Kumpulan 6 Penghayatan Etika & Peradaban

Kumpulan 6 Penghayatan Etika & Peradaban Universiti Utara Malaysia
Isu Etika dalam Pekerja di Sektor Awam & Sektor Swasta

TAJUK : ISU ETIKA DALAM PEKERJA DI SEKTOR AWAM DAN SWASTA“Usaha Bersama-sama, wujudlah persekitaran perkerjaan yang penu...
04/12/2023

TAJUK : ISU ETIKA DALAM PEKERJA DI SEKTOR AWAM DAN SWASTA
“Usaha Bersama-sama, wujudlah persekitaran perkerjaan yang penuhi moral dan etika “

"Work Together, create a work environment that is full of morals and ethics"

Sekian daripada kami.
Kump**an 6
Disediakan oleh
Name matrik
CHEN CHEE LONG (293163)
CHIN SHIN YU (293176)
YAP KAH SHIN (293252)
HAW KAH SHENG (293253)
SITI NUR SYAHIRUNNISAA BINTI ZULKIFFLI (293293)
IZZATUL SOLEHAH BT MAT KHIR (293310)
NUR SHAFIKAH BINTI ABDUL KADIR (293317)
TEH KEAN HONG (293332)
CHENG SOO CHYI (293363)
KUANG CHU XUAN (293404)

Posting 5 Hello everyone 🙌 Selamat sejahtera semua🤗🤗Apa khabor hari ni❓Korang sihat tak ari ni⁉️ Semoga kawan-kawan yang...
06/11/2023

Posting 5

Hello everyone 🙌 Selamat sejahtera semua🤗🤗Apa khabor hari ni❓Korang sihat tak ari ni⁉️ Semoga kawan-kawan yang tengah baca post ni sentiasa sihat yerrrr~ 🤓🤓

Harini kami ingin kongsikan isu berkaitan dengan pekerja di sektor awam dan swasta. Agak-agak lah korang dah tau sikit tentang isu ni apa kan❓🤪 Isu ni jugak familiar kepada korang yang tengah bekerja ni especially fresh graduate. Tapi bagi ade yang tak tau jgn jenoh garu kepala~. Kepala pening pening ni tak baik tau. Janganlah risau yer~😉🤭

Disini nk cerita bagi smua yang tak berapa tau tentang isu ni. Korang bolehlah scroll post kami ni😌, kot kot ade kegunaan lepasni ! Yang pening kepala🥴 tu pon boleh ringankan kerisauan korang lepas baca posting kami. So, jangan lepaskan post kami, btul2 benda yang penting nk kongsikan dengan korang ni.👋🏾 Kalo rase posting kami bermanfaat dan berminat, bolehlah simpan yer🤭 heheh🤪🤪

First, mai jawab satu soalan dulu....🤷‍♂️ Jangan takod dengan persoalan kami tau! 😆😆Mesti koranglah pelik kenape belum terang dah ade soalan p**ak.🤕 Jangan risau tau~😆 Soalan kami senang jer!😏 Kenapa kita nak bekerja??
🤔 Adakah untuk dapat wang? 💰💸Untuk capai impian? Nak kualiti kehidupan semakin baik?🤑Jika korang tak faham apa tu kerja dan hanya gunakan ni sebagai alat untuk dapatkan wang, korang la mudah jatuh ke dalam lubang tau!!!🥅.

Mailah tengok apa tu ~🤔🤔

Mentaliti dan tingkah laku "bersemangat untuk kejayaan cepat dan keuntungan cepat, dengan apa cara sekalipun". Untuk membuat lebih banyak wang, orang ramai akan "mencari cara untuk membuat wang besar, sebaik-baiknya dengan mudah," dan secara semula jadi mudah bagi mereka untuk menjadi oportunis, kurangkan kerja dan dapat lebih, atau dapat sesuatu dengan percuma. Oleh itu, akan berlaku isu dalam pekerja. 📝

Sekarang dah tau maksud apa tu kn😎🥳 Tpi masih kurangkan pemahaman tentang isu-isu yang pernah berlaku dalam kalangan pekerja sektor awam dan swasta kn… Korang dah get READY ya😆 nk terang ni, buka mata besar2 👀 tengok ape yang berlaku.🤔

Isu dalam pekerja di sektor awam dan swasta adalah:

📌Salah guna kuasa.
Sesetengah pekerja menyalahgunakan kuasa mereka untuk memaksa orang lain dengan membantu mereka melakukan sesuatu yang boleh mementingkan kepentingan peribadi. Hal ini akan menyebabkan mereka kehilangan kedudukan sewajarnya sedikit sebanyak, dan lebih mudah bagi mereka untuk memenuhi keperluan dan keinginan peribadi mereka daripada hubungan kuasa ses**a hati, mengabaikan kesejahteraan dan pendapat orang lain. Namun, pihak atasan perlu memerhati atau memantau setiap tidakan atau sikap yang dilakukan oleh pekerja untuk mengelakkan berlaku perkara pekerja dibuli.

⚠️Majikan perlu mengambil tindakan terhadap isu-isu tersebut supaya dapat mengelakkankejadian ini. Dasar yang boleh digunakan adalah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597). Berdasarkan akta ini dapat menyiasatkan pelanggaran hak asasi manusia dan penyalahgunaan kuasa antara majikan dengan pekerja atau pekerja dengan pekerja. Contohnya, kes bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6 iaitu Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak yang didakwa dengan beberapa kesalahan kewangan dan perubahan wang haram yang berkaitan dengan 1MDB. Kes ini melibatkan penyalahgunaan kuasa dalam pengurusan dana kerajaan.

📌Amalan berat sebelah.
Orang ramai mungkin mempunyai berat sebelah atau prasangka terhadap individu atau ahli kump**an. Contohnya, berat sebelah terhadap lelaki dan wanita. Kita haruslah mengawal emosi untuk mengelakkan membawa keburukan yang tidak adil kepada orang lain. Pihak pengurusan atasan perlu bijak dalam menjaga semua pekerja di bawahnya tanpa mengira pengkat, kaum dan sebagainya.

