil serta terbebas di udara dan seterusnya telah memerangkap haba. Sebab itu lah suhu bumi akan meningkat seterusnya menipiskan lapisan ozon bumi.๐Ÿ˜ฐ

โŒ Hujan asid

Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dengan nitrogen oksida dengan air hujan dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Hujan asid bila dah menimpa hidupan di dunia akan membunuh tumbuh-tumbuhan dan hidupan air๐Ÿ˜ญ. Ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan.

Nampak kan kesan-kesan pembakaran terbuka ni mendatangkan masalah dan keburukan kepada kita. Jadi, kita seharusnya sedar sebelum kudis menjadi tokak agar bumi bebas daripada kesan-kesan yang membahayakan.๐Ÿ’ช๐Ÿป

Weh, korang tau x betapa teruknya kalau pembakaran terbuka ni kalau asyik muncul dan x diatasikan๐Ÿ˜Ÿ. Sebab kan itu, mai kita bincang tentang Langkah- Langkah yg blh kita mengatasinya. Focus eh guys, sebab benda ni penting tau, anak-anak kita lah yang akan hadapi benda ni kalau kita biarkan sajeโ˜๏ธ๐Ÿป.

๐Ÿ“ŒPertama sekali, kita mulakan lah dengan pendidikan dulu, sebab benda ni paling lah penting supaya anok-anok kita tau lah ape yg patut dilakukan dan tau lah ape benda yg salah dan betul๐Ÿ’ก. Kita patut mendidik anak kita dari kecik lg supaya diorang akan tau lah betape pentingnya alam sekitar ni utk kita.

๐Ÿ“ŒPastu, pihak negara jugak memainkan peranan penting lah terutama di negara Asean ni. Sebagai contoh, jiran kita iaitu Indonesia akan bakar hutan bg tujuan mempercepatkan proses menerokai Kawasan baru dan membaja tempat tersebut utk tujuan pertanian atau penanaman. Sebabkan bendo tu, negara jirannya iaitu Singapura, Malaysia dan lain-lain mesti akan terjejas disebabkan pembakaran hutan tersebut akn menyebabkan jerebu dan mengakibatkan kualiti udara makin menurun. Oleh sebab itu Malaysia haruslah berhubung dan berbincang dgn negara-negara Asean ni supaya dpt menghasilkan satu cara penyelesaian bg mengatasi masalah tersebut noh๐Ÿซฑ๐Ÿปโ€๐Ÿซฒ๐Ÿป.

๐Ÿ“ŒSambung p**ak. Pihak Kerajaan dan NGO bolehlah kasi keluar program atau kempen yg blh disertai orang masyarakat tentang isu pembakaran terbukak ni. Percayalah gua, kempen atau program camni mesti ramai yg akn datang sertai, tambah p**ak kalau kito buat dgn cara seperti karnival, fuh meriah sungguh japgi.

๐Ÿ“ŒAkhir sekali, pihak berkuasa jugak perlu lah main peranan. Payoh kalau semua benda nak rakyat saje yg selesaikan sendiri. Pihak berkuasa blh lah cubo kasi pikir cara atau tektik yg baru utk orang ramai supaya diorang xyah lah asyik bakar je sampah atau pape pun. Kalau diorang blh bagi berape cara alternatif kasi kita, boleh lah kurang cikit pembakaran terbuka ni dekat Malaysia. Pastu, pihak berkuasa boleh jugak cuba menguatkuasakan undang- undang dan menjalankan operasi bg menghukum atau saman orang-orang yg degil ni.

BENDO SENANG JE, TENGOK NIAT KAU JE YG NAK BUAT ATAU TIDAK

Disediakan oleh :
DAYANG NURFARIHAH BINTI ABDUL GHANI (301702)
WOO SHUN LI (301808)

Address

Universiti Utara
Universiti Utara

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penghayatan Etika Dan Peradaban Group 11 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Penghayatan Etika Dan Peradaban Group 11:

Shortcuts

Share

Category