A222 Mpu1013 Kumpulan U3

A222 Mpu1013 Kumpulan U3 MPU1013 Mengkhususkan bagi pembelajaran dan pengajaran

Posting 10NAMA: SAVEEKA SUWANNARAT A/P PECETNOMBOR MATRIK: 288297Kesimp**an keunikan perkahwinan campur di Malaysia?Keun...
12/07/2023

Posting 10
NAMA: SAVEEKA SUWANNARAT A/P PECET
NOMBOR MATRIK: 288297
Kesimp**an keunikan perkahwinan campur di Malaysia?
Keunikan perkahwinan campur di Malaysia dapat merangkumi pelbagai aspek dari segi perpaduan, budaya, tradisi, bahasa, dan adat istiadat dari kedua pasangan yang berasal dari latar belakang etnik yang berbeza. Keunikan perkahwinan campur ini mencerminkan harmoni, toleransi, dan penerimaan dalam masyarakat multikultural Malaysia.

Perkahwinan campur di Malaysia mencerminkan nilai-nilai toleransi dan penerimaan terhadap perbezaan agama, budaya, dan etnik. Pasangan yang memutuskan untuk menikah dengan latar belakang etnik yang berbeza menunjukkan sikap terbuka dan menghormati perbezaan antara satu sama lain.

Selain itu, perkahwinan campur di Malaysia berdasarkan pada cinta dan komitmen yang kuat antara pasangan yang merentasi batas-batas budaya dan etnik. Nilai-nilai cinta, saling pengertian, dan kompromi menjadi dasar yang penting dalam menjaga keharmonisan dalam hubungan perkahwinan campur.

Seterusnya, perkahwinan campur di Malaysia menggambarkan persatuan dan harmoni dalam masyarakat multikultural. Berdasarkan elemen-elemen budaya dan adat istiadat yang berbeza, perkahwinan ini menciptakan ikatan yang kuat antara keluarga dan komunitas yang berasal dari latar belakang yang beragam.
Secara keseluruhan, perkahwinan campur memainkan peranan penting dalam memperkaya dan memperkuat hubungan antara kelompok etnik di Malaysia. Perkahwinan campur menjadi simbol dari kekayaan budaya dan persaudaraan dalam masyarakat Malaysia yang majmuk.
Sekian ,Terima kasih.

Posting 9Nama: FARIDHOH NAJIHAH BINTI FAIRUL NIZAMMatrik: 288287Budaya Peranakan SinkretikBudaya Peranakan terbentuk apa...
07/07/2023

Posting 9
Nama: FARIDHOH NAJIHAH BINTI FAIRUL NIZAM
Matrik: 288287

Budaya Peranakan Sinkretik

Budaya Peranakan terbentuk apabila elemen-elemen budaya tempatan dipinjam, disesuaikan dan diterap ke dalam acuan budaya etnik bukan tempatan melalui proses akulturasi. Keadaan ini dapat dilihat dengan jelas dalam sesetengah aspek budaya yang bersifat luaran atau ekstrinsik seperti pakaian, makanan dan kegiatan masa lapang.

Pemakaian seperti baju kebaya dan kain sarung sering dijadikan sebagai penanda kepada budaya Peranakan. Selain daripada jenis pakaian itu sendiri, elemen sebenar yang dipraktikkan daripada budaya tempatan dalam konteks pakaian ialah nilai kesopanan masyarakat tempatan yang diukur mengikut keperluan menutup aurat dari sudut agama Islam.

Makanan p**a, banyak ramuan dan cara memasak yang digunakan dalam masyarakat tempatan yang membawa kepada masakan-masakan unik. Sebagai contoh, hidangan 'bak hong' bagi komuniti Cina Peranakan Kelantan, serta 'ayam pongteh' dan 'itik tim' bagi komuniti Baba-Nyonya di Melaka.

Kemahiran bahasa dan kesusasteraan
masyarakat tempatan yang telah menjadi turun-temurun oleh golongan peranakan mempengaruhi kecenderungan mereka untuk turut meminati aktiviti-aktiviti seni masyarakat tempatan. Ini termasuklah wayang bangsawan, lagu keroncong, tarian joget, dan dondang saying yang melibatkan kemahiran berbalas pantun dan syair yang tinggi.

