Penghayatan Etika Dan Peradaban - Kumpulan 6

Penghayatan Etika Dan Peradaban - Kumpulan 6 APA ITU JENAYAH SIBER?

08/07/2023
NAMA PENULIS: TAN MEI ZINOMBOR MATRIK: 293166TAJUK: JANGAN JADI MANGSA JENAYAH SIBERHari ini adalah dunia dengan teknolo...
30/05/2023

NAMA PENULIS: TAN MEI ZI
NOMBOR MATRIK: 293166
TAJUK: JANGAN JADI MANGSA JENAYAH SIBER

Hari ini adalah dunia dengan teknologi rangkaian termaju. Walaupun rangkaian itu memberi kita kemudahan, ia juga digunakan oleh orang yang mempunyai motif tersembunyi. Kes penipuan wang dan kecurian data peribadi adalah kejadian jenayah siber. Ini kerana jenayah dilakukan melalui penggunaan elektronik dan Internet. Peningkatan kelaziman jenayah siber hari ini adalah masalah yang diketahui umum, namun ramai orang masih jatuh untuknya. Sedih kami melihat kehilangan dan kesakitan mangsa jenayah siber begitu kerap di kaca TV dan akhbar kami. Tindakan tidak bermoral dan jahat kump**an penjenayah siber ini harus dibendung sebelum ia memusnahkan institusi teknologi yang mesti digunakan oleh semua manusia setiap hari.

Untuk mengurangkan kejadian jenayah siber, pasukan kami mencari khas untuk banyak maklumat dan data untuk membolehkan semua orang memahami jenis, punca, akibat dan langkah balas jenayah siber, dsb. Dengan cara ini, apabila kita menghadapi perkara yang serupa, kita akan lebih berwaspada dan mengelakkan daripada ditipu. Tiada jalan pintas untuk menangani ancaman jenayah siber. Amalan terbaik ialah setiap orang memainkan peranan mereka dalam kuasa dan kemampuan mereka sendiri. Sudah tentu, apabila anda ditipu, anda harus menghubungi polis dengan segera, jangan takut, undang-undang akan sentiasa berdiri di belakang kita. Semoga masyarakat kita bebas daripada salah laku siber, bebas daripada jenayah siber sambil menjaga keselamatan dan keselamatan negara yang kita capai hari ini.

NAMA PENULIS : NURUL AINNOMBOR MATRIK : 293185TAJUK : STATISTIK KES JENAYAH SIBER, TANGKAPAN KES DAN KERUGIAN MALAYSIA.H...
30/05/2023

NAMA PENULIS : NURUL AIN
NOMBOR MATRIK : 293185
TAJUK : STATISTIK KES JENAYAH SIBER, TANGKAPAN KES DAN KERUGIAN MALAYSIA.

Hai Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.

Tahukah anda bahawa jenayah siber juga turut akan memberi kesan kerugian terhadap negara kita Malaysia?

Berdasarkan jadual dan graf yang ditunjukkan dalam poster yang dimuat naik telah menunjukkan bilangan kes jenayah siber, jumlah tangkapan kes serta kerugian yang terpaksa ditanggung oleh Malaysia pada tahun 2021 dan 2022. Statistik tersebut menunjukkan kes jenayah siber pada tahun 2022 telah menunjukkan trend menurun kepada 30536 kes yang telah membabitkan anggaran kerugian sehingga RM 680 juta berbanding 31490 kes pada tahun 2021 dengan mencatat anggaran kerugian sebanyak RM 560 juta. Trend tersebut menunjukkan bilangan kes jenayah siber yang dicatat pada tahun 2021 lebih tinggi berbanding bilangan kes jenayah siber yang direkodkan pada tahun 2022. Penurunan angka ini hasil daripada usaha kerajaan yang menjalankan kempen menangani jenayah siber ini. Kempen menangani jenayah siber ini telah mula dijalankan sejak tahun 2018 yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat untuk berwaspada dalam perkongsian maklumat peribadi dengan orang asing. Rekod ini merupakan bukti kejayaan siri kempen berterusan yang dijalankan oleh pihak-pihak tertentu. Seperti yang dapat dilihat walaupun bilangan kes jenayah siber menunjukkan penurunan tetapi jumlah tangkapan pada tahun 2022 menunjukkan peningkatan kepada 20252 tangkapan berbanding 16778 tangkapan pada tahun 2021. Peningkatan jumlah tangkapan melalui kejayaan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sentiasa meningkatkan usaha memantau melalui Cyber Crime bagi memudahkan urusan menjejaki penjenayah yang sering melakukan jenayah siber terhadap mangsa-mangsa mereka. Kesimp**annya, bagi menangani masalah jenayah siber ini sangatlah penting bagi semua pihak untuk membanteras jenayah ini daripada berterusan.

