A231 Mpu1013 Penghayatan Etika dan Peradaban Kumpulan 8

A231 Mpu1013 Penghayatan Etika dan Peradaban Kumpulan 8 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from A231 Mpu1013 Penghayatan Etika dan Peradaban Kumpulan 8, Education Website, Universiti Utara, Universiti Utara.

28/12/2023

Salam Sejahtera dan selamat datang ke halaman Facebook kami iaitu Kump**an 8 MPU1013(E)

Kami adalah pelajar dari Universiti Utara Malaysia (UUM) semester A231.

Tujuan halaman Facebook ini ditubuhkan bagi melaksanakan tugasan kursus MPU1013 Penghayatan Etika dan Peradaban.

Di sini, kami akan berkongsi maklumat tentang isu Pergaulan Bebas

Kump**an kami terdiri daripada 10 orang ahli iaitu:

1. Ain' Nursyahirah Binti Tajuddin (295332)

2. Nurul Asyiqin Binti Mohd Mujib (295333)

3. Nur Harina Binti Buarhan (295381)

4. Siti Nur Aisyah Izzati Binti Azaliman (295382)

5. Aisyah Hanani Binti Anizan (295388)

6. Marnissa A/P Pra Kiss (295413)

7. Nur Alyaa Natasha Binti Dino Faezal (295489)

8. Aiman Firdausz Bin Abros Wahdy (295526)

9. Mimi Shafiqa Binti Abdullah (295546)

10. Nur Ain Syafiqah Binti Mohd Rosli (295556)

Semoga perkongsian kami ini dapat menambah ilmu pengetahuan masyarakat dan kesedaran tentang isu Pergaulan Bebas dengan lebih jelas.

Jemput LIKE halaman Facebook kami, COMMENT posting kami, dan SHARE kepada kenalan-kenalan anda! Terima kasih 🤗

Nama: Mimi Shafiqa binti AbdullahNo matrik: 295546Pergaulan adalah suatu proses interaksi di antara satu individu dengan...
26/12/2023

Nama: Mimi Shafiqa binti Abdullah
No matrik: 295546

Pergaulan adalah suatu proses interaksi di antara satu individu dengan individu yang lain. seperti yang diutarakan oleh Aristotle dimana manusia dikenali sebagai makhluk sosial (zon-politicon) yang membawa maksud setiap manusia tidak terlepas daripada bergaul sama ada antara satu individu mahupun kelompok. Pokoknya, pergaulan mempunyai pengaruh yang besar dalam membentukkan keperibadian seseorang.

Nama : Nur Alyaa Natasha Binti Dino FaezalNo. Matrik : 295489Terdapat beberapa ciri-ciri pergaulan bebas antara lelaki d...
26/12/2023

Nama : Nur Alyaa Natasha Binti Dino Faezal
No. Matrik : 295489

Terdapat beberapa ciri-ciri pergaulan bebas antara lelaki dan Perempuan. Antaranya ialah rasa ingin tahu yang mendalam terhadap hal-hal yang negatif telah menyebabkan masalah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan semakin berleluasa. Rasa ingin tahu memang wujud dalam diri seseorang tidak kira lelaki atau perempuan. Lazimnya, seseorang itu gemar untuk mencuba sesuatu yang baharu tanpa mengambil kira sama ada perbuatan itu baik atau tidak. Sebagai contoh, masalah dadah bermula dari rasa ingin tahu seseorang tanpa mengetahui keburukan dadah terhadap seseorang itu.

Selain itu, berkelakuan buruk atau tidak wajar merupakan tingkah laku seseorang yang dipengaruhi oleh beberapa faktor. Berkelakuan buruk seperti minum minuman beralkohol. Minuman beralkohol akan menyebabkan perkara buruk berlaku dan kesihatan seseorang itu akan terjejas. Minuman ini juga meyebabkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan semakin meningkat.