⚠️Setiap majikan perlu melaksanakan segala tanggungjawab sebagai ketua di sesebuah tempat kerja dengan profesional dan adil. Pihak majikan tidak boleh mengambil sikap pilih kasih atau melakukan amalan diskriminasi terhadap pekerja. Sikap pilih kasih dan amalan diskriminasi bukan sahaja akan merosakkan suasana dan keharmonian di tempat kerja. Pihak majikan haruslah menilai tahap kebolehan dan sumbangan bagi setiap pekerja seperti memberi penghargaan kepada pekerja yang melaksanakan tugasan dengan amanah.

📌Selalu lewat ke tempat kerja.
Pekerja pasti akan memberi pelbagai alasan jika mereka datang lewat ke pejabat antara contoh alasan yang selalu diberikan ialah kesesakan lalu lintas, cuaca buruk, ahli keluarga tidak sihat dan masalah kenderaan.

⚠️Majikan boleh menyediakan ganjaran bukan bentuk kewangan seperti bonus, elaun tahunan, faedah, cutian kerja, perumahan dan sistem pengangkutan serta Insurans. Ganjaran bukan kewangan adalah sebahagian daripada motivasi pekerja dan ini dapat meningkatkan prestasi pekerja. Apabila pekerja berasa bermotivasi, maka mereka bersemangat untuk melaksanakan tugasan masing-masing. Dalam isu ini dapat diselesaikan iaitu majikan boleh menyediakan beberapa ganjaran seperti elaun kenderaan atau menyewa rumah yang dekat dengan organisasi. Ganjaran yang diberikan kepada pekerja adlaah berdasarkan syarat yang ditetapkan.

📌Curi tulang semasa bekerja.
Masalah yang sering berlaku ketika di tempat kerja. Antara perkara lain yang selalu dilakukan oleh pekerja ialah keluar makan tengah hari bukan pada waktunya, mengambil masa rehat terlalu lama, mengambil kesempatan keluar semasa majikan tiada di tempat kerja, bermain permainan online ketika waktu kerja dan banyak lagi.

⚠️Pemantauan pekerja adalah cara yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini iaitu apabila pekerja mempunyai keinginan untuk mencuri tulang. Dengan pemantauan tersebut, majikan boleh memantau aktiviti pekerja mereka dan memberikan respons yang sewarjanya jika berlaku yang tidak dijangka. Pemantauan juga akan membantu dalam mencegah pelbagai masalah kerana majikan boleh memberikan arahan terus kepada pekerja sekiranya terdapat aktiviti yang tidak mengikut apa yang dipersetujui. Tambahan p**a, untuk menyelesaikan masalah tersebut, majikan boleh menetapkan matlamat yang jelas untuk membantu mereka menumpukan pada matlamat dan melaksanakan tugasan dengan lebih produktif.

Okay🤗 korang dah tengok post kami yang panjang lebar ni , btul btul korang dah faham ape kami kongsikan ni🤭🤩 Tpi kami nak cerita lgi sikit ni…😆😆 Ni penting tau📝sbb semua orang pon akan sebagai seorang pekerja tak kiralah yang masih belum bekerja terutamanya kepada pekerja perlu beri tumpuan tauuu.

‼️PENTING, PENTING,PENTING‼️ Marilah tgkkkk👀

🤵🏽Apa yang patutnya bagi majikan???
Majikan mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mematuhi dan melaksanakan segala keputusan atau dasar organisasi.

👨🏼‍💻Apa yang patutnya sebagai seorang pekerja???
Sebagai seorang pekerja mesti berintergriti tinggi, bersikap jujur dan menunjukkan keterampilan diri yang menarik untuk mengurangkan isu dalam pekerja.

Untuk melaksanakan langkah-langkah ini memerlukan komitmen daripada pihak berkaitan, baik daripada pihak kerajaan, pengurusan syarikat mahupun individu. Dengan usaha bersama, persekitaran kerja yang lebih produktif, adil dan mampan dapat diwujudkan dalam kedua-dua sektor awam dan swasta. Kepimpinan yang baik dari segi pengurusan dan pemahaman terhadap pekerja merupakan salah satu kunci utama dalam memastikan suasana kerja yang sihat. Hal ini demikian, strategi ini dapat memberikan kesan positif terhadap organisasi dan dapat mengurangkan risiko pelanggaran etika seperti isu-isu yang dilakukan. Dengan langkah-langkah ini, organisasi boleh mewujudkan budaya bekerjasama antara majikan dengan pekerja.

Boleh la faham kan.🤩 Ingatlah perkara ni sampai bila2 tau!!!!!!😎🤓

Sekian Terima Kasih 🙏

DISEDIAKAN OLEH:
1️⃣CHENG SOO CHYI 293363
2️⃣CHIN SHIN YU 293176

POSTING 4 Assalamualaikum dan hai semua 😍 mesti semua tertanya-tanya kan topik apa yang akan dibincangkan pada kali ini ...
05/11/2023

POSTING 4

Assalamualaikum dan hai semua 😍 mesti semua tertanya-tanya kan topik apa yang akan dibincangkan pada kali ini 🫣 Jadi, topik yang seterusnya kami akan mengupas dengan lebih lanjut berkaitan dengan isu rasuah dan pecah amanah yang berlaku dalam kalangan pekerja sektor awam atau swasta ✅

Apa itu rasuah?? 🤔Siapa yang sering terlibat dengan rasuah? 😧

Rasuah merujuk kepada tindakan yang melibatkan pemberian atau penerimaan suapan atau wang dengan tujuan mempengaruhi tindakan atau keputusan seseorang dalan jawatan awam atau swasta. 💵💵💵

Rasuah, juga dikenali sebagai suap atau korupsi, adalah tindakan tidak sah di mana seseorang memberi atau menerima sesuatu, seperti wang tunai, barang, atau khidmat, untuk mendapatkan manfaat atau pengaruh yang tidak sepatutnya dalam sesuatu proses atau keputusan, terutamanya dalam kerajaan, perniagaan, atau organisasi. Rasuah boleh merosakkan integriti, ketelusan, dan keadilan sistem sosial dan ekonomi serta menghambat pembangunan.

