A231 Kumpulan B2

A231 Kumpulan B2 MPU1022 - Penghayatan Etika & Peradaban

📌KESIMPULANIntegriti dan rasuah merupakan perbuatan yang saling bertentangan antara satu sama lain. Integriti merujuk ke...
16/12/2023

📌KESIMPULAN

Integriti dan rasuah merupakan perbuatan yang saling bertentangan antara satu sama lain. Integriti merujuk kepada perbuatan baik dan beretika yang dituntut untuk diamalkan kepada para penganut semua agama di dunia. Namun rasuah adalah perbuatan bertentangan dengan integriti dan dilarang keras oleh semua ajaran agama.

Dalam konteks etika dan peradaban di Malaysia, integriti dan rasuah merupakan elemen utama yang menyebabkan maju dan mundurnya Malaysia sebagai sebuah negara berperadaban. Semua masyarakat Malaysia haruslah mengamalkan integriti seperti amanah, ikhlas, injur, transparensi dan segala perbuatan baik sudah pasti dapat merealisasikan impian negara menjadi sebuah negara maju pada masa hadapan.

Oleh itu, semua pihak termasuk para pelajar perlu mengembleng tenaga dengan bersungguh-sunguh untuk memahami konsep integriti dan rasuah dengan baik dan mendalam, seterusnya berusaha membendung, mencegah dan membasmi inayah rasuah secara habis-habisan. Ini kerana kerjasama semua pihak akan memudahkan pihak penguatkuasa seperti SPRM dalam memerangi jenayah rasuah sehingga ke peringkat akar umbi masyarakat.

Akhirnya, integriti perlu diamalkan oleh rakyat di negara ini supaya gejala rasuah dapat dibendung dengan sebaik mungkin dan tidak berleluasa.
Hal ini kerana perkara ini boleh membuatkan sesebuah negara yang terlibat dengan gejala rasuah yang berleluasa akan menjadi mundur dan kurang maju dari segi ekonomi dan sebagainya. Za'ba pernah menitipkan pesanan bahawa "barang siapa berbuat khianat, Tuhan kelak memberi laknat".

NAMA : HANIS ZAFIRAH BINTI MOHAMAD SABRI NO. MATRIK : 298276📍Simptom rasuah.1. Mendapat panggilan telefon yang mencuriga...
15/12/2023

NAMA : HANIS ZAFIRAH BINTI MOHAMAD SABRI
NO. MATRIK : 298276

📍Simptom rasuah.

1. Mendapat panggilan telefon yang mencurigakan.
- Keadaan ini boleh difahami apabila seseorang pekerja atau pegawai menerima panggilan telefon yang tidak sepatutnya diterima terutamanya apabila membabitkan sebarang bentuk urusan di luar saluran rasmi. Misalnya, menjawab panggilan telefon daripada pembida tender, ataupun pelanggan berkepentingan untuk mendapatkan projek daripada pihak kerajaan. Sekiranya panggilan telefon tersebut mendapat respon yang negatif, pekerja atau pegawai yang terlibat terdedah dengan sebarang bentuk transaksi rasuah.

2. Perletakan jawatan secara tiba-tiba.
- Hal ini berlaku apabila seseorang pekerja atau pegawai telah ditawarkan sejumlah wang suapan atau sogokan yang banyak dan dapat menampung kehidupannya dalam jangka masa Panjang. Ini menyebabkan beliau meletakkan jawatan secara tiba-tiba kerana tidak! mahu lagi dibebani kerja sebelum ini.
Selain itu, terdapat situasi seorang pekerja meletak jawatan kerana kegiatan rasuahnya sudah dapat dihidu oleh rakan sekerja ataupun pihak atasan.