Seterusnya, melakukan hubungan seks bebas merupakan salah satu ciri-ciri pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan. Melakukan seks bebas tanpa mempunyai ikatan yang sah antara lelaki dan perempuan merupakan perkara yang dilarang dalam Islam. Perbuatan tersebut boleh berlaku kerana perasaan cinta terhadap teman lelaki sehingga sanggup menggadaikan maruah mereka kepada lelaki tersebut.

Akhir sekali, perubahan emosi yang berlaku kepada seseorang juga telah menyebabkan pergaulan bebas semakin meningkat. Apabila perubahan emosi berlaku, seseorang itu lebih cenderung untuk melakukan perbuatan negatif seperti merokok. Merokok bagi mereka dapat menstabilkan kembali emosi mereka dan mereka akan merasa lebih tenang selepas merokok.

Nama : Marnissa A/P Pra KissNo matrik : 295413Di zaman yang semakin berkembang dan moden ini, tingkah laku seperti perga...
26/12/2023

Nama : Marnissa A/P Pra Kiss
No matrik : 295413

Di zaman yang semakin berkembang dan moden ini, tingkah laku seperti pergaulan bebas semakin tersebar luas dalam kalangan remaja bersama-sama dengan sifat remaja yang memiliki rasa ingin tahu menyebabkan mereka terjebak dalam beberapa jenis pergaulan bebas seperti seks bebas, mengkonsumi minuman keras, menggunakan ubat-ubat terlarang seperti narkoba dan merokok. Disini kita akan membincangkan beberapa jenis-jenis pergaulan bebas.

Yang pertama ialah seks bebas yang merupakan salah satu contoh pergaulan bebas yang tersebar luar di kalangan remaja pada masa kini. Seks bebas merupakan amalan yang terlibat dalam aktiviti seksual yang sering dilakukan dengan pasangan yang berbeza atau sembarangan dalam memilih pasangan seksual. Seksual di luar nikah juga merupakan salah satu contoh tingkah laku seksual bebas yang dianggap menyimpang dalam kalangan masyarakat. Selain itu, seks bebas merupakan tingkah laku yang mendatang banyak kesan buruk seperti penularan jangkitan HIV atau AIDS, pembuangan bayi dan kemusnahan masa depan remaja.

Seterusnya ialah mengkonsumi minuman keras.Minuman keras adalah sebarang jenis minuman beralkohol atau etanol yang merupakan hasil pernapaian dari gula, susu, ubi, getah tanaman dan jenis buah-buahan tertentu yang mengakibatkan mabuk saat diminum dalam kuantiti yang banyak. Seseorang yang mengambil alcohol biasanya mempunyai tujuan untuk menangani tekanan atau melepaskan beban fikiran dengan kesan mabuk yang terhasil. Pada hakikatnya, meminum alkohol akan menyebabkan ketagihan alkohol dan membahayakan tubuh badan seperti menghidap penyakit jantung, diabetes, stroke, kanser dan gangguan mental.

Tambahan p**a, menggunakan ubat-ubat terlarang seperti narkoba juga merupakan salah satu jenis pergaulan bebas. Narkoba ialah singkatan daripada narkotik, psikotropik dan dadah terlarang. Ia adalah bahan atau ubat yang berasal dari tumbuh-tumbuhan atau bukan tumbuhan yang boleh menyebabkan perubahan dalam kesedaran, kehilangan kesakitan dan boleh menyebabkan pergantungan. Penggunaan yang keterlaluan sama ada secara minum, menyedut atau menyuntik boleh mengubah fikiran, perasaan atau tingkah laku seseorang yang akhirnya mengakibatkan ketagihan. Bukan itu sahaja, seseorang boleh dijangkiti HIV atau AIDS jika mereka berkongsi jarum sesame sendiri.

