Penghayatan Etika dan Peradaban Group 5

Penghayatan Etika dan Peradaban Group 5 Isu Etika Dalam Pekerja di Sektor Awam & Swasta

Poster isu Etika Pekerjaan dalam Sektor Awam dan Swasta🗣️Sekian daripada kami Ahli kump**an 5😎🔥Disediakan oleh:✍️2) Shir...
16/12/2023

Poster isu Etika Pekerjaan dalam Sektor Awam dan Swasta🗣️

Sekian daripada kami
Ahli kump**an 5😎🔥

Disediakan oleh:✍️

2) Shirley He Jing Lin (299350)
3) K*m Kah Lok (298955)
4) Yeong Yen Shin (298992)
5) Lim Yu Jin (299271)
6) Nik Nor Izzah Binti Nik Amram (298920)
7) Nurul Atiqah Binti Isa (298984)
8)Chanikda A/P Chalakon (299204)
9) Nur Ain Nabilah Binti Ibrahim (299333)
10) Che Nurfarah Liyana Binti Che Abdullah (299345)

Posting 5 🤩🔥TAJUK : CADANGAN UNTUK MENYELESAIKAN DAN KESIMPULAN TENTANG ISU ETIKA DALAM PEKERJA DI SEKTOR AWAM DAN SWAST...
16/12/2023

Posting 5 🤩🔥
TAJUK : CADANGAN UNTUK MENYELESAIKAN DAN KESIMPULAN TENTANG ISU ETIKA DALAM PEKERJA DI SEKTOR AWAM DAN SWASTA😉

Selamat Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan salam biru warna kepada anda semua. Apa khabar semua?👋 Kami harap saudari dan saudara sentiasa sihat walaufiat! 👍 Kami percaya korang mesti tak sabar nak lihat posting kita yang terakhir bagi K*mp**an 5 ni kan? 🥹Bukan sahaja korang tak sabar, kami pun juga semangat nak kongsikan maklumat yang penting kepada anda semua ni.😁 Posting ini kami akan cerita tentang cadangan yang perlu diambil untuk menyelesaikan isu-isu etika dalam pekerja di sektor awam dan swasta. Jadi, kami harap anda semua boleh beri masa kepada kami untuk baca konteks yang kita post ini!😊

Jika anda semua pernah baca posting yang dihasilkan oleh rakan-rakan kami sebelum ini, terdapat pelbagai isu etika yang berlaku dalam pekerja awam dan swasta ini seperti isu integriti dan penyalahgunaan kuasa, isu buli serta juga isu rasuah dan penyelewengan😱. Isu integriti dan penyalahgunaan kuasa dalam pekerja-pekerja ini boleh dikatakan seseorang pekerja melakukan perkara yang menyalahi undang-undang, sanggup pecah amanah dan guna jawatan yang disandang untuk perkara yang menyalahi undang-undang.😞

Situasi ini amat dikatakan serius😡 dan kian membimbangkan kepada sesebuah organisasi dan juga pelanggan ini kerana ia akan memberikan kesan kepada mereka. Sekiranya isu integriti dan penyalahgunaan kuasa ini dalam kalangan pekerja awam dan swasta tidak diatasi, maka ia akan menjejaskan imej dan reputasi sesebuah organisasi perniagaan dan turut menjejaskan kepuasan rakyat terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh pekerja-pekerja tersebut!😱 Sebab tu sikap integriti amat penting tau dalam seseorang pekerja!