3. Tekanan kehidupan kerana dibebani hutang.
- Sesetengah pekerja mengambil rasuah kerana mengalami tekanan hidup seperti hutang. Pada era ini, kos sara hidup sudah makin meningkat. Tambahan p**a, gaji mereka tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian. Hal ini menyebabkan mereka berhutang untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Apabila hutang terlalu banyak, mereka menerima rasuah dengan membutakan mata dan hati mereka walaupun mereka sedar bahawa rasuah ini adalah perkara yang salah dan dapat dijatuhkan hukuman jika didapati bersalah. Dengan mengambil rasuah, mereka dapat mengurangkan beban hutang mereka.

4. Hubungan yang terlalu rapat dengan pelanggan atau jabatan.
-Keadaan ini dapat digambarkan berdasarkan kedudukan dan jawatan seseorang pegawai yang mempunyai kuasa untuk meluluskan atau membatalkan sesuatu permohonan seperti projek kerajaan, tender, serta sebut harga. Jawatannya sebagai pembuat keputusan menyebabkan dia menjalinkan hubungan yang sangat rapat dengan para pelanggan syarikat atau jabatannya. Perhubungan rapat tersebut dijadikan sebagai alasan untuk mendapatkan atau menerima sesuatu seccara tidak sah demi kepentingan diri sendiri seperti wang ringgit, hadiah ataupun perkhdimatan (termasuk perkhidmatan seks).

NAMA: SITI AINA MASTURA BINTI AHMAD HIDAYATNO. MATRIK: 298189📌 KESAN RASUAHRasuah merupakan suatu amalan yang sering men...
12/12/2023

NAMA: SITI AINA MASTURA BINTI AHMAD HIDAYAT
NO. MATRIK: 298189

📌 KESAN RASUAH
Rasuah merupakan suatu amalan yang sering menjadi buah mulut masyarakat di negara kita sejak kebelakangan ini. Hal ini demikian kerana pengamalan integriti yang rendah dalam diri individu dalam kelompok yang berkuasa dalam sesebuah negara mahupun kump**an masyarakat. Amalan rasuah akan mendatangkan kesan yang negatif kepada individu, masyarakat serta negara. Sekiranya dibiarkan tanpa mengenakan tindakan undang-undang kepada mereka yang tidak bertanggungjawab, gejala ini akan terus berleluasa dan berterusan. Oleh yang demikian, disini akan dihuraikan beberapa kesan rasuah kepada masyarakat dan negara.

Dari sudut kesan rasuah terhadap masyarakat dapat dihuraikan adalah:
1) Menjatuhkan moral dan maruah seseorang individu mahupun kelompok masyarakat
Apabila mereka yang terlibat dalam amalan rasuah; tidak kira memberi atau menerima, seseorang individu itu akan kehilangan pertimbangan dan tidak dapat berfikir secara rasional. Hal ini demikian kerana wang yang ditawarkan adalah dalam jumlah yang besar mahupun diberikan kenaikan pangkat akan menyebabkan seseorang itu hilang pemikirannya yang rasional. Individu tersebut tidak akan nampak impak negatif yang bakal diterimanya apabila bersekongkol dalam jenayah ini. Sekiranya tertangkap dan dikenakan tindakan undang-undang, mereka yang terlibat akan menjadi buah mulut orang awam. Demikian, perkara ini akan menjatuhkan maruah individu yang terlibat kelak. Tambahan p**a, sekiranya mereka dipinggirkan oleh kelompok mereka sendiri kerana perbuatan mereka itu.

2) Menjejaskan nasib ahli keluarga
Seseorang individu yang terlibat dengan jenayah rasuah akan disabitkan tindakan undang-undang mengikut Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). Justeru, institusi keluarga individu bersalah turut terkesan nasib mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana sekiranya pesalah itu merupakan seorang ketua keluarga yang bertungkus-lumus mencari nafkah untuk keluarganya, mereka akan hilang tempat untuk bergantung. Ahli keluarga pesalah akan menghadapi masalah dari segi kewangan serta menghadapi masalah untuk menguruskan keluarga. Bukan itu sahaja, mereka juga akan dipandang serong oleh masyarakat sekeliling.

