Etika dan Peradaban Kumpulan 9

Etika dan Peradaban Kumpulan 9 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Etika dan Peradaban Kumpulan 9, School, Universiti Utara, Universiti Utara.

Assalamualaikum dan Salam Biru Warna 💙Kami dari kump**an 9 Penghayatan Etika Dan Peradaban A231 (F) yang mengambil tema ...
18/12/2023

Assalamualaikum dan Salam Biru Warna 💙

Kami dari kump**an 9 Penghayatan Etika Dan Peradaban A231 (F) yang mengambil tema Pendidikan dan tajuk Kepentingan Menghayati Pendidikan Etika dalam Kalangan Pelajar Sekolah. Berikut merupakan Poster bagi tajuk yang dipilih oleh kump**an kami. Semoga semua posting kami ini dapat memberikan sedikit ilmu baru untuk rakan rakan facebook yang lain 💙🤍



**an9

18/12/2023

Posting ini disediakan oleh:
Sumayyah binti Muhammad Fitri
301196
Ooi Ying En
301218

‼️KESIMPULAN TENTANG KEPENTINGAN MENGHAYATI NILAI ETIKA DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH‼️

Kesimp**an yang dapat dibuat daripada tajuk kami iaitu kepentingan menghayati pendidikan etika dalam kalangan pelajar sekolah ialah pendidikan memainkan peranan penting terhadap pelajar-pelajar sekolah. Ini kerana pelajar yang di usia kanak-kanak atau remaja yang masih belum matang mudah terpengaruh dengan kata-kata gosip 😱😱‼️. Jadi kita perlulah mengajar anak-anak bangsa kita daripada mereka kecil lagi bak kata pepatah melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya 🎋🎋. Untuk kita, rakyat Malaysia yang mahukan negara yang sejahtera dan harmoni, kita mestilah berusaha sedaya upaya kita untuk bertindak-balas dalam penerapan etika supaya pelajar-pelajar sekolah di Malaysia ni menghayati lagi nilai etika ini. Jika perkara ni menjadi, semestinya isu-isu yang dibincangkan sebelum itu tak kan terjadi kan 🥳🥳.

Apabila pelajar-pelajar di Malaysia belajar dan menerapkan nilai etika dalam hidup mereka, maka pelajar akan lebih menghayati nilai etika. Sebab apa🤔🤔? Sebab mereka dah tahu membezakan perkara yang betul dan salah🥳🥳. Mereka juga dah faham dengan apa yang patut dibuat dalam umur mereka sekarang. Contohnya, mereka perlulah jadi seorang pelajar yang bukan sahaja aktif dalam akademik tapi mereka kena mempunyai ciri-ciri relatif dengan nilai-nilai murni dalam diri mereka jugak 👩‍🎓🧑‍🎓.

Seterusnya, sekolah bolehlah diuruskan dengan aman kerana bila pelajar-pelajar kita ni dah menghayati nilai etika, kes-kes yang membawa kesan negatif macam kes buli, vandalisme dan gangsterisme tidak akan berlaku ‼️🥳‼️. Bukan itu je, sekolah juga akan jadi tenteram kerana pelajar yang mengamalkan nilai integriti akan menghormati guru-guru dan rakan-rakan mereka. Jadi, mereka dah tak buat kacau dalam kelas dan mereka tak menghasut atau mempengaruhi pelajar-pelajar lain yang ingin belajar untuk ikut mereka. Maka boleh la kita cakap yang sekolah yang memupuk etika dalam kalangan pelajar ni akan semakin aman tenteram dan juga semakin ke arah kecermelangan 🤩🥳.

Harapan kami dari warga kump**an 9 ialah, kami berharap sangat yang pelajar-pelajar, guru-guru atau ibu bapa yang membaca posting kami ini akan menjadi lebih peka tentang isu ini dan menerapkan apa yang mereka pelajari ke kehidupan seharian mereka. Semua individu kena ambil langkah untuk menerapkan nilai etika ini dalam pelajar-pelajar maka didiklah anak anda, rakan anda, adik beradik anda meskipun pelajar anda supaya nilai etika ini tidak hilang dalam diri mereka. Bersama-sama marilah kita membentuk negara Malaysia yang penuh dengan manusia yang beretika. Bayangkan ‼️‼️‼️ bertapa bahagianya hidup kita nanti 🥳🥳🥳 Tiada kes-kes yang menggerunkan dalam kalangan pelajar lagi 🥳🥳 Maka, marilah sama-sama memupuk nilai etika dalam diri kita. KITA MAMPU MENGUBAHNYA ❤️‍🔥❤️‍🔥


**an9

18/12/2023

Posting ini disediakan oleh:
Muhamad Anas bin Johan
301209
Anas bin Mohd Zaharudin
301215

‼️KEPENTINGAN MENGHAYATI PENDIDIKAN ETIKA DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI MENANGANI ISU PENDIDIKAN DI SEKOLAH‼️

