30/06/2023
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang melawat page kami ^^
Kami dari kump**an 3
[MPU 1013 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (D)] UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Berikut merupakan poster yang bertajuk :
'HENTIKAN GEJALA VANDALISME'
Disini tertera maklumat berkaitan dengan gejala vandalisme yang masih berlaku sehingga kini. Jadi marilah kita sama-sama mendalami gejala vandalisme ini agar dapat membanteras gejala ini dengan jayanya.
Vandalisme dapat menjadi satu sumbu ke arah kejatuhan etika dan peradaban sesebuah negara. Kesalahan vandalisme merupakan salah satu kesalahan yang sering diambil mudah oleh golongan masyarakat. Perkara ini menjadikan kesalahan ini kurang dititikberatkan dalam kehidupan masyarakat. Sekiranya perkara ini berlanjutan ianya dapat memberikan dampak yang negatif terhadap perkembangan sesebuah negara tersebut dari pelbagai aspek dan sudut pendangan. Jenayah vandalisme perlu dibanteras dari pangkalnya, sekiranya perkara ini ingin ditangani dengan baik. Pesalah vandalisme akan dikenakan tindakan berat atas kesalahan tersebut. Oleh hal yang demikian, semua pihak digalakkan untuk berganding bahu dan bekerjasama dalam membanteras dan mencari jalan penyelesaian yang bernas berkenaan isu ini.
Semoga maklumat yang kami sampaikan dapat dijadikan pengajaran kepada semua dan menambah ilmu pengetahuan yang lebih terhadap gejala vandalisme ini.
Kami amat berterima kasih kepada semua yang sudi follow dan like page kami ♥️♥️♥️