14/06/2023
PERBEZAAN BUDAYA MALAYSIA DAN JEPUN
Disediakan oleh: Siti Khadijah Binti Ady Suwarno (293744)
Terdapat pelbagai perbezaan budaya antara Malaysia dan Jepun. Antaranya ialah:
1. Makanan - Orang Melayu s**a akan makanan pedas dan berminyak. Sebaliknya, orang Jepun kurang s**a makanan sebegitu. Kita dapat lihat bahawa cara makan bagi orang Melayu adalah dengan menggunakan tangan manakala cara orang Jepun makan adalah dengan menggunakan penyepit.
2. Pakaian Tradisional - Pakaian tradisional bagi orang Melayu ialah baju Melayu bagi lelaki dan baju Kurung bagi perempuan. Pakaian tradisional bagi orang Melayu sering dapat kita lihat apabila mereka merayakan perayaan Hari Raya Aidilfitri. Manakala pakaian tradisional orang Jepun p**a ialah Kimono dan Yukata. Pakaian tradisional bagi orang Jepun dipakai ketika upacara istimewa dan perayaan mereka.
3. Adab makan - Di Jepun, masyarakat Jepun tidak meletakkan siku ke atas meja sambil makan kerana dianggap tidak beradap walaupun hanya bertujuan untuk bersantai. Berlainan dengan budaya Melayu yang bebas ingin makan dalam keadaan santai. Selain itu, makanmakanan sejenis mi dengan mengeluarkan bunyi juga merupakan salah satu adab orang Jepun. Hal ini kerana mereka digalakkan untuk makan dengan menghirupnya.
4. Pendidikan - Sekolah di Jepun tiada pekerja untuk membersihkan kawasan sekolah tetapi pelajarnya sendiri dilatih untuk menjaga dan membersihkan kawasan sekolah. Sebaliknya, sekolah di Malaysia mempunyai pekerja untuk membersihkan kawasan sekolah.
5. Cara Bertegur Sapa - Orang di Jepun akan tunduk kepada semua orang walaupun tidak mengenali antara satu sama lain. Manakala di Malaysia, masyarakat akan berjabat tangan sahaja dan mencium tangan orang yang lebih tua.