Penghayatan Etika dan Peradaban - Group 3 - L

Penghayatan Etika dan Peradaban - Group 3 - L Penghayatan etika dan peradaban group 3

TEMA POSTER: ANTI-ROKOKDisediakan Oleh: Semua Ahli Kumpulan 31. CHUA WEN QI (291918)2. NURUL AZWANI BINTI ADZMI (292351)...
16/12/2023

TEMA POSTER: ANTI-ROKOK

Disediakan Oleh: Semua Ahli Kumpulan 3

1. CHUA WEN QI (291918)
2. NURUL AZWANI BINTI ADZMI (292351)
3. TAN GUAN YU (292745)
4. SAIDATUL SYAZWANI BINTI ISA (294327)
5. OOI YAN XIN (294570)
6. MUHAMMAD AMIRUL BIN MOHD AKRAM (294780)
7. AIMAN HAIKAL BIN MOHD JAAFAR (294736)
8. IZZUL HAZZIMIEN BIN ZULKIFLE (294670)
9. MOHAMAD ZAIDAN BIN MOHD AZMI (294860)
10. INSYIRAH ALYA BINTI MOHAMAD NOOR IMAN (294862)

Posting 10Tema: anti-rokokTajuk: Manfaat Berhenti MerokokDisediakan: Saidatul Syazwani Binti Isa (294327) Antara manfaat...
09/12/2023

Posting 10
Tema: anti-rokok
Tajuk: Manfaat Berhenti Merokok
Disediakan: Saidatul Syazwani Binti Isa (294327)

Antara manfaat-manfaat berhenti merokok ialah:
1. Memperbaiki peredaran darah

Salah satu manfaat berhenti merokok adalah dapat memperbaiki peredaran darah. Tahukah anda, 20 minit selepas anda berhenti merokok, degupan jantung akan menurun dan kembali normal.

Tekanan darah perokok juga akan menurun dan peredaran darah menjadi lebih baik. Ia sekali gus membuatkan aktiviti harian anda menjadi lebih mudah serta mengurangkan risiko penyakit jantung.

2. Deria rasa lebih baik

Salah satu kesan merokok adalah deria rasa seseorang akan menurun dan berhenti merokok dapat mengembalikan deria anda ke tahap normal.

3. Sebahagian besar nikotin semakin menghilang

Dalam masa 5 hari ia dapat membantu sebahagian besar nikotin dalam tubuh badan seorang perokok semakin hilang

4. Sistem aliran darah dan fungsi jantung meningkat

Dalam tempoh dua minggu berhenti merokok, anda mungkin mula melihat anda bukan hanya bernafas lebih mudah tetapi anda juga dapat berjalan lebih mudah. Ini adalah kesan dari peningkatan peredaran pengoksigenan dan fungsi jantung semakin membaik.
Menurut fakta dari Universiti Michigan, fungsi paru-paru anda juga akan meningkat sebanyak 30 peratus, apabila ada berjaya berhenti merokok dalam masa dua minggu.

5. Risiko penyakit jantung koronari berkurang setengah

Merokok juga dikenal pasti sebagai faktor risiko ketara untuk penyakit jantung iskemik atau koronari berbanding faktor risiko lain.
Menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia, merokok menentukan 10% daripada semua penyakit kardiovaskular.Kurangkan merokok atau berhenti merokok boleh mengurangkan risiko kardiovaskular anda. Sebagai sebahagian daripada proses pemulihan pesakit jantung dalam kalangan perokok, Dr Ang mengesyorkan untuk berhenti merokok .

6. Mengurangkan risiko strok

Merokok memiliki hubungan yang sangat erat dengan risiko strok.
Kebiasaan ini disebut dapat meningkatkan risiko strok hingga dua kali lipat dengan menaikkan tekanan darah dan mengurangi oksigen di darah.
Selain itu, merokok juga dapat membuat darah lebih kental sehingga meningkatkan risiko pembentukan gumpalan darah yang boleh menjadi penyebab strok.