Di samping itu, kesan rasuah terhadap negara p**a adalah seperti berikut:
3) Melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi
Sesebuah negara berfungsi dengan efektifnya apabila semua organisasi di bawahnya menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh integriti. Hal ini demikian kerana pentadbiran Malaysia adalah berdasarkan pentadbiran Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Oleh yang demikian, negara tidak dapat berfungsi dengan efektif apabila berlaku pelanggaran undang-undang oleh penjawat-penjawat awam. Bukan itu sahaja, imej negara akan diperlekehkan oleh negara-negara lain kerana penjawat awam di negara kita tidak menjalankan tugas mereka dengan penuh etika. Sebagai contoh, calon A yang bertanding dalam pemilihan pengerusi baharu menawarkan untuk memberi suapan berupa wang sebanyak RM1500.00 sebagai bonus sekiranya pengundi dalam syarikat itu memilih calon A.

4) Menghalang pembangunan negara
Dalam aspek ini, imej negara yang semakin rosak akan memberi kesan kepada pembangunan negara. Negara tidak dapat membangunkan infrastruktur dalam negara kerana kekurangan modal. Modal yang diperoleh daripada pelabur-pelabur luar semakin berkurangan apabila imej negara merosot. Pelabur akan hilang kepercayaan kepada ekonomi di Malaysia kerana mereka tidak mahu ditipu ataupun terlibat dalam masalah mahupun jenayah. Lama-kelamaan ekonomi di Malaysia akan lumpuh seterusnya memberi impak kepada rakyat. Nilai mata wang Malaysia akan jatuh demikian akan berlakunya inflasi dalam negara dimana permintaan kurang kerana harga barang yang terlalu mahal. Demikian akan memberi kesan juga kepada cara hidup rakyat.

NAMA: KONG ZI HUINO. MATRIK: 298038TAJUK: KESAN AMALAN RASUAH TERHADAP NEGARAAmalan rasuah sentiasa berlaku dari pelbaga...
08/12/2023

NAMA: KONG ZI HUI
NO. MATRIK: 298038
TAJUK: KESAN AMALAN RASUAH TERHADAP NEGARA

Amalan rasuah sentiasa berlaku dari pelbagai aspek di mana-mana negara sehingga hari ini. Hal ini kerana mereka ingin memaksimumkan keuntungan serta memenuhi kehendak dan kepuasan mereka. Amalan rasuah merupakan satu aktiviti yang membawa banyak kesan buruk terhadap negara seperti dari aspek pentadbiran, ekonomi dan sosial. Oleh itu, semua pihak harus memberikan tumpuan terhadap amalan rasuah dan mengelakkan penglibatan diri daripada kegiatan rasuah.

1. Menjejaskan imej negara
☞ Amalan rasuah di dalam negara akan membawa kesan menjejaskan imej negara. Hal ini turut akan menyebabkan kehilangan pelancong dan pelabur asing ke negara kita kerana mereka tidak percaya akan sistem pentadbiran kita. Berdasarkan berita Astro Awani, seorang lelaki ditangkap oleh polis kerana kedainya menyimpan dan menjual rokok tanpa cukai. Dia cuba menyogok dengan memberi duit RM10,000 kepada pegawai Pasukan Polis Marin. Jika pihak berkuasa tidak memberikan tumpuan tentang kes-kes rasuah berlaku di dalam negara, maka akan menyebabkan peningkatan kes rasuah. Hal ini akan menyebabkan penyebaran berita negatif tentang gerakan haram yang berlaku dalam negara kita kepada pelabur dan pelancong dari luar negara. Akibatnya, pelabur-pelabur tidak akan melabur dalam negara kita kerana takut akan kerugian manakala pelancong-pelancong juga tidak akan melancong ke negara kita kerana mereka mempunyai tanggapan negatif terhadap negara kita. Oleh itu, seseorang perlu menjaga diri sendiri untuk mengelakkan penglibatan diri dalam rasuah supaya menjaga imej negara kita.

