Penghayatan Etika dan Peradaban - Kumpulan 6

Penghayatan Etika dan Peradaban - Kumpulan 6 MPU1013 GROUP I

23/05/2023
ALOR SETAR - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah merekodkan 14,000 pelajar sekolah rendah dan menengah terlibat kes po...
22/05/2023

ALOR SETAR - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah merekodkan 14,000 pelajar sekolah rendah dan menengah terlibat kes ponteng sekolah setiap hari di negeri itu.

Gejala berkenaan dibimbangi menjadi medium mereka terjebak gejala sosial yang lebih serius.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, ibu bapa perlu lebih tegas memantau kerana boleh menjurus kepada masalah sosial lain.

"Kita tidak mahu ibu bapa hanya menyalahkan pihak sekolah kerana tidak akan membantu menyelesaikan masalah itu.

"Jika mengikut agihan mungkin sebuah sekolah kurang daripada 20 pelajar yang ponteng tapi ia tidak wajar berlaku apabila ada ibu bapa tidak ambil peduli berkaitan masalah ini," katanya, selepas menyampaikan sumbangan Back To School Parlimen Pokok Sena kepada 250 pelajar hari ini.

Mahfuz yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia mahu semua pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memikirkan kaedah berkesan mewujudkan persekitaran menarik di sekolah bagi mengelakkan pelajar ponteng.

Mengulas mengenai kenyataan Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berhubung peratusan siswazah wanita bekerja lebih tinggi berbanding lelaki pada tahun lalu Mahfuz berkata, tidak mustahil gejala ponteng sekolah memberi kesan terhadap jurang graduan antara lelaki dan perempuan jika tidak ditangani di peringkat awal.

Dipetik daripada : artikel sinarharian. com. my
Disediakan oleh : Aina Arysha Binti Ahmad (293086)
Kump**an 6 (MPU1013)

Jumlah penglibatan remaja dalam gejala sosial pada tahun 2022 di Kelantan197 remaja terlibat dalam kes rogol, sumbang ma...
21/05/2023

Jumlah penglibatan remaja dalam gejala sosial pada tahun 2022 di Kelantan

197 remaja terlibat dalam kes rogol, sumbang mahram dan penyalahgunaan dadah. Daripada jumlah tersebut,100 remaja ditangkap kerana kes rogol dan sumbang mahram manakala 97 remaja terbabit penyalahgunaan dadah

Definisi gejala sosialGejala sosial merupakan masalah yang sering dibicarakan dalam komuniti hari ini. Perkara ini tidak...
19/05/2023

Definisi gejala sosial
Gejala sosial merupakan masalah yang sering dibicarakan dalam komuniti hari ini. Perkara ini tidak lagi melanda masyarakat membangun tetapi telah turut melanda masyarakat sedang membangun seperti Malaysia.

Gejala sosial secara umum bermaksud masalah yang timbul dalam aktiviti sosial seperti merokok, menghisap dadah, pergaulan bebas dan gengsterisme. Peri laku negatif ini tidak membawa sebarang manfaat kepada anggota masyarakat malah merugikan masa, sumber manusia dan ekonomi negara. Kebanyakan yang terlibat dengan gejala ini adalah golongan remaja yang merupakan harapan bangsa pada masa hadapan.

Sekalipun pada setiap masa para pemimpin negara mendakwa masalah sosial berada pada tahap yang terkawal, tetapi untuk melalui masa depan yang masih panjang sudah tentu merupakan suatu perkara yang membimbangkan. Ia menjadi suatu tragedi yang menakutkan apabila para belia telah mula terperangkap dengan gejala ini. Masalah ini timbul boleh jadi berpunca dari sikap golongan dewasa yang membina institusi keluarga atas nilai yang rapuh, kemudian melahirkan anak-anak dalam bahang kepanasan dalaman dan luaran rumahtangga.

Bentuk-bentuk gejala sosial jika ingin dibincangkan secara berasingan boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama secara umum yang melibatkan semua pihak samada tua atau muda. Kedua, secara khusus iaitu yang melibatkan golongan remaja. Namun, untuk menentukan garis sempadan antara keduanya bukan merupakan suatu perkara yang mudah. Ini kerana terdapat perkara yang melibatkan golongan dewasa, tetapi kini telah juga melibatkan golongan remaja. Minum arak misalnya, merupakan masalah yang dikongsi bersama antara golongan remaja dan juga dewasa. Sekalipun begitu, terdapat juga garis pemisah yang boleh dikategorikan sebagai jelas, misalnya gejala lari dari rumah. Ini merupakan permasalahan yang hanya melibatkan golongan remaja masa kini.