Terdapat dua jenis rasuah utama:
1. Rasuah Aktif: Ini melibatkan tindakan memberi atau menawarkan rasuah kepada individu atau entiti yang berkuasa untuk mendapatkan manfaat atau keputusan yang diingini.
2. Rasuah Pasif: Ini melibatkan penerimaan rasuah oleh individu atau entiti yang berkuasa dengan tujuan memberikan manfaat atau keputusan yang tidak sepatutnya.

Rasuah boleh merugikan masyarakat dengan berbagai cara, termasuk meningkatkan ketidakadilan, mengurangkan perkhidmatan awam yang berkualiti, dan merosakkan reputasi institusi dan negara.

Haa? Macam mana tu?
Contohnya, pemberian wang kepada seorang pegawai penguatkuasa untuk mengelakkan pemeriksaan atau Tindakan undang-undang terhadap sebuah perniagaan yang melanggar undang-undang👮🏻‍♂️💵🧑🏻‍🍳Contoh yang lebih mudah difahami ? Contohnya, seorang murid memberi suapan kepada gurunya untuk mendapatkan jawapan atau markah yang lebih baik dalam ujian atau peperiksaan 🧑🏻‍🏫

Haa dah faham kan… situasi-situasi di atas ini boleh merosakkan integriti dan sistem keadilan ‼️🤬

Rasuah adalah isu serius di seluruh dunia, dan ia mempunyai beberapa ciri dan akibat yang penting:

Ciri-ciri rasuah:
1. Pemberian atau penerimaan ganjaran tidak sah: Rasuah melibatkan pemberian atau penerimaan ganjaran yang melanggar undang-undang atau etika untuk mempengaruhi tindakan atau keputusan individu atau entiti yang berkuasa.

2. Melibatkan individu berkuasa: Rasuah biasanya melibatkan individu atau entiti yang mempunyai kuasa atau pengaruh dalam keputusan penting, seperti penjawat awam, pegawai kerajaan, atau pemimpin perniagaan.

3. Tujuan peribadi: Rasuah biasanya dilakukan untuk manfaat peribadi atau kepentingan individu atau kump**an, bukan untuk kepentingan umum.

Apa kesan jika pekerja-pekerja di sektor awam atau swasta sekiranya mereka melakukan rasuah ⁉️Kesannya boleh merosakkan integriti, keadilan dan kredibiliti sistem serta institusi 😢Di Malaysia kesan rasuah juga termasuklah boleh merosakkan kepercayaan awam 📉Rasuah ini akan merosakkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan institusi awam, yang boleh mengakitbatkan ketidakstabilan sosial. Selain itu, rasuah juga boleh merosakkan ekonomi. Rasuah boleh menghalang pembangunan ekonomi dengan menyebabkan perbelanjaan berlebihan, projek-projek tercemar dan pelaburan asing yang merosot 📊Pekerja yang terlibat dalam rasuah juga boleh dihukum undang-undang dan kehilangan pekerjaan 😭

Untuk mengatasi rasuah, penting untuk mempromosikan integriti, pelaporan, rasuah dan menegakkan undang-undang yang lebih ketat 💪🏻💪🏻

Apakah langkah yang perlu dilakukan untuk membanteras jenayah rasuah ini? 🤔Membanteras rasuah adalah usaha bersama yang memerlukan kerjasama semua pihak termasuk kerajaan, masyarakat dan sektor swasta 👨‍👩‍👧‍👦Beberapa langkah yang boleh diambil untuk membanteras rasuah termasuklah melaksanakan undang-undang yang ketat, menegakkan undang-undang, pendidikan dan kesedaran, audit dan pemeriksaan dan juga kepimpinan yang tegas. 👨🏻‍⚖️

Seterusnya, isu etika yang berlaku dalam sektor awam dan swasta ialah pecah amanah🕵‍♀️. Tahukah anda apakah itu pecah amanah? 🤔Pecah amanah ialah melanggar amanah yang diberikan atau dipikul dengan sebab perlanggaran ini menyebabkan berlaku tindakan yag prejudis atau merugikan kepada pihak atau orang lain. Jadi, adakah anda sudah faham apa itu pecah amanah? 🤨

Sekarang saya ingin memberitahu antara kesan yang akan dialami oleh syarikat sekiranya berlaku pecah amanah di tempat kerja. Jadi, take noted yee semua📌Yang pertama ialah sistem dan aturan syarikat terganggu. Hal ini berlaku kerana kes pecah amanah ini dilakukan secara senyap menyebabkan kita tidak tahu, apakah punca sistem dan aturan syarikat kita tidak teratur seperti sebelum ini😓 individu yang tidak bertanggungjawab seperti ini tidak mengambil serius amanah yang telah diberikan kepada mereka🥲.

Selain itu, syarikat juga akan mengalami kerugian walaupun sedikit termasuk kerugian dari segi kos💸 Kos yang melibatkan syarikat bukan sedikit tetapi banyak😪 kebocoran data - data syarikat 📑🗂boleh menjejskan reputasi syarikat itu sendiri. Bukan syarikat sahaja yang akan menanggung kerugian itu bahkan pekerja - pekerja🧑‍💻 juga perlu menanggung perkara yang sama. Tidakkah orang sebegini memikirkan nasib orang lain dikemudian hari? Mereka juga mencari rezeki untuk keluarga, bukan anda sahaja. Jadi, sebelum bertindak fikirlah kesanny yang akan berlaku terhadap diri anda🧑‍⚖️.