NAMA PENULIS : NURUL AINNOMBOR MATRIK : 293185TAJUK : STATISTIK KES JENAYAH PENIPUAN DALAM TALIAN DAN JUMLAH TANGKAPAN K...
30/05/2023

NAMA PENULIS : NURUL AIN
NOMBOR MATRIK : 293185
TAJUK : STATISTIK KES JENAYAH PENIPUAN DALAM TALIAN DAN JUMLAH TANGKAPAN KES PADA TAHUN 2021 DAN TAHUN 2022.

Hai Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.

Mari kita bersama-sama menambah ilmu pengetahuan tentang statistik jenayah siber di negara kita.

Hari ini sedikit perkongsian mengenai statistik bagi kes jenayah penipuan dalam talian yang merupakan salah satu daripada kes jenayah siber yang kerap berlaku. Jadual yang disertakan juga turut memperincikan bilangan kes jenayah penipuan dalam talian dan jumlah tangkapan kes pada tahun 2021 dan tahun 2022.

Apa itu jenayah penipuan dalam talian?

Jenayah penipuan dalam talian merujuk kepada aktiviti penipuan yang dilakukan menggunakan internet atau platform digital. Aktiviti ini melibatkan penggunaan teknologi untuk memperoleh maklumat peribadi atau kewangan yang sensitif daripada individu lain dengan niat untuk memperoleh keuntungan yang tidak sah.
Berdasarkan jadual dan graf yang ditunjukkan dalam poster yang dimuat naik telah menunjukkan bilangan kes jenayah penipuan dalam talian mencatat angka yang semakin menurun. Manakala jumlah tangkapan kes yang berjaya direkodkan bilangan tangkapan kes pada tahun 2021 lebih tinggi berbanding bilangan tangkapan kes pada tahun 2022. Bilangan kes jenayah penipuan dalam talian mencatat sebanyak 20701 kes pada tahun 2021 manakala bilangan ini telah menurun pada tahun 2022 dengan mencatat sebanyak 20041 kes. Bilangan kes jenayah penipuan dalam talian ini telah menurun sebanyak 660 kes. Walau bagaimanapun, jumlah tangkapan kes juga telah menunjukkan prestasi yang baik. Hal ini dibuktikan apabila jumlah tangkapan kes pada tahun 2022 lebih rendah berbanding jumlah tangkapan kes pada tahun 2021 di mana masing-masing mencatat sebanyak 13371 kes dan 9991 kes. Peningkatan dalam bilangan tangkapan kes menunjukkan kecekapan jabatan keselamatan negara yang berjaya membendung jenayah siber ini daripada berterusan menjadi ancaman yang bahaya kepada masyarakat.

NAMA PENULIS : NADIRA BINTI BRAHIM NOMBOR MATRIK : 293155NAMA PENULIS : NURUL AINNOMBOR MATRIK : 293185TAJUK : STATISTIK...
30/05/2023

NAMA PENULIS : NADIRA BINTI BRAHIM
NOMBOR MATRIK : 293155
NAMA PENULIS : NURUL AIN
NOMBOR MATRIK : 293185
TAJUK : STATISTIK KEKERAPAN KES JENAYAH SIBER YANG SERING BERLAKU.