Posting 8Nama: Nur Hikmazatul Binti Che HarithMatrik: 288282KESAN PERKAHWINAN CAMPUR DI MALAYSIAPerkahwinan campur di Ma...
28/06/2023

Posting 8
Nama: Nur Hikmazatul Binti Che Harith
Matrik: 288282

KESAN PERKAHWINAN CAMPUR DI MALAYSIA

Perkahwinan campur di Malaysia ini telah memberi beberapa kesan sama ada kesan positif atau negatif. Berikut adalah antara kesan-kesan perkahwinan campur di Malaysia;

Kesan Positif
1. Memupuk perpaduan antara kaum
Ini boleh dilakukan dengan mengadakan majlis perkahwinan yang melibatkan perwakilan dari kedua belah pihak, mengadakan pertemuan keluarga yang melibatkan persembahan budaya dari kedua belah pihak, atau menyertai acara dan aktiviti komuniti yang melibatkan pelbagai budaya

2. Mengetahui bangsa dan Bahasa kaum lain
Perkahwinan campur memungkinkan pasangan untuk melibatkan diri dalam budaya masing-masing. Ia akan menjadi pertukaran pengalaman, pemahaman, dan penghayatan terhadap tradisi, adat istiadat, makanan, dan Bahasa yang berbeza. Ini dapat menguatkan pemahaman dan toleransi antara kelompok bangsa yang berlainan.

Kesan Negatif
1. Peningkatan kadar cerai
Perkahwinan campur yang melibatkan perbezaan agama boleh menimbulkan cabaran tambahan. Perbezaan dalam Pratik keagamaan, keyakinan, dan nilai-nilai agama boleh menyebabkan konflik dan kesukaran dalam perkahwinan.

2. Wujud perbalahan kaum disebabkan oleh sikap etnosentrik
Sikap etnosentrik dalam perkahwinan campur juga dapat menyebabkan ketegangan dalam hubungan dengan keluarga dari latar belakang budaya atau kaum yang berbeza. Etnosentrisme keluarga atau individu dapat menghalangi hubungan yang baik antara pasangan dan keluarga pasangan. Ketegangan ini dapat menyebabkan konflik yang berlarutan dan mempengaruhi kebahagiaan perkahwinan

Posting 7Name: Kasvinni A/P NagendranMatrik: 288279Jenis-Jenis Perkahwinan di MalaysiaPerkahwinan campur ialah perkahwin...
20/06/2023

Posting 7

Name: Kasvinni A/P Nagendran
Matrik: 288279

Jenis-Jenis Perkahwinan di Malaysia

Perkahwinan campur ialah perkahwinan antara dua pihak yang berlainan agama, bangsa malah kewarganegaraan. Perkahwinan yang melibatkan penyatuan antara dua insan dari golongan berbeza, sama ada agama atau bangsa juga dipanggil sebagai "Epistonolgical". Perkahwinan ini telah lama dipratikkan dalam sejarah. Masyarakat majmuk di Malaysia adalah kesan daripada perkahwinan campur di Malaysia sejak dahulu sehingga kini. Antara jenis perkahwinan campur di Malaysia ialah:

(1) Perkahwinan antara kaum Melayu dan Kaum Cina
- Perkahwinan antara seorang lelaki/perempuan beragama Islam dengan seorang lelaki/perempuan berbangsa Cina dengan syarat lelaki/perempuan tersebut harus memeluk agama islam.

(2) Perkahwinan antara Kaum India dan Kaum Cina
- Perkahwinan antara seorang lelaki/perempuan berbangsa India dengan seorang lelaki/perempuan berbangsa Cina. Jika lelaki/perempuan berbangsa India berkahwin dengan seorang lelaki/perempuan berbangsa Cina, akan mendapat anak seiras anak Melayu.

(3) Perkahwinan antara kaum Melayu dengan kaum India
- Perkahwinan antara seorang lelaki/perempuan Islam dengan seorang lelaki/perempuan India dengan syarat lelaki/perempuan itu harus memeluk agama Islam.

(4) Perkahwinan antara Kaum india dengan kaum Sikh
-Perkahwinan seorang lelaki/perempuan India dengan seorang lelaki/perempuan Sikh.

Kesimp**annya, dalam memupuk keharmonian antara semua kaum di Malaysia, harus wujud sikap memahami dan bertolak ansur dalam diri masing-masing. Kegagalan sebuah perkahwinan campur tidak seterusnya dijadikan faktor prejudis dan stereotaip terhadap sesuatu kaum. Kerjasama dari semua pihak perlu dalam menjayakan perpaduan di Malaysia melalui perkahwinan campur.