Akhir sekali ialah merokok yang merupakan perbuatan menyedut asap tembakau ke dalam saluran pernafasan. Terdapat pelbagai kandungan yang berbahaya dalam sebatang rokok. Rokok bukan sahaja memudaratkan individu yang menghisapnya , malah merokok di tempat awam juga memudaratkan orang sekeliling. Nikotin yang terdapat dalam rokok berperanan untuk membuat seseorang yang menghisap rokok ketagih kepada rokok. Bukan itu sahaja, rokok juga memberi kesan buruk terhadap tubuh badan kita seperti kanser paru-paru, menyempitkan saluran darah, strok, penyakit hati dan banyak lagi.

Nama : Aisyah Hanani binti Anizan No matriks. : 295388Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan pergaulan bebas ant...
26/12/2023

Nama : Aisyah Hanani binti Anizan
No matriks. : 295388

Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan pergaulan bebas antar lelaki dan perempuan:
1. Kurang kasih sayang
Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan boleh terjadi kesan daripada kurang kasih sayang. Hal ini kerana, remaja akan mudah memberontak dan melakukan perkara yang bebas tanpa pengawasan daripada ibu bapa mereka. Apabila mereka kurang memberikan perhatian yang penuh akan menyebabkan seseorang anak melakukan perkara yang tidak baik dan dapat menyeronokkan hati mereka. Kesibukkan ibu bapa ekoran daripada pertumbuhan ekonomi yang drastik akan menyebabkan semakin ramai ibu bapa kurang memberi pengawasan kepada anak-anak mereka dan menyebabkan mereka mudah terjebak dengan pergaulan bebas.

2. Pengaruh rakan
Antara punca yang mudah membawa diri seseorang individu adalah pengaruh rakan kerana rakan sebaya yang mempunyai masalah sosial akan mudah mempengaruhi rakan yang lain kerana mereka mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap sesama sendiri. Rakan sebaya yang mempunyai masalah sosial lebih gemar mengajak untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti pergi ke kelab malam, minum arak dan sebagainya. Remaja akan berpontensi untuk lebih terjerumus ke dalam perkara yang kurang baik kerana mereka akan melebihkan keseronokkan yang mereka ada daripada berjaya di masa akan dating. Jelaslah disini remaja perlu lebih berhati hati dalam memilih rakan kerana rakan juga akan mencorakkan jalan kehidupan kita.

3. Kurang didikan agama
Dari sudut pandangan berbeza, remaja kini kurang mempunyai didikan agama yang kukuh, hal ini mungkin kerana kurang pendedahan daripada keluarga yang tidak menekankan keagamaan dalam prinsip hidup. Agama memainkan peranan yang penting dalam keseluruhan dalam aspek hidup kita kerana agama mengajar supaya tidak berlebih-lebihan dalam hidup. Seperti yang kita lihat, pergaulan antara lelaki perempuan adalah dibenarkan tetapi mestilah mempunyai batas masing-masing supaya tidak berlebihan sehingga menjadi pergaulan bebas.

4. Pengaruh media massa
Kemunculan media massa yang semakin canggih menjadikan remaja lebih mudah terdedah dengan pelbagai maklumat yang tidak sepatutnya seperti aplikasi online berkaitan sugarbaby, “dating apps” dan sebagainya. Dalam golongan yang masih belum matang untuk menapis segala maklumat secara rasional akan mengakibatkan diri mudah terpengaruh dan terikut dengan keseronokkan yang dipamerkan oleh media massa.

5. Diri sendiri
Melalui diri sendiri juga boleh menjadikan punca terbesar terhadap pergaulan bebas kerana setiap orang mempunyai keinginan yang tersendiri. Apabila kita mempunyai keinginan dalam diri yang tidak baik maka ianya akan mendorong kita melakukan perkara yang tidak bermoral. Di fasa remaja juga adalah masa mereka mula membentuk diri sendiri. Dalam fasa ini remaja perlulah bijak dalam membuat Keputusan bagi mencorakkan diri kearah kebaikkan . Remaja kini kian mula meniru sesiapa sahaja untuk menjadikan idola tidak kira buruk atau baik dari segi pergaulan, cara dan sebagainya. Disini kita dapat lihat perasan diri sendiri yang berbolak balik dan membuak-buak untuk melakukan perkara yang menjejaskan sahsiah. Justeru, remaja perlu menanamkan sifat-sifat yang baik di dalam diri supaya tidak mudah terjerumus dalam masalah pergaulan bebas antara lelaki dan Perempuan.