Hai Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.

Mari sama-sama kita lihat data statistik yang telah dikeluarkan oleh Pasukan Tindakan Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) dan juga data yang dikeluarkan oleh media massa berkaitan statistik kes jenayah siber yang serius di Malaysia. Tujuan penyediaan statistik ini bagi membuka mata masyarakat untuk sentiasa berjaga-jaga bagi melindungi data-data peribadi yang apabila kehilangannya akan membawa kerugian terhadap diri sendiri terutamanya.

Umum mengetahui bahawa perkembangan pesat dalam dunia digital telah meningkatkan kebergantungan kepada teknologi maklumat dan komunikasi. Akibat daripada perkembangan yang pesat dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi telah mencetuskan pelbagai ancaman baharu iaitu jenayah siber. Jenayah siber sering menjadi buah mulut orang ramai kebelakangan ini. Hal ini dikatakan demikian kerana kepenggunaan teknologi seperti telefon bimbit dalam kalangan masyarakat juga telah meningkat. Perkara ini menjadikan lebih mudah seseorang individu itu menjadi mangsa kepada jenayah siber ini. Hal ini terbukti menunjukkan bahawa jenayah siber telah memberikan suatu masalah baharu kepada masyarakat dan negara malahan ianya juga dapat menimbulkan kebimbangan kerana memberi kesan kepada pembangunan sosial dan ekonomi yang sangat kritikal.

Berdasarkan jadual yang ditunjukkan dalam poster di atas berkaitan statistik kes penipuan jenayah siber yang paling kerap berlaku pada tahun 2017 dan tahun 2018. Terdapat empat kes yang paling kerap diterima laporan berkaitan kes jenayah siber iaitu tipu panggilan, 419 scam, E-Commerce dan pinjaman tidak wujud.

Empat kes tersebut merupakan kes yang tertinggi sering dialami rakyat Malaysia. Kes pertama iaitu sering menerima tipu panggilan. Tipu panggilan merupakan salah satu kes jenayah siber yang sering berlaku di mana terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan menipu melalui panggilan telefon atau media sosial menggunakan aplikasi Whatsapp, Facebook dan Instagram. Kes ini kerap berlaku hampir setiap hari. Seseorang itu dikatakan mudah terpedaya dengan penipuan melalui panggilan telefon ini kerana sikap individu yang mudah panik apabila mendapat panggilan telefon daripada penyamar punca seseorang itu tertipu sehingga menyebabkan mangsa mudah menuruti segala permintaan dan arahan penjenayah. Seperti yang dapat dilihat pada tahun 2017 kes tipu panggilan mencatat sebanyak 2912 kes dan terus meningkat kepada 3816 kes pada tahun 2018. Peningkatan sebanyak 904 kes dalam setahun telah menunjukkan penyamar ini bijak dalam memperdayakan rakyat demi kepentingan sendiri. Bukan itu sahaja perbuatan ini bukan lah dilakukan secara berseorangan malahan mereka melakukannya dalam bentuk kelompok yang lebih memudahkan perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini tanpa dikesan. Seterusnya, kes 419 scam iaitu Penipuan 419 ianya juga dikenali sebagai "Penipuan Yuran Pendahuluan" ialah sejenis penipuan di mana penipu cuba menipu orang lain dengan mendakwa terdapat peluang besar untuk memperoleh wang atau keuntungan kewangan yang besar. Penipuan biasanya dilakukan melalui penghantaran e-mel, surat atau mesej lain kepada bakal mangsa yang dia tidak kenali. Mereka mendakwa sebagai orang kaya atau pegawai kerajaan yang mempunyai akses kepada dana besar seterusnya. Penipu kemudian meminta mangsa untuk membantu memindahkan sejumlah wang sebagai bayaran pentadbiran, bayaran pemindahan, atau "bayaran pendahuluan" supaya dana besar ini boleh dihantar kepada mangsa. Bagi kes 419 Scam (African Scam) sebanyak 1398 kes dicatatkan yang menunjukkan terdapat penurunan untuk tahun 2018 berbanding 1774 kes pada tahun 2017. Seterusnya, jenayah siber melalui E-Commerce telah mencatatkan sejumlah penurunan kes iaitu 2813 bagi tahun 2018 berbanding 5004 pada tahun 2017. Jumlah kes ini menunjukkan penurunan pada tahun 2018. Sementara itu bagi kes Pinjaman Tak Wujud (E-Financial Fraud) telah mencatatkan penurunan pada tahun 2018 kepada 286 kes berbanding 513 pada tahun 2017.