2. Menjejaskan ekonomi negara
☞ Amalan rasuah membawa kesan buruk dalam ekonomi negara. Rasuah adalah transaksi yang haram. Terdapat banyak kes penyeludupan barang berlaku dalam negara kita. Hal ini disebabkan mereka ingin mengelakkan pembayaran cukai seperti cukai import dan eksport kepada pihak tertentu. Sebagai contoh, dua orang awam dan pegawai kastam melakukan rasuah berhubung kegiatan menyeludup rokok. Mereka ditangkap berhubung kes penyeludupan rokok bernilai RM840,000. Mereka menjalankan gerakan haram kerana mereka ingin mengelakkan untuk membayar cukai. Dalam konteks ini, pihak kerajaan mengutipkan cukai yang tinggi terhadap rokok adalah salah satu langkah untuk mengurangkan perokok supaya menjaga kesihatan rakyat. Oleh sebab itu, mereka menjalankan gerakan haram untuk mendapatkan rokok tanpa cukai dan menjualnya dengan harga yang lebih rendah kepada perokok berbanding dengan harga rokok dalam pasaran untuk mendapat keuntungan. Cukai yang dikutip oleh pihak kerajaan adalah sebagai modal untuk membangunkan ekonomi negara seperti melabur dalam aktiviti pembangunan negara. Kelakuan haram seperti rasuah akan menyebabkan pihak kerajaan gagal mengutip cukai dan mengalami masalah kekurangan modal untuk membangunkan negara. Oleh itu, amalan rasuah adalah salah satu amalan buruk yang akan menjejaskan ekonomi negara.

3. Menjejaskan kestabilan negara
☞ Amalan rasuah berlaku di dalam negara akan membawa kesan ketidakstabilan negara dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Pertambahan kes rasuah dalam negara akan merosakkan kepercayaan rakyat terhadap institusi kerajaan dan sistem keadilan. Hal ini akan menyebabkan ketidakstabilan dalam sosial. Rakyat akan berasa kecewa terhadap pihak kerajaan yang tidak mengambil langkah untuk menghapuskan amalan rasuah. Rakyat juga akan berasa tidak aman dalam kalangan masyarakat. Seterusnya, amalan rasuah juga akan menjejaskan kestabilan dalam politik negara. Sebagai contoh, dalam Pilihan Raya Umum, pemimpin atau parti politik yang melakukan rasuah akan memilih untuk memberikan bantuan atau melaksanakan pembangunan infrastruktur di kawasan yang dikuasai oleh parti tertentu atau mempunyai pengundi yang diharap menyokong mereka. Mereka juga akan menyalahgunakan kuasa untuk memberi peluang dari pelbagai aspek dan melindungi orang mereka. Mereka akan memenuhi kepuasan mereka tanpa mengira kebajikan rakyat. Hal ini menyebabkan kebajikan rakyat tidak dapat terpelihara dan keamanan negara akan terjejas. Oleh itu, amalan rasuah merupakan salah satu amalan yang boleh menjejaskan kestabilan negara seperti politik, ekonomi dan sosial.

NAMA : MUHAMMAD ALFIAN HAIKAL BIN HAFIDZINO MATRIK : 298102PUNCA RASUAH📌Kegiatan rasuah semakin berleluasa di negara kit...
29/11/2023

NAMA : MUHAMMAD ALFIAN HAIKAL BIN HAFIDZI
NO MATRIK : 298102

PUNCA RASUAH📌

Kegiatan rasuah semakin berleluasa di negara kita dan menjadi ancaman kepada imej negara. Terdapat beberapa faktor dan langkah-langkah drastik yang perlu dilakukan untuk mencegah kegiatan rasuah ini.