Okay sekarang saya ingin memberitahu kesan yang lain p**ak 😉 Kesan seterusnya ialah syarikat akan kehilangan keyakinan pelanggan. Apabila berlakunya kes pecah amanah ini semestinya pelanggan tidak akan membeli produk syarikat kita. Keyakinan untuk mereka membeli belah sudah tidak ada. Ini bukan sahaja mengurangkan jualan produk syarikat bahkan syarikat juga boleh muflis😩. Keyakinan pelanggan ini penting bagi meningkatkan jumlah jualan. Sekiranya berlaku kes seperti ini, pelanggan tetap juga akan beralih arah daripada produk syarikat.

Jadi, saya inhin memberitahu p**a pecah amanah mengikut perspektif Islam🕌. Pecah amanah atau mengabaikan amanah yang diberikan merupakan suatu kesalahan yang amat berat di sisi Islam❗️ sehinggakan ia tidak dapat ditebus sekalipun dengwn pengorbanan seseorang yang berjuang pada jalan Allah S.W.T. sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Menyertai perang fisabilillah akan menghapus segala dosa kecuali amanah. Amanah itu ada dalam solat. Amanah juga ada dalam puasa. Amanah juga ada dalam percakapan. Maka, amanah yang paling berat adalah menyimpan sesuatu yang telah diamanahkan".

Haa... faham tak? Sedangkan Islam juga ada menekankan berkaitan amanah ini. Kita jangan pandang serong dengan amanah yang diberikan kepada kita tauu🥺 Jangan lupa menjalankan amanah yang diberikan kepada kita dengan sebaiknya

sekian terima kasih❤️❤️

DISEDIAKAN OLEH:
1. IZZATUL SOLEHAH BT MAT KHIR 293310

2. SITI NUR SYAHIRUNNISAA BINTI ZULKIFFLI 293293

Posting 3Hai semua 😊 Kami harap anda semua berada dalam keadaan yang sihat ✨ Dalam posting sebelumnya, anda semua telah ...
04/11/2023

Posting 3

Hai semua 😊 Kami harap anda semua berada dalam keadaan yang sihat ✨ Dalam posting sebelumnya, anda semua telah di kongsikan dengan isu etika dalam pekerja di sektor swasta dan juga di sektor kerajaan, tetapi adakah anda semua tahu yang sebenarnya banyak lagi isu-isu etika yang sering berlaku di dalam kedua-dua sektor ini, sama ada kita sedar atau tidak sahaja 🤔 Jadi, dalam posting kali ini kami akan kongsikan isu-isu etika lain yang sering juga berlaku di dalam pekerjaan 🙌🏻🫱🏻‍🫲🏼

Antara isu yang kami ingin kongsikan ialah isu diskriminasi ☝🏻Kami pasti anda semua pernah dan sering dengar perkataan diskriminasi ini tetapi adakah anda semua tahu apa maksud diskriminasi? 🤔 Diskriminasi merujuk kepada layanan yang tidak adil terhadap individu tertentu 👥 Tahukah anda, diskriminasi ini merupakan satu perbutan yang sering dijumpai di dalam masyarakat sejak sekian lama 🙁🫢 Antara salah satu punca berlakunya diskriminasi ini adalah akibat daripada kecenderungan manusia untuk membeza-bezakan manusia yang lain 😥

Menurut Berita Harian yang diterbitkan pada 14 September 2023, satu kajian yang telah dijalankan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendapati sebanyak 64 peratus (64%) rakyat di Malaysia mengalami beberapa bentuk diskriminasi dalam tempoh 12 bulan yang lalu dan melibatkan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas di seluruh negara 😱😨

Diskriminasi juga merujuk sebagai perlakuan yang buruk, ditujukan kepada suatu golongan yang tertentu. Tahukah anda, diskriminasi ini boleh dibahagikan kepada beberapa jenis! 🤔 Mari kami kongsikan apakah jenis-jenis diskriminasi yang boleh berlaku di dalam pekerjaan sektor swasta dan sektor kerajaan 🏢

1️⃣ Diskriminasi Umur 🧑🏻👨🏻‍🦳
‘Ageisme’ atau diskriminasi usia sering terjadi ketika individu diperlakukan secara tidak adil atau mendapat layanan yang buruk hanya berdasarkan usia mereka. Contohnya, di dalam pekerjaan sama ada di sektor swasta mahupun sektor kerajaan hanya mengutamakan prestasi golongan yang muda. Ini menyebabkan individu yang lebih berusia s**ar untuk mendapat penghargaan kerana golongan ini sering kali dianggap generasi yang lama dan tidak selari dengan trend yang terkini, sekaligus menyebabkan pandangan mereka menjadi kurang relevan walaupun mereka memperoleh pengalaman yang luas 😟

2️⃣ Diskriminasi Jantina 👩🏻👨🏻
Diskriminasi ini mengakibatkan individu tertentu diberikan layanan yang tidak adil hanya disebabkan oleh jantina mereka sahaja. Sebagai contoh, kerap kali pekerja wanita menerima gaji 💵 yang lebih rendah daripada pekerja lelaki walaupun mereka memberikan sumbangan dan mempunyai pengalaman yang sama di dalam pekerjaan Tambahan p**a,terdapat banyak kajian yang telah membuktikan bahawa golongan wanita sering dibayar gaji yang lebih rendah berbanding golongan lelaki tanpa mengira bangsa dan kump**an etnik.

3️⃣ Diskriminasi Kesihatan 🚶🏻👨🏻‍🦽
Di dalam isu ini p**a, individu diberikan layanan yang tidak adil mungkin kerana mereka pernah mengalami atau menderita penyakit atau kecacatan tertentu 😯 Misalnya, individu yang pernah mengalami sebarang penyakit seperti penyakit mental sering di pandang rendah dan ditolak untuk mengisi jawatan yang tertentu, walaupun mereka telah sembuh dan mampu menjalankan tugas dengan baik.

4️⃣ Diskriminasi Agama🧕🏻👱🏻‍♀️
Walaupun Malaysia mempunyai penduduk yang mengamalkan ajaran agama yang berbeza, diskriminasi terhadap agama ini masih wujud di dalam sektor swasta dan juga kerajaan 🏢 Sebagai contoh, walaupun majoriti penduduk di Malaysia beragama Islam, masih terdapat sebahagian syarikat yang melarang pekerja perempuan memakai tudung dan terdapat juga pekerja Islam yang ditegur oleh majikan kerana mengerjakan solat.