Jelaslah bahawa kecanggihan teknologi akan mendatangkan ancaman yang berbahaya terutama dalam kegiatan jenayah siber.

NAMA : AISYAH NUR NADHIRAH BINTI AB. MAJIDNO. MATRIK : 293134TAJUK : LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI JENAYAH SIBERAssala...
30/05/2023

NAMA : AISYAH NUR NADHIRAH BINTI AB. MAJID
NO. MATRIK : 293134
TAJUK : LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI JENAYAH SIBER

Assalammualaikum dan salam sejahtera semuaa😁Kita sudah mengetahui pelbagai jenis, faktor dan kesan jenayah siber yang telah sahabat saya berikan. Maka dengan itu saya akan menyenaraikan beberapa langkah untuk mengatasi jenayah siber ini. Semoga dengan langkah ini dapat membantu anda apabila menghadapi masalah ini.

Antara langkah yang dapat dilakukan ialah :

1. Memperkuatkan Sistem Perlindungan Peribadi.
Setiap media sosial mempunyai perlindungan datanya tersendiri. Setiap individu perlu peka terhadap penambahbaikan data dalam media sosial masing-masing. Cara yang boleh diambil oleh individu untuk melindungi diri daripada jenayah siber ini adalah dengan menukar dan menggunakan kata laluan yang kuat yang berbeza di setiap media sosial, memastikan penggunaan antivirus sentiasa diperbaharui dan aktif.

2. Hindari Dari Memberikan Sebarang Maklumat Peribadi Secara Atas Talian.
Pengguna perlu sentiasa berhati-hati dengan maklumat peribadi mereka dan tidak memberikannya secara sukarela di mana-mana media sosial. Hal ini kerana terdapat pelbagai cara yang digunakan oleh penjenayah siber untuk mendapatkan maklumat pengguna secara haram. Pengguna perlu peka terhadap petanda-petanda jenayah siber ini seperti serangan phishing. Phishing merupakan penipuan yang dilakukan menerusi e-mel untuk mencuri maklumat peribadi seseorang.

3. Meningkatkan Kempen Kesedaran.
Kempen kesedaran ini dapat membantu orang ramai dalam memahami bahayanya seseorang apabila menggunakan internet jika tidak berhati-hati. Selain itu, perkongsian tentang maklumat jenayah siber ini juga dapat membantu orang ramai untuk mengesan masalah tersebut dan mengetahui cara-cara untuk mengelakkan diri daripada terjebak dalam jenayah siber.

4. Membuat Laporan Terhadap Aktiviti Yang Mencurigakan Kepada Pihak Berkuasa.
Jika pengguna internet menemui aktiviti yang mencurigakan seperti penipuan atau sebarang laman sesawang yang pelik, segeralah membuat laporan kepada pihak berkuasa seperti polis atau pusat pengendalian media sosial.