Posting 9Tema: Anti-rokokTajuk: Cara-cara berhenti rokokDisediakan oleh: Ooi Yan Xin (294570)Hey semua! 🚭✨Korang mesti p...
09/12/2023

Posting 9
Tema: Anti-rokok
Tajuk: Cara-cara berhenti rokok
Disediakan oleh: Ooi Yan Xin (294570)

Hey semua! 🚭✨

Korang mesti penat dah dengan rokok, betul tak? Jangan risau, aku ada beberapa tips ringkas nak bantu korang berhenti merokok. Jom kita explore!

1. Tetapkan Matlamat:
Mula dengan matlamat yang jelas. Kenapa nak berhenti? Mungkin kesihatan atau nak jadi contoh yang baik untuk anak-anak? Matlamat ini boleh jadi pendorong utama korang!

2. Pergantian Positif:
Ganti rokok dengan aktiviti positif. Cuba minat baru yang tak boleh buat sambil hisap rokok. Mungkin belajar masak atau jogging?

3. Dapatkan Sokongan:
Ceritakan kat kawan-kawan atau keluarga pasal keputusan korang. Sokongan diorang boleh jadi penyemangat korang!

4. Kurangkan Secara Berperingkat:
Jangan buat terus terang. Kurangkan rokok secara berperingkat. Contohnya, kurangkan satu batang setiap hari. Boleh kurangkan tekanan.

5. Aktiviti Sihat:
Aktiviti fizikal yang sihat membantu! Cuba jogging, yoga, atau apa-apa yang buat korang happy. Dapat hilangkan stress dan kurangkan keinginan merokok.

Jangan lupa, proses berhenti merokok ni perlu kesabaran. Setiap usaha korang akan membawa kejayaan! πŸ’ͺ✨ Kalau korang ada tips lain, share lah kat komen. Kita support sama-sama!



Posting 8Tema: Anti-rokokTajuk: Kesan negatif penggunaan rokok terhadap Alam SekitarDisediakan oleh: Izzul Hazzimien Bin...
09/12/2023

Posting 8
Tema: Anti-rokok
Tajuk: Kesan negatif penggunaan rokok terhadap Alam Sekitar
Disediakan oleh: Izzul Hazzimien Bin Zulkifle (294670)

KESAN NEGATIF PENGGUNAAN ROKOK TERHADAP ALAM SEKITAR

BAHAYA MEROKOK!!!
MEROKOK MEROSAKKAN ALAM SEKITAR!!!

Tahukah anda asap rokok akan mendatangkan kesan yang negatif kepada persekitaran?

Terdapat 6 kesan negatif rokok terhadap Alam Sekitar :
1. Pencemaran Udara
Bukan hanya mereka yang merokok mendapat keburukan, malahan orang sekeliling turut merasai kes**aran untuk mendapatkan udara yang bersih dan segar. Asap rokok mengandungi bahan kimia berbahaya seperti karbon monoksida, formaldehida, amonia, dan senyawa sulfur, menyebabkan pencemaran udara dan merosakkan kualiti udara persekitaran.

2. Pencemaran Tanah
Pembuangan rokok terutamanya puntung rokok boleh mencemarkan tanah dengan bahan kimia berbahaya, merosakkan kualiti tanah dan mikroorganisma yang penting untuk menjaga keseimbangan ekosistem tanah.

3. Pencemaran Air
Filter rokok yang yang biasanya terbuat dari serat selulosa asetat, iaitu bahan yang s**ar terurai dapat memasuki saluran air jika dibuang begitu saja. Ia boleh mencemari sistem air dan membahayakan ekosistem air serta organisma yang ada di dalamnya.

4. Kebakaran Hutan
Pembuangan puntung rokok secara sembarangan, terutama di kawasan rentan kebakaran hutan, boleh menyebabkan kebakaran yang membimbangkan. Kebakaran ini berpunca daripada pembuangan puntung rokok yang masih berbara. Ini juga mengakibatkan peninngkatan suhu serta penghasilan karbon monoksida

5. Puntung Rokok Bersepah
Puntung/Filter rokok yang s**ar terurai menyumbang kepada sampah plastik, menambah masalah pencemaran pada alam sekitar dan menyebabkan longkang tersumbat yang boleh mengakibatkan pembiakan nyamuk aedes.