1) Kelemahan peribadi seseorang induvidu.
- Kelemahan peribadi ini mungkin disebabkan oleh kurangnya didikan agama dan moral seseorang.
- Sikap tamak menyebabkan golongan yang mengambil rasuah ini sanggup mengetepikan ajaran agama. Mereka hanya memikirkan kesenangan sementara tanpa sedar balasan dan hukuman yang bakal diterima kelak.

2) Kelemahan kepimpinan dan pengurusan.
- Kepimpinan yang tidak cekap dan lemah menyebabkan kurang penyeliaan dan pemantauan ke atas golongan pekerja.
- Hal ini akan mendorong aktiviti rasuah berlansung secara berleluasa dalam sesebuah organisasi.
- Oleh itu, golongan pekerja merupakan golongan yang mudah terjebak dalam gejala rasuah.

NAMA : ELYA MAISARAH BINTI ABU BAKAR NO.MATRIK : 298151📌 Simptom rasuah a)  Perubahan gaya hidup mewah yang mendadak. -M...
26/11/2023

NAMA : ELYA MAISARAH BINTI ABU BAKAR
NO.MATRIK : 298151

📌 Simptom rasuah
a) Perubahan gaya hidup mewah yang mendadak.

-Memiliki harta benda dan wang ringgit melebihi gaji bulanan seperti memiliki kereta mewah (misalnya BMW, Mercedes, Lamborghini) dan tinggal di rumah mewah (contohnya banglo dua tingkat, semi-d dua tingkat) walaupun bekerja sebagai kerani gred 17 di sebuah institusi kerajaan. Ini kerana, gaji asas seorang kerani tidak melebihi RM5000.00 sebulan yang tidak memungkinkan seseorang itu mampu berkereta mewah apatah lagi memiliki sebuah rumah mewah. Jadi apabila seorang kerani mampu memakai kereta mewah dan tinggal di rumah mewah (melebihi kemampuan bulanannya) memberi suatu gambaran dia berkemungkinan besar terlibat dengan jenayah rasuah.

b) Kegagalan menjelaskan punca perolehan harta

-Menjadi salah satu simptom rasuah kerana terdapat unsur penipuan dalam usaha menyembunyikan nilai hartanya yang sebenar. Ini kerana terdapat wang atau harta yang diperolehnya melalui cara yang tidak sah di sisi perundangan dan haram di sisi agama Islam.

c) Enggan dinaikkan pangkat atau ditukarkan

-Keadaan ini dianggap sebagai simptom kerana seseorang pekerja atau pegawai itu mempunyai jawatan dan kepentingan untuk menjalankan transaksi rasuah. Mereka ini sudah mempunyai lubuk mendapatkan duit kopi/bonus harian/wang tepi/duit poket (secara tidak sah) tanpa diketahui oleh pegawai lain mahupun pihak atasan. Ini menyebabkan mereka ini selesa bekerja dengan gred sedia ada kerana duit tambahan tetap diperoleh. Apabila mereka ditawarkan kenaikan pangkat atau bertukar ke bahagian lain, mereka selalunya enggan menerima tawaran tersebut kerana takut kegiatan rasuah mereka diketahui atau tiada lagi wang tepi yang diterima kelak.

NAMA: AHMAD FARIS DANIEL BIN MOHD KHAIDIRNO MATRIK: 298315Punca Rasuah📌1.  Tekanan SosialFaktor yang boleh menyebabkan t...
23/11/2023

NAMA: AHMAD FARIS DANIEL BIN MOHD KHAIDIR
NO MATRIK: 298315

Punca Rasuah📌

1. Tekanan Sosial
Faktor yang boleh menyebabkan tindakan rasuah boleh datang daripada tekanan daripada atasan, rakan sekerja, atau persekitaran kerja yang memaksa untuk melaksanakan tindakan rasuah untuk mencapai matlamat, memperoleh promosi, atau mempertahankan pekerjaan. Tekanan seperti ini boleh menyebabkan seseorang terpaksa melakukan rasuah untuk mengekalkan pekerjaan atau usaha mereka dalam jangka masa yang lama.