Integriti ia melibatkan tiga perkara dalam diri kita, pertama akal, kedua nafsu dan ketiga ialah perbuatan sama ada melalui lidah atau tangan Kalau seseorang pekerja tu tak ada integriti, maka dia akan sanggup melakukan tindakan yang tidak ingin dibuat macam mengkritik pekerja yang berjawatan lebih rendah dengan guna kata-kata kasar. Mereka takkan fikir tentang mana yang baik dan buruk🙅. Mereka buat begitu untuk kebaikan diri sendiri sahaja. Akhirnya, pekerja-pekerja yang jadi mangsa itu akan rasa takut bila nak datang bekerja ini sebab jati diri dalam mereka sudah rosak.
Isu buli ini turut hangat diperkatakan dalam pekerja awam dan swasta ini. Isu buli di tempat kerja bukan isu bahar malah hampir setiap tahun kita boleh dengar isu-isu ini di berita-berita. Seperti mana yang rakan kita kata sebelum ni, perlakuan buli di tempat kerja dikatakan sebagai suatu serangan, khabar angin, desas-desus atau gosip yang jahat, perkataan menghina atau mencerca, perlakuan yang memalukan dan sebagainya😞. Isu buli Mangsa-mangsa buli yang hanya berdiam diri terhadap apa yang diperlakukan terhadap mereka akan mula menghadapi masalah kesihatan selain kehidupan peribadi juga akan terjejas. Awak tahu tak? Menurut kata bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Kes buli di tempat kerja menyumbang kepada pelbagai masalah, termasuk peningkatan risiko kesihatan dan melemahkan prestasi kerja.

Semua pihak perlu lebih memahami dan menghayati bahawa perbuatan buli bukan sahaja boleh berlaku terhadap pelajar sekolah dan universiti, malah orang dewasa dan berkerjaya pun tidak terkecuali menjadi mangsa. Isu buli di dalam kalangan pekerja akan melibatkan ugutan, gosip, jenaka yang menyinggung perasaan dan memperkecilkan seseorang individu😤. Jadi, isu ini tidak boleh dipandang ringan oleh mana-mana pihak. Pentingnya kita perlu memastikan setiap organisasi kerja bebas daripada isu buli dalam pekerja-pekerja bagi mengelakkan kewujudan tekanan yang berpanjangan.

Seterusnya, isu rasuah dan penyelewengan itu turut dikatakan kritikal dalam sektor awam dan swasta. Isu rasuah dan penyelewengan ini boleh dikatakan paling serius antara tiga-tiga isu ini. Kerana ia akan memberikan kesan kepada seluruh negara. Jika isu tersebut melibatkan organisasi yang kecil itu boleh dikatakan isu yang kecil sahaja. Kalau isu ini melibatkan dalam organisasi yang besar contohnya, pentadbiran kerajaan atau mana-mana organisasi perniagaan yang bersaiz besar di dalam negara, ia bukan sahaja merosakkan imej negara, malah ia turut akan menjejaskan reputasi sesebuah organisasi.

Korang jangan risau, 😊Kita ada beberapa cadangan untuk elakkan isu-isu etika yang berlaku kepada pekerja dalam sektor swasta dan awam. Korang kena baca cadangan-cadangan ini sampah habis sebab cadangan ini semua ada efektif.🤩😀 Ok jom kita tengok apa cadangannya. Pertamanya, kerajaan perlu menyedari bahawa sektor awam adalah instrumen terpenting dalam pengurusan dan pentadbiran. Pembudayaan etika dan integriti mestilah terjemahkan dalam semua aspek.🤔 Baru dapat elak isu-isu ini. Seterusnya undang-undang juga perlu ketatkan supaya kes-kes macam rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa dapat dielakkan. Korang tahu tak apa ITU Akta Pencegah Rasuah 1961❓ Tak tahu kan🤭. Takpe saya bagitahu ye. Akta ini diluluskan bagi menggantikan The Prevention of Corruption Ordinance 1950. Pada tahun 1967, Pencegah Rasuah (SPR) telah tubuhkan untuk hapuskan masalah rasuah ini😯. Dengan mengambil kira perkembangan dalam negeri dan antarabangsa, Akta ini kemudian disemak pada tahun 1971 dan seterusnya dimansuhkan serta digantikan dengan Akta Pencegahan Rasuah 1997. Sejak penubuhannya sehingga kini, BPR telah memainkan peranan penting dalam memerangi rasuah, memelihara integriti pentadbiran Kerajaan dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya rasuah, penyelewengan dan salahgunakuasa😎