Kini, masalah ini tanpa mengenal simpati telah melanda kawasan bandar, demikian juga kawasan setinggan. Banyak pihak pening kepala dengan berfikir mencari jalan keluar terhadap permasalahan ini. Walaubagaimanapun, semua pihak hendaklah berganding bahu bagai aur dengan tebing bagi membendung masalah ini daripada terus berlaku demi kepentingan negara.

5 Contoh Gejala Sosial Dalam Kalangan Remaja1. Penyalahgunaan dadah Dadah merupakan bahan kimia pembuatan yang digunakan...
17/05/2023

5 Contoh Gejala Sosial Dalam Kalangan Remaja

1. Penyalahgunaan dadah
Dadah merupakan bahan kimia pembuatan yang digunakan untuk tujuan rawatan dan berkesan di atas sistem saraf manusia. Penyalahgunaan dadah adalah mengunakan bahan yang boleh menjadikan ketagihan secara berlebihan atau untuk tujuan lain selain daripada tujuan sebenarnya. Penagih dadah cenderung meneruskan perbuatan penyalahgunaan dadah kerana ketagihan akan membawa perasaan teruja dalam pandangan mereka. Masalah ini timbul apabila manusia menyalahgunakannya untuk kepuasan dan keseronakan diri sendiri.

2. Merokok
Merokok ialah tabiat menghisap sejenis daun tembakau yang mengandungi bahan bahaya terhadap kesihatan tubuh badan. Asap rokok akan mengancam remaja. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.

3. Lumba haram
Lumba haram adalah satu bentuk perlumbaan bermotor yang diadakan di atas jalan raya yang digunakan oleh semua orang. Aktiviti ini tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa seperti pihak polis, Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ), atau mana-mana penganjur yang sah. Perlumbaan haram biasanya diadakan di kawasan lebuh raya dan pada waktu tengah malam.

4. Buli
Buli adalah mengasari orang yang lebih lemah dengan tujuan untuk menggertak, mencederakan ataupun menakutkan orang lain. Perbuatan mereka ingin menunjukkan kekuatan sendiri. Selain itu buli juga bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologi yang dilakukan secara berulang kali demi mendatangkan perasaan tidak selesa kepada mangsa buli.

5. Ketagihan alkohol
Ketagihan alkohol adalah keadaan yang dimaksudkan dengan tabiat pengambilan alkohol secara berlebihan. Ia berlaku apabila mengambil minuman keras terlalu banyak sehingga badan akhirnya menjadi bergantung dan ketagih pada alkohol. Apabila ini berlaku, alkohol boleh menyebabkan perubahan dalam otak yang boleh membuatkan seseorang hilang kawalan terhadap tindakan mereka.

Disediakan oleh Koay Ke Chuin (293146)

Empat cabaran yang dihadapi oleh remaja dalam kehidupan masa kini. 1) Masalah kesejahteraan mental. Remaja pada masa kin...
14/05/2023

Empat cabaran yang dihadapi oleh remaja dalam kehidupan masa kini.

1) Masalah kesejahteraan mental.
Remaja pada masa kini ramai menghadapi tekanan daripada pelbagai aspek seperti persekitaran sekolah, keluarga dan rakan sebaya. Disebabkan, kekurangan sokongan dan bantuan bagi remaja menguruskan emosi mereka yang tertekan atau terganggu untuk masa yang lama telah menyebabkan mereka menghadapi masalah kesihatan mental. Masalah kesihatan mental yang hadapi oleh mereka seperti kemurungan, gangguan selera makan dan gangguan tidur. Oleh itu, pihak yang berkaitan seperti pihak sekolah atau pihak kaunseling diminta untuk memberikan pendidikan serta sokongan kepada remaja pada masa kini untuk mereka mengatasi masalah kesihatan mental.