📌 Walau bagaimanapun, tidak semua pekerjaan di dalam sektor swasta dan sektor kerajaan di Malaysia melakukan diskriminasi ke atas pekerja 🤗 Namun, kita semua mestilah berusaha untuk mengelakkan daripada melakukan diskriminasi ke atas mana-mana individu tanpa mengira umur, jantina, kesihatan, kaum dan agama ✨ 🫱🏻‍🫲🏼

Seterusnya, saya nak kongsikan isu gangguan seksual yang selalu berlaku di tempat kerja. Masalah gangguan seksual sering dilaporkan dalam negara kita dan berita ini sering diperhatikan oleh orang ramai😨😰.

Marilah kami bersama-sama bincang tentang isu gangguan seksual.

Yang pertama☝️, apa itu gangguan seksual❓❓❓ Gangguan seksual merupakan perbuatan atau penyataan yang bersifat seksual boleh memberi kesan negatif😩 ke atas semangat pekerja dan prestasi kerja. Ia boleh mencetuskan implikasi negatif kepada negasa sama ada dari aspek psikologi, fisiologi dan tingkah laku. Adakah kamu tahu gangguan seksual di tempat kerja bukan sahaja melibatkan mangsa wanita👩 tetapi juga melibatkan lelaki🧑. Walaubagaimanapun, pekerja wanita🙍‍♀️ sering menjadi mangsa gangguan seksual.
Gangguan seksual juga terbahagi kepada 5️⃣ jenis, sini saya akan beri sedikit penjelasan tentang jenis gangguan seksual.

1️⃣ Gangguan fizikal iaitu melibatkan sentuhan yang tida diingini, menepuk🖐️, mengusap, memeluk🫂, mencium💋 dan sebagai tingkah laku yang dirasakan tidak selesa kepada kamu.

2️⃣Gangguan secara lisan merangkumi kata-kata, komen💬, gurauan, usikan bungi🗣️ dan soalan-soalan yang berbentuk ancaman cadangan seksual.

3️⃣Gangguan secara visual iaitu menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, menghantar nota 💌, mel elektronik📩, foto 📷melalui peralatan elektronik atau komunikasi kepada pengadu.

4️⃣Gangguan secara psikologi merupakan perbuatan mengulangi jemputan sosial yang telah tidak diterima, nemujuk rayu berterusan atau mendesak untuk keluar bersama atau bagi memenuhi keinginan seksual

5️⃣Gangguan secara isyarat/bukan lisan adalah pandangan👀 atau kerlingan yang membayangkan sesuatu niat atau keinginan, isyarat tangan🫶atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks.

Selain daripada 5 jenis gangguan seksual, gangguan seksual di tempat kerja juga dibahagikan kepada 2 keadaan:

1️⃣Quid Quo Pro
Tak pernah tengok perkataan ni❓Takpa saya buat sedikit penjelasan. Keadaan ini adalah berlaku kepada seseorang yang mempunyai kuasa untuk memberi sesuatu ganjaran kepada pengadu. Contohnya, jika pengadu memberi layanan seksual kepada orang yang mempunyai kuasa, orang yang dianggap mempunyai kuasa akan memberi ganjaran seperti menaik pangkap👩‍💻, menaik gaji💰dan mendapat ganjaran lain seperti hadiah🎁.

2️⃣Hostile Working Environment
Ini merupakan gangguan, diskriminasi atau penganiayaan terhadap pekerja di mana pekerja diganggu melalui perbuatan, perkataan atau isyarat bersifat lucah, komen terhadap sifat fizikal mangsa. Tindakan ini akan mencetuskan kesan atau emosi negatif seperti takut😨, tidak selamat, tersinggung atau terhina kepada mangsa.

Haah, sampai sini semua orang dah faham apa itu gangguan seksual dan jenis-jenis dan keadaan gangguan seksual di tempat kerja. Kalau pekerja-pekerja yang disyaki menghadapi gangguan seksual ini kena lapor📞☎️ kat mana ❓
Pekerja di sektor swasta boleh membuat aduan berhubung dengan kes-kes gangguan seksual di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Manakala bagi pekerja di sektor awam, mereka mempunyai peraturan perkhidmatan awam. Garis panduan 2005 terpakai kepada semua perkhidmatan negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan. Peraturan 4A Peraturan-Peraturan Pegawai Awam melarang⚠️🚫 seseorang Pegawai Awam daripada melakukan sebarang perlakuan yang terjumlah kepada gangguan seksual. Pegadu boleh membuat aduan rasmi kepada pihak berkuasa tataterbik mengenai kejadian gangguan seksual supaya tindakan tataterbik dapat diambil terhadap pelakunya.

‼️“sebanyak 506 kes gangguan seksual direkodkan sejak tahun lalu sehingga kini” ‼️kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Nancy Shukri. Beliau juga percaya jumlah sebenar kes gangguan seksual yang berlaku adalah melebihi data rasmi diterima😥 berikutan masih terdapat mangsa yang enggan tampil untuk menlaporkan 🤐😶 perbuatan jenayah tu.

🔚Gangguan seksual merupakan salah satu perlakuan yang dilarang mengikut Peraturan 4A Peraturan-Peraturan Pegawai Awam(kelakuan dan tatatertib)1993. Kita mestilah elak dari menjadi mangsa gangguan seksual ini dan menjadi pelaku ganguan seksual. Hal ini kerana perkara ini telah melanggar integriti kita. Secara tidak langsung, gangguan seksual juga turut mencamarkan nama baik dan imej sesebuah organisasi 🏢.

Akhirnya, harap rakan-rakan tidak akan menghadapi masalah ini pada masa akan datang dan patutlah buat lapor secepat mungkin jika menghadapi masalah ini.