2. Ketidakseimbangan Kuasa
Rasuah boleh menjadi kelebihan atau manfaat yang tidak sepatutnya dalam situasi di mana kuasa tidak seimbang antara pihak berkuasa dan rakyat. Tanpa teknik pengawasan yang berkesan, seseorang atau kump**an yang mempunyai kuasa yang besar boleh menyalahgunakannya untuk kepentingan peribadi. Individu atau lembaga boleh menggunakan kuasa mereka secara rasuah jika mereka mempunyai kuasa yang tidak terkawal atau tidak terhad.

3. Keperluan Ekonomi
Keadaan ekonomi yang sukar atau keinginan untuk mendapatkan wang dengan cepat boleh menyebabkan seseorang terjebak dalam rasuah. Individu mungkin percaya bahawa peluang untuk memperbaiki keadaan kewangan mereka terhad apabila mereka tinggal di persekitaran yang miskin atau di mana terdapat masalah kewangan yang besar. Ini boleh mendorong mereka untuk mencari alternatif tambahan untuk memperoleh keuntungan ekonomi, kadangkala melalui perbuatan rasuah.

4. Budaya yang Menerima Rasuah
Jika rasuah menjadi norma dalam budaya kelompok, orang ramai mungkin selesa melakukannya kerana ia dianggap normal dan biasa. Contohnya, budaya rasuah kebiasaannya boleh berlaku di sektor pendidikan dan kesihatan seperti meminta suapan daripada guru dan doktor demi kebaikan peribadi dan kendiri. Jadi, perkara ini akan memusnahkan integriti dalam penjawat awam dan swasta.

APA ITU RASUAH ?Rasuah adalah penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu keran...
20/11/2023

APA ITU RASUAH ?

Rasuah adalah penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah, diskaun.

Sebagai contoh, seorang kontraktor telah menghadiahkan seutas jam tangan kepada seorang pegawai kerajaan kerana telah meluluskan projek kepada syarikat milik kontraktor berkenaan.

Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) (Akta 694) :

Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) Akta SPRM 2009]
Menawar/Memberi suapan [seksyen 17(b) Akta SPRM 2009]
Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 Akta SPRM 2009]
Menggunakan jawatan/kedudukan untuk suapan pegawai badan awam [Seksyen 23 Akta SPRM 2009]

Gagal melapor pemberian, janji atau tawaran rasuah di bawah Seksyen 25 (1) dan (2) Akta SPRM 2009
DENDA : Tidak lebih RM100,000
PENJARA : Tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali

Gagal melapor permintaan atau memperoleh suapan di bawah Seksyen 25 (3) dan (4) Akta SPRM 2009
DENDA : Tidak lebih RM10,000
PENJARA : Tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali

Assalamualaikum dan Salam Biru Warna. 💙📌Kami merupakan pelajar Universiti Utara Malaysia bagi semester A231 sesi 2023/20...
18/11/2023

Assalamualaikum dan Salam Biru Warna. 💙

📌Kami merupakan pelajar Universiti Utara Malaysia bagi semester A231 sesi 2023/2024.

📌Halaman ini dicipta untuk menyempurnakan tugasan yang diterima bagi subjek MPU 1022 Penghayatan Etika dan Peradaban. Kami juga ingin berkongsi ilmu mengenai rasuah.

📌 Senarai ahli kump**an 2 :
1. Kong Zi Hui (298038)
2. Muhammad Alfian Haikal Bin Hafidzi (298102)
3. Elya Maisarah Binti Abu Bakar (298151)
4. Siti Aina Mastura Binti Ahmad Hidayat (298189)
5. ⁠Hanis Zafirah Binti Mohamad Sabri (298276)
6. Ahmad Faris Daniel Bin Mohd Khaidir (298315)

Address

Universiti Utara
Universiti Utara
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when A231 Kumpulan B2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share