Adakah anda tahu mengapakah etika amat penting kepada seorang pelajar? 🤔. Jika tak tahu jom baca supaya apa yang kami kongsikan bermanfaat untuk kita semua dan orang lain Jom²!!! Etika merupakan panduan terhadap segala tingkah laku kita. Hahh serius laaa??😲 iyaaa betullah 😆. Dengan memahami konsep etika, pelajar dapat membuat keputusan yang betul berdasarkan nilai-nilai etika dalam apa jua keadaan 🤩. Contohnya, etika dapat membimbing kita sebagai seorang pelajar untuk menghindari plagiat atau meniru hasil kerja pihak lain 🗒️❌. Dalam kita menuntut ilmu 📝, meniru adalah perkara yang sangat ditegah kerana ia bukan hasil kerja dari kita 🙅. Bagaimana kita nak berjaya jika hidup kita kerjanya hanya meniru sahaja? 🙁. tiada usaha dari hasil sendiri akan mendatangkan masalah yang sangat besar kepada seorang pelajar pada masa akan datang kerana ilmu yang kita dapat di sekolah ni bukan untuk dihafal semata-mata namun untuk diamalkan ketika di peringkat dewasa kelak 🙇‍♀️. Tetapi bagaimana nak amal jika kita tidak tahu apa yang nak diamalkan itu? 🤷🏼‍♂️ Sebb itu sangat penting apabila kita menghayati dan mendalami etika ini supaya kita tidak senang² pijak hasil usaha orang lain demi mendapatkan gred markah yang tinggi 📈. Kene ingat pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang apabila tamatnya sekolah, ilmu tersebut masih digunakan bagi memanfaatkan dirinya, orang sekitarnya, masyarakat,agama dan negara 👨‍🎓👩‍🎓. Pelajar cemerlang bukan sahaja mendapat gred markah yang tinggi semata-mata. Jika itu dipanggil pelajar cemerlang, apabila tamat sekolah nnti banyak lagi pelajar yang hebat² dari kita. Jadi apa yang akan membezakan kita dengan pelajar yang lain betul takk? 😉 Maka sebagai seorang pelajar gunakanlah ilmu yang ada sebaik mungkin kerana ilmu itulah yang akan mengajar kita membezakan yang mana hak dan batil, yang mana perkara yang kita boleh lakukan, yang mana perkara yang kita tak boleh lakukan, yang mana dilarang, yang mana ditegah dan sebagainya 😁.Dengan kata lain, etika membezakan perkara yang baik dan buruk kepada pelajar ⚖️. Jadi, setiap keputusan dan tindakan mereka tidak akan bercanggah dari konsep etika ✅🥰.

Selain daripada itu, adakah anda tahu bahawa etika juga mampu mempengaruhi hubungan sosial kita 🤯. Sebagai seorang pelajar 👨‍💻, kita perlu membina hubungan yang baik dengan rakan-rakan, cikgu dan staf di sekitar kita supaya kita mudah untuk menuntut ilmu 👩‍🏫🤓. Ilmu yang berkat hadir hasil hubungan akrab kita sesama manusia yang lain 👫. Bagi membina hubungan sosial yang baik seorang pelajar mestilah sentiasa beretika dan bersikap baik dengan sesiapa sahaja tanpa mengira agama dan bangsa seseorang 🙇‍♂️🙇🏻‍♂️🙇🏾‍♂️. Sebagai contoh nilai etika yang penting dan boleh diterapkan seorang pelajar ketika berinteraksi dengan orang lain ialah hormat menghormati 🤗. Setiap individu tidak kira siapa pun dia mestilah dihormati bagi mengelakkan orang merasakan kita sebagai seorang yang sombong ❌. Apabila orang menganggap kita sebagai seorang yang sentiasa merendahkan orang lain, sentiasa bersikap kasar, sentiasa menidakkan keputusan orang lain, kesannya akan menyebabkan kita s**ar untuk mengukuhkan silaturrahim dengan orang lain sekaligus menyebabkan orang lain tidak percaya kita lagi 🙁😢. Tidak manis la kan apabila perkara tersebut berlaku 😓. Di samping itu, pelajar juga boleh melahirkan hubungan sosial yang positif apabila sentiasa bergiat aktif dalam bekerjasama dengan pelajar² yang lain 💪🏻. Sebagai contoh, pelajar memberikan komitmen yang penuh terhadap kerja berkump**an agar tidak meletakkan beban kepada orang lain dengan cara melepas tangan semata-mata 🤡. Itu bukan perkara yang baik ❌. Perbuatan ini jika seorang pelajar melakukannya akan melahirkan perasaan tidak senang hati dalam kalangan pelajar dan orang akan menanggap kita ni susah nak buat kerja dan tidak boleh diharap 👎🏻. Kesannya pelajar lain akan berjauhan untuk berkump**an dengan kita kerana mereka menganggap kita ni s**ar untuk membuat kerja huhu 😣. Tapi jika kita sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi maka pelajar lain akan sentiasa ingin berkump**an dengan kita kerana kita ni seperti orang yang boleh diharapkan dan dipercayai 😎. Ibarat kata lain kita ni seperti mutiara di lautan yang sangat berharga ✨. Di kala sekeliling nya hnyalah lumut yang gelap gelita 🌑 namun kita ni ibarat mutiara yang terang benderang yang membezakan kita dengan orang lain 🌟. Maka setiap pelajar perlu ada nilai ini, jika tidak bagaimana ingin menjaga hubungan sosial baik. Orang tidak akan sesekali percaya kepada mereka yang sentiasa ada masalah dengan orang lain 🤥. BAYANGKAN orang tidak percaya atau meragukan dengan kata-kata yang kita ucapkan😱, dari situ kita dapat lihat ia dapat menjejaskan hubungan sosial 😣.