6. Penebangan Hutan
Pembuatan rokok melibatkan proses penebangan pokok untuk mendapatkan bahan kertas dan serat tembakau. Tindakan penebangan hutan ini boleh menyebabkan kerosakan dan kemusnahan kepada habitat semula jadi dan juga mengakibatkan kepupusan pelbagai jenis hidupan.

Kesan-kesan negatif ini akan semakin bertambah selaras dengan peningkatan bilangan perokok-perokok dalam kalangan masyarakat. Hal ini akan mengakibatkan generasi pada masa akan datang terdedah kepada risiko penyakit yang lebih merbahaya akibat daripada terdedah kepada udara yang telah tercemar oleh kandungan asap rokok yang merbahayakan ini.

Jadi, usaha untuk mengurangkan penggunaan rokok dan meningkatkan kesedaran untuk pelihara alam sekitar adalah penting untuk menjaga keseimbangan ekosistem dan melindungi alam sekitar ini.



POSTING 7Tema: Anti-rokokTajuk: Kesan negatif penggunaan rokok terhadap masyarakat. .Disediakan oleh: Tan Guan Yu (29274...
09/12/2023

POSTING 7
Tema: Anti-rokok
Tajuk: Kesan negatif penggunaan rokok terhadap masyarakat. .
Disediakan oleh: Tan Guan Yu (292745)

Greetings & Salam sejahtera semua
Kami akan bincangkan :
Kesan negatif penggunaan rokok terhadap masyarakat.
Tahukah anda bahawa isu-isu tersebut akan mengakibatkan pembangunan negara tidak lestari . Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjayakan kempen anti merokok, namun kesannya sangat mendukacitakan.Nyatakan kesan buruk tabiat merokok kepada kesihatan.

Pendahuluan
Gejala merokok semakin membimbangkan dalam kalangan masyarakat dan selain orang dewasa ianya turut melibatkan kanak-kanak serta berlakunya peningkatan perokok tegar dalam kalangan wanita dan merokok memberi kesan negatif kepada masyarakat sekeliling. Pelbagai usaha telah dan sedang dibuat untuk menyedarkan orang ramai namun usaha tersebut 'bagaikan mencurah air di daun keladi' - di manakah silapnya? Apakah sudah tiada jalan lain? Ayuh, kita kupaskan kesan buruk merokok untuk dijadikan sempadan. Isi-isi (kesan buruk tabiat merokok)

1. Menjejaskan Kesihatan
Orang yang s**a menghisap rokok akan mendatangkan pelbagai penyakit seperti barah otak, barah paru-paru, sesak nafas dan sebagainya. Kajian ini telah terbukti melalui kajian saintifik oleh pakar serta perokok yang mengalami masalah ini, hanya menunggu maut.

2. Menjejaskan Ekonomi Keluarga
Memerlukan perbelanjaan yang besar akibat kenaikan harga–sepatutnya wang disalurkan untuk perbelanjaan keluarga atau simpanan hari tua seperti simpanan berdikit-dikit, lama-lama jadi bukit.

3. Mencemarkan Alam Sekitar
Asap rokok bukan sahaja membahayakan kesihatan tetapi mencemarkan udara sekeliling dan meninggalkan kesan negatif kepada individu yang menghidu bau rokok dan ini telah menjadikan rakan tidak selesa apabila terhidu bau asap rokok.

4. Meningkatkan Kadar Kematian
Rokok mengandungi pelbagai bahan kimia yang mengancam kesihatan masyarakat, terdapat tar,nakotin dan beberapa bahan kimia lian. Kajian telah membuktikan ramai manusia mendapat pelbagai penyakit yang membawa kematian akibat merokok.

5. Meningkatkan Perbelanjaan Negara
Kerajaan terpaksa menggunakan perbelanjaan yang banyak untuk mengubati penyakit orang yang ketagihan merokok dan sepatutnya perbelanjaan itu digunakan untuk pembangunan negara.