Baiklah, bagi elakan masalah etika dan intergriti dalam sektor swasta, hasil inisiatif yang dikenali sebagai Malaysian Code On Corporate Governance (MCCG) telah diterbitkan bawah Kementerian Kewangan. Walaupun pada mulanya MCCG tidak diberikan perhatian kepada pihak swasta,keadaan ini berubah sejak Januari 2001 apabila Malaysia Securities Exchange Berhad (MSEB) menguatkuasakan Revamped Listing Requirements dan menerimapakai kod ini.

Dalam syarat penyenaraian bagi syarikat, MSEB tidak menjadikan kepatuhan pada prinsip dan amalan terbaikdalam MCCG sebagai syarat mandatori. Walau bagaimanapun, semua syarikat di Bursa SahamKuala Lumpur (BSKL) dituntut supaya bersifat telus dengan melakukan disclosures seperti yang dituntut dalam syarat penyenaraian atau Listing Requirements. Mereka diwajibkan membuat laporan mengenai pelbagai perkara seperti yang dituntut oleh syarat penyenaraian.✍️

Setiap syarikat dalam Laporan Tahunan masing-masing perlu memasukkan Kenyataan Mengenai Tadbir Urus Korporat yang melaporkan bagaimana prinsip-prinsip dalam kod MCCG diterapkan serta setakat mana amalan terbaik dalam kod ini dipatuhi. Sekiranya amalan terbaikini tidak dipatuhi, maka syarikat diperlukan membuat penjelasan dan menerangkan amalan alternatif yang mereka laksanakan.😉 Dengan cara ini, syarikat terpaksa meningkatkan ketelusan dan tanggungjawabannya.😎

Kesimp**annya, isu etika dan integriti kepada pekerja dalam sektor swasta dan awam sering meningkat setiap hari. Pelbagai pihak perlu menitikberatkan isu ini dan mengamalkan langkah-langkah yang sedia ye. Kalau sektor awam dan swasta amalkan inisiatif kerajaan yang sedia, isu-isu ini boleh dihalangkan pada masa depan😎🔥. Terima kasih untuk baca posting ke 5 ye 😉

Disediakan oleh,

K*M KAH LOK (298955)😎

📌POSTING 4📝🚨 TAJUK: ISU RASUAH DAN PENYELEWENGAN DALAM PEKERJA DI SEKTOR AWAM & SWASTA 🚨 Assalamualaikum dan Salam Sejah...
14/12/2023

📌POSTING 4📝

🚨 TAJUK: ISU RASUAH DAN PENYELEWENGAN DALAM PEKERJA DI SEKTOR AWAM & SWASTA 🚨

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua!!! 👋🏼

Posting ni kami nak kongsi tentang isu rasuah🚫🤑 dan penyelewengan🤥bolehke korang beri masa 5 minit untuk baca posting ni 👉🏼👈🏼

Selalunya kita nampak golongan atasan daripada sektor awam yang berjawatan tinggi👮🏻‍♂️👩🏽‍⚕️🧑🏻‍🏫👩🏿‍✈️👩🏾‍⚖️👨🏼‍💼tu terlibat dalam isu rasuah kan🤦🏻‍♀️tapi apa tu rasuah? Haa saya percaya korang dah tahu maksud rasuah🫵🏼 kalau tak tahu pun tak apa✋🏼mai kami kongsikan kepada anda semua🙌🏼Rasuah merupakan suatu aktiviti penerimaan atau pemberian apa-apa suapan sebagai dorongan atau upah🤑supaya melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan urusan rasmi. Saupan rasuah tu bukan sahaja dalam bentuk wang💰, bagi hadiah, bonus, diskaun dan sebagainya pun boleh dikata sebagai rasuah. Maksud rasuah dah tahu kan. Sekarang nak bagitau semua tentang hukuman bagi rasuah.‼️ Kalau korang terlibat dalam kesalahan rasuah akan dipenjara tidak lebih daripada 20 tahun😱 dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau Rm10,000,😔mengikut mana-mana yang lebih tinggi.🤯