DISEDIAKAN OLEH:
NUR SHAFIKAH BINTI ABDUL KADIR 293317
KUANG CHU XUAN 293404

Posting 2Hai dan selamat petang kepada semua kawan-kawan~ 🤗 Apa khabar ye harini? 🥳 Harap semua kawan2 tetap dalam keada...
03/11/2023

Posting 2

Hai dan selamat petang kepada semua kawan-kawan~ 🤗 Apa khabar ye harini? 🥳 Harap semua kawan2 tetap dalam keadaan sihat. Harini kami nak kongsikan beberapa isu etika dalam pekerja di sektor swasta dan awam kepada semua anda yang nampak post ni. 🤓

Kepada sesiapa yang hampir nak habis pelajaran dan dah sedia nak masuk masyarakat untuk kerja, sudah mula fikir tentang hadapan pekerjaan sendiri kan? 🧐 Ada orang gembira atau teruja kerana mereka terlepas dari belajar dan boleh mula membuat wang sendiri, juga ada orang rasa bimbang sebab takut tentang isu etika yang berlaku dalam pekerjaan. Walaupun nak kata tak payah risau, tapi sedihnya isu etika tu sebenarnya ada ataupun boleh kata sentiasa berlaku dalam pekerjaan.🥲

Isu etika dalam pekerja di sektor swasta dan awam seringkali mencakup banyak aspek. Okay, sekarang kami nak mengekumakan 2 isu etika yang berlaku dalam pekerja di sektor swasta dan juga awam kepada semua anda. 🧑‍🎓

Pertama ☝️, isu etika yang berlaku dalam pekerja di sektor swasta dan awam yang kami nak kongsikan ialah diskriminasi perkauman😨. Diskriminasi perkauman ialah layanan yang tidak adil atau tidak memihak kepada individu atau kump**an berdasarkan kaum, etnik atau keturunan. Isu etika ini amat penting di tempat kerja🏢 kerana ia boleh mengancam prinsip keadilan⚖️, kesaksamaan dan peluang yang saksama untuk semua anggota pekerja.

Biar saya beritahu 🗣️anda semua, isu etika diskriminasi perkauman dalam kalangan pekerja banyak berlaku dalam aspek seperti di bawah:

Layanan pekerjaan yang tidak adil: Anda semua tahukan Malaysia 🇲🇾 ada banyak kaum 🧑🏻🧑🏽🧑🏾 dan yang samanya semua orang kena bekerja, tetapi dapat kerja bukan yang senang sebab diskriminasi. Ada sesetangah majikan mengambil pekerja dengan mengambil kira ras, etnik dan asal usul mereka dan mereka menolak semua pemohonan pekerjaan daripada sesiapa sahaja daripada kaum yang tidak s**a. Majikan tersebut biasanya hanya menerima pekerja yang sama kaum dan etnik dengan sendiri. Walaupun ada orang yang berjaya lulus pemohonan pekerjaan mereka, berkemungkinan menghadapi masalah ketidakadilan pengajian, faedah, peluang kenaikan pangkat dan sebagainya. Contohnya, gaji 💰 mereka lebih kurang daripada pekerja yang setaraf dan faedah yang dinikmati juga rendah dan sedikit. Mereka juga tidak akan mempunyai peluang untuk kenaikan pangkat. Isu ini lah paling biasanya berlaku dalam kalangan pekerjaan.

Persekitaran Kerja 🖥️ Bermusuhan: Persekitaran kerja yang bermusuhan ialah persekitaran di mana perkauman atau diskriminasi kaum mewujudkan suasana yang tidak diingini dan tidak selesa 😮‍💨 untuk pekerja. Jika seorang bekerja di tempat kerja yang tiada pekerja yang sama etnik dan kaum, seseorang tersebut berkemungkinan dipinggir 😔 dan dikecualikan oleh kump**an rakan sekerja yang sama kaum. Sebenarnya, keadaan ini boleh dikatakan “ok” lagi sebab semua orang tiada sesiapa yang mengganggu antara satu sama lain dan boleh menumpukan perhatian kepada kerja sendiri. Kesan negatif 😩 yang dapat ialah tidak akan ada interaksi sosial, tiada kawan, dan lain-lain. Jika anda bekerja dalam persekitaran kerja yang sangat bermusuhan dan diskriminasi kaum, perkara yang paling teruk ialah mereka bukan sahaja mengecualikan anda, tetapi mereka juga membuat komen 🤬 dan tingkah laku yang menghinakan anda. menyebabkan kemudaratan fizikal dan mental kepada anda. Dengan jelaskan ini, anda semua berasa jahat ke tak, fikirkan! Sekiranya, keadaan ini ia boleh menyebabkan dan kemurungan yang teruk kepada orang lain.

Latihan dan pendidikan🏫📚: Majikan sering memberikan latihan💼🎓 tentang tugas dan pekerjaan kepada pekerja 👔💼mereka untuk meningkatkan 📈kemahiran dan produktiviti mereka. Diskriminasi perkauman dalam aspek latihan pekerjaan mengacu pada perlakuan diskriminasi yang didasarkan pada ras atau etnisitas dalam pelatihan atau pengembangan karyawan di lingkungan kerja. Isu-isu ini dapat mencakup ketidaksetaraan dalam peluang pelatihan, pelatihan yang tidak memadai untuk kelompok minoritas, atau perlakuan diskriminasi selama program pelatihan. Majikan 👨🏽‍💻yang diskriminasi kaum akan memberikan peluang pelatihan yang lebih banyak kepada pekerja yang setaraf kaum berbanding dengan kaum lain. Semasa program pelatihan dijalani, majikan juga akan memberikan lebih banyak pengetahuan profesional kepada pekerja dari kaum yang sama dengan lebih tumpuan, fokus, berhati-hati dan kesabaran. Tahap latihan yang berbeza di kalangan pekerja yang berlainan kaum membawa kepada ketidaksamaan yang melampau dalam tahap kemahiran dan pengetahuan di kalangan pekerja.