Sekian Terima Kasih💙

Posting 6Nama: Muhammad Nasrul Hakeem Bin Muhammad Na’imMatrik: 288278CABARAN DALAM PERKAHWINAN CAMPUR DI MALAYSIATerdap...
14/06/2023

Posting 6
Nama: Muhammad Nasrul Hakeem Bin Muhammad Na’im
Matrik: 288278

CABARAN DALAM PERKAHWINAN CAMPUR DI MALAYSIA

Terdapat beberapa cabaran yang mungkin dihadapi oleh pasangan perkahwinan campur di Malaysia kesan daripada wujudnya perbezaan latar belakang seperti bangsa dan agama sesama mereka. Berikut merupakan beberapa cabaran yang mungkin di hadapi oleh setiap pasangan perkahwinan campur:

1. Kesukaran untuk memperolehi restu keluarga.
Kesukaran ini biasanya dihadapi oleh pasangan perkahwinan campur yang memerlukan salah seorang daripada mereka untuk berpindah merentasi negara tanah air atau menukar agama demi mengikuti pasangan mereka. Hal ini kerana, tindakan tersebut mungkin membuatkan sesetengah keluarga atau ibu bapa berasa kurang senang terutamanya kepada mereka yang bersifat tradisional dan merasakan perkara-perkara tersebut adalah bertentangan dengan budaya mereka.

2. Kesukaran berkomunikasi.
Bagi pasangan yang berbeza bangsa dan budaya seperti pasangan perkahwinan campur, mereka mungkin mempunyai perbezaan dalam bahasa dan cara berkomunikasi. Hal ini boleh menimbulkan halangan untuk berkomunikasi dengan baik sesama mereka mahupun dalam kalangan ahli keluarga kedua belah pihak. Oleh itu, penting bagi setiap pasangan untuk belajar dan memahami bahasa dan cara pasangan mereka berkomunikasi.

3. Kesukaran mengadaptasi budaya dan adat resam.
Pasangan perkahwinan campur berkemungkinan untuk menghadapi kesulitan dalam proses mengadaptasi budaya, agama dan adat resam pasangan mereka sehingga ke tahap dimana ia boleh menimbulkan kesalahfahaman atau perselisihan diantara pasangan tersebut. Hal ini biasa terjadi kepada pasangan yang menukar agama dimana mereka mungkin berasa tertekan untuk mengubah cara hidup mereka dalam usaha mengadaptasi dan menerapkan nilai-nilai agama, budaya dan adat resam pasangan mereka dalam kehidupan.

Posting 5Nama: Audrey Luisa Binti Abor Matrik: 288264KEISTIMEWAAN PERKAHWINAN CAMPUR DI MALAYSIAPerkahwinan campur di Ma...
08/06/2023

Posting 5
Nama: Audrey Luisa Binti Abor
Matrik: 288264

KEISTIMEWAAN PERKAHWINAN CAMPUR DI MALAYSIA

Perkahwinan campur di Malaysia mempunyai beberapa keistimewaan dan manfaat. Berikut adalah antara beberapa perkara yang dianggap sebagai keistimewaan perkahwinan campur di Malaysia:

1. Mengeratkan Hubungan Keluarga
Perkahwinan bermaksud perkongsian hidup antara dua insan dan tidak lupa juga kepada keluarga pasangan masing-masing. Perkahwinan campur ini secara tidak langsung membantu kedua belah pihak keluarga untuk mengenali dan mengetahui secara lebih mendalam cara hidup yang berlainan daripada apa yang mereka biasa lakukan sebelum ini.

2. Keharmonian Kaum
Perkahwinan campur memainkan peranan penting dalam memperkuatkan hubungan antara kaum di Malaysia. Perkara ini kerana ia membuka ruang untuk berinteraksi dan pemahaman yang lebih baik antara keluarga dan juga masyarakat yang berbeza etnik.

3. Toleransi Dan Penerimaan
Perkahwinan campur juga dapat membantu dalam memupuk sikap toleransi, penerimaan, dan dapat mengurangkan prasangka antara kelompok etnik. Sehubungan dengan itu, perkara ini berpotensi dalam memberi sumbangan yang positif dalam masyarakat yang berbilang bangsa di Malaysia.

4. Peluang Pembelajaran Bahasa
Perkahwinan campur sering kali membawa kepada pembelajaran bahasa yang baharu. Pasangan yang berasal daripada latar belakang etnik yang berbeza dapat belajar dan menggunakan bahasa pasangan mereka lantas dapat membuka peluang untuk mempelajari dan menguasai bahasa baru.