Mestilah korang pelik apa punca seseorang ni berlakunya rasuah🤷🏻‍♀️ Rasuah tak akan berlaku jika seseorang tu tiada keupayaan untuk berlakunya. Kemampuan tu wujudlah kalau seseorang ni ada kedudukan dan kuasa dalam organisasi tak kira sektor awam ataupun swasta dan mestilah dia buat macam ini sebab dia yakin perbuatannya tidak akan ditangkap.🤦🏽‍♂️ Bukan ni je banyak lagi punca menyebabkan seseorang melakukan rasuah dalam pekerja seperti sikap tamak🤑 dan tahap integriti yang rendah🤬.

Contohnya perkara yang sangat biasa berlaku dalam pekerja di sektor awam iaitu polis👮🏾‍♂️ tidak mengemukakan saman✍🏼 kepada seseorang yang buat salah tapi minta kopi duit💵 daripadanya🙍🏽‍♀️. 🗣️“Dia untung, saya pun untung. Apa masalahnya⁉️ Kalau saya tak ambil orang lain pun akan ambil.” I rasa konsep ini dah jadi norma dalam minda mereka😩. Korang jangan buat macam ini tau🙅🏽‍♂️ sebab orang yang buat jahat tak mangaku diri sebagai penjenayah🥲 itulah masalah yang paling pening😵‍💫😓. Buktinya kes pada Nov 2023 tu, empat anggota polis didakwa terima rasuah sebab semua tertuduh minta saupan sebanyak Rm3,000 dan terima Rm800 daripada seorang perempuan bagai dorongan untuk lepaskan dua-dua anak lelakinya yang disyaki memiliki dadah jenis syabu.

Isu rasuah kurang diberi perhatian sebab ia isu yang sensitif🫠. Oleh itu, Perdana Menteri Dato' Seri Anwar bin Ibrahim beri “lampu hijau” kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) untuk menyiasat mana-mana menteri atau pegawai kerajaan sekiranya wujud elemen rasuah. Korang tau kan SPRM tu ditubuhkan pada Januari 2009 bertujuan untuk membasmikan rasuah di Malaysia. Saya harap SPRM jangan tutup mata🫣 bagi isu rasuah sebab isu ini dah bawa kesan yang sangat buruk😫 kepada negara kita.

Seterusnya, marilah kita melihat kepada isu penyelewengan🤑👎🏻. Penyelewengan telah menjadi topik hangat🗣️ yang sering dibincang oleh masyarakat dan juga ahli parlimen di sidang parlimen🤔. Hal ini disebabkan oleh penyelewengan bukan isu yang remeh😟 tetapi penyelewengan boleh memberi impak yang negatif kepada individu, masyarakat dan juga negara😮. Penyelewengan merupakan sejenis jenayah kolar putih👔 iaitu tindakan seseorang atau sesuatu pihak menyalahgunakan harta💍💎, wang ringgit dan menggunakan harta atau wang orang atau pihak lain yang telah diamanahkan hak penjagaan kepadanya demi kepentingan diri sendiri👿. Seseorang harus mempunyai kuasa yang sah😎 ke atas harta atau wang yang diamanahkan kepadanya dalam tempoh orang itu melakukan penyelewengan. Contoh perbuatan seperti penyalahgunaan aset atau harta, pemalsuan dokumen📄, pemalsuan atau penipuan maklumat🤥, mendedah rahsiah🤐, menggelapkan harta atau wang, memberi harta yang bukan hak milik kepada orang lain, mengumpul harta yang bukan hak miliknya dan melakukan penipuan yang boleh mendatangkan kerugian📉 kepada pihak yang bertanggungjawab. Sebagai contoh, seorang pengurus menggunakan wang syarikat untuk membuat pelaburan sendiri📈 dengan membeli saham dengan hasrat mendapat mengaut keuntungan yang besar💵 apabila saham dijual ketika harga saham melonjak naik.