2) Pergaulan bebas
Pergaulan bebas ini merupakan salah satu cabaran utama yang dihadapi oleh remaja. Remaja pada masa kini mudah terdedah dengan pengaruh yang tidak sihat seperti merokon, minum arak dan dadah. Selain itu, pergaulan bebas dan keintiman awal boleh menyebabkan remaja menghadapi masalah sosial dan kesihatan yang serius. Oleh itu, remaja perlu dibimbing untuk memahami risiko dan akibat daripada tindakan mereka dan memperoleh pengetahuan dan kefahaman yang mencukupi untuk menjaga diri mereka daripada pengaruh dengan tidak sihat.


3) Masalah keluarga
Masalah keluarga juga boleh menjadi cabaran yang utama dalam kehidupan remaja pada masa kini. Konflik dan ketidakseimbangan dalam kehidupan remaja boleh menyebabkan remaja tertekan dan masalah yang berpanjangan dalam kehidupan remaja. Ibu bapa perlu berjaga-jaga dalam menangani konflik yang dialaminya agar tidak menjejaskan anak-anak mereka. Oleh itu, remaja perlu diberikakan pendidikan dan sokongan yang mencukupi untuk menguruskan perhubungan mereka dengan keluarga.

4) Peperangan siber
Peperangan siber yang menjadi cabaran utama yang serius dan menjejaskan kehidupan remaja. Hal ini demikian kerana remaja mudah terdedah kepada penipuan dalam talian, buli siber, dan akses kepada kandungan yang tidak sesuai. Oleh itu, remaja perlu mendapat pendedahan awal bagi mengetahui risiko dan kesan daripada penyalahgunaan media sosial dan teknologi.



Disediakan oleh Nurul farhana binti khalib (292711)
Kump**an 6
Penghayatan etika dan peradaban ( MPU1013)

Gejala sosial dapat diklasifikasikan sebagai satu jenayah yang melibatkan etika dan moral individu. Jenayah ini bukan sa...
11/05/2023

Gejala sosial dapat diklasifikasikan sebagai satu jenayah yang melibatkan etika dan moral individu. Jenayah ini bukan sahaja dilakukan oleh golongan remaja dan dewasa malahan kanak-kanak juga turut telibat dalam masalah ini. Secara umumnya masalah sosial merangkumi pelbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.

Oleh itu, pelbagai gejala sosial telah melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu banyak sekali baik yang dilakukan oleh remaja mahupun orang dewasa. Namun, oleh kerana golongan remaja dan pelajar merupakan bakal pewaris negara, maka kegiatan merekalah yang hangat diperkatakan dan mendapat perhatian daripada segenap lapisan masyarakat. Media massa seringkali menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang kenakalan remaja yang masih bersekolah dan pelbagai masalah sosial yang melanda mereka ini. Melihat kepada masalah sosial dan perbuatan jenayah yang melibatkan pelajar dan remaja benar-benar membimbangkan kita.

Masalah sosial seperti gejala melepak, lumba haram, buli dan sebagainya kini semakin hangat diperkatan dari buah mulut masyarakat malah ia telah menjadi isu serius apabila sering dipaparkan di dada-dada akhbar sejak kebelakangan ini. Oleh yang demikian, kita tidak seharusnya memandang enteng akan masalah ini.


oleh Nurul Ezzati binti Bairulkifli (292871)

ISU UTAMA GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA1)Budaya melepak-budaya melepak merupakan masalah sosial yg paling banyak d...
08/05/2023

ISU UTAMA GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA

1)Budaya melepak
-budaya melepak merupakan masalah sosial yg paling banyak ditayangkan. Kita dpt saksikan bahawa kalangan remaja sering berjalan-jalan di kompleks beli-belah atau duduk-duduk di tembok jalan dengan tanpa hala tujuan. Malah, sesetengah kalangan remaja sering mengusik gadis-gadis yg lalu-lalang di tepi jalan dengan berbahasa kurang sopan atau berbual-bual kosong dan membuat bising tanpa hala tujuan.

2) Budaya buli
-budaya buli sering berlaku di sekolah terutamanya di sekolah yg berasrama penuh. Pihak sekolah juga tidak mampu mengambil sebarang tindakan terhadap kump**an remaja yang saling membuli tersebut kerana mereka semakin biadap dan liar

3) Lari rumah
-Perbuatan ini juga sering berlaku di kalangan remaja. Hal ini dapat kita saksikan melalui surat khabar. Remaja yg lari dari rumah kebanyakkannya adalah lari bersama teman lelakinya. Remaja-remaja selalu berkawan dengan orang yg tidak berkenaan. Hubungan mereka juga berkembang dgn cepat sehingga menjadi teman lelaki dan teman wanita.