Mekanisme ganjaran 🎁 💴 dan hukuman 🧑‍⚖️: Majikan yang berat sebelah dan diskriminasi akan memberikan layanan yang baik 👍kepada orang dari kaumnya sendiri. Contohnya, memberikan lebih banyak faedah dan ganjaran kepada mereka apabila menghabis tugasan sendiri dengan teliti, tetapi hanya berikan hukuman yang ringan sekiranya berlaku kesalahan. Manakala, bagi pekerja yang berlainan kaum, majikan sangat keras dan akan berikan mereka kritikan dan hukuman yang amat berat walaupun hanya berlaku sedikit kesalahan ❌ yang remeh.

Perkara di atas adalah aspek diskriminasi yang paling biasa dan asas berlaku di tempat kerja. Banyak tak🤔❓ Post inilah berikan sedikit pengenalan diskriminasi perkauman dalam pekerjaan kepada anda semua.

Terdapat berita 📰 yang berkaitan dengan diskriminasi perkauman dalam pekerjaan. Daripada berita “'64 peratus rakyat negara ini alami pelbagai diskriminasi' - dapatan tinjauan” pada 14 september 2023🗓️, kira-kira 64 peratus rakyat negara ini mengalami beberapa jenis diskriminasi dalam tempoh setahun lalu. Selain itu, penganut Hindu lebih cenderung mengalami diskriminasi agama dalam tempoh 12 bulan lalu iaitu mewakili 40 peratus, berbanding Kristian (26 peratus), Buddha (22 peratus) dan Muslim (20 peratus). Daripada berita kedua, “Majikan cenderung ambil pekerja sama bangsa - Boss James” pada 16 Jun 2023, dikatakan segelintir majikan lebih cenderung mengambil pekerja sama bangsa dengannya bagi mengelakkan berlaku masalah komunikasi. Masalah pertuturan bahasa Melayu juga menjadi punca majikan s**ar mengambil pekerja berlainan bangsa, sesetengah majikan lebih senang mengambil pekerja berbangsa Cina kerana mereka tiada kes**aran untuk memahami antara satu sama lain.

Inilah cerita-cerita tentang isu etika diskriminasi perkauman dan harap anda semua boleh memahami. Harap 🙏anda semua tidak menghadapi masalah tersebut pada masa akan datang.


Seterusnya, isu etika yang berlaku dalam pekerja di sektor swasta dan awam ialah buli🥊. Pada masa ini, tempat kerja terdapat banyak kes buli. Apakah Itu “Buli” 🤔❓ Menurut kamus dewan📖, buli adalah perbuatan mendera, mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana yang baru. Terdapat beberapa jenis buli di kalangan masyarakat, tetapi posting ini hanya fokus kepada buli di tempat kerja, sama ada pihak awam atau swasta.

Kenapa 🤔berlaku kes buli dalam tempat kerja? Yang pertama ☝️adalah prasangka. Sesetengah pekerja mungkin menjadi mangsa buli disebabkan jantina🙋‍♂️🙋‍♀️, umur, kaum, agama dan sebagainya. Kedua✌️, kurang keyakinan diri juga menyebabkan kes buli. Orang yang introvert akan lebih cenderung untuk dibuli 😰 di tempat kerja daripada perkerja ekstrovert. Sudah adanya bukti terhadap orang yang kemurungan dan stress lebih mudah dibuli oleh rakan sekerja. Ketiga3️⃣, kepimpinan yang lemah. Kepimpinan yang lemah di tempat kerja boleh berlakunya kes buli digalakkan. Keempat4️⃣, kekurangan kesedaran. Sepatutnya, organisasi perlulah mengubal polisi bagi mangatasi kes buli di tempat kerja. Tetapi juga dapatnya organisasi yang tiada kesedaran untuk mengubal polisi mengatasi kes buli yang terdapat di tempat kerja. Kelima🖐️, ketidakseimbangan kuasa. Ketidakseimbangan ⚖️🙅‍♂️kuasa antara individu, seperti pengurus akan menyalahgunaan kuasanya terhadap pekerja bawahan. Ini juga adalah tingkah laku buli. Akhirnya 👉adalah persaingan antara pekerja. Apabila sumber seperti naik pangkat, bonus, pengiktirafan terhad, buli boleh berlaku untuk mendapatkan sumber yang terhad di antara rakan sekerja.

Adakah anda tahu bagaimana mangsa dibuli🤔❓Sekarang kita akan kongsi bagaimana buli boleh berlaku di tempat kerja😄. Yang pertama ☝️ialah pengasingan sosial. Buli ini berlaku apabila mengecualikan seseorang daripada aktiviti kump**an, mesyuarat atau perbualan, ataupun menyebarkan khabar angin 🗣️bagi mengasingkan mereka secara social. Ini akan menyebabkan produktiviti seseorang pekerja berkurang disebabkan tidak mampu berkomunikasi dengan rakan sekerja lain ataupun mendapat maklumat dengan segera. Bukan itu sahaja juga terdapat rakan sekerja yang selalu memberi tekanan 😰kepada rakan sekerja lain. Meraka akan memberikan tugasan yang berat🏋️‍♂️, seperti tarikh akhir 🗓️tugasan yang mustahil. Ada juga rakan sekerja yang malas 🥱selalu memberikan tugasan sendiri kepada pekerja lain terutamanya yang pekerja baru. Mangsa akan berasa stress disebabkan tugasan yang terlalu banyak dan tidak mampu selesai dalam waktu ⏰ditetapkan. Terdapat juga rakan sekerja menyalahkan 😡mangsa buli tanpa justifikasi fakta📚. Walaupun pekerja tidak bersalah, tetapi mereka juga akan berasa stress dengan dipersalahkan. Siberbuli 🛜 juga salah satu buli yang boleh berlaku di tempat kerja. Sesetengah pekerja juga akan menghantar mesej dan nota 📝 yang agresif melalui sosial media dan juga email.