Nama : Nur Ain Syafiqah Binti Mohd Rosli No. Matrik : 295556Tindakan awal amat penting dalam mencegah pergaulan bebas ya...
25/12/2023

Nama : Nur Ain Syafiqah Binti Mohd Rosli
No. Matrik : 295556

Tindakan awal amat penting dalam mencegah pergaulan bebas yang semakin berleluasa pada masa kini. Banyak pihak yang seharusnya memainkan peranan dalam mencegah perkara ini seperti ibu bapa, guru serta orang sekeliling. Peranan ibu bapa adalah antara usaha awal yang boleh dilakukan. Hal ini kerana, seperti yang kita tahu tanggungjawab ibu bapa amatlah penting dalam mencorakkan kehidupan anak-anak mereka. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan utama dalam membimbing anak-anak mereka terutamanya dalam menuju hubungan sosial yang sihat dan bermoral. Pada masa yang sama, mereka perlu memberikan perhatian sepenuhnya, membina komunikasi terbuka, dan memberikan teladan yang baik kepada anak-anak mereka.

Selain itu, tindakan awal yang boleh dilakukan dalam mencegah pergaulan bebas ialah memberikan didikan awal yang secukupnya kepada anak muda hari ini. Contoh didikan awal yang patut diberikan ialah didikan ilmu agama serta ilmu sosial. Menerangkan hal yang baik serta hal yang buruk. Dengan adanya didikan awal seperti ini sejak kecil daripada ibu bapa, guru serta masyarakat sekeliling, secara tidak langsung ia dapat membantu dalam membendung berlakunya masalah sosial seperti penzinaan, merokok, mabuk, ambil barang terlarang dan sebagainya.

Seterusnya, mengadakan kempen kesedaran juga merupakan salahsatu tindakan awal yang boleh dilaksanakan dalam mencegah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Kempen kesedaran perlu dijalankan dalam kalangan remaja serta melibatkan orang awam dan komuniti setempat agar mereka lebih cakna mengenai keburukan pergaulan bebas ini. Program pemantapan karakter dan program pembangunan diri adalah antara kempen-kempen yang boleh dilaksanakan. Dengan ini, ia dapat membantu remaja membentuk identiti dan nilai-nilai positif dalam diri mereka.

Akhir sekali, tindakan awal yang boleh dilakukan bagi mencegah pergaulan bebas ialah dengan mengembangkan minat anak-anak. Seperti yang kita tahu, setiap anak-anak remaja mesti mempunyai minatnya yang tersendiri. Oleh itu kita mestilah mendorong anak-anak ini untuk mengembangkan minat mereka terutama minat yang positif seperti olahraga dan seni. Hal ini semestinya dapat membantu mengisi waktu luang mereka dengan aktiviti yang membangun dan mendidik. Secara tidak langsung, ini dapat mengelakkan mereka dari membuang-buang waktu dengan perkara yang tidak bermoral seperti keluar melepak. Dengan ini, anak-anak juga dapat mengelakkan diri daripada salah memilih rakan dan tidak terpengaruh dengan pengaruh negatif rakan sebaya.

Secara keseluruhan, tindakan awal ini bukan hanya tanggung jawab orang tua dan sekolah, tetapi juga melibatkan keterlibatan bersama dari masyarakat secara keseluruhan. Dengan mengambil langkah-langkah ini secara holistik, kita dapat membentuk generasi yang memiliki pemahaman yang lebih baik tentang nilai-nilai moral, tanggung jawab, dan pentingnya menjalin hubungan sosial yang bermakna.