Terdapat beberapa jenis penyelewengan, iaitu penyelewengan aset atau harta, pemalsuan dokumen📑 dan pemalsuan atau penipuan maklumat📚. Penyelewengan aset atau harta terdiri daripada penyalahgunaan tunai💰 dan penyalahgunaan bukan tunai. Contohnya, menggelapkan wang atau harta syarikat serta memberi harta🏠 atau menyalahgunakan harta yang bukan hak miliknya kepada orang lain atau diri sendiri. Pemalsuan dokumen📄 terdiri daripada pemalsuan tanda tangan✒️, invois🧾, kandungan dokumen dan surat pengesah sakit manakala pemalsuan atau penipuan maklumat terdiri daripada pembocoran atau penjualan rahsia dan maklumat dalaman🛅🗄️. Contohnya, kakitangan kerajaan🧑🏻‍💼 membocoh maklumat peribadi rakyat kepada kump**an yang melakukan penipuan atas talian🧑🏻‍💻.

Pelaku-pelaku penyelewengan akan berhadapan dengan risiko disabitkan dengan hukuman di bawah undang-undang👮🏻 seperti Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), Kanun Keseksaan (Akta 574) serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram🚫, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613)🚓🚓.

💬Izinkan saya untuk mengemukakan kes penyelewengan yang pernah berlaku di Malaysia. Kes yang paling dikenali oleh rakyat Malaysia📻📺 ialah Kes Penyelewengan Dana SRC yang melibatkan dana sebanyak RM 42 juta😱.

SRC International Sdn Bhd🏦 merupakan syarikat subsidiari 1 Malaysia Development Berhad (1MDB)🏢. Walau bagaimanapun, Hakim Mahkamah Rayuan🧑🏻‍⚖️, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil telah menyatakan bahawa penubuhan Syarikat SRC International Sdn Bdh hanya satu helah untuk menggelapkan dana kerajaan☹️. Dana RM42 juta💲 daripada akaun Ambank milik SRC International Sdn Bhd dipindah masuk ke dalam akaun peribadi milik Najib sepanjang tempoh Disember 2014 hingga Februari 2015. Menurut Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk V Sithambaram, wang itu💸 dipindah masuk terlebih dahulu ke dalam dua akaun bank anak Syarikat SRC International iaitu Gandingan Mentari Sdn Bhd (GMSB) dan Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB) sebelum masuk ke dalam akaun Najib🤯.

Pada 22 dan 24 Mei 2018, bekas Perdana Menteri serta Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak telah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)👮🏻 berhubung isu SRC International Sdn Bhd. Pendakwaan pertama dilaksanakan pada 4 Julai 2018 apaibla Najib dituduh atas kesalahan salah guna kuasa dan penyelewengan🚓. Najib dan beberapa individu telah didakwa mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 dan Pecah Amanah (CBT) sepanjang tahun 2018😔. Pada 4 Julai 2018, Najib didakwa buat kali pertama di Makhamah Sesyen Kuala Lumpur, kes kemudian➡️ dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Najib memberi keterangan membela diri di Mahkamah Tinggi🏛️ sebagai saksi pertama pembelaan bagi menjawab pertuduhan terhadapnya. Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta😰 terhadap Najib selepas mendapati beliau bersalah ke atas semua tujuh pertuduhan pada 28 Julai 2020. Seterusnya, kes ini dihantar ke Mahkamah Rayuan dan turut dihantar ke Mahkamah Persekutuan. Akhirnya, Mahkamah Persekutuan⚖️ dalam keputusan majoriti 4-1 menolak permohonan Najib untuk menyemak semula sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd. Keputusan majoriti itu dibacakan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat.🔚

Kes penyelewengan SRC telah mencemarkan imej negara🤦🏻 dalam peringkat antarabangsa. Oleh itu, sebagai seorang pekerja yang beretika, kita haruslah menjauhi diri🙅🏻 daripada kegiatan rasuah dan penyelewengan.