5. Mengkaji Dan Mewujudkan Undang-undang Siber.
Pihak berkuasa hendaklah memainkan peranan mereka dalam mengkaji dan memperkenalkan undang-undang yang mampu menghalang jenayah siber ini berlaku secara meluas. Oleh itu, pihak kerajaan perlu berusaha dalam mengumpulkan pakar-pakar teknologi dalam memperlihatkan fikiran agar sebuah rangka undang-undang dapat diwujudkan dalam mencegah jenayah siber.

Sekian itu sahaja dari saya :) Semoga maklumat ini berguna untuk masyarakat di luar sana.

NAMA PENULIS : MIZANI BINTI MUZAHIRNOMBOR MATRIK : 293180TAJUK : KESAN JENAYAH SIBER Hai Assalamualaikum dan selamat sej...
30/05/2023

NAMA PENULIS : MIZANI BINTI MUZAHIR
NOMBOR MATRIK : 293180
TAJUK : KESAN JENAYAH SIBER

Hai Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Disini saya akan kongsikan berkenaan kesan jenayah siber kepada masyarakat dan negara.

MASYARAKAT

1. Kejadian pemindahan wang

Antara kesan jenayah siber kepada masyarakat ialah berlaku kejadian pemindahan wang. Jenayah siber seperti penipuan dalam talian dan serangan perbankan dalam talian telah menyebabkan kerugian kewangan kepada individu dan syarikat. Penjenayah menggunakan kaedah seperti phishing, di mana mereka memperoleh maklumat peribadi dan kewangan korban untuk tujuan penipuan. Masyarakat terpaksa menghadapi kerugian wang yang besar dan kesukaran dalam memulihkan dana yang dicuri.

2. Penyebaran maklumat palsu dan serangan siber ke atas media sosial

Selain itu, kesan jenayah siber kepada masyarakat ialah penyebaran maklumat palsu dan serangan siber ke atas media sosial. Penyebaran berita palsu dan serangan siber ke atas platform media sosial telah menghasilkan kekeliruan dan kekacauan dalam masyarakat. Informasi palsu dapat menimbulkan kebimbangan, kebencian dan kekacauan sosial yang berpotensi mengancam keharmonian masyarakat.

NEGARA

1. Kerugian ekonomi

Seterusnya, kesan jenayah siber kepada negara ialah kerugian ekonomi. Jenayah siber mengakibatkan kerugian ekonomi yang besar kepada negara. Kerugian terdiri daripada pencurian hak milik intelektual, kehilangan data perniagaan, gangguan perniagaan dan penurunan kepercayaan pelanggan dalam ekonomi digital. Negara juga perlu melabur dalam pelbagai inisiatif untuk melindungi infrastruktur siber dan menangani ancaman jenayah siber yang memerlukan sumber dan perbelanjaan tambahan.

2. Keselamatan nasional

Akhir sekali, kesan jenayah siber kepada negara ialah keselamatan nasional. Serangan siber terhadap negara dapat mengancam keselamatan nasional dan kestabilan politik. Serangan siber yang bertujuan kepada sistem komunikasi, perkhidmatan awam atau institusi penting lainnya boleh menyebabkan gangguan yang meluas dan kecacatan dalam operasi kerajaan. Ini boleh mempengaruhi keupayaan negara untuk melindungi warganya dan menjaga kestabilan.

NAMA : NURUL HIDAYU BINTI KAMARUAZLANNO MATRIK : 293207TAJUK : KESAN JENAYAH SIBERAssalammualaikum semuaaa😍Ke Pekan Kual...
30/05/2023

NAMA : NURUL HIDAYU BINTI KAMARUAZLAN
NO MATRIK : 293207
TAJUK : KESAN JENAYAH SIBER

Assalammualaikum semuaaa😍
Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah,
Posting bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Bismillahirrahmanirrahim, sebelum memulakan tujuan utama saya elok lah saya bertanya satu soalan kepada rakan Facebook ini, adakah anda semua tahu kesan jenayah siber?? Sudah tentu ramai yang masih kabur dengan kesan jenayah siber ini, jadi mari saya kupaskan disini :

Kesan jenaya siber ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu individu, masyarakat dan negara. Disini saya ingin menjelaskan berkaitan dengan kesan terhadap individu dan masyarakat.