Posting 4Nama: NurHanan Sofia bt Ahmad SabriMatrik: 288263FAKTOR PERKAHWINAN CAMPUR DI MALAYSIAPerkahwinan campur di Mal...
01/06/2023

Posting 4
Nama: NurHanan Sofia bt Ahmad Sabri
Matrik: 288263

FAKTOR PERKAHWINAN CAMPUR DI MALAYSIA

Perkahwinan campur di Malaysia ini terjadi disebabkan beberapa faktor yang terjadi antara dua pihak yang berlainan bangsa agama kewarganaan dan sebagainya. Faktor-faktor tersebut ialah:

1. Faktor Perdagangan
Seperti yang kita sedia maklum, pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka sangat terkenal dengan Pelabuhan Melaka iaitu tempat para-para pedagang dari pelbagai bangsa berniaga seperti bangsa Arab, Cina, India dan Parsi. Kedatangan mereka telah mewujudkan perkahwinan campur antara bangsa Melayu dengan bangsa yang lain. Ada di antara para pedagang-pedagang yang datang berdagang di Melaka berkahwin dengan orang tempatan. Malahan, ada juga di kalangan pedagang yang datang berdagang terus menetap di Melaka dan berkahwin dengan orang tempatan.

2. Faktor Hubungan Diplomatik
Hubungan diplomatik yang dimaksudkan ialah hubungan diplomatik yang terjalin antara dua buah negara yang berlainan.Hubungan diplomatik yang terjalin antara dua buah kerajaan adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara dua buah negara. Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka, beberapa kerajaan dan negeri juga menjalin hubungan politik dengan kerajaan yang ada di seberang laut. Misalnya, Rokan, Siak, Kampar, Indragiri dan Tungkal menjalin ikatan menjadi daerah lingkungan dari Melaka. Bagi memelihara keselamatan Melaka, maka negeri tersebut telah mengadakan hubungan dengan negara lain yang merentasi lautan. Perkahwinan yang berlaku ini selalunya dijalankan bagi mengeratkan lagi perhubungan antara dua buah negara selain memudahkan urusan pentadiran negara. Sebagai contohnya, perkahwinan antara Puteri Hang Li Po dari negara China dengan Sultan Mansur Syah dari Melaka.

3. Faktor penyebaran agama
Penyebaran agama pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka oleh pedagang-pedagang luar ada kalanya dengan cara berkahwin dengan orang tempatan. Perkahwinan campur antara masyarakat India Muslim dan orang Melayu tempatan memudahkan mereka menyebarkan dakwah Islam memandangkan terdapatnya ciri-ciri persamaan budaya antara dua pihak.

4. Faktor kebudayaan
Budaya yang beretika dan harmoni telahpun menarik minat sesama kita untuk terus mengeratkan lagi hubungan dengan berkahwin. Hal ini terjadi apabila wujudnya persamaan kebudayaan sesebuah bangsa yang dapat dilihat dalam aspek keagamaan, cara hidup dan lain-lain yang mendorong berlakunya perkahwinan campur sesebuah bangsa. Sebagai contohnya, faktor persamaan kebudayaan yang meliputi agama dan nilai-nilai tradisi Islam, budaya dan tradisi yang sama antara dua kelompok yang berbeza negara memudahkan lagi berlakunya proses perkahwinan campur.

Posting 3 Nama : Aidila Shakirah Binti AzizanMatrik : 288250 AMALGAMASI? PERKAHWINAN CAMPUR? Perkahwinan campur akan mem...
26/05/2023

Posting 3
Nama : Aidila Shakirah Binti Azizan
Matrik : 288250

AMALGAMASI? PERKAHWINAN CAMPUR?

Perkahwinan campur akan membentukkan satu generasi baharu atau budaya baru tanpa menuruti budaya asal mereka. Seperti yang kita tahu, perkahwinan campur adalah perkahwinan yang terhasil daripada komunikasi dan interaksi antara manusia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya. Fenomena ini bukanlah satu budaya yang baharu di Malaysia malahan ia sudah lama berlaku sejak zaman Sultan Mansur Shah dan Puteri Hang Li Po. Tahukah anda, perkahwinan campur ini dapat dikaitkan dengan tahap-tahap pembentukan kelompok masyarakat iaitu Amalgamasi.

Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur
untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara kump**an etnik. Konsep amalgamasi adalah kesepaduan sosial yang paling tinggi yang mampu dicapai oleh masyarakat di sesebuah negara. Namun, kesediaan untuk meninggalkan adat resam dan budaya asal kump**an masyarakat tersebut merupakan satu cabaran dalam merealisasikan proses ini untuk berlaku. Oleh itu, perkahwinan campur antara dua pihak yang berlainan agama, bangsa malah kewarganegaraan merupakan contoh amalgamasi. Ia merupakan perkahwinan yang melibatkan penyatuan antara dua insan dari golongan berbeza sama ada agama atau bangsa yang juga dipanggil Epistonolgical.

POSTING 2 ☺️✌️NAMA PENULIS : PAVITRA A/P SUBRAMANIAM 288249TAJUK : SEJARAH PERKAHWINAN CAMPUR DI MALAYSIAPerkahwinan cam...
18/05/2023

POSTING 2 ☺️✌️
NAMA PENULIS : PAVITRA A/P SUBRAMANIAM 288249
TAJUK : SEJARAH PERKAHWINAN CAMPUR DI MALAYSIA

Perkahwinan campur di Malaysia bermula pada era kejayaan Kesultanan Melayu Melaka. Hal ini demikian kerana, Melaka yang pesat membangun telah dikunjungi oleh saudagar asing. Hubungan silaturahim antara kerajaan Melaka dengan kerajaan China begitu kukuh yang telah menyebabkan wujudnya perkahwinan campur antara kedua-dua negara tersebut. Sebagai bukti, perkahwinan antara Puteri Hang Li Po dengan Sultan Melaka iaitu Sultan Mansur Syah merupakan perintis dalam sejarah perkahwinan campur di Melaka sehingga merebak ke seluruh empat penjuru tanah jajahan. Oleh kerana kedua-dua negara mempunyai hubungan, majoriti rakyat China telah berhijrah ke Malaysia. Ini mengakibatkan asimilasi budaya sehingga perkembangan keturunan Baba dan Nyonya hasil daripada perkahwinan campur antara masyarakat Cina dan tempatan.

Tambahan p**a, sejarah perkahwinan campur di Malaysia juga bermula lama selepas diaspora India tiba di Malaysia. Menurut pandangan ulama, kemunculan masyarakat India di Alam Melayu adalah disebabkan oleh faktor komersial. Dalam konteks ini, para pedagang India yang datang ke Tanah Melayu berkahwin dengan masyarakat tempatan dan mewujudkan kump**an campuran yang beragama India Muslim.

Selain itu, sejarah perkahwinan campur di negara ini juga berlaku pada zaman negara yang dijajah oleh negara luar, seperti Portugis yang meninggalkan pelbagai impak yang boleh dilihat sehingga kini. Misalnya, perkahwinan campur berlaku pada zaman penjajahan Portugis apabila individu Portugis berkahwin dengan penduduk tempatan. Ini berlaku kerana Alfonso de Albuquerque telah menggalakkan perkahwinan campur antara Portugis dengan wanita tempatan. Perkahwinan campur orang Portugis dengan penduduk tempatan juga mewujudkan masyarakat yang dikenali sebagai Serani.

Pada pendapat saya, sejarah Perkahwinan campur agak menarik dan perlu difahami oleh semua orang. Saya harap siaran saya dapat membantu orang lain mengetahui lebih lanjut mengenainya.

SEKIAN, TERIMA KASIH♥️

10/05/2023

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.😄Selamat Datang ke laman Facebook kami!

Perkahwinan merupakan sesuatu perkara yang tidak asing dalam sesuatu masyarakat. Perkahwinan berlaku atas dasar untuk pembentukan keluarga di samping menyumbang kepada pembangunan masyarakat. Di Malaysia, kita dapat lihat perkahwinan setiap bangsa mempunyai keunikan tersendiri yang berasaskan kepada kepelbagaian adat dan budaya masing-masing. Namun begitu, kehidupan masyarakat majmuk telah membawa kepada fenomena perkahwinan campur yang mempunyai keunikan tersendiri yang tidak ramai ketahui tentangnya. Jadi kami akan mengupas topik ini dengan lebih lanjut melalui posting-posting akan datang!

NORZAFIRAH BINTI MOHAMAD ZULKAMAL
288217

Address

Universiti Utara
Universiti Utara
06010

Telephone

+601133070281

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when A222 Mpu1013 Kumpulan U3 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to A222 Mpu1013 Kumpulan U3:

Shortcuts

Share