KESIMPULAN
Rokok adalah satu tabiat yang buruk kerana boleh menyebabkan kerosakan sistem badan dan menjejaskan masyarakat dan alam sekitar.
Sekian itu sahaja perkongsian kami pada hari ini, terima kasih kerana sudi baca sampai habis. Salam biru warna.



Posting 6Tema: Anti-rokokTajuk: Kesan negatif rokok terhadap badan manusiaDisediakan oleh: Chua Wen Qi (291918)[KESAN NE...
09/12/2023

Posting 6
Tema: Anti-rokok
Tajuk: Kesan negatif rokok terhadap badan manusia
Disediakan oleh: Chua Wen Qi (291918)

[KESAN NEGATIF ROKOK TERHADAP BADAN MANUSIA]
Kesan buruk merokok secara seriusnya boleh menjejaskan kesihatan diri seseorang. Menurut WHO, amalan merokok boleh membunuh sehingga separuh daripada penggunanya, iaitu kira-kira 6 juta orang setiap tahun.
Lebih 5 juta daripada kematian mereka adalah akibat daripada penggunaan tembakau secara terus manakala lebih daripada 600,000 adalah hasil daripada bukan perokok pasif.
Antara kesan negatif rokok terhadap badan manusia:-
1. Gangguan peredaran darah
Semasa merokok, anda membenarkan toksin dari asap rokok memasuki saluran darah. Toksin tersebut akan memaksa jantung anda bekerja lebih kuat daripada biasa, menyempitkan arteri, membuat darah lebih pekat, dan meningkatkan risiko pembekuan darah. Kesan sistem peredaran terganggu adalah meningkatkan risiko serangan jantung.

2. Beban kepada jantung
Karbon monoksida dan nikotin kedua-duanya membuatkan jantung anda bekerja lebih laju, meningkatkan peluang pembentukan darah beku. Di samping itu, bahan kimia lain dalam asap merosakkan lapisan arteri koronari yang membawa kepada furing (pembentukan selaput) arteri. Berbanding dengan orang lain, perokok mempunyai dua kali ganda risiko serangan jantung dan kematian akibat penyakit jantung koronari berbanding orang yang tidak pernah merokok.

3. Penurunan fungsi kognitif
Secara amnya, fungsi kognitif ini berperanan dalam kemampuan kita untuk berfikir, memori dan memproses maklumat. Fungsi ini akan menurun seiring peningkatan usia. Namun, kajian telah menunjukkan merokok menyebabkan fungsi ini merosot lebih cepat berbanding orang yang tidak merokok.

4. Ulser peptik
Rakyat Malaysia mengenali penyakit sebagai β€œgastrik”. Ulser peptik adalah disebabkan luka pada dinding perut dan bahagian usus kecil yang berpunca dari peningkatan asid dalam perut.
Secara amnya, perut menghasilkan asid untuk proses penghadaman namun terlalu banyak asid menyebabkan luka pada dinding perut. Antara punca peningkatan asid ini adalah disebabkan jangkitan kuman H.Pylori dan risiko untuk jangkitan ini meningkat akibat merokok.

5. Perubahan pada penampilan
Merokok menyebabkan kerosakan pada tisu kolagen dan mengganggu fungsi elastik kulit. Ia juga menyebabkan penurunan kadar penyembuhan luka dan meningkatkan risiko jangkitan.
Gigi kuning: Antara kesan merokok ialah menyebabkan gigi menjadi kuning dan lebih teruk ialah gigi menjadi hitam atau coklat akibat kesan tar pada gigi.
Kuku dan jari kuning: Tar dalam rokok juga mampu menjadikan kuku dan jari berwarna kuning. Namun begitu, gejala ini akan pudar apabila anda berhenti merokok.
Rambut gugur: Merokok membuatkan rambut tidak kuat, kusam dan mudah gugur.



Posting 5Tema: Anti-rokokTajuk: Penyakit Akibat MerokokDisediakan oleh: Muhammad Amirul Bin Mohd Akram (294780)PENYAKIT-...
08/12/2023

Posting 5
Tema: Anti-rokok
Tajuk: Penyakit Akibat Merokok
Disediakan oleh: Muhammad Amirul Bin Mohd Akram (294780)

PENYAKIT-PENYAKIT AKIBAT DARIPADA MEROKOK

Merokok merupakan gejala yang sangat tidak sihat yang telah diamalkan oleh pelbagai lapisan Masyarakat. Rokok sememangnya tidak mendatangkan manfaat yang baik kepada Masyarakat bahkan boleh mendatangkan kemudaratan kepada persekitaran dan orang sekeliling. Namun, perokok pastinya akan mendapat kesan atau mudarat yang lebih teruk terhadap diri mereka sendiri. Terdapat pelbagai bahan toksik dalam rokok yang mampu memudaratkan perokok dan orang sekeliling

Berikut merupakan antara penyakit akibat daripada merokok:

ROKOK MENYEBABKAN KANSER PARU-PARU:

Majoriti kanser paru-paru dan penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD) disebabkan oleh merokok. Apabila fungsi paru-paru berkurangan dengan usia, merokok mempercepatkan penurunan ini kerana asap rokok mengandungi campuran lebih 7,000 bahan kimia yang membawa maut. Selain itu, Kesan dalam jangka masa panjang termasuk asma.

ROKOK MENGAKIBATKAN STROK:

Oleh kerana merokok meningkatkan tekanan darah, ia meningkatkan risiko strok. Stroke, yang berlaku apabila saluran darah di otak pecah atau pembekuan darah di dalam kapal, juga boleh menyumbang kepada masalah ini. Merokok juga meningkatkan kemungkinan mendapat darah beku kerana ia melekitkan darah anda.

ROKOK MENYEBABKAN SERANGAN SAKIT JANTUNG:

Merokok meningkatkan kemungkinan penyakit jantung kerana peningkatan pembentukan plak dalam saluran darah. Ini berlaku kerana arteri yang membawa darah ke otot jantung sempit. Serangan jantung dan kematian yang tidak dijangka boleh berlaku akibat penyumbatan bekuan.

Semoga kesedaran Masyarakat tentang penyakit akibat merokok ini mampu mengurangkan perokok-perokok di negara kita dan menjadikan negara kita bebas dari asap rokok.
Katakan Tidak Pada Rokok.



Posting 4Tema: Anti-rokokTajuk: Faktor sulit berhenti rokokDisediakan oleh: Mohamad Zaidan Bin Mohd Azmi ( 294860 )FAKTO...
08/12/2023

Posting 4
Tema: Anti-rokok
Tajuk: Faktor sulit berhenti rokok
Disediakan oleh: Mohamad Zaidan Bin Mohd Azmi ( 294860 )

FAKTOR KENAPA SUSAH SANGAT BERHENTI ROKOKπŸ“

Pernah ke korang terfikir kenapa korang susah sangat untuk berhenti daripada merokok??πŸ€”πŸ€”πŸ€”

Ramai perokok mendapati berhenti merokok adalah perkara yang paling s**ar untuk dilakukan. Malah, kebanyakan mereka tahu tentang bahaya merokok. Bahaya ini terdapat pada semua jenis rokok, termasuk rokok kretek, e-rokok, dan rokok penapis.

Berikut adalah punca seseorang s**ar untuk berhenti merokok walaupun mereka tahu bahayanya :

KETAGIHAN NIKOTIN
Apabila perokok cuba berhenti daripada merokok , kekurangan nikotin boleh memberi kesan dari aspek fizikal dan mental.

Secara fizikal, badan bertindak balas terhadap kehilangan nikotin. Manakala dari segi mental, perokok harus menghentikan tabiat tersebut dan melakukan perubahan dalam tingkah laku mereka. Dari segi emosi, perokok mungkin berasa seperti kehilangan kawan baik.

Faktor-faktor ini perlu ditangani agar proses berhenti merokok dapat berjalan dengan baik. Perokok yang kerap merokok akan mengalami gejala berhenti merokok selama beberapa minggu, terutamanya jika mereka berhenti merokok serta-merta.