Kesan terhadap individu :
1. Mengalami tekanan perasaan : individu yang terlibat menjadi mangsa jenayah siber ini pasti mengalami tekanan perasaan yang sangat membahayakan diri mereka sendiri. Tekanan perasaan ini jika tidak dibendung sudah tentu akan melibatkan kes bunuh diri. Tekanan perasaan ini muncul ekoran daripada masalah sumber pendapatan yang berjaya digodam oleh pihak jenayah.

2. Menjatuhkan maruah seseorang : jenayah siber juga dikatakan akan menjatuhkan maruah seseorang jika maklumat peribadi mangsa dihebahkan dan disebarkan kepada seluruh mengguna media sosial.

Kesan terhadap masyarakat :
1. Menggugat keselamatan masyarakat : keselamatan masyarakat jugak terjejas ekoran daripada maklumat peribadi yang tersebar. Keadaan kehidupan masyarakat menjadi tidak harmoni daripada sebelum ini.

2. Perubahan gaya hidup masyarakat : gaya hidup masyarakat dikatakan telah berubah jika jenayah siber ini terus berleluasa. Apa tidaknya info yang sahih juga mendapat kurang sambutan dan kepercayaan daripada masyarakat akibat terlalu peka terhadap isu jenayah siber ini.

Sekian sahaja daripada saya.

Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara,
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

Bunga dedap diatas para,
Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

NAMA: (1) NURIN BALQISH BINTI ROSLANNO MATRIK: 293136(2) FARAH HANIE BINTI AZMIN NO MATRIK :293223TAJUK: FAKTOR-FAKTOR B...
30/05/2023

NAMA: (1) NURIN BALQISH BINTI ROSLAN
NO MATRIK: 293136
(2) FARAH HANIE BINTI AZMIN
NO MATRIK :293223
TAJUK: FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA JENAYAH SIBER
Assalamualaikum semua, harini kami akan menerangkan beberapa fator berlakunya jenayah siber.

1. Peningkatan penggunaan internet

Peningkatan penggunaan internet merupakan salah satu penyebab kejadian jenayah siber berleluasa di negara kita. Hal ini dikatakan demikian kerana, peningkatan pengguna internet mendorong ramai pengguna internet menyalahgunakan maklumat dalam internet untuk pelbagai tujuan tanpa mengira betul atau salah. Sebagai contoh pengguna internet akan menggunakan pelbagai maklumat dalam internet untuk tujuan penipuan dan aktiviti tidak sihat. Seterusnya, peningkatan pengguna internet mendorong ramai individu yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan kepakaran mereka dalam bidang teknologi maklumat (IT) dengan cara menggodam sistem-sistem keselamatan bank, menyebarkan virus dan sebagainya.

2. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah

Penguatkuasaan undang-undang yang lemah juga penyebab berleluasanya kejadian jenayah siber di negara kita. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah menyebabkan siasatan terhadap jenayah siber mengambil masa yang lama dan banyak kes tertangguh. Hal ini dikatakan demikian kerana, kurangnya keseriusan agensi-agensi kerajaan dalam menangani jenayah siber. Sebagai contoh, agensi-agensi kerajaan tidak saling bekerjasama antara satu sama lain. Seterusnya, penguatkuasaan yang lemah menyebabkan akta dan undang-undang sedia ada tidak dapat menangani jenayah siber ini. Hal ini dikatakan demikian kerana, akta dan undang-undang sedia ada sudah lapuk dan tidak seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang berkembang terlalu pantas. Sebagai contoh, denda atau hukuman yang dikenakan kepada penjenayah siber tidak setimpal dengan jenayah yang dilakukannya.