4) Budaya ponteng sekolah
-Kebanyakan remaja kini sering ponteng sekolah kerana bosan dengan pelajaran dimana mereka ini akan berkunjung ke kafe internet untuk bermain permainan video

5) Kegiatan lumba haram
-Kegiatan lumba haram dikatakan semakin serius dikalangan remaja kini. Misalnya, mereka berlumba motosikal di tempat yg tertentu bersama kawan-kawan yg dalam kump**an yg besar. Mereka telah membahayakan nyawa mereka dalam lumba haram tersebut. Mereka akan berbuat demikian kebanyakan adalah mereka tidak puas hati terhadap keluarga mereka atau masalah yg dihadapi oleh mereka. Mereka telah memilih cara begini untuk melepaskan geram yang ada dalam hati mereka

oleh Nur Darmielieya Eliesha binti Marlizan(292643)

LYDIA MARYGRACE LUPANG (293290)LANGKAH-LANGKAH MENGATASI GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA 1. PERANAN DIRI SENDIRIUntu...
05/05/2023

LYDIA MARYGRACE LUPANG (293290)

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA

1. PERANAN DIRI SENDIRI
Untuk mengatasi masalah gejala sosial, diri remaja sendiri haruslah memainkan peranan yang utama. Hal ini kerana apa-apa yang dilakukan adalah berdasarkan kehendak dan kemahuan diri sendiri. Oleh itu, setiap remaja haruslah muhasabah diri sebelum menunding jari kepada sesiapa. Sebagai contoh, Setiap remaja haruslah mencari rakan sebaya yang mampu membawa diri mereka ke arah yang lebih positif.

2. DIDIKAN IBU BAPA DAN AGAMA
Ibu bapa sebagai orang yang paling dekat & rapat dengan anak-anak mereka haruslah memainkan peranan penting dalam mengekang masalah gejala sosial. Ibu bapa haruslah mendidik dan mengajar anak-anak mereka dengan didikan agama sejak kecil lagi. Tambahan p**a, ibu bapa juga perlu sentiasa memantau aktivti pergaulan dan penggunaan gadget atau media massa anak-anak mereka agar dapat mengelakkan mereka daripada terpengaruh dengan adegan-adegan negatif yang terdapat di mana mana platform media sosial sekaligus dapat mengelakkan mereka terlibat dengan gejala-gejala sosial.

3. PERANAN MASYARAKAT
Masyarakat juga boleh memainkan peranan dalam membendung masalah gejala sosial dan keruntuhan moral dalam kalangan remaja. Setiap lapisan masyarakat perlu menunjukkan contoh yang baik, khususnya kepada golongan remaja. Sekiranya masyarakat terserempak dengan mana-mana remaja yang terlibat dengan sebarang aktiviti gejala sosial, mereka boleh menegur sikap negatif tersebut. Namun, jika didapati aktiviti gejala sosial tersebut masih berlaku, aduan kepada pihak berkuasa perlulah dibuat dengan segera.

4. PERANAN PIHAK SEKOLAH
Pihak sekolah juga boleh mengambil langkah untuk membendung masalah gejala sosial daripada berleluasa di kalangan remaja masa kini. Pihak sekolah perlu memantau segala aktiviti murid-murid di sekolah. Sebagai contoh, pihak sekolah perlu mengetatkan lagi peraturan sekolah agar murid-murid di sekolah tidak terlibat dengan gejala sosial seperti merokok di tempat-tempat tertapuk pada waktu sekolah. Hal ini demikian kerana pada masa kini, terdapat banyak kes murid-murid yang merokok atau bedua-duaan dengan berlainan jantina di tempat-tempat yang tidak sepatutnya pada waktu sekolah. Oleh itu, pihak sekolah haruslah membuat pemantauan pada setiap masa agar perkara ini dapat dielakkan.