Bukan itu sahaja, etika juga mendidik pelajar untuk membentuk sikap dan tingkah laku yang baik 💪🏻. Banyak nilai murni yang pelajar akan dapat hasil menghayati etika di sekolah✨. Contohnya ialah tolong menolong, bantu membantu, jujur dan bertanggungjawab 🤞🏻. Semua sikap baik sangat penting bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dan berdedikasi bukan untuk kebaikan dunia saja malah di akhirat juga 😇. Contoh situasi ialah seorang pelajar membantu kawannya yang berada di sekolah apabila kawannya mempunyai kesusahan, kesan daripada kebaikan yang dibuat oleh pelajar ini akan merapatkan hubungan mereka berdua. Andai mereka terjumpa semula pada suatu hari, pelajar yang dibantu pasti ingat akan pelajar yang membantu “ooo dia ni la yang bantu aku kat sekolah duluu”. Kebaikan yang kita lakukan kelak pada suatu hari nanti akan dibalas dengan sesuatu yang lebih baik tanpa kita sangkakan 🐣💖. Mungkin pada waktu itu kita tidak mempunyai duit, tiba² datang satu sosok tubuh yang kita pernah tolong menghulurkan duit untuk kita 🌹. Pasti akan ada orang yang menolong kita semula jikalau semua orang menerapkan etika dalam hidup 💜. Bukankah itu satu bende yang baik apabila orang menghargai kita? 🌸 lumrah sebagai manusia mahupun pelajar apabila s**a dihargai 🍃. Maka perbanyakkanlah bersikap baik dalam kalangan pelajar agar kita dis**ai orang ramai sekaligus dapat menanam saham akhirat kelak....hehe 😇🤲🏻

Bolehkah anda fikir apa lagi kepentingan etika kepada seorang pelajar?🧐 Mari kita kongsi ilmu lagii supaya dapat menambahkan ilmu kita 🙉🤤!! Pada masa akan datang pelajar perlu bersedia untuk menghadapi alam pekerjaan👨🏻‍⚕️👨🏻‍🏫. Setiap pekerjaan akan ada temuduga bagi menapis mereka yang betul² layak dengan jawatan yang diberikan supaya tugas itu dapat dilakukan dengan sempurna 💯. Jadi sewaktu temuduga etika atau tingkah laku akan memainkan peranan yang sangat penting bagi persediaan untuk ditemuduga 🙀🤲🏻. Hal ini kerana pekerja yang baik ialah pekerja yang mempunyai tingkah laku yang baik sewaktu bekerja 💚🤓. Keputusan yang cemerlang semata-mata tanpa mengambil kira perilaku seorang lulusan pelajar tidak membawa keuntungan kepada majikan apabila sikap pelajar itu lebih kearah negatif 😔. Contohnya sepert malas, kuat tidur, sentiasa curi tulang, tidak memberikan kerjasama yang sepenuhnya dan sebagainya. Siapa je yang nak kerja dengan manusia yang bersikap begini betul takk 😶. Sebab itulah etika ini perlu diterapkan sejak sekolah lagi dalam kalangan pelajar supaya mudah diamalkan pada waktu dewasa ini bak kata peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya yang bermaksud mendidik sesuatu biarlah dari kecil lagi 👶🏻. Apabila pelajar itu mempunyai etika, mempunyai banyak nilai murni dalam diri, mempunyai sikap yang baik, maka sudah semestinya orang ramai di luar sana ingin mengambil nya sebagai seorang pekerja 🐣💘. Manusia mana yang tidak s**akan akan kebaikan betul takk?? Semua orang s**a akan perkara baik 💙😆. Lumrah sebagai seorang manusia. Sebab itulah pelajar perlu sentiasa ingat apabila dia berbuat baik makan dia akan dis**ai orang ramai dan orang ramai akan mudah dan ringan tulang untuk tolong dia 🤝🏻😚.

Walaupun kita semua tahu terdapat banyak lagi kepentingan etika ini kepada seorang pelajar yang perlu kita teliti dan dalami 😁 tetapi walau bagaimanapun kita terpaksa beralih kepada isi yang berikutnya 😃. Sebagai seorang pelajar, kita mempunyai banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dan kita seharusnya bijak memilih tanggungjawab yang mana perlu diutamakan 😘. Kita hendaklah meneliti dan menilai perkara mana yang perlu diutamakan ☺️. Jadi, setiap tindakan kita perlu sediakan perancangan yang baik supaya dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah 💪🏻. Saya harap perkongsian ini bermanfaat dan dapat membantu kalian semua mengaplikasikan dalam kehidupan seharian 🤗❤️🥰.



**an9

18/12/2023

Posting ini disediakan oleh ;
1.SHASYA SORFINA BINTI MOHD FAHMI
(301210)
2.FARAH MASYITAH BINTI NORULHAIZY
(301212)

‼️CADANGAN MENGINTEGRASIKAN PENDIDIKAN ETIKA DI SEKOLAH TERHADAP ISU PENDIDIKAN‼️

Hai,kawan-kawan sekalian🙋‍♀️,di ruangan ini ,kami dengan berbesar hati 🤗ingin menerangkan p**a tentang langkah-langkah yang efektif dan berkesan 💯dalam menanam dan menerapkan pendidikan etika dalam kalangan murid👧🧑🏫, memandangkan nilai etika dalam diri pelajar 👩‍🎓pada masa kini semakin luntur 💔dan sering dipandang enteng oleh pelbagai pihak😩.Nanti bila masalah ni dah berlarutan sehingga jadi seperti "nasi 🍚sudah menjadi bubur 🥣" janganlah baru nak ambil tindakan😠.Baiklah,tanpa membuang masa mari kita bahas topik ini✨✨✨…

Memang tidak dapat dinafikan 🙅‍♀️bahawa nilai-nilai etika sememangnya memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk perilaku🗣,pemikiran 🧠dan tindakan 🚶‍♀️seseorang individu itu😱.Dalam meniti arus modenisasi kini,peranan pendidikan 🏫di negara kita ini bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu pembelajaran 📖dan kemahiran semata-mata sahaja👨‍🏫👩‍🏫.Namun,ia juga berperanan penting dalam membina dan membangunkan potensi diri terutamanya dari aspek sahsiah,nilai dan akhlak pelajar ye kawan-kawan. Bukan itu sahaja,malahan juga mampu membina sebuah komuniti yang lebih beretika 👨‍👩‍👦‍👦dan mampu juga melahirkan modal insan kelas pertama yang lebih berkualiti👩‍🎓👨‍🎓.Oleh itu,dalam usaha untuk mencapai dan menjayakan misi ini,terdapat beberapa cadangan yang boleh diimplementasikan dalam memastikan isu-isu etika dalam dunia pendidikan di Malaysia ini dapat ditangani📝.

Dalam usaha membangunkan nilai etika,sememangnya tidak dapat dinafikan lagi peranan ibu bapa 🧔👩‍🦱amatlah penting dalam membentuk nilai etika dan moral seseorang pelajar itu sejak kecil lagi👶.Hal ini kerana secara normalnya,anak-anak akan sentiasa mengamati dan meniru 🗿sebarang tingkah laku yang ditunjukkan oleh ibu bapa mereka. Kawan-kawan mesti pernah dengar kan pepatah Melayu ada menyebut “bagaimana acuan begitulah kuihnya”🍪.Haaa,memang kenalah dengan situasi ni kan.Macam mana pun perangai ibu bapa,mesti turun kat anak-anak mereka.Oleh hal demikian,adalah penting yer bagi ibu bapa untuk tunjukkan sikap dan keperibadian yang positif🔛🔝 .Supaya apa? Supaya dapat dijadikan contoh teladan yang baik kepada anak-anak mereka.Selain itu,ibu bapa juga seharusnya bertanggungjawab untuk menanamkan perasaaan empati 🥺dan bertimbang rasa dalam diri anak-anak mereka.Sebagai contoh,ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak mereka untuk terlibat dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan seperti menyertai aktiviti gotong- royong untuk mangsa banjir🧹.Dengan menyelami dan menghayati kesusahan orang lain inilah🥲,secara tidak langsung dapat membentuk keterampilan yang baik dan mulia dalam diri anak-anak mereka.Ingatlah anak-anak ni ibarat kain putih🤍,ibu bapalah yang seharusnya mewarnakan dan mencorakkannya💖.Seterusnya,ibu bapa juga perlulah mengajar anak-anak mereka tentang setiap tindakan yang dilakukan pasti akan ada akibatnya ,serta pentingnya ada rasa tanggungjawab 🤓ke atas tingkah laku mereka itu.Dalam hal ini,anak-anak seharusnya tahu akan tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri👩,ibu bapa👨👩‍🦱,masyarakat mahupun negara🇲🇾.Secara tuntasnya,ingatlah,melalui setiap tindakan dan bimbingan ibu bapa inilah mampu menanamkan nilai etika dan moral yang berguna kepada anak-anak mereka.

Seterusnya,pihak sekolah 🏫juga haruslah bertanggungjawab dalam membentuk pendidikan etika dalam diri setiap pelajar🧑‍💼.Sebagai contoh,pihak sekolah perlu memasukkan pelajaran moral dan etika👨‍🏫 ke dalam silibus dan kurikulum mereka.Hal ini supaya para pelajar dapat menghayati dan memahami betapa pentingnya nilai etika dalam kehidupan seharian.Bukan itu sahaja,pihak sekolah juga perlu menggalakkan setiap pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang menjurus ke arah pemupukan nilai dan etika di sekolah⛹️‍♀️.Ini supaya para pelajar akan dapat menghayati nilai ini dan melaksanakannya dalam setiap tindakan yang dilakukan.Tambahan p**a,peranan guru👩‍🏫 juga dapat mempengaruhi perkembangan etika pelajar di sekolah.Melalui setiap percakapan🗣 dan tindakan🙎‍♀️ mereka jugalah dapat mempengaruhi penghayatan dan membangunkan nilai moral dalam kalangan pelajar.Jika guru menunjukkan perilaku yang selaras dengan nilai-nilai etika👍🏻,nescaya akan dicontohi dan ditiru oleh pelajar🫶🏻.Dan sebaliknya,jika guru menunjukkan perilaku yang buruk👎🏻,maka para pelajar akan mudah terpengaruh dan terikut dengan tindakan buruk guru tersebut😾.Oleh itu,guru seharusnya mengambil peluang ini ⏳untuk mempengaruhi pembentukan sahsiah dan pembangunan nilai pelajar dengan menjadi ‘Qudwah Hasanah’ dan contoh yang terbaik 👍kepada mereka.Intihanya,pihak sekolah 🏫dan guru 👨‍🏫memainkan peranan yang amat penting dalam membangunkan nilai etika seseorang pelajar itu.Penerapan nilai etika dalam pendidikan kurikulum,penglibatan diri pelajar dalam aktiviti pemupukan nilai etika di sekolah serta komitmen dan perilaku baik guru memang tidak dinafikan 🙅🏻‍♀️merupakan faktor yang terpenting dalam melahirkan modal insan yang holistik.

Baiklah,semua mesti tahu tentang program kemasyarakatan bukan ? 🤔 Ada yang tak tahu ke ? Program kemasyarakatan merupakan aktiviti dimana pelajar akan melakukan kerja-kerja kemasyarakatan secara berkump**an dan mempunyai matlamat serta tujuan yang tertentu . Mesti tertanya-tanya kan , macam mana program kemasyarakatan boleh bantu pelajar pupuk nilai etika ? 👀 Melalui program sebegini , setiap pelajar akan mendapat peluang untuk berinteraksi dengan individu dari latar belakang yang pelbagai . Faham tak tu ? 🙀 Maksudnya , pelajar dapat belajar menghargai kepelbagaian dan keunikan setiap individu , seterusnya belajar untuk menghormati setiap keunikan dan kepelbagaian tersebut . Menarik bukan ?😎 Macam mana pelajar mahu sertai program kemasyarakatan ni ? Antaranya adalah melalui kokurikulum di sekolah . Guru boleh mencari atau menganjurkan program bertemakan kemasyarakatan kepada pelajar. Dalam program tersebut mestilah mempunyai nilai etika serta peradaban supaya pelajar dapat menyerap nilai tersebut setelah tamatnye program .

Agak agak ada lagi tak cara memupuk nilai etika dalam pendidikan ? 🫣Pendidikan itu luas bukan ? Tidak hanya tertakluk di sekolah malah diluar sekolah juga contohnya internet🙌🏼 Pada masa kini , apa yang kita lakukan terasa seperti diperhati dan kita sendiri memerhati perbuatan orang lain . Apa kaitan dengan pelajar ? 😅Risau tularnya video yang kita tidak mahu diviralkan .😿Selain itu , janganlah kita warga media sosial kongsikan perkara yang negatif kepada pelajar . Risau juga video tersebut tidak mempunyai nilai etika dan peradaban . Apa yang boleh dikaitkan dengan pelajar ?🥱 Sekarang video boleh viral dengan sekelip mata , takkira usia , pelajar mahupun orang tua . Andaikata ada video tentang pelajar ataupun pendidikan yang kurang sesuai untuk diviralkan atas sebab video tersebut tidak mempunya faedah berkaitan pelajar mahupun sekolah , kita sebagai 'viewer' janganlah bertindak terburu-buru untuk komen dan mengkritik seolah kita lah malaikat ! 🫢 Lagi lagi tanpa soal selidik . Jadi apa yang perlu kita buat ? Hanya diam sahaja sehingga masalah diselesaikan , ataupun tegur secara baik baik , bukannya MENGECAM 😓 Contohnya, seperti kes yang viral pada bulan Jun baru baru ini dimana KPM mendapati bahawa ramai calon SPM 2023 enggan menduduki peperiksaan tersebut kerana lebih berminat untuk menjana pendapatan sendiri lebih awal . Bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku ? 🙁 Bermulanya di aplikasi Tiktok dimana pelajar yang menduduki SPM pada tahun sebelumnya menunjukkan keputusan mereka yang kurang bagus , membuatkan calon baru yang kurang bagus dalam akademik berputus asa dan memilih untuk menjana pendapatan lebih awal . Kita sendiri sebagai rakyat yang beretika , selain daripada mengecam mereka , carilah penyelesaian ataupun diamkan diri sahaja . Lebih baik daripada menggores hati mereka yang kita sendiri tidak pernah kenal , bukan ?🥰 Selain mengatakan perkara negatif kepada mereka , lebih baik kita memberi semangat kepada mereka , lebih banyak kata positif yang dapat memberikan semangat kepada mereka .Ataupun , kongsilah rahsia kejayaan anda ! 😇 Mungkin dengan cara itu dapat mengubah fikiran mereka 😱 Lebih baik menjadi orang asing yang memberi kata semangat dari memberi kata kosong lebih buruk lagi kata kata negatif ! 🤬 Sekiranya kita mengatakan perkara yang menggores hati mereka , risau mereka menjadi kurang hormat kepada orang lain menyebabkan mereka dikenali sebagai mereka yang tidak beretika 🧑🏻‍⚖️ Untuk menjadikan mereka seorang insan yang beradab, bermula dengan diri kita sendiri dengan menjadi contoh yang baik agar dapat dicontohi ! 🗣️🧠

Baiklah,sampai di sini saja perkongsian daripada kami✍.Jadi,harapan kami semoga ilmu ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada kawan-kawan sekalian.Terima kasih kerana sudi meluangkan masa…Jaga diri yee kawan-kawan.👋👋👋

Terbang selisih siburung kedidi🕊️,
Terbang berduyun di waktu pagi🌞,
Terima kasih daun keladi🌱,
Di lain masa berjumpa lagi👋🏻.



**an9

18/12/2023

Posting ini disediakan oleh:
NORSYAMIMI BINTI ZULKEPLI
(301200)
IFFAH NASUHA BINTI MOHAMAD AZLI
(301202)

‼️PUNCA BERLAKUNYA ISU PENDIDIKAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DALAM KONTEKS ETIKA‼️

Assalamualaikum dan salam biru warna💙💛Mesti kamu semua dah tak sabar nak tahu tajuk yang akan kita bincangkan harini kan😍🤩.Tajuk yang akan kita bincangkan pada hari ini ialah punca berlakunya isu pendidikan dalam kalangan pelajar dalam konteks etika😟😟😔.Mesti kamu semua tertanya kan apa punca-punca nya ?🤔🤔🧐Baiklah mari kita membincangkan tajuk ini dengan lebih mendalam🤩🤩

Pertama sekali, punca timbulnya isu pendidikan dalam kalangan pelajar dari aspek etika adalah kurangnya usaha ibu bapa dalam memberikan didikan dan perhatian kepada anak-anak 😣😱. Di zaman ini, ibu bapa sering lebih menekankan pekerjaan berbanding meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak dan keluarga 🕐❌. Anak-anak, secara umumnya, memerlukan kehadiran ibu bapa yang dapat memberikan perhatian, mendengar segala permasalahan mereka, dan meluangkan masa bersama secara berkala 💯🥹. Oleh itu, jika anak-anak tidak diberi perhatian secukupnya dan waktu yang mencukupi, hal ini boleh menjadi punca utama kurangnya pembentukan etika dalam diri anak-anak 😟😔. Apa yang sepatutnya ibu bapa lakukan ❓❓❓. Marilah kita terokai ‼️. Ibu bapa perlu menjunjung tanggungjawab dalam mendidik anak-anak mengenai nilai-nilai etika yang sesuai 😍🤩. Selaras dengan peribahasa "melentur buluh biarlah dari rebungnya," ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak sejak usia muda 🎋. Mereka perlu meluangkan sedikit masa untuk memberi perhatian dan kasih sayang, agar anak-anak merasa dihargai dan dicintai 👍🏻🥰😇. Tetapi, itu belum cukup ‼️, ibu bapa juga turut berperanan dalam memberikan pendidikan agama yang secukupnya dan sewajarnya kepada anak-anak, membolehkan mereka membezakan antara perkara baik dan buruk 😇😇. Akibatnya, anak-anak tidak akan terjerumus dalam perilaku negatif yang jauh dari asas etika, berkat pendidikan agama dan pengetahuan am yang mereka perolehi 👨🏻‍🎓👩🏼‍🎓. Adakah masih perkara yang belum dibincangkan ❓❓❓. Pasti ada, mari kita teruskan ❗❗❗.Selain daripada memberikan didikan awal kepada anak-anak, ibu bapa juga sepatutnya menjadi contoh yang baik bagi mereka, kerana anak-anak cenderung mengikuti tingkah laku yang ditunjukkan oleh ibu bapa mereka sendiri 🤗🤗. Sebagai contoh, anak-anak biasanya melihat ibu bapa mengenakan pakaian yang kemas, sopan, dan penuh etika ketika pergi bekerja 👨🏻‍💼👩🏻‍💼. Dengan adanya contoh ini, anak-anak akan meniru perilaku tersebut dengan mengenakan seragam sekolah dengan kemas dan sopan juga 👩🏻‍💼👨🏻‍💼. Ibu bapa perlu menjalani kehidupan seharian dengan penuh etika, dari segi perkataan, perbuatan, dan tindakan, kerana anak-anak menganggap ibu bapa sebagai idola dan dengan pasti akan mengikuti apa yang ditunjukkan oleh ibu bapa mereka 😍🤩🥰. Oleh itu, adalah sangat penting bagi ibu bapa untuk menjadi contoh yang terbaik bagi anak-anak mereka 😇😇😇.

Haa jom kita ulaskan punca lain yang menyebabkan pelajar kini kurang nilai beretika dalam isu pendidikan🤓.Korang nak tahu tak yang rakan sebaya adalah antara individu yang menyebabkan pelajar kini kurang nilai etika dalam diri mereka.😱😱KENAPAA❓❓❓Ha sini kitorang nak bagitahu😆..Pelajar zaman kini kurang beretika kerana mereka mempunyai keinginan untuk diterima dan diakui.Mereka mungkin melakukan tindakan yang tidak beretika untuk mendapatkan pengakuan atau pujian dari rakan sebaya😤👊🏻.Dengan segala pujian yang dicurahkan oleh rakan sebaya terhadap sesuatu tindakan yang tidak bermoral itu telah mendorong pelajar kini untuk melakukan perbuatan yang tidak berfaedah dan memberi apa-apa kepentingan terhadap diri mereka🤧🤧🤧.Contohnya, pengaruh rakan sebaya yang menyebabkan kes buli semakin berleluasa di sekolah pada hari ini merupakan perkara yang perlu dititikberatkan dan diambil cakna dalam membentuk etika dalam diri setiap pelajar👩🏻‍⚖️📝. Pelajar pada masa kini merasakan mereka mempunyai kuasa yang hebat dan besar mampu menindas golongan yang lemah🧐😡.Selain itu,pengaruh rakan sebaya yang tidak baik ini juga boleh menyumbangkan kepada berlakunya perubahan perilaku pelajar ke arah yang negatif🙅🏻‍♀️🙅🏻‍♀️.Misalnya,pelajar tidak melakukan tugasan atau kerja sekolah yang diberikan📚📖,tidak menghormati guru🙅🏻👩🏻‍🏫,ponteng kelas🏃🏻💨,mengeluarkan perkataan yang kesat🤬🤬dan sebagainya.Hal ini berpunca apabila mereka mempunyai rakan sebaya yang menyokong dan menyetujui perilaku yang tidak beretika dan boleh membawa kepada kerosakan sahsiah pelajar pada masa kini😭😭😞😞. Oleh itu,pastikan anda semua memilih rakan sebaya yang baik dan dapat memberikan anda kesan yang positif agar anda tidak terjebak dalam perilaku yang tidak bermoral dan tidak beretika yang boleh menyebabkan masa depan anda hancur🫡🫡.

Seterusnya ialah pengaruh media massa💻📱📻📺.Kenapa ❓❓😣😣 Golongan belia atau pelajar pada era ini lebih gemar meluangkan masa dengan gajet mereka📱💻.Sekiranya penggunaan gajet tidak dikawal🙅🏻, ini akan menyebabkan pelajar berkemungkinan menonton sesuatu yang tidak sepatutnya ditonton dan kebarangkalian untuk mereka mengikuti adegan yang tidak bermoral itu sangat tinggi🫣🔞.Tidak dapat dinafikan, program-program yang ditayangkan di tv atau telefon lebih mementingkan hiburan dan kelalaian daripada maklumat seperti tayangan filem barat yang jauh tidak berfaedah dari konteks etika😠😤.Sebagai contoh, filem barat banyak menonjolkan budaya mereka seperti pakaian yang tidak sopan👗👚 dan percakapan yang jelas tidak baik dari segi etika🤬.Justeru itu , sekiranya filem-filem sekian rupa dipertontonkan dalam televisyen, tentunya golongan remaja dan pelajar ini akan terpengaruh dengan gaya pakaian dan percakapan artis- artis pujaan mereka🥺😓.Hal ini akan menyebabkan pelajar tidak diterapkan dengan nilai etika yang sepatutnya dan boleh menyebabkan mereka semakin lalai dengan pembelajaran mereka👩🏻‍💻👩🏻‍🏫.Tambahan p**a,media massa memberi impak yang besar pada era globalisasi ini kerana dengan adanya media massa segala info atau pengetahuan yang tidak sepatutnya dipaparkan senang untuk digapai dengan hanya menekan butang ‘search’ sahaja📡📡.Kesannya , wujudlah budaya-budaya yang tidak beretika dan akan mempertingkatkan lagi gejala yang negatif dalam kalangan remaja dan pelajar❌❗️.Justeru itu,nilai etika dalam diri pelajar perlulah diterapkan sejak mereka kecil lagi agar mereka tidak terpesong dari landasan yang sepatutnya👶🏻👧🏻.Ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah para pelajar agar diri mereka sentiasa dipenuhi dengan adab dan etika yang baik👩🏻‍🏫👨‍👩‍👧‍👦.

Baiklah setakat ini sahaja coretan dari kami 🥹, harap penulisan ini dapat memberi manfaat kepada kalian semua🫶🏻💗.Terima kasih daun keladi , semoga kita berjumpa lagi 😍🤩.Sekian terima kasih🤗



**an9

‼️PENGENALAN TENTANG KEPENTINGAN MENGHAYATI NILAI ETIKA DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH ‼️Disediakan oleh:Muhammad Asyraf...
18/12/2023

‼️PENGENALAN TENTANG KEPENTINGAN MENGHAYATI NILAI ETIKA DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH ‼️

Disediakan oleh:
Muhammad Asyraf bin Afende
301265
Muhammad Fikri Iqwan bin Mohd Sabari
301208

Bismillah Assalamualaikum wbt dan selamat pagi semua warga UUM🫶🏻. Apa khabar? Kami harap kamu semua sihat selalu dan dipermudahkan segala urusan 😆. Baiklah, pada hari ini kami ingin membincangkan tentang tajuk besar kami iaitu apakah kepentingan menghayati nilai etika dalam kalangan pelajar sekolah🧐

Pertama sekali, kamu semua mesti kurang memahami apakah yang dimaksudkan dengan PENDIDIKAN📚🙇🏻 Jadi, mari saya terangkan dengan pengetahuan sedia ada🤭Menurut Kamus dewan edisi ke-4 ; Pendidikan bermaksud ilmu yang mendidik pengetahuan ataupun latihan serta ajaran📝🧑‍🏫. Kamus juga menerangkan tentang merosotnya moral pemuda - pemudi kita adalah disebabkan kurangnya mendapat rohani atau didikan ketika di bangku sekolah🥲. KENAPA BOLEH JADI BEGITUU? ADA YANG TAHU KENAPA? APAKAH ADA KAITAN DENGAN NILAI ETIKA DAN PERADABAN?🤔 Jom kita rungkaikan.

Sememangnya pendidikan mempunyai pendekatan dan hubungan yang sangat akrab dengan nilai etika dan perdaban😆. Dari sinilah akan timbulnya generasi muda yang lebih berdisiplin serta mempunyai tatacara hidup yang lebih bernilai💯✨. Namun kita diperlihatkan oleh peredaran zaman hari ini terlalu banyak isu yang timbul😭 dalam kalangan pelajar sendiri yang dapat mengakibatkan imej pendidikan dalam negara mahupun diluar negara dipandang enteng oleh segilintir masyarakat disana☠️. Antara isunya adalah vandalisme💥 , pelajar kerap ponteng dari sekolah , penyalahgunaan dadah💉💊 serta tidak menghormati guru atau pensyarah mereka sendiri 😔 banyak kan? Jom kita lihat dengan lebih dalam contoh yang terjadi di negara kita mengenai isu pendidikan yang dikaitkan dengan nilai etika dan peradaban ini☺️

Seperti semua sedia maklum, satu dunia digemparkan dengan wabak Covid-19 🦠 dan ketika itu, masyarkat Malaysia disekat keluar dari rumah atas sebab Perintah Kawalan Pergerakan lalu menyebabkan semua pelajar terpaksa belajar secara atas talian 💆🏻‍♂️ . Namun begitu, wujud diantara mereka tidak menerapkan nilai etika dan peradaban sewaktu pembelajaran secara atas talian dijalankan kerana mereka beranggapan bahawa kaedah pembelajaran tersebut membebankan mereka lalu menunjukkan perasaan ketidaks**aan dengan cara tidak beretika dan beradab sewaktu sesi pembelajaran secara atas talian. Perkara ini dapat dijelaskan apabila telah viral sorang pensyarah menjalankan satu kelas ketika itu akan tetapi tiada seorang pelajar yang masuk ke kelas beliau. Ke mana perginya nilai etika dan peradaban dalam diri pelajar ketika itu😭? Dalam hal ini, ibu bapa, guru dan pensyarah memainkan peranan penting dalam menerapkan konsep ini dalam kalangan pelajar dan mahasiswa dengan menggunakan beberapa cara supaya pelajar dan mahasiswa menjadi lebih berdisplin dan beretika sewaktu pembelajaran secara atas talian dijalankan. Secara kesimp**annya, konsep etika dan peradaban ini bermula dari rumah bukannya dari sekolah mahupun institusi pengajian tinggi. Bak kata orang pandai “orang yang tak beretika adalah tidak mengetahui di atas ilmu itu ada adab”. Orang yang beretika adalah seorang yang berakhlak mulia, profesional dan bijaksana dalam kehidupan seharian.🫶🏻

Sedar tak sedar😱 kita hampir ke penhujung tahun dan akan melangkau ke tahun yang baharu iaitu tahun 2024. Nilai etika dan peradaban sangatlah penting dalam dunia pendidikan agar mereka sebagai pelajar dapat menanam sifat rohani dan nilai murni yang tinggi supaya isu” dan kes berkenaan pendidikan dapat dikurangkan📉 dan mampu berdiri sama tinggi , duduk sama rendah dengan negara” yang mempunyai nilai pendidikan yang tinggi✨🫦Walaupun pendidikan merupakan suatu proses namun setiap detik itu sangatlah bernilai bagi generasi yang akan datang untuk melihat bahawa pentingnya nilai etika dan peradaban dalam dunia pendidikan🦊fuhhh

Memandangkan anda semua telah memahami tentang nilai etika dalam dunia pendidikan🫡 kami akan teruskan ke posting yang seterusnya iaitu “ APAKAH PUNCAA ….. “
nak tahu? boleh lihat posting seterusnya😂 TERIMA KASIHH🫶🏻 MUAHH😚


**an9

Address

Universiti Utara
Universiti Utara

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Etika dan Peradaban Kumpulan 9 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Etika dan Peradaban Kumpulan 9:

Shortcuts

Share