3. Masyarakat kurang pengetahuan tentang teknologi

Kebanyakan penjenayah siber ini adalah golongan berpengetahuan ataupunprofessional dalam pengendalian computer.Orang ramai sering menjadi sasarangolongan penjenayah siber ini kerana mereka tidak ketahui cara-cara untukmengelak diri daripada ancaman jenayah siber

4. Kekurangan pendidikan dan kesedaran dalam kalangan masyarakat.

Individu-individu yang terlibat dalam aktiviti jenayah siber ini tidak menyedari bahawa perbuatan mereka seperti menggodam, mencuri maklumat, menyebar virus, menghantar mesej sampah dan pencerobohan adalah satu jenayah. Oleh itu, mereka tidak menyedari bahawa perbuatan mereka salah dan memberikan kesan buruk kepada orang lain. Individu-individu tersebut hanya mementingkan keseronokan dan kepuasan diri tanpa berfikir kesan buruk yang akan menimpanya. Oleh sebab itu, pihak kerajaan yang berkepentingan dalam menjalankan tanggungjawab ini mempunyai peranan penting untuk memberikan didikan yang efektif kepada masyarakat dalam menangani penyalahgunaan internet yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada negara.

5. sikap individu yang sukar dikawal.

Sikap individu yang inginkan keseronokan dan ingin mencuba sesuatu yang baru, terutamanya golongan remaja menyebabkan mereka cuba untuk mengaplikasikan kemahiran mereka dengan cara yang salah, seperti penyebaran virus, pengintipan, mencuri maklumat dan penggodaman komputer. Hal ini menyebabkan ramai masyarakat yang kurang pengetahuan mengenai media massa tertipu dengan individu yang tidak bertanggungjawab. Tambahan p**a, individu yang melakukan jenayah siber ini bermotifkan keuntungan. Sebagai contoh, penjenayah siber mengaut keuntungan dengan cara menipu masyarakat melalui internet untuk mendapatkan sejumlah wang yang banyak. Oleh itu, masyarakat harus lebih peka dengan isu-isu semasa agar tidak menjadi mangsa kepada individu yang tidak bertanggungjawab.

6. sifat ketamakan manusia

Antaranya keinginan untuk menjadi kaya dalam masa yang singkat dengan menggunakan kaedah alternatif. Sesetengah manusia hanya mementingkan hasilnya dan mereka tidak ambil peduli akan cara mereka mendapat hasil tersebut,oleh itu mereka sanggup melakukan jenayah siber semata-mata untuk mendapatkan hasil dengan cepat kerana jenayah siber tidak perlu melibatkan tenaga fizikal seperti jenayah-jenayah lain , contohnya merompak.

NAMA: MUHAMMAD HAFFIZZUDIN BIN SOBRINO MATRIK: 293103TAJUK: JENIS-JENIS JENAYAH SIBERHai Assalamualaikum dan salam sejah...
29/05/2023

NAMA: MUHAMMAD HAFFIZZUDIN BIN SOBRI
NO MATRIK: 293103
TAJUK: JENIS-JENIS JENAYAH SIBER

Hai Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pada masa kini terdapat pelbagai jenis jenayah siber yang sering terjadi. Berikut merupakan jenis-jenis jenayah siber yang banyak berlaku di dalam dan luar negara:

1. Kecurian Identiti

Kecurian identiti ialah seperti memalsukan maklumat peribadi dan menggunakan nama atau gambar milik orang lain. Selalunya seseorang akan mencuri identity orang lain bagi menjalankan kegiatan-kegiatan penipuan. Hal ini mampu merosakkan nama baik seseorang serta menyebabkan banyak wang dan masa yang diperlukan bagi memulihkannya semula.