NUR FIFA HAZIRA BINTI HUSSEIN (292818)KESAN GEJALA SOSIAL YANG BERLAKU DALAM KALANGAN REMAJA MASA KINI 1. Kesan Ke atas ...
05/05/2023

NUR FIFA HAZIRA BINTI HUSSEIN (292818)

KESAN GEJALA SOSIAL YANG BERLAKU DALAM KALANGAN REMAJA MASA KINI

1. Kesan Ke atas Individu
Seseorang insan yang dilahirkan didunia yang fana ini ibarat sesuci kain putih yang tiada kotoranya, ianya terp**ang pada seseorang individu itu bagaimana dia hendak mencorakkan kehidupannya. Individu yang mencorakkan dirinya dengan akhlak yang baik akan dipandang mulia dan tinggi, berbanding individu yang mencorakkan dirinya dengan perkara-perkara negatif akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Bagi seseorang yang bergelar muslim terutamanya remaja, akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan perkara-perkara keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Sebaliknya, kebanyankkan remaja muslim pada hari ini tidak mengikut ajaran islam yang sebenarnya, sebaliknya memalukan agama, bangsa dan Negara. Tidak dapat dinafikan juga kesan gejala sosial ini akan memberikan kesan yang mendalam pada diri seseorang remaja itu.

2. Kesan Ke atas Keluarga
Keluarga memainkan peranan yang sangat penting kerana dari institusi kekeluargaanlah kebahagian dan keharmonian sesuatu masyarakat itu terbentuk. Keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagian dan keharmonian yang dialami sesuatu masyarakat. Akhlak seseorang individu remaja yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak dalam institusi kekeluargaan akan memberikan kesan yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu. Akibat daripada wujudnya ketidak harmonian dalam kekeluargaan, sesebuah kekeluargaan pastinya akan berlakunya penceraian. Ini akan menjadikan masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara, seterusnya hilang tempat bergantung dan bermanja. Kesannya berlakunya masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah, pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan masalah-masalah yang lain.

3. Kesan Ke atas Masyarakat
Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa pada masa kini ialah dengan melihat akhlak dan moral sesuatu masyarakat. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan masyarakat. Sekiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak–pihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan, maka tidak hairanlah suatu hari nanti, akan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remaja–remaja Melayu terutamanya akan rosak dan binasa. Namun begitu terdapat kesan yang paling ketara yang akan dilihat kiranya akhlak remaja pada hari ini tidak dibendung dengan segera. Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-padu. Akibatnya perasaan buruk dan prasangka akan wujud dalam masyarakat. Sifat saling curiga-mencurigai akan bertahta di hati masyarakat. Hal ini menberi kesan apabila berlaku pergaduhan dalam masyarakat. Isu-isu perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum. Sekaligus kadar jenayah dalam kalangan masyarakat juga akan meningkat yang mana hal ini disebabkan oleh kadar keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin meningkat.

4. Kesan Ke atas Negara
Implikasi utama terhadap negara jika gejala sosial dalam kalangan remaja ini tidak ditengani segera akan menyebabkan negara akan kehilangan pelapis generasi kepimpinan pada masa hadapan. Hal ini akan menjadikan kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan sosioekonomi negara menjadi lembap kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang tinggi di kalangan masyarakat. Perkara ini menjadikan kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala sosial ia sekaligus meningkatkan kos perbelajaan kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah. Seterusnya anasir-anasir luar akan meresap masuk kedalam negara sekiranya generasi muda pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka. Dan, kesan paling utama ialah remaja pada hari ini terutamanya akhlak remaja Islam hancur dan rosak, maka pandangan bangsa lain terhadap agama yang kita anuti pada hari ini tentulah serong dan buruk.

5 Punca Remaja Masa Kini Terjebak dengan Gejala Media Sosial----------------------------------------_1. Gajet_Sejak pera...
04/05/2023

5 Punca Remaja Masa Kini Terjebak dengan Gejala Media Sosial
----------------------------------------

_1. Gajet_
Sejak peralihan zaman moden sekarang, kita dapat melihat ibu bapa sering kali memberikan gajet-gajet kepada anak-anak sejak kecil lagi. Ini membuatkan anak-anak kecil mendapatkan pendedahan awal penggunaan gajet dan kemungkinan besar ianya akan meleret sehinggakan anak-anak ketagihan gajet. Apabila anak meningkat remaja, isu ketagihan gajet akan semakin membimbangkan dan akan membuatkan remaja mudah terjebak dengan gejala sosial.