Gejala apabila kehilangan nikotin biasanya bermula beberapa jam selepas rokok terakhir dan memuncak 2-3 hari kemudian apabila nikotin meninggalkan badan.

Tanda-tanda ini boleh bertahan selama beberapa hari kepada beberapa minggu. Gejala akan bertambah baik jika kita menjauhi merokok.
Antara gejala tidak dapat nikotin :
- Mudah marah
- Rasa tidak selesa
- Kes**aran menumpukan perhatian



Posting 3 Tema : Anti RokokTajuk : Faktor Mempengaruhi kegiatan merokokDisediakan Oleh : Aiman Haikal Bin Mohd Jaafar (2...
08/12/2023

Posting 3
Tema : Anti Rokok
Tajuk : Faktor Mempengaruhi kegiatan merokok
Disediakan Oleh : Aiman Haikal Bin Mohd Jaafar (294736)

Merokok dianggap sebagai aktiviti negatif yang boleh membahayakan kesihatan kita, khususnya kepada individu, keluarga dan masyarakat. Sesetengah perokok di Malaysia berasal daripada orang muda. Aktiviti merokok, dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang melibatkan aspek fizikal, psikologi, dan persekitaran. Berikut adalah beberapa faktor yang mempengaruhi kegiatan merokok :

1)Pengaruh rakan sebaya

Waktu remaja merupakan tempoh yang kritikal apabila seseorang itu mula mencari jati diri dan memahami erti kehidupan sebelum mencapai usia dewasa. Pada masa kini remaja cenderung untuk mencuba sesuatu yang baru seperti mempunyai pasangan, bergaya dan mencuba aktiviti atau sesuatu yang menjadi trend bagi mereka termasuk merokok. Golongan muda juga antara golongan yang mudah terpengaruh . Mereka menghabiskan tempoh hidup mereka dengan rakan-rakan sebaya mereka. Jika kita berkawan dengan orang yang hisap rokok, kita berkemungkinan besar untuk mencubanya.Rokok juga boleh dilihat sebagai simbol kematangan dan gaya. Sesetengah remaja mungkin menjadi ketagih dengan rokok kerana mereka takut kehilangan kawan, atau mereka mungkin mengikut tabiat kumpulan rakan mereka kerana mereka takut dikecualikan.

2)Tekanan Emosi

Tekanan emosi dapat menjadi faktor yang mendorong individu untuk merokok karena rokok seringkali dianggap sebagai alat untuk mengatasi atau meredakan stres, kegelisahan, atau tekanan emosional.Individu yang menghadapi tekanan emosional mungkin mencari cara untuk meredakan perasaan tidak nyaman. Kesan nikotin yang terkandung dalam rokok memberikan kelegaan sementara. Tanpa disedari, ini membawa kepada ketagihan rokok. Tekanan kerja, tekanan belajar, atau masalah rumah tangga boleh menyebabkan seseorang mula merokok atau merokok lebih banyak jika tidak dirawat dengan betul. Malah, merokok memburukkan keadaan, kerana perokok cepat menjadi marah dan sensitif semasa fasa kehilangan nikotin.Oleh itu, mereka akan segera mencari penyelesaian dalam bentuk rokok. Kemudian,kitaran buruk ini akan terus berulang.

3)Iklan & Pemasaran

Pengiklanan boleh mempengaruhi aktiviti merokok melalui pelbagai kaedah, yang memainkan peranan penting dalam mempromosikan rokok sebagai produk yang menarik. Iklan produk tembakau percuma muncul di kaca televisyen dan menjadi tontonan remaja pada suatuketika dahulu. Iklan yang dipaparkan menunjukkan kehidupan yang elegan dan santai. Walaupun pengiklanan sedemikian tidak lagi ditunjukkan kerana undang-undang yang melarang pengiklanan produk tembakau dan minuman beralkohol di media, industri tembakau menggunakan media lain untuk mempromosikan produknya. Contohnya, dengan menggunakan gambar wajah selebriti,menjadi duta produknya pada peket atau pek rokok. Selain itu, produk tembakau seperti v**e juga dijual dalam pelbagai bentuk yang menarik dan comel untuk menarik minat kanak-kanak sebagai pembeli.