Nama: Nur Harina binti BuarhanNo Matrik: 295381Pergaulan bebas telah dipengaruhi oleh beberapa faktor yang boleh menguba...
25/12/2023

Nama: Nur Harina binti Buarhan
No Matrik: 295381

Pergaulan bebas telah dipengaruhi oleh beberapa faktor yang boleh mengubah kehidupan seseorang itu. Antaranya, masalah seksualiti yang bermula daripada perkembangan biologi dan psikologi individu tersebut. Peningkatan hawa nafsu telah mendorang aktiviti seksual yang seharusnya disalurkan dengan cara yang betul dan diterima oleh agama dan masyarakat. Kegagalan remaja untuk mengawal masalah ini menyebabkan berlakunya pelbagai jenayah lain seperti pergaulan bebas yang mendorong kepada jenayah pembuangan bayi, lari dari rumah dan sebagainya. Tindakan mereka ini akan membawa kepada keseronokkan yang tidak akan bertahan lama bersesuaian dengan kata-kata "Kenikmatan sesaat menyesal seumur hidup".

Selain itu, masalah kewangan yang berlaku seiring dengan keadaan ekonomi negara yang tidak stabil telah membawa kepada berlakunya pergaulan bebas. Individu yang masih meneruskan pengajian sudah semestinya memerlukan wang yang banyak dan bergantung kepada ibubapa mereka tetapi bagi keluarga yang tidak mampu menampung kewangan anak-anak ini akan menyebabkan berlakunya tindakan drastik yang tidak bermoral. Anak mereka akan mula menjadi liar kemudian bergabung dengan rakan-rakan yang senasib dengannya sudah tentu menyebabkan seseorang itu tanpa sedar telah terjerumus dalam pergaulan bebas dengan kurangnya ilmu dan pendidikan dalam diri.

Malah, remaja juga mengalami banyak masalah dalam mengawal emosi dan apabila ketidakstabilan emosi berlaku, mereka tidak lagi mampu menahan diri dari melakukan tindakan yang tidak bermoral ini. Perubahan emosi, kebolehan kognitif dalam diri serta tanggapan terhadap diri sendiri yang menganggap diri itu tidak lagi berharga maka mereka akan mula berani untuk melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang. Emosi yang tidak dapat dikendalikan dengan baik dan rasional ini akan terus mendorong mereka untuk melakukan perkara yang baru dalam hidup. Mereka juga akan sentiasa mengalami perasaan marah, takut, risau, sedih dan gembira dengan pengalaman yang baru dilalui dalam hidup.

Di samping itu, ketidakberkesanan sistem pendidikan telah menyebabkan kurangnya akhlak dalam diri. Mereka juga akan menghadapi kesukaran dalam menguasai ilmu agama walaupun setelah mencapai umur akil baligh. Hal ini dapat dilihat secara zahir dan batin kerana ia merupakan faktor bagi melahirkan individu yang lebih mantap imannya. Disiplin sekolah yang terlalu longgar telah membawa kepada kurangnya perhatian daripada ibubapa tentang kemajuan dan pencapaian anak di sekolah serta guru juga tidak lagi memberikan perhatian kepada masalah yang dihadapi oleh pelajar mereka. Hal ini merupakan salah satu penyumbang utama kepada berlakunya pergaulan bebas dalam kalangan remaja pada masa kini.

Akhir sekali, berlakunya kejutan budaya yang dibawa oleh anasir barat dengan gaya hidup yang terlalu bebas telah mempengaruhi minda dan pemikiran remaja sekarang. Contohnya, mereka tidak lagi merasa malu untuk berpelukan, berciuman dengan jantina lain tanpa menghiraukan maruah dan harga diri mereka terutamanya kepada wanita Islam. Gejala seks bebas dan kelahiran anak luar nikah membawa kepada pembuangan bayi tidak lagi menjadi perkara asing dalam masyarakat. Budaya ini boleh melemahkan iman seseorang yang boleh dilihat dengan jelas apabila mereka tinggal berjauhan dengan keluarga dan tidak diawasi oleh mana-mana pihak. Oleh itu, pergaulan bebas ini boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Nama: Aiman Firdausz Bin Abros WahdyNo. matrik: 295526Cabaran dalam mengatasi pergaulan bebas antara lelaki dan perempua...
24/12/2023

Nama: Aiman Firdausz Bin Abros Wahdy
No. matrik: 295526

Cabaran dalam mengatasi pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan ia melibatkan dari beberapa aspek, termasuk dari segi teknologi dan institusi kekeluargaan. Dari perspektif teknologi, akses yang mudah kepada laman sesawang yang terdapat unsur negatif menjadi salah satu cabaran utama. Penggunaan media sosial memudahkan interaksi di antara berlainan jantina, yang boleh memberi ruang kepada pergaulan bebas yang tidak terkawal.

Dalam era digital ini, remaja boleh dengan mudah terdedah dan terjebak kepada konten yang mempromosikan pergaulan bebas dan nilai-nilai yang tidak sejajar dengan norma masyarakat. Oleh itu, penting untuk menyusun pendekatan pendidikan dan kesedaran mengenai cara penggunaan teknologi secara bijak, mengajar individu bagaimana mengenali dan menangani konten yang berunsur negatif serta memahami risiko pergaulan bebas dalam dunia maya.

Selain daripada cabaran teknologi, institusi kekeluargaan juga merupakan salah satu cabang cabaran dalam menjaga adab pergaulan yang selaras dengan didikan ibu bapa. Budaya dan masyarakat luar dapat memberikan tekanan kepada seseorang individu untuk mengikuti norma yang mungkin bertentangan dengan nilai-nilai keluarga. Oleh itu, penting untuk memupuk dialog secara keterbukaan antara ibu bapa dan anak-anak, membolehkan mereka untuk berkongsi pandangan dan nilai masing-masing.

Perbezaan pandangan melalui generasi yang berlainan antara ibu bapa dan anak-anak juga menjadi satu cabaran dalam mengatasi pergaulan bebas. Nilai-nilai yang diterima dan difahami oleh generasi sebelumnya mungkin tidak selalu sejajar dengan pandangan generasi muda yang lebih terdedah kepada perubahan sosial dan budaya. Oleh itu, penting untuk membina jambatan komunikasi antara generasi, dengan mendengar dan memahami perspektif masing-masing untuk mencapai persepakatan atau persefahaman yang lebih baik.

Secara keseluruhannya, pendekatan holistik melibatkan pendidikan tentang teknologi, kesedaran masyarakat, dan pembinaan dialog dalam institusi kekeluargaan diperlukan untuk mengatasi cabaran pergaulan bebas. Dengan cara ini, masyarakat dapat bekerjasama untuk membentuk persekitaran yang positif dan memberikan pendidikan yang sesuai bagi generasi muda untuk memahami nilai-nilai yang penting dalam membina hubungan yang sihat.

Nama: Ain’ Nursyahirah Bt Tajuddin No matrik: 295332Mengatasi pergaulan bebas berkaitan pegangan agama bermula dengan me...
24/12/2023

Nama: Ain’ Nursyahirah Bt Tajuddin
No matrik: 295332

Mengatasi pergaulan bebas berkaitan pegangan agama bermula dengan mengukuhkan kefahaman seseorang individu terhadap nilai dan ajaran agama yang dianuti. Ini termasuk usaha untuk mendalami akidah melalui pembacaan teks suci, menyertai aktiviti keagamaan, dan berinteraksi dengan pemuka agama dan ahli masyarakat agama untuk mendapatkan gambaran yang lebih mendalam tentang penerapan nilai-nilai agama dalam kehidupan seharian. Pengukuhan pegangan agama adalah asas yang kukuh untuk mengekalkan konsistensi nilai-nilai agama apabila berhadapan dengan tekanan pergaulan bebas.

Tambahan p**a, untuk mengatasi pergaulan bebas berkaitan perhatian ibu bapa terhadap anak-anak, komunikasi terbuka perlu diwujudkan. Ibu bapa harus mendengar dengan penuh perhatian apabila anak-anak bercakap tentang rakan mereka, aktiviti mereka, dan pengalaman sosial mereka. Pendidikan awal tentang nilai dan etika, serta pemahaman tentang akibat pergaulan bebas, harus diberikan kepada kanak-kanak. Ibu bapa juga harus mencontohi tingkah laku yang positif, menjalani kehidupan mengikut nilai yang diajarkan kepada anak-anak mereka, supaya anak-anak dapat meniru tingkah laku ini.

Selain itu, adalah penting untuk menekankan kualiti berbanding kuantiti dalam memilih rakan. Kanak-kanak perlu memahami bahawa mempunyai beberapa kawan yang berkualiti adalah lebih berharga daripada mempunyai ramai kawan yang mungkin bukan pengaruh yang baik. Ibu bapa harus menjadi contoh yang baik dalam memilih rakan dengan bijak dan mengekalkan hubungan yang sihat. Pendidikan tentang bahaya pergaulan bebas dan risiko yang berkaitan dengan memilih rakan yang mempunyai tingkah laku yang merugikan juga mesti diberikan secara terbuka kepada kanak-kanak.

Akhir sekali, dalam menangani pergaulan bebas yang berkaitan dengan peranan media, langkah-langkah seperti menyediakan pendidikan media kepada kanak-kanak untuk meningkatkan pemahaman mereka tentang cara media berfungsi, memantau kandungan media yang digunakan oleh kanak-kanak, dan bercakap secara terbuka tentang risiko dan bahaya yang terlibat dengan pergaulan bebas yang dipromosikan. melalui media perlu diambil. Ibu bapa juga mesti menjadi contoh positif dalam penggunaan media, mengehadkan masa penggunaan media, dan mengajar anak-anak untuk membezakan antara media dan realiti. Menggunakan sumber berita yang boleh dipercayai juga harus diajar kepada kanak-kanak.

Dengan mengikuti langkah-langkah ini, individu dapat mengatasi pergaulan bebas yang berkaitan dengan pegangan agama, keprihatinan ibu bapa terhadap anak-anak, pemilihan rakan yang bijak, dan pengaruh media, seterusnya mengekalkan integriti nilai dan tingkah laku yang sesuai dalam kehidupan mereka.

Nama: Nurul Asyiqin binti Mohd MujibNo Matrik: 295333Antara kesan pergaulan bebas adalah berlakunya peningkatan kehamila...
22/12/2023

Nama: Nurul Asyiqin binti Mohd Mujib
No Matrik: 295333

Antara kesan pergaulan bebas adalah berlakunya peningkatan kehamilan remaja di luar nikah. Dalam Islam, melakukan hubungan seks luar nikah adalah merupakan suatu perkara yang berdosa besar. Namun begitu, trend seks kasual sedang merebak dengan pantas dalam kalangan masyarakat kita, terutamanya dalam kalangan remaja yang belum matang. Penglibatan dalam aktiviti seksual kasual ini boleh mengakibatkan kehamilan di luar perkahwinan yang akhirnya akan membebankan dan menjadi isu terutama sekali buat remaja.

Hal demikian sekaligus menjurus ke peningkatan kes pembuangan bayi. Perkara ini terjadi selalunya disebabkan oleh ketakutan mereka untuk memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa dan perasaan malu yang datang kesan daripada tindakan mereka tersebut. Situasi ini juga boleh mencemarkan nama baik keluarga. Akibatnya, remaja mungkin bertindak tidak berperikemanusiaan dan meninggalkan bayi mereka yang baru lahir di tempat awam seperti tandas, tong sampah, dan juga longkang. Kadangkala, apabila seseorang mempunyai bayi yang sedang membesar di dalam dirinya, mereka mungkin memutuskan bahawa mereka tidak mahu melahirkan bayi itu. Ini boleh berlaku atas sebab yang berbeza, seperti tidak tahu bagaimana untuk mencegah kehamilan, tidak bersedia untuk menjadi ibu bapa, berasa seperti mereka perlu melakukannya kerana apa yang rakan atau keluarga mereka katakan, atau takut dengan apa yang mungkin berlaku jika mereka mempunyai bayi.

Seterusnya, peningkatan dalam kes bunuh diri. Tidak seperti budaya Barat yang lebih hedonistik, masyarakat kita amat menitikberatkan kepatuhan kepada adat dan norma agama, dan remaja yang melakukan kesalahan dalam pergaulan sosial mungkin akan sukar untuk diterima oleh masyarakat. Individu sedemikian mungkin dip**aukan atau diusir dari rumah mereka, kerana tindakan mereka boleh dilihat sebagai perkara yang memalukan keluarga mereka. Mereka yang tinggal di kawasan luar bandar mungkin menghadapi penghakiman dan cemuhan yang lebih keras. Perkara ini boleh mencetuskan tekanan yang besar kepada remaja dan akhirnya boleh mendorong dan menyebabkan seseorang itu terfikir untuk mangambil tindakan membunuh diri.

Penglibatan dengan pergaulan bebas ini turut dapat menjejaskan kesihatan diri seseorang individu. Hal ini kerana, terdapat pelbagai penyakit yang akan lahir disebabkan oleh pengambilan dadah, alkohol dan juga hubungan bebas antara lelaki dan perempuan tidak kiralah sama ada dari segi fizikal ataupun mental. Antara penyakit yang biasa kita dengari ialah penyakit AIDS. Penyakit ini boleh membawa maut dan ubatnya masih belum ditemui lagi sehingga kini. Bukan itu sahaja, orang yang mengamalkan seks bebas juga cenderung untuk mendapatkan penyakit seperti Herpes Ge***al, Sifilis, Gonorea, Chlamydia, Hepetitis B, Ge***al Warts dan kanser serviks.

Akhir sekali, masa hadapan seseorang individu itu akan terjejas. Hal ini dikatakan demikian kerana pergaulan bebas seperti pengambilan bahan alkohol, dadah dan seks bebas akan memadamkan atau melencongkan fokus seseorang daripada tujuan dan matlamat sebenar mereka. Para pelajar mahupun mereka yang sudah bekerja akan mengalami kemerosoton prestasi diri dan akademik sehingga akhirnya akan menjejaskan diri mereka. Jika remaja telah melakukan perkara yang akan menjejaskan dirinya untuk masa hadapan, sudah pasti banyak perkara buruk akan berlaku. Contohnya seperti kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan.

Nama : Siti Nur Aisyah Izzati Binti AzalimanNo matrik : 295382Kesimp**annya,untuk menangani masalah pergaulan bebas anta...
22/12/2023

Nama : Siti Nur Aisyah Izzati Binti Azaliman
No matrik : 295382

Kesimp**annya,untuk menangani masalah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan memerlukan pendekatan holistik yang melibatkan berbagai aspek kehidupan. Membangunkan kesedaran kepada masyarakat, mengamalkan nilai-nilai positif dalam kehidupan, dan didikan yang sempurna serta perhatian oleh ibubapa dapat membantu mengurangi impak negatif seperti kes pembuangan bayi dan memperkuatkan hubungan yang bermakna serta sihat antara lelaki dan perempuan dalam masyarakat.

Address

Universiti Utara
Universiti Utara
06010

Telephone

+601159651640

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when A231 Mpu1013 Penghayatan Etika dan Peradaban Kumpulan 8 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to A231 Mpu1013 Penghayatan Etika dan Peradaban Kumpulan 8:

Shortcuts

Share