_2. Media Sosial_
Kebebasan remaja menggunakan media sosial melalui gajet tanpa had masa dan tanpa pemantauan ibu bapa ini boleh menjadi punca kebanyakkan remaja kini terjebak dengan gejala sosial. Jika dibiarkan perkara ini melarat, gejala negatif seperti melayari laman web lucah (p***o), judi online, menonton filem 18sx, membeli barangan terlarang di atas talian, hamburan kata-kata toxic di media sosial atau ketika gaming dan banyak lagi perkara buruk bakal merosakkan jati diri remaja.

_3. Didikan Agama Dan Moral_
Pendidikan agama dan moral perlu diberikan keutamaan sejak Anak-Anak masih kecil kerana didikan yang cukup dan sempurna menjadi benteng yang kukuh untuk menangkis segala anasir yang tidak baik. Masalah social seperti pembuangan bayi dalam kalangan remaja merupakan akibat daripada remaja yang kurang didikan agama kerana mereka tiak dapat membezakan yang mana baik ataupun buruk untuk diri mereka sendiri. Kebanyakan remaja yang terlibat dalam gejala sosial tidak mempunyai didikan agama dan moral yang mendalam.Mereka tidak takut pada dosa atau pembalasan Tuhan di atas perbuatan mereka. Mereka berpendapat bahawa, kehidupan masa remaja perlu diisi dengan hiburan dan keseronokan semata-mata.

_4. Pengaruh Rakan Sebaya_
Pengaruh rakan sebaya juga boleh mendorong remaja terlibat dalam gejala sosial. Disebabkan faktor pergolakan keluarga di rumah, remaja cenderung untuk berjumpa rakan sebaya bagi mencari ketenangan dan kegembiraan. Sebahagian daripada rakan sebaya ini p**a adalah mereka yang mempunyai perangai negatif. Oleh itu, remaja begitu mudah terikut-ikut dengan sikap rakan sebaya mereka. Apabila bersama rakan sebaya, remaja cenderung untuk melakukan perkara tidak berfaedah seperti merokok, melepak, mendapatkan hiburan di pusat-pusat hiburan, lumba haram dan melakukan vandalism.

_5. Latar Belakang Keluarga_
Faktor ini juga boleh menyumbang ke arah punca remaja terlibat dengan masalah sosial jika ibu bapa terlibat di dalam masalah rumahtangga, jenayah seperti dadah, judi dan alkohol.Anak-anak ini akan mengalami ketegangan hidup di usia muda yang akan memberi tekanan emosi kepada dirinya.Ini menjuruskan anak muda untuk menganggap hala tuju hidupnya akan sama seperti ibu bapa mereka. Pendedahan awal berkaitan isu ini akan membuatkan anak-anak terutamanya yang sudah meningkat remaja akan terikut-ikut jejak ibu bapa yang negatif.

Disediakan oleh Ainaa Faatihah Binti Rosli 292640

📢 Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Biru Warna 💙Selamat datang ke page kump**an kami. Kami merupakan pel...
04/05/2023

📢 Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Biru Warna 💙

Selamat datang ke page kump**an kami. Kami merupakan pelajar Universiti Utara Malaysia dari kursus MPU1013 Penghayatan Etika dan Peradaban- Kump**an 6 sesi A222. Tujuan page ini ditubuhkan adalah kerana kump**an kami sedang menjalankan kajian yang bertajuk “Gejala Sosial & Kehidupan Remaja Masa Kini”. Oleh itu, kami akan menggunakan platform page ini untuk menyebarkan kesedaran kepada masyarakat tentang kehidupan remaja masa kini.

Berikut merupakan senarai nama ahli kump**an kami 🗒️
1. Aina Arysha - 293086
2. Ainaa Faatihah Binti Rosli - 292640
3. Nurul Ezzati binti Bairulkifli - 292871
4. Nur Fifa Hazira Binti Hussein - 292818
5. Lydia Marygrace Lupang - 293290
6. Nur Darmielieya Eliesha Binti Marlizan - 292643
7. Fatin Nurjannah - 292957
8. Koay Ke Chuin - 293146
9. Lau Sheue Yee - 292736
10. Nurul Farhana Binti Khalib - 292711

Kami berharap agar segala posting kami di page ini mampu memberi kesedaran dan ilmu kepada semua orang 🫶🏻

Jom bantu kami LIKE, SHARE & COMMENT untuk berkongsi ilmu baharu dengan orang lain! 😍🫶🏻

Sekian, terima kasih.

Address

Universiti Utara
Universiti Utara

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penghayatan Etika dan Peradaban - Kumpulan 6 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share