Kes-kes buli tersebut akan memberikan kesan negatif kepada individu yang terlibat. Apakah kesan negatifnya🤔❓Yang pertama☝️, kesan negatif emosi dan psikologi. Buli menyebabkan tekanan terhadap seseorang pekerja dan juga kebimbangannya meningkat. Ini akan menyebabkan gangguan tidur🥱, panik 😰dan isu kesihatan 🤮🤒😷🤧yang lain. Kemurungan, iaitu seseorang pendedahan berpanjangan kepada buli di tempat kerja boleh menyumbang kepada perasaan putus asa dan juga kemurungan. Selain daripada kesan emosi dan psikologi, kesan negatif terhadap kesihatan fizikal 😷🤒 juga boleh berlaku. Gejala fizikal seperti sakit kepala🤦‍♂️, masalah pencernaan dan tekanan darah tinggi boleh berlaku jika seseorang mangsa dibuli dan berasa stress. Kesan negatif juga akan menyebabkan masalah sistem imun. Tekanan yang meneruskan disebabkan buli boleh menyebabkan sistem imun manusia lemah dan lebih mudah terdedah kepada penyakit.

Kesan ini bukan sahaja kepada individu, tetapi juga organisasi 🏢 sehingga masyarakat. Contohnya, produktiviti pekerja menurun. Mangsa buli selalu tidak dapat fokus 😴 atau menumpukan perhatian akan menyebabkan prestasi kerja menurun. Ketidakhadiran, buli menyebabkan individu mengambil cuti sama ada cuti sakit 🤧🤒😷 atau cuti kerja. Akhir sekali, dalam sesetengah kes buli boleh membawa kepada isu undang-undang⚖️🧑‍⚖️👩‍⚖️👨‍⚖️. Ini boleh menyebabkan organisasi menghadapi tindakan undang-undang sehingga merosakkan reputasinya.

Tetapi apakah tindakan boleh melaksanakan apabila menghadapi masalah buli di tempat kerja🤔❓Di sini ada beberapa cara 💡 boleh rujukkan jika menghadapi masalah seperti di atas. Pertama☝️, membawa situasi kepada penyelia, atau orang yang berjawatan tinggi serta Jabatan Sumber Manusia 🏢terhadap masalah yang dihadapi. Kedua✌️, simpankan bukti-bukti 📚seperti nota 📝termasuknya tarikh🗓️, masa⏰, tempat🏢, apakah yang dikatakan atau dilakukan dan siapa yang hadir. Ketiga3️⃣, mendapatkan sokongan 💪daripada rakan-rakan, ahli keluarga 👨‍👩‍👧‍👦, ataupun rakan sekerja yang dipercayai. Keempat4️⃣, boleh cuba bercakap dengan pembuli sekiranya anda berasa selamat untuk berbuat demikian. Jika perlu boleh melaksanakan tindakan undang-undang🧑‍⚖️👩‍⚖️👨‍⚖️. Dalam kes yang teruk, anda mungkin perlulah berunding dengan peguam atau penasihat undang-undang untuk meneroka hak anda.

Inilah kes yang benar berlaku di dalam kalangan masyarakat kita.📰

PETALING JAYA – Seorang lelaki menceritakan pengalamannya dibuli teruk di tempat kerja sehingga memberi kesan buruk terhadap kesihatan mental dan fizikalnya. Menurut video tular di laman TikTok, lelaki yang berusia 46 tahun itu memegang jawatan yang agak tinggi dan perlu melapor kepada dua orang pegawai atasan. “Ini merupakan pengalaman yang sangat pahit untuk saya sebab saya dibuli hampir setiap hari sehingga tekanan darah saya naik mendadak. “Pada awalnya, saya tidak tahu saya dibuli. Masa itu, saya rasa saya yang salah. Bayangkan, ketika saya berusia 46 tahun, saya dimarah dan dimaki hampir setiap hari,” ceritanya. Menurut lelaki tersebut, dia juga pernah menangis di hadapan rakan-rakan sekerja kerana tidak tahan dengan tekanan yang dihadapi. “Walaupun saya banyak pengalaman dan dikira sebagai pekerja yang ‘seasoned’, saya masih lagi menangis teresak-esak seperti budak kecil. “Disebabkan tekanan yang melampau, saya mengambil keputusan untuk berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan,” katanya. Namun, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati doktor yang ditemuinya pada hari tersebut pernah berurusan dengan orang atasannya. “Doktor telah memberikan saya preskripsi untuk kondisi yang dialami dan menasihati saya untuk ke Institut Jantung Negara secepat mungkin. “Namun, doktor tersebut juga sempat menitip pesan lain supaya saya berhenti bekerja di tempat tersebut,” katanya. Menurutnya, doktor tersebut pernah berjumpa dengan orang atasannya beberapa kali dan hampir setiap doktor di klinik tersebut enggan berurusan dengannya. “Kalau orang dekat sini pun tidak tahan dengan bos awak, saya tidak pasti macam mana awak boleh bekerja dengannya dalam satu tempoh masa yang lama,” katanya. Tambah lelaki tersebut, kejadian buli itu telah membuatnya panik, resah dan s**ar untuk bekerja seperti biasa. “Walaupun perkara ini sudah lama berlaku, saya masih lagi rasa trauma dengan pengalaman saya di tempat kerja tersebut. “Sekiranya ada yang mengalami masalah seperti saya, dapatkan rawatan secepat mungkin. Semakin cepat kita dapat rawatan, semakin pantaslah kita dapat selesaikan masalah ini,” nasihatnya kepada pengguna TikTok yang lain.

Kini, video tersebut telah mendapat 13,000 tanda s**a dan 934 komen. – KOSMO! ONLINE

DISEDIAKAN OLEH:
TEH KEAN HONG (293332)
CHEN CHEE LONG (293163)

Address

Universiti Utara
Universiti Utara
06010

Telephone

+601169530832

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kumpulan 6 Penghayatan Etika & Peradaban posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Kumpulan 6 Penghayatan Etika & Peradaban:

Shortcuts

Share