Sekian, Terima Kasih.😆

Disediakan oleh,
Yeong Yen Shin (298992)
Lim Yu Jin (299271)

📝posting 3📝TAJUK : ISU BULI DALAM PEKERJA SEKTOR AWAM DAN SWASTAAssalamualaikum dan hai semua!!👋🏻 Salam biru warna dari ...
15/11/2023

📝posting 3📝

TAJUK : ISU BULI DALAM PEKERJA SEKTOR AWAM DAN SWASTA

Assalamualaikum dan hai semua!!👋🏻 Salam biru warna dari kami 🩵💙dan salam Malaysia madani 🇲🇾 kepada semua pengikut akaun facebook kami.

Eh hangpa sat la,😆 baca la dulu apa yang kami nak bincangkan dalam posting kalini🤭. Harini kami nak kupaskan isu hangat🔥🔥 tentang masalah buli dalam kalangan pekerja🤜🏻🤛🏻. Haa⁉️🙀😱 Dalam pekerjaaan pon ada masalah buli ke❓ Biasanya kita dengar masalah buli dalam kalangan pelajar sekolah je kan👀. Iyee awak, perbuatan buli ni jugak berlaku dalam kalangan pekerja. Ishh3🤦🏻‍♀️ dah tua-tua pon masih membuli ke tapi tulah hakikat dunia zaman sekarang.

Korang tahu tak buli di tempat kerja tu macam mana? 🧐Perlakuan buli di tempat kerja dikatakan sebagai suatu serangan👊🏻, khabar angin🗣, desas-desus atau gosip yang jahat😏, perkataan menghina atau mencerca🤬, perlakuan yang memalukan🙈, penyalahgunaan kuasa yang mencuba untuk menjatuhkan atau menggagalkan orang atau kump**an lain di kalangan pekerja yang akan menyebabkan mangsa menderita atau stress😔.Bukan itu saja tau, buli juga ialah perlakuan yang menggambarkan kekerasan, ugutan dan ancaman😵‍💫.

Mesti hangpa yang dibuli ni tertanya-tanya "kenapa aku yang jadi mangsa buli?" 🤨 Ok meh sini nak habaq sikit pasal antara alasan dibuli ialah mungkin hangpa tergolong dalam pekerja yang mahir. Aik? Takkan la orang pandai pon kene buli?😟 Haaa betul, bila hangpa buat sesuatu projek dengan cepat sementara orang lain masih bergelut jadi orang lain akan mengharapkan hangpa je untuk menyiapkan projek tersebut. Secara tak sedar hangpa sebenarnya telah menjadi mangsa buli mereka😣. Tapi jangan la hangpa berubah jadi orang hok jenis s**a tangguh kerja pulok ehh risau. Buat kerja cepat tu elok doh cuma jangan la sampai hangpa siapkan kerja projek tu sorang. Faham dok lagi ‼️

Selain dari itu,mungkin juga hangpa adalah orang yang terlalu baik. Lahhh❗️ jadi baik pon kene buli😮‍💨. Tu la hangpa jadi baik tu tak salah tapi jangan la sampai lurus bendul. Bak kata pepatah "buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali". Kami habaq lagutu sebabnya bila kita terlalu ikutkan kata orang, satgi ada yang ambik kesempatan atas kesempitan. Contohnya gini lah, orang suruh hangpa buat kerja hok bukan dalam skop kerja hangpa. Hangpa kerja sebagai pelