Etika Dan Peradaban

Etika Dan Peradaban Etika Dan Peradaban 07

🤖POSTER🤖Tema: Isu Etika dalam Kecerdasan Buatan(AI)Disediakan oleh: Kump**an M (Group 7)🦾🤖
03/06/2023

🤖POSTER🤖

Tema: Isu Etika dalam Kecerdasan Buatan(AI)
Disediakan oleh: Kump**an M (Group 7)🦾🤖

💡Posting Kelima 💡Disediakan Oleh:1)NUR SYAFIKAH IDAYU BT ABD WAHAB 2928192)NUR AWLIYA BINTI SYAIFUL ALKAF 292771📌 Tema :...
03/06/2023

💡Posting Kelima 💡
Disediakan Oleh:
1)NUR SYAFIKAH IDAYU BT ABD WAHAB 292819
2)NUR AWLIYA BINTI SYAIFUL ALKAF 292771

📌 Tema : Isu etika dalam Kecerdasan Buatan AI
📌 Topik : AI Pada Masa Akan Datang

Kecerdasan buatan (Bahasa Inggeris : Artificial Intelligence(AI) ) merupakan kebijaksaan🧐 atau kecerdasan🤓 yang dimiliki satu sistem beratucara atau mesin jentera🚲🏍🛻🚛🚜 yang mampu melakukan pekerjaan dan mempunyai fungsi yang mirip atau sama dengan pemikiran manusia👨‍🦳👵🧔‍♂️👩‍🦳👩👨👦👶 .Sistem ini sangat- sangat diperlukan lebih-lebih lagi pada era akan datang🦾 .Pada masa depan , manusia lebih gemar melakukan kerja-kerja mereka samaada kerja rumah🏠 , kerja di pejabat🏢 malah di tempat- tempat perindustrian terutamanya kilang – kilang🏭🏭 dengan menggunakan teknologi AI🤖🤖🤖 kerana dapat menjimatkan kos🤑 dan masa⏱ .TeknologI AI ini apabila kita baca berkaitan dengannya pasti kita akan membayangkan robot-robot👾 , mesin jentera🚜 dan seangkatan dengannya membantu manusia dalam menyiapkan segala tugasan samaada sulit mahupun tidak , walhal kita sebagai manusia kurang pengetahuan🥸🥸 berkaitannya tidak tahu teknologi AI ini juga menggerunkan .Oleh yang demikian ,kami akan menyatakan beberapa manfaat😊 dan kelemahan😇 yang akan membuatkan para pembaca berasa teruja dan gerun akan isi –isi yang akan diberikan .

‼️AI PADA MASA AKAN DATANG‼️

‼️Manfaat AI Pada Masa Akan Datang‼️

1️⃣ Sistem AI di ruang angkasa juga bisa dimanfaatkan untuk memberikan informasi.

Teknologi Al yang berkaitan dengan ruang angkasa ini akan sangat berharga untuk kepentingan umat manusia di Bumi 🌍. Sistem Al akan sangat penting untuk keperluan manusia sehari-hari. Contohnya prediksi cuaca dimana dapat dimanfaatkan untuk memberikan informasi, bukan itu sahaja malah informasi tentang pertanian, arah angin, dan perkembangan iklim juga. Selain itu, perkembangan dan inovasi dari data yang didapatkan oleh sistem akan membuat mitigasi dan berbagai inovasi akan lebih optimal diciptakan🖥. Sistem ini juga penting untuk komunikasi keamanan nasional dan komunikasi global. Oleh yang demikian, perkara tersebut mampu mendorong pengaturan navigasi posisi yang sangat efektif untuk banyak aplikasi dan industri, yang banyak dipersonalisasikan oleh kebanyakan orang. Kecanggihan AI dianggap sangat menjanjikan dalam memenuhi rasa keingintahuan dan target pencapaian manusia. AI merupakan kecerdasan buatan yang sengaja diciptakan selayaknya kemampuan manusia. Bahkan pada beberapa kondisi, AI dapat melampaui batas wajar kemampuan yang dimiliki manusia, termasuk yang menciptakan teknologi AI itu sendiri. Salah satu bidang yang mendapatkan manfaat secara signifikan dari kemampuan AI ini adalah penelitian atau kajian-kajian sains mengenai kehidupan dalam tata surya dan ruang angkasa🚀.

2️⃣ Teknologi AI tidak akan mengurangkan peluang pekerjaan.

Semasa kita membangunkan teknologi inovatif, AI akan mempunyai kesan positif terhadap ekonomi kita dengan mewujudkan pekerjaan yang memerlukan kemahiran yang ditetapkan untuk melaksanakan sistem baru📈. “Kajian menunjukkan AI bukanlah satu teknologi yang perlu dihindari tetapi sebaliknya untuk dimanfaatkan supaya had kita sebagai manusia dapat ditingkatkan kepada satu tahap lain. Kira-kira 17 peratus pemimpin perniagaan percaya AI akan mencipta pekerjaan manakala enam peratus melihat AI tidak mempunyai kesan terhadap pekerjaan sedia ada. Begitu juga dengan 18 peratus pekerja percaya AI akan mencipta pekerjaan berasaskan pengetahuan baru dan 11 peratus berpendapat kemunculan AI tidak memberi kesan kepada pekerjaan mereka🧾. Kemungkinan kecerdasan buatan akan menggantikan pekerjaan yang melibatkan tugas-tugas menyelesaikan pekerjaan yang repetitif atau asas, dan AI juga mungkin menjangkaui kemampuan manusia semasa. Kemungkinan automasi AI dapat melakukan tugas-tugas seperti meluluskan pinjaman, memutuskan sama ada pelanggan harus diluluskan atau mengenali rasuah dan penyalahgunaan kewangan📊. Oleh itu, setiap organisasi akan meraih banyak manfaat daripada peningkatan produktiviti hasil daripada automasi yang lebih canggih, yang akan menghasilkan pekerjaan lebih baik. ara ini akan membuka laluan untuk para majikan menyokong pekerjaan dalam sektor perkhidmatan dan sebagainya. Kajian itu juga mendapati kebanyakan pekerja di Malaysia ingin membangunkan kemahiran baharu selaras kebangkitan teknologi terkini seperti AI.

3️⃣Teknologi AI dapat meningkatan keamanan

AI juga dapat digunakan dalam sistem pengawasan dan dapat mengesan untuk meningkatkan keamanan berbagai lingkungan. Sebagai contoh,melalui pemantauan video yang cerdas,mengesan ancaman siber dengan pantas, dan pengesahan kejahatan. Cara ini akan membuka laluan untuk para majikan menyokong pekerjaan dalam sektor perkhidmatan dan sebagainya. Kajian itu juga mendapati kebanyakan pekerja di Malaysia ingin membangunkan kemahiran baharu selaras kebangkitan teknologi terkini seperti AI.

‼️Kelemahan AI Pada Masa Akan Datang‼️

1️⃣ Teknologi AI dapat Membunuh Manusia

Teknologi AI🦾🦾 sentiasa memudahkan kita dalam pelbagai cara namun teknologi ini juga memberikan kita keburukan🙊 sehingga tahap membunuh manusia😐😐😐 .Mereka dapat membunuh kita kerana kita telah ciptakan fungsi yang dapat melindungi diri mereka apabila sesuatu ancaman terjadi😏 .Pengesan yang telah diletakkan di dalam cip khas AI akan berfungsi serta – merta seperti robot AI🤖 tersebut akan memukul , menolak sehingga membawa maut jika sesuatu ancaman dapat dikesan😔😔 .Pernyataan ini boleh dibuktikan pada 1981 , Kenji Urada . seorang pekerja di kilang🏭 membuat motosikal🏍 telah dibunuh oleh sebuah robot👾 yang sedang melakukan kerja di kawasan berhampiran . Kejadian ini berlaku bilamana robot👾 tersebut telah mengesan beliau sebagai sebuah ancaman💀 , lalu menolaknya ke sebuah mesin .Kemudiannya , robot tersebut menggunakan tangan hidrauliknya🦾🦾 untuk memukul pekerja tersebut sehingga mati .Ini adalah satu kes daripada beberapa kes yang dapat membuktikan bahawa teknologi AI sangat risiko sehingga boleh membunuh☠️☠️ manusia walupun pencipta teknologi tersebut .Kes ini terjadi pada era 80-an, dan sekarang kita berada di era-20 , 40 tahun telah berlalu , teknologi AI semakin canggih👍 dan pada tahun akan datang ,semakin canggih👍👍 dan adakah kita dapat mengawalnya ??? Oleh yang demikian , sudah kijang🦌 lagi berteduh , sudah terang lagi bersuluh💡 bahawa teknologi AI dapat membunuh manusia merupakan salah satu kelemahannya .Kita sebagai generasi Gen-Z , jika satu hari nanti dapat mencipta sesuatu teknologi AI , ciptalah dengan berwaspada dan jangan sampai menempah maut .😯😯😳

2️⃣ Monopoli pasaran AI oleh syarikat-syarikat besar

Selain itu , kelemahan yang dapat kita nyatakan bagi teknologi AI👾👾 pada masa akan datang adalah monopoli pasaran AI oleh syarikat – syarikat besar🏢🏢🏢 .Perkembangan teknologi AI ini semestinya akan melahirkan ratusan ‘startup baru’ yang fokus pada pembangunan teknologi terutamanya teknologi AI yang dapat memberikan keuntungan berlipat kali ganda . Maka , tidak hairanlah jika syarikat – syarikat besar seperti Facebook , Apple , Google dan Samsung sanggup melaburkan jutaan ringgit untuk membeli ‘startup – startup’ baru . Trend pembelian ‘startup’ yang yang membangunkan teknologi AI ini juga aman menggerunkan ,Secara keseluruhannya , 140 buah ‘startup’ berkaitan teknologi AI telah dibeli oleh syarikat-syarikat besar dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini .Pernyataan di atas juga dinyatakan dan pada masa akan datang adakah syarikat – syarikat🏢🏢 yang baru hendak membangun dan masih kecil-kecil cili🌶🌶 padi dapat mengaut keuntungan walaupun sebesar telefon pintar🤓🤓 .Bulan kian terang , bayang kian jelas bahawasanya teknologi AI ini juga dapat memberi keburukan iaitu monopoli pasaran AI oleh syarikat-syarikat besar😎😎😎 sehinggakan memberikan kesusahan pada syarikat-syarikat kecil🧐🧐 .

3️⃣Teknologi AI dapat mewujudkan bias dan ketidakadilan

AI sangat bergantung padat data yang dugunakan untuk melatih dan mengambil keputusan. Jika data yang digunakan berasal dari sumber bias atau tidak representatif, AI dapat menghasilkan keputusan yang tidak adil, tidak tepat dan mewujudkan deskriminatif. Oleh itu, ini dapat meningkatkan kebimbangan sosial yang ada atau menghasilkan ketidakadilan baru

Kesimp**annya, Sistem Al akan sangat penting untuk keperluan manusia sehari-hari. Sistem ini juga penting untuk komunikasi keamanan nasional dan komunikasi global📡. Teknologi AI tidak akan mengurangkan peluang pekerjaan. Semasa kita membangunkan teknologi inovatif, AI akan mempunyai kesan positif terhadap ekonomi kita dengan mewujudkan pekerjaan yang memerlukan kemahiran yang ditetapkan untuk melaksanakan sistem baru📈. Malah terdapat jugak keburukan Al yang tidak dapat dielakkan.

Posting Keempat📌Disediakan Oleh:1)NUR HAZMIRA IZZATI BINTI HANIFA 2926572)KAAVIYAMALAR A/P ARASAN 292621Tema: Isu Etika ...
03/06/2023

Posting Keempat📌
Disediakan Oleh:
1)NUR HAZMIRA IZZATI BINTI HANIFA 292657
2)KAAVIYAMALAR A/P ARASAN 292621

Tema: Isu Etika Kecerdasan Buatan
Tajuk: Kekurangan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence)

Penggunaan Kecerdasan Buatan pada masa kini telah kian tersebar dengan meluas di serata dunia 🤖🌏. Walaupun terdapat manfaat yang tinggi bagi semua orang 👍🏻😆tetapi tetap ada kekurang yang akan melanda bagi penggunanya dan juga memberi kesan sampingan bagi orang lain juga 🥲👎🏻. Kesannya, hadirnya Kecerdasan Buatan ini juga akan memberi kesan yang buruk bagi kesemua orang 👺.

Antara Kekurangan bagi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence):

1. Peningkatan Masalah Pengangguran 😣💸
Penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan dapat menyebabkan berlakunya pengangguran pada beberapa sektor pekerjaan 👷🏻‍♀️👩🏻‍🌾🧑🏻‍💻. Pada masa kini, Kecerdasan Buatan telah banyak digunakan dalam beberapa sektor pekerjaan untuk menggantikan pekerjaan manusia yang dilakukan secara rutin dan dapat diotomatisasi 🤖❗️. Antara contoh pekerjaan yang dapat digantikan oleh Kecerdasan Buatan adalah pekerjaan yang memerlukan pengambilan keputusan berdasarkan data 📊📈seperti akauntan 🗂️, analisis kewangan 📉💰, dan pengurus operasi 👷🏻‍♂️, atau pekerjaan yang memerlukan pemprosesan bahasa seperti penerjemah 👨🏻‍🏫👩🏻‍🏫. Selain itu, Kecerdasan Buatan juga dapat digunakan untuk menggantikan pekerjaan yang memerlukan kerja fizikal seperti pekerjaan dalam sektor pertanian 👩🏻‍🌾🧑🏻‍🌾🌽🥬dan pemasangan 🚗🛞. Hal ini akan menyebabkan kadar pengangguran akan meningkat 📈🥲 pada masa akan datang. Keadaan ini akan memberi kesan yang buruk kepada anak muda khususnya para graduan untuk mencari pekerjaan pada masa akan datang 👨‍🎓🙇🏻🤦🏻‍♂️.

2. Pemikiran Yang Terbatas 🧠❗️
Kecerdasan Buatan mempunyai pemikiran yang terbatas kerana hanya bergantung pada data dan program yang telah ditetapkan oleh manusia 🧑🏻‍💻📑📊. Meskipun Kecerdasan Buatan dapat memproses dan menganalisis data dengan sangat cepat dan tepat 🤖🌬️ , Kecerdasan Buatan tidak mempunyai kemampuan untuk membuat andaian terhadap perkara yang belum pernah dilihat 👀 atau diprogramkan 🧑🏻‍💻🖥️ sebelumnya tanpa bantuan manusia 🙀❗️. Jika mesin melakukan sesuatu pekerjaan yang melebihi hadnya ⬆️🛜, ianya akan mengakibatkan kerosakan sistem, ataupun output yang dihasilkan tidak relevan ❌👎🏻. Kesannya, risiko yang tinggi akan berlaku dalam penghasilan sesuatu produk dan boleh menjejaskan kualiti produk 😟☠️. Keadaan ini amat dikhuatiri berlaku jika Kecerdasan Buatan melalukan tugasan melebihi tahap kemampuannya. Oleh itu, penghasilan sesuatu produk perlu dititik beratkan dari segi kualiti penghasilan produk 🤗❗️⬆️.

3. Peningkatan Tahap Kemalasan Manusia 🙇🏻😴
Kecerdasan Buatan akan menyebabkan peningkatan 📈dalam tahap kemalasan 😴manusia. Hal ini demikian kerana, kebanyakan individu pada masa kini cenderung untuk menggunakan teknologi 📡Kecerdasan Buatan tanpa berusaha 💪🏻 dan mengambil inisiatif sendiri untuk menyelesaikan 🔎dan menyiapkan sesuatu tugasan📑🗂️. Kebanyakan pelajar pada masa kini turut menggunakan Kecerdasan Buatan seperti ChatGPT 🤖untuk menyiapkan kerja sekolah 📚mahupun kerja kursus 📇🔖yang telah diberikan oleh guru 👩‍🏫🧑‍🏫mereka tanpa berusaha 🥱 untuk menambahkan ilmu pengetahuan mereka untuk menyiapkan tugasan mereka. Hal ini menyebabkan kemahiran seseorang itu tidak dapat dikembangkan 👎🏻🙅‍♀️akibat keterbegantungan terhadap teknologi Kecerdasan Buatan yang sentiasa tersedia serta kecekapannya dalam menyelesaikan tugasan. Kualiti 👍🏻pelajar 👩‍🎓 serta pekerja 👷pada masa akan datang akan menjadi semakin berkurang 📉menyebabkan mereka terpaksa bersaing untuk mendapatkan pekerjaan. Oleh itu, Kecerdasan Buatan sememangnya membawa manfaat kepada manusia. Namun, Kecerdasan Buatan akan memberi impak yang negatif 👎🏻dalam kehidupan seharian kita dimana ianya akan meningkatkan tahap kemalasan 🥱😪bagi seseorang individu.

4. Ketaksamaan.
Bagaimanakah ❓❓kita mengagihkan kekayaan yang dicipta oleh mesin? ⚙️ Sistem ekonomi kita adalah berdasarkan pampasan untuk sumbangan kepada ekonomi, selalunya dinilai menggunakan gaji 💰💵setiap jam. Majoriti syarikat masih bergantung pada kerja setiap jam ⌚️apabila ia berkaitan dengan produk dan perkhidmatan. Tetapi dengan menggunakan kecerdasan buatan, syarikat boleh mengurangkan kebergantungan pada tenaga kerja manusia ⚡️💪🏻secara drastik, dan ini bermakna pendapatan 💵akan diberikan kepada lebih sedikit orang. Akibatnya, individu yang mempunyai pemilikan dalam syarikat yang dipacu AI 🤖akan memperoleh semua wang💰. Kita sudah melihat jurang kekayaan yang semakin melebar, di mana pengasas permulaan membawa p**ang sebahagian besar lebihan ekonomi yang mereka hasilkan. Sebagai contoh, pada tahun 2014, kira-kira hasil yang sama 🟰 dijana oleh tiga syarikat terbesar di Detroit dan tiga syarikat terbesar di Silicon Valley ... hanya di Silicon Valley terdapat 10 kali lebih sedikit pekerja. Jika kita benar-benar membayangkan masyarakat pasca kerja, bagaimana kita menstrukturkan ekonomi pasca buruh yang adil? 🤨❓

5. Kecerdasan Buatan Mungkin 🤔Akan Menjadi Bias
Walaupun kecerdasan buatan mampu untuk kelajuan 💨⏩ dan kapasiti pemprosesan yang jauh melebihi manusia, ia tidak boleh selalu dipercayai ❌🚫untuk bersikap adil dan neutral. Google dan syarikat induknya Alphabet adalah salah satu peneraju dalam hal kecerdasan buatan, seperti yang dilihat 👀dalam perkhidmatan “Google Photo”, di mana AI 🤖digunakan untuk mengenal pasti orang, objek 📌dan pemandangan🗾. Tetapi ia boleh menjadi salah, seperti apabila kamera 📸 terlepas tanda pada sensitiviti kaum, atau apabila perisian yang digunakan untuk meramalkan penjenayah 👮🏻masa depan menunjukkan berat sebelah terhadap orang kulit hitam👩🏾‍🦱👨🏾‍🦱. Kita tidak boleh lupa bahawa sistem AI dicipta oleh manusia, yang boleh berat sebelah dan menilai. Sekali lagi, jika digunakan dengan betul✅, atau jika digunakan oleh mereka yang berusaha 💪🏻 untuk kemajuan sosial, kecerdasan buatan boleh menjadi pemangkin kepada perubahan positif📈. Namun, jika ianya digunakan dengan cara yang salah, ianya akan memberi kesan negatif kepada kita.👎🏻❌

Posting Ketiga📌Disediakan Oleh: 1)ZAHID KHAN ABDULLAH 2927012)HO SZE LOONG 292636Tema: Isu Etika Dalam Kecerdasan Buatan...
03/06/2023

Posting Ketiga📌
Disediakan Oleh:
1)ZAHID KHAN ABDULLAH 292701
2)HO SZE LOONG 292636

Tema: Isu Etika Dalam Kecerdasan Buatan
Tajuk: Kelebihan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence)

Pada masa kini, penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan atau Artificial Intelligence semakin meningkat serta banyak mempengaruhi kehidupan manusia🦾🙆🏻. Bukan sahaja dalam bidang perkomputeran🖥️ malah penggunaan Kecerdasan Buatan juga digunakan dalam bidang pendidikan📚, perniagaan 💵, ekonomi 📊, sosial 👥 dan semua yang berkaitan dengan sains dan teknologi. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Kecerdasan Buatan 🤖sememangnya mempunyai banyak kepentingan serta memberi banyak kelebihan dan manfaat kepada manusia. Kecerdasan Buatan sangat penting dan berpotensi besar dalam mengautomasikan operasi dan memudahkan pekerjaan serta urusan manusia.

Antara Kebaikan dan Kelebihan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) :

1. Mengurangkan kesilapan manusia (human error) 🧑🏻‍💻❗️
Salah satu kelebihan Kecerdasan Buatan adalah dapat mengurangkan kesilapan manusia atau lebih dikenali sebagai ‘’human error’’ dengan amat ketara dan meningkatkan ketepatan. Antara kesilapan manusia yang biasa terjadi adalah kesilapan merekod data 📊❌. Kesilapan kecil ini dapat memberi impak yang besar kepada sesebuah sistem terutamanya bagi sesebuah syarikat. Antara faktor yang menyebabkan kesilapan manusia berlaku adalah seperti kurang pengalaman bekerja📉👨🏻‍🔧, tahap professional, keadaan kesihatan mahupun masalah keluarga yang menganggu fikiran dan tekanan yang boleh menyebabkan berlakunya kesilapan semasa melakukan pekerjaan🤦🏻‍♂️🤦🏻‍♀️. Berbeza dengan Kecerdasan Buatan dimana keputusan yang diambil oleh AI dalam setiap langkah ditentukan oleh maklumat yang dikumpul sebelum ini dan set algoritma tertentu. Apabila diprogramkan dengan betul, kesalahan ini boleh dikurangkan kepada sifar ⭕️. Disamping itu, yang dapat menghurai, menganalisis, mengkaji secara terperinci dan menyeluruh bagi data yang mempunyai volume yang sangat besar. Oleh itu, Kecerdasan Buatan memberi impak yang positif dalam kehidupan seharian manusia ✅👨🏻‍🔧🦾.

2. Selalu tersedia 🦾🤖✅
Manusia pada umumnya bekerja 6-8 jam sehari tidak termasuk dengan waktu rehat dan cuti 😴🕺. Seperti yang kita ketahui, manusia memerlukan waktu rehat dan cuti agar dapat bekerja dengan baik di kemudian hari. Namun berbeza dengan Kecerdasan Buatan dimana kita dapat membuat mesin yang dapat bekerja 24 jam seminggu tanpa berehat dan tidak akan merasa bosan seperti manusia 👀🤖.

3. Tidak bias 🤓👥
Bias merupakan sikap berat sebelah mahupun pilih kasih iaitu melebihkan seseorang demi kepentingan diri mereka tanpa menghiraukan orang lain👺. Kecerdasan Buatan diatur oleh komputer atau robot yang menyebabkan tiada emosi mahupun perasaan ketika menganalisis dan membuat keputusan 🤜🏻🤛🏻. Secara am nya apabila membuat keputusan secara tradisional akan terdedah dengan sikap berat sebelah dan juga emosi seperti belas kasihan dan juga simpati. Hal ini demikian kerana, setiap manusia mempunyai hati dan perasaan tidak seperti robot❤️🥰. Namun begitu, Kecerdasan Buatan dapat menghasilkan keputusan yang konsisten dan tidak terpengaruh oleh faktor emosi atau subjektif manusia 🧠😢. Hal ini dapat menghasilkan keputusan yang lebih adil dan konsisten secara keseluruhan. Hal ini demikian kerana Kecerdasan Buatan menggunakan set algorithm yang telah ditetapkan sekaligus dapat mengurangkan berat sebelah dalam keputusan dan tindakan yang dilakukan. Keputusan yang dilakukan akan mencerminkan data dan objektif mereka dengan tepat, mendedahkan ketidakseimbangan dan menyedarkan orang ramai akan kesilapan dan masalah mereka tanpa andaian yang tidak tepat dan tidak berat sebelah📊📉📈. Oleh itu, terbukti bahawa kecerdasan Buatan dapat membantu dalam membuat keputusan dan tindakan tanpa bias mahupun keraguan✅🆗 .

4. Boleh dipercayai dan cekap 🤖🫡
Kecerdasan Buatan boleh dilatih untuk menjadi lebih tepat daripada manusia dalam melakukan sesuatu tugas dengan menggunakan kapasiti untuk menafsir serta berkebolehan membuat keputusan yang lebih baik dan tepat. Kecerdasan Buatan boleh membuat pilihan dengan menggunakan data yang disimpan dalam pangkalan data tanpa bantuan manusia 🦾🙅🏻, Pemprosesan bahasa semula jadi dan pembelajaran mesin adalah antara contoh teknologi yang berada di bawah payung Kecerdasan Buatan. Kombinasi data, analitik dan automasi berfungsi bersama untuk membolehkan Kecerdasan Buatan (AI) berkembang mengikut laluannya sendiri tanpa memerlukan pengaturcaraan berulang🖥️🖱️. Kecerdasan Buatan dapat membantu perniagaan dan sektor lain dalam mencapai objektif mereka dimana Kecerdasan Buatan sangat efektif dalam menganalisis situasi dan menghasilkan inferens dalam pelbagai keadaan🦾📲. Kecerdasan buatan sangat berkesan dalam menyelesaikan masalah yang kompleks dengan menganalisis sejumlah data yang besar serta mengenalpasti corak atau keadaan dengan menggunakan suatu set data dan algoritma pembelajaran mesin 🗃️💻🤖.

5. Konsisten dan teliti 🦾📊.
Kecerdasan Buatan yang mempunyai kecerdasan dan kebijaksanaan manusia dalam komputer atau robot boleh melakukan sesuatu kerja atau tugasan dengan konsisten 🤖🖥️. Kecerdasan Buatan yang merupakan sebuah sistem berkomputer yang mempunyai rangkaian data yang luas yang boleh digunakan berulang kali 📈🔁. Selepas komputer diprogramkan, Kecerdasan Buatan dapat menjalankan kerja secara automatik. Sudah pasti ia memberi kemudahan kepada manusia di mana, sejumlah memori yang luas dapat dimanfaatkan berbanding memori data manusia yang terhad 📝🫡. Kecerdasan Buatan teliti dalam melakukan sesuatu kerja apabila ia diprogramkan dengan baik oleh manusia. Kecerdasan Buatan yang telah diajar atau telah belajar bagaimana menjalankan tugas tertentu. Ketelitian Kecerdasan Buatan dalam melakukan kerja dapat mengurangkan tenaga kerja manusia supaya tidak perlu melakukan pemeriksaan semula terhadap sesuatu kerja 👨🏻‍🏭🤖.

Posting Kedua📌Disediakan Oleh: 1)MUHAMMAD AFIQ SHAKIRIN BIN AKMAL 2927812)ANSON GOH ZENG CHUN 292654Tema: Isu Etika dala...
03/06/2023

Posting Kedua📌
Disediakan Oleh:
1)MUHAMMAD AFIQ SHAKIRIN BIN AKMAL 292781
2)ANSON GOH ZENG CHUN 292654

Tema: Isu Etika dalam Kecerdasan Buatan AI
Tajuk: Aplikasi Kecerdasan buatan Dalam Kehidupan Seharian

1. Perjalanan dan Navigasi 🚗🚦
Penggunaan aplikasi navigasi seperti Waze dan Google Maps kini tidak asing lagi dalam kehidupan seharian semua isi rumh dalam memudahkan perjalanan ke sesuatu destinasi ke destinasi yang lain🚗. Waze dan Google Maps menggunakan teknologi AI untuk menganalisis kelajuan pergerakan trafik, menganalisis kawasan yang ingin dituju dengan tepat. 🚦 Teknologi AI dalam kedua-dua aplikasi tersebut berfungsi secara pintar dengan mengambil kira insiden yang dilaporkan oleh pengguna seperti ❗️kemalangan jalan raya atau ❗️penyelenggaraan jalan raya untuk meramalkan berapa lama masa ⏰ yang diperlukan untuk anda sampai ke destinasi yang diingini. Ia juga menggunakan maklumat tersebut untuk mencadangkan jalan alternatif yang terpantas untuk sampai ke destinasi pengguna 😉👍🏻. Dengan mengaplikasikan penggunaan AI dalam fungsi alat navigasi, pengguna aplikasi Waze dan Google Maps dapat mencari lokasi destinasi mereka dengan tepat.

2. Peralatan rumah canggih 🏠🚿🛋
Pada era teknologi masa kini, semakin banyak rumah pada zaman sekarang sudah menjadi semakin “canggih” 🧠 dengan penggunaan kelengkapan rumah yang mempunyai teknologi kecerdasan buatan atau A.I yang tinggi. Peralatan rumah pintar atau “smart home devices’ membantu memudahkan aktiviti harian isi rumah dalam pelbagai aspek. Sebagai contoh, terdapat pendingin hawa canggih dilengkapi dengan thermometer🌡 yang mampu mengenal pasti tahap kedinginan yang disukai pengguna berdasarkan tabiat penggunaan harian isi rumah tersebut 💁🏻‍♂️‍. Tabiat pengguna mungkin boleh dikaitkan dengan berapakah 🤔 suhu yang sering dipilih oleh pengguna pada waktu siang 🏞 dan malam 🌉 , atau pada cuaca sejuk ❄️ dan panas 🔥. Hasil daripada permerhatian yang direkodkan oleh AI, pendingin hawa pintar akan bertindak secara automatik untuk menyelaraskan suhu tanpa memerlukan arahan secara manual daripada pengguna. Terdapat juga contoh kelengkapan rumah pintar yang lain seperti peti sejuk canggih. Peti sejuk canggih mempunyai fungsi yang memberitahu penggunanya dengan membuat senarai bahan atau makanan 🍕 yang telah habis dalam simpanan barangan di dalam peti tersebut. Fungsi ini membantu pengguna untuk menguruskan perbelanjaan barang keperluan dan mengelakkan pembaziran. 📝

3. Teknologi Pengecaman Muka🧐
“Face ID” tidak asing lagi didengar kerana sekarang sudah ada di kebanyakan telefon pintar yang canggih🤩 bagi tujuan keselamatan🕵🏻‍♂️‍ dimana menggantikan kata laluan yang perlu ditaip✍🏻 tapi dengan teknologi ini lebih cepat dan selamat🔐. Selain itu juga, diguna sebagai bagi merekodkan kedatangan. Contohnya, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Aziz, Alor Setar, telah melukir sejarah 📃sebagai sekolah di negara ini menggunakan teknologi pengimbas muka bagi merekodkan kedatangan murid dan guru serta anggota-anggotanya. Perkara ini juga dapat membantu kerja lebih mudah dan lebih cepat💪🏻.Misalnya, hanya perlu menghalakan muka ke telefon pintar sahaja🤳🏻dapat membuka kata laluan telefon pintar masing-masing,😎 berbanding dengan teknologi dahulu yang perlu memasukkan kata laluan dengan menaip terlebih dahulu✍🏻, hal ini akan memakan masa jika kita tergesa-gesa untuk membukanya atau ada sesuatu yang penting yang perlu dibuat😪, hal ini akan menyulitkan keadaan🤧. Jadi dengan adanya pengecam muka dalam kehidupan seharian kita akan lebih cepat, selamat dan mudah.😉

4. Kereta elektrik dan panduan sendiri😱
Kenderaan pandu sendiri kini giat dibangunkan oleh syarikat-syarikat besar dunia seperti Tesla. Kereta pandu sendiri dilengkapi dengan pelbagai jenis sensor🎛 untuk membantu kenderaan melihat dan mengesan objek-objek lain di jalan raya🛣. Kereta pandu sendiri dilengkapi kamera 📸untuk membantu mengenal pasti objek dan radar yang mengesan objek, menjejaki kelajuan dan arah kenderaan lain. Selain itu, ia turut dilengkapi lidar yang menggunakan laser🖲 untuk mengukur jarak antara objek dan kenderaan. Sensor ini akan menghantar maklumat ke sistem kawalan kereta🖥🎛 sebelum membuat keputusan sama ada perlu memecut atau menekan brek‼️. Dengan adanya teknologi ini manusia lebih mudah untuk memandu ke sesatu tempat tanpa berasa letih😮‍💨 dan boleh pergi ke sesuatu tempah lebih jauh😉. Disamping, kereta pandu sendiri ini juga tidak menggunakan minyak petrol⛽️, sebaliknya menggunakan tenaga elektrik🔅 untuk bergerak, maka hal ini lebih menjimatkan petrol dan menjaga alam sekitar♻️. Hal ini kerana asap-asap yang keluar daripada kenderaan yang menggunakan petrol ini akan menghasilkan pencemaran udara🚭 yang dapat menipiskan lapisan ozon♨️ dan juga akan membuatkan pencemaran bau yang tidak menyenangkan.

5. Pembantu Peribadi Digital😱
Dengan hanya megunakan suara kita🗣pembantu digital peribadi seperti Google Assistant, IOS, Alexa boleh mengarahkannya untuk bertindak ke atas apa-apa teknologi yang kita gunakan setiap hari😏 misalnya, untuk menelefon seseorang☎️, membuat carian di internet🖥 atau apa-apa sahaja teknologi lain yang dapat berhubung dengannya Pembantu digital peribadi ini sudah sangat mudah didapati sekarang kerana setiap telefon pintar 📲sudah mempunyainya😉. Sebagai contoh Siri merupakan pembantu digital peribadi yang terdapat pada mana-mana produk “APPLE”🍎 yang menggunakan sistem IOS. Siri ini kita boleh bercakap dengannya atau mengarahkannya menggunakan suara untuk melakukan sesuatu di dalam telefon pintar tersebut🤗. Misalnya, kita boleh mengarahkannya🗣 untuk menelefon seseorang, membuka laman sesawang yang diingini, membuka aplikasi yang diingini, membuka lagu yang disukai, berajukan soalan, ❓yang tidak diketahui jawapannya dan juga kita boleh berbual dengannya😲. Selain itu, telefon pintar yang menggunakan sistem Android juga mempunyai pembantu digital peribadi iaitu Google Assistant dimana mempunyai fungsi dan kebolehan yang sama tetapi mempunyai cita rasa yang berbza🤠. Disamping itu masih terdapat segelintir masyarakat kita yang belum tahu🤔 kewujudan pembantu digital peribadi Alexa. Alexa secara umumnya akan berhubung dengan teknologi lain seperti lampu di rumah💡, pembesar suara🔊, kipas, pendingin hawa dan apa-apa sahaja peralatan elektronik⌨️💻 yang dapat berhubung dengannya😉. Alexa ini akan melakukan tindakkan ke atas teknologi yang bersambung dengannya jika diberi arahan🗣 oleh manusia menggunakan suara, seperti membuka dan menutup peralatan elektronik dan sebagainya.😍

Posting Pertama📌Disediakan Oleh: 1)NURUL AIN BT ZULKAFLI 2927822)NOR AISYAH BINTI OSNIZAN 292829TAJUK: PENGENALAN KECERD...
03/06/2023

Posting Pertama📌
Disediakan Oleh:
1)NURUL AIN BT ZULKAFLI 292782
2)NOR AISYAH BINTI OSNIZAN 292829

TAJUK: PENGENALAN KECERDASAN BUATAN (AI) 🤖🤖🤖

APA ITU ETIKA❓❓
Etika adalah salah satu cabang falsafah yang merangkumi kelakuan yang betul 👍🏻 dan kehidupan yang baik ✨. Etika dalam erti kata lain adalah mematuhi nilai-nilai moral ✅. Oleh itu, etika boleh didefinisikan sebagai sesuatu yang boleh menentukan tentang benar ✔️ atau salah ❌ yang dapat menghalang berlakunya sesuatu yang melanggar dengan prinsip-prinsip moral. Selain itu, dari persepktif Islam , etika boleh merujuk sebagai tingkah laku betul berasaskan AL-Quran dan ketakwaan kepada Allah ✨.

Semua garis panduan etika adalah bertujuan untuk meningkatkan ⬆️ kualiti dan disiplin dalam perkhidmatan serta menekankan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peranan nilai dalam kehidupan masyarakat. Hal ini, dapat menunjukkan bahawa etika sangat berkait rapat dengan kehidupan sosial masyarakat 👨‍👩‍👦‍👦👨‍👩‍👧‍👧. Terdapat pelbagai jenis etika yang dapat ditemui dalam kehidupan masyarakat kita. Namun pada era globalisasi ini 🌏, etika telah menjadi salah satu bahagian terpenting ‼️ dalam teknologi AI 🤖.

APA ITU KECERDASAN BUATAN (AI) ⁉️
Kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI) 🤖 merupakan kajian kejuruteraan mesin cerdas ⚙️ yang mampu melakukan fungsi dan ciri-ciri pemikiran manusia 💭👦🏻👧🏻. Konsep AI 🤖 bermula dari zaman purba, tetapi kemunculan komputer digital pada abad ke-20 ⏰ membawa konsep ini kepada suatu kemungkinan💡. AI telah dikatogorikan sebagai satu bidang ilmu pengkomputeran 📚💻 di pertengahan tahun 1950-an. Istilah AI telah diterapkan dalam program dan sistem komputer 💻 yang mampu melakukan tugas-tugas yang lebih kompleks daripada program komputer biasa. Walaupun masih jauh daripada kepintaran manusia 🧍‍♂️🧍‍♀️, kemampuan AI kini digunakan secara meluas di bidang-bidang seperti pemprosesan maklumat 🗂, permainan komputer 💻, keselamatan negara, perdagangan elektronik, dan sistem diagnostik.

ETIKA AI 🤖
Etika Kecerdasan Buatan, atau Etika AI, terdiri dari sekump**an nilai, teknik,dan prinsip yang menggunakan standard yang benar ✔️ dan salah ❌ yang diterima secara meluas untuk memandu tingkah laku moral dalam pengembangan dan penggunaan teknologi AI. Penerapan prinsip etika AI pada reka bentuk dan pelaksanaan sistem algoritma atau pintar dan projek AI di pelbagai sektor seperti sektor awam 🏢 adalah yang terpenting. Etika AI akan menjamin bahawa pengembangan ⬆️ dan penggunaan AI adalah beretika, selamat, dan sangat bertanggugjawab 😇. Dengan ini, semua pihak yang terlibat dalam reka bentuk 📝, pengeluaran dan penyebaran projek AI harus mempertimbangkan etika dan keselamatan AI sebagai keutamaan. Selain itu, etika AI adalah cabang etika teknologi ⚙️ khusus untuk sistem pintar buatan. Kadang-kadang etika ini terbahagi kepada keprihatinan dengan tingkah laku moral manusia 🧍‍♂️🧍‍♀️ kerana mereka merancang, membuat, menggunakan dan memperlakukan sistem pintar buatan, dan berkaitan dengan tingkah laku mesin, dalam etika mesin ⚙️. Inilah juga merangkumi isu kemungkinan singulariti kerana AI yang pintar. Terdapat pelbagai jenis etika yang berkaitan dengan etika AI iaitu, etika robot 🤖, etika mesin ⚙️, dan etika komputer 💻.

1️⃣ Etika mesin ⚙️
Etika mesin ⚙️ banyak digunakan dalam bidang penyelidikan 🔍 yang berkaitan dengan merancang Ejen Akhlak Buatan (AMA), robot 🤖 atau komputer pintar buatan yang berkelakuan moral atau seolah-olah bermoral 🕵️‍♂️. Untuk mempertimbangkan sifat ejen ini, etika mesin telah dijadikan saranan untuk mempertimbangkan segala idea-idea filosofis yang tertentu, seperti ciri standard agensi, agensi rasional, agensi moral, dan agensi buatan, yang berkaitan dengan konsep AMA.

2️⃣ Etika komputer 💻
Etika komputer 💻 ialah salah satu etika yang menganalisis impak tabii dan sosial oleh teknologi komputer dan perumusan dan justifikasi polisi etika penggunaan teknologi tersebut 🤓. Selain itu, etika komputer 💻 umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul. Hak peribadi individu, ketepatan dan kesasihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat 🌐.

3️⃣ Etika robot 🤖
Etika robot 🤖 p**a adalah merujuk kepada moral bagaimana seorang manusia 🧍‍♂️🧍‍♀️ merancang, membina, menggunakan dan merawat robot. Ia bersilang dengan etika AI. Robot 🤖 adalah mesin fizikal sedangkan AI hanya boleh menjadi perisian. Tidak semua robot berfungsi melalui sistem AI dan tidak semua sistem AI adalah robot. Etika robot mempertimbangkan bagaimana mesin ⚙️ boleh digunakan untuk membahayakan ⚠️ atau menguntungkan 👍🏻 manusia 🧑🏻👧🏻, kesannya terhadap autonomi individu, dan kesannya terhadap keadilan sosial.

Sebagai kesimpunnya, etika AI 🤖 adalah salah satu etika yang amat penting pada masa kini. Oleh itu, masyarakat kini perlulah megambil berat terhadap semua aspek seperti kepentingan AI ⚠️, kesan positif 🤩 dan negatif 😭 etika AI, dan faktor AI. Aspek - aspek ini akan diumumkan 🗣 pada post yang seterusnya.

Address

Universiti Utara
Universiti Utara
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Etika Dan Peradaban posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share