2. Penggodaman

Penggodaman atau lebih dikenali sebagai ‘hacking’ dijalankan dengan menutup atau menyalahgunakan laman web atau rangkaian komputer dengan mengenal pasti dan mengeksploitasi kelemahan dalam sistem tersebut. Penggodaman sering terjadi kepada banyak syarikat-syarikat besar malah ada yang terjadi kepada sistem-sistem penting dalam negara. Hal ini telah menyebabkan berlaku satu kerugian yang amat besar kepada sesebuah syarikat dan negara.

3. Salinan cetak rompak

Pengedaran atau pencetakan secara haram bagi sesuatu kandungan yang tidak mendapat keizinan daripada pemilik adalah suatu jenayah siber. Perkara ini sering terjadi kepada sesebuah syarikat penerbitan filem dimana filem yang baru ditayangkan di rakam dan dijual oleh sesetengah individu dengan harga yang murah. Hal ini menyebabkan syarikat penerbitan tadi mengalami satu kerugian yang amat besar.

4. Menyebarkan kebencian dan menghasut keganasan

Menyebarkan kebencian dengan bermain dengan isu agama atau perkauman dalam media sosial merupakan satu jenayah siber. Hal ini memberi kesan buruk kepada sesebuah negara yang penduduknya berbilang kaum serta mampu menyebabkan terjadinya kacau bilau dan permusuhan. Individu yang terlibat dengan jenayah ini akan dikenakan tindakan Akta Hasutan 1948.

5. Penipuan atas talian

Kepesatan teknologi pada masa kini telah membuka ruang yang banyak kepada penipuan atas talian atau online scamming. Para ‘scammer’ telah memanfaatkan teknologi khususnya internet bagi memperdayakan mangsa. Selalunya, ia banyak berkaitan dengan pautan-pautan yang di kongsi dan di tekan oleh mangsa sehingga menyebabkan mangsa mengalami kerugian dari segi wang ringgit.

NAMA PENULIS: MUHAMMAD AFIQ BIN SAEDONNOMBOR MATRIK: 292979TAJUK: APA ITU JENAYAH SIBER?Hai Assalamualaikum dan selamat ...
27/05/2023

NAMA PENULIS: MUHAMMAD AFIQ BIN SAEDON
NOMBOR MATRIK: 292979
TAJUK: APA ITU JENAYAH SIBER?

Hai Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Adakah anda tahu mengenai Jenayah Siber? Kalau tak tahu, mari sini kami kongsikan, apa itu jenayah siber sebenarnya.😊😊😊

Jenayah siber merupakan jenayah yang dilakukan melalui komputer dalam internet. Jenayah siber menyebabkan mangsa menderita dan mengalami kerugian. Penjenayah siber akanmuat turun cara mencuri, menipu harta benda, pemalsuan, peras ugut, mengubah data-datadan lain-lain melalui internet. Hal ini bertujuan untuk mengakibatkan kerugian danpenderitaan mangsa-mangsa jenayah siber. Jenis jenayah siber yang biasa kita dengartermasuklah penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian ke atas program atau komputer,kecurian maklumat, capaian secara tidak sah ke atas sistem, pengintipan penyebaran virusdan banyak lagi. Selaras dengan kepesatan teknologi kita mungkin akan berhadapan denganpelbagai bentuk jenayah baru. Jenayah siber amat sukar untuk dibendung..Apakah sebabyang menghalangkan ia dibendung? Faktor pertama yang dikenal pasti ialah kesukaranmengenal pasti siapakah yang terlibat.. Umumnya penjenayah siber adalah golonganberpengetahuan ataupun profesional khususnya golongan remaja. Remaja akan melakukanjenayah siber terhadap institusi mereka sendiri atau mereka diupah dan dipergunakan olehpihak tertentu untuk melakukan jenayah.

Address

UNIVERSITI UTARA
Universiti Utara

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penghayatan Etika Dan Peradaban - Kumpulan 6 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Penghayatan Etika Dan Peradaban - Kumpulan 6:

Shortcuts

Share

Category