4)Perasaan ingin mencuba

Kebanyakan remaja merokok semasa bersekolah ingin menunjukkan imej yang lebih kuat dan matang. Remaja terutamanya lelaki percaya bahawa dengan merokok mereka boleh menunjukkan kemdewasaan atau kematangan mereka, sebab itu mereka berasa bangga apabila mereka menghisap rokok. Selain itu, mereka juga didorong oleh perasaan ingin merasai rasa sebatang rokok, kerana golongan muda merupakan golongan yang ingin mencuba sesuatu yang baru. Mereka beranggapan merokok itu hanya s**a-s**a dan tidak memikirkan kesan negatif daripada merokok.

Kesimpulannya, merokok membawa kemudaratan kepada kesihatan seseorang. Kegiatan merokok ini perlu dibendung dengan segera bagi mengelak kegiatan ini terus berlarutan hingga ke generasi akan datang. Amatlah penting untuk kita meningkatkan kesedaran mengenai risiko kesihatan yang berkaitan dengan merokok ini dalam kalangan masyarakat, terutama di kalangan generasi muda. Pendidikan tentang cara mengatasi tekanan emosi tanpa bergantung pada rokok, serta pengawasan terhadap pengiklanan tembakau yang menarik, boleh membantu meminimalkan faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan merokok. Dengan pendekatan holistik yang melibatkan masyarakat, pendidik, dan pengiklan, kita dapat berusaha untuk mencipta persekitaran yang menyokong kehidupan tanpa rokok.



Posting 2Tema: Anti-rokokTajuk: JENIS - JENIS PEROKOK Disediakan oleh: NURUL AZWANI BINTI ADZMI (292351)JENIS-JENIS PERO...
08/12/2023

Posting 2
Tema: Anti-rokok
Tajuk: JENIS - JENIS PEROKOK
Disediakan oleh: NURUL AZWANI BINTI ADZMI (292351)

JENIS-JENIS PEROKOK

Jenis- jenis perokok ini terbahagi kepada 3 jenis.
1. PEROKOK PASIF
Perokok pasif merupakan jenis perokok yang tidak menghisap rokok. Namun begitu golongan ini merupakan golongan yang seringkali terdedah dengan asap rokok yang dikeluarkan oleh golongan yang menghisap rokok. Asap daripada rokok yang dikeluarkan oleh perokok boleh dibuktikan daripada pelbagai persekitaran. Antaranya ialah di rumah, di kedai makan dan sebagainya

2. PEROKOK AKTIF
Perokok aktif merupakan golongan yang mengeluarkan asap rokok sehingga menyebabkan golongan perokok pasif mendapat kesan yang sama seperti golongan perokok aktif ini sendiri. Pengambilan rokok oleh golongan seperti ini berpontensi untuk dalam kuantiti yang banyam malah berkotak-kotak setiap hari.

3. PEROKOK KETIGA
Perokok ketiga terdiri daripasa golongan yang menghidu atau menyentuh sisa asap basi (third-hand smoke). Asap rokok ini merujuk kepada sisa gas dan bahan-bahan kimia daripada asap utama (mainstream smoke) dan asap sampingan (sidestream smoke) yang melekat pada permukaan.

Secara keseluruhannya, Perokok Pasif dan Perokok Ketiga akan menanggung kesan yang lebih berbahaya berbanding dengan Perokok Aktif. Hal ini dikatakan demikian kerana:

β—½Mereka menyedut lebih banyak toksin dalam asap yang terbebas daripada pembakaran rokok. Di dalam kebanyakkan rokok, terdapat penapis yang menghalang perokok aktif daripada menyedut toksin.

β—½Kedua- dua golongan ini menyedut asap sisa pembakaran hujung rokok yang mempunyai kandungan agen penyebab kanser (carcinogens) yang lebih tinggi.

β—½Asap rokok yang dihembus oleh perokok aktif mempunyai partikel yang lebih halus daripada yang terkandung dalam asap rokok yang disedut oleh perokok aktif. Partikel halus ini lebih mudah diserap ke dalam paru-paru, permukaan kulit dan salur darah.



Posting 1Tema: Anti-rokokTajuk: Bahan kimia yang terdapat di dalam rokokDisediakan oleh: Insyirah Alya binti Mohamad Noo...
08/12/2023

Posting 1
Tema: Anti-rokok
Tajuk: Bahan kimia yang terdapat di dalam rokok
Disediakan oleh: Insyirah Alya binti Mohamad Noor Iman ( 294862 )

𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 πŠπˆπŒπˆπ€ π˜π€ππ† 𝐓𝐄𝐑𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓 πƒπˆ πƒπ€π‹π€πŒ π‘πŽπŠπŽπŠ

Rokok, batang tembakau yang kelihatan tidak berbahaya, mengandungi realiti yang jauh lebih buruk daripada yang digambarkan oleh rupa bentuknya. Di sebalik daun kering tersebut, terdapat campuran kompleks lebih 7,000 bahan kimia, kebanyakannya adalah toksik dan karsinogenik. Berdasarkan bahan-bahan tersebut, adalah penting untuk memberi perhatian yang sepenuhnya tentang bahaya merokok dan kepentingan berhenti.

Bahan Utama:

Nikotin: Sebatian ketagihan yang terdapat dalam tembakau, nikotin bertindak pada sistem ganjaran otak, mewujudkan pergantungan dan menyukarkan untuk berhenti.

Tar: Bahan hitam melekit yang mengandungi lebih 70 karsinogen yang diketahui, tar terkumpul di dalam paru-paru, menyumbang kepada masalah pernafasan dan kanser.

Ammonia: Bahan yang digunakan dalam pembuatan pencuci lantai. Gas yang terhasil daripada bahan ini akan merosakkan paru-paru dan mata.

Arsenik:Unsur beracun yang digunakan dalam racun perosak, arsenik merosakkan paru-paru dan meningkatkan risiko kanser.

Metana: Ditemui dalam cecair pengawet, metana adalah karsinogen yang diketahui yang merengsakan paru-paru dan mata.

Benzena: Bahan kimia yang digunakan dalam proses perindustrian, benzena adalah karsinogen yang meningkatkan risiko leukemia.

Ini hanyalah beberapa daripada banyak bahan berbahaya yang terdapat dalam rokok. Setiap sedutan mendedahkan perokok kepada banyak risiko yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan, termasuk:

Kanser: Merokok adalah punca utama kanser, mengakibatkan berlakunya kanser paru-paru dan beberapa jenis kanser lain.

Penyakit jantung: Merokok merosakkan saluran darah dan meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.

Penyakit pernafasan: Merokok merengsakan paru-paru dan menyumbang kepada penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD).
Masalah kesihatan lain: Merokok meningkatkan risiko pelbagai masalah kesihatan, termasuk kemandulan, osteoporosis dan katarak.

Pelbagai bahan berbahaya dalam rokok melukiskan gambaran seram tentang bahaya merokok. Bahan kimia ini mempunyai kesan buruk terhadap kesihatan, membawa kepada pelbagai penyakit dan kematian pramatang. Maklumat yang diberikan di sini harus menjadi peringatan yang jelas tentang kepentingan berhenti merokok dan mengutamakan gaya hidup sihat. Jika anda seorang perokok, terdapat banyak sumber yang tersedia untuk membantu anda berhenti dan memulakan jalan yang lebih sihat.



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.Memperkenalkan diri, kami merupakan pelajar Universiti Utara Malaysia(UUM) Semeste...
07/12/2023

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Memperkenalkan diri, kami merupakan pelajar Universiti Utara Malaysia(UUM) Semester A231 dari kumpulan 3 kelas MPU 1013 Penghayatan Etika Dan Peradaban (L). Di halaman ini, kami akan berkongsi maklumat mengenai tajuk tugasan kami iaitu β€˜β€™Anti Rokok β€œ .Diharapkan postingan kami mendapat sambutan dan perhatian ramai. Selamat Membaca!

Address

Universiti Utara
Universiti Utara
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penghayatan Etika dan Peradaban - Group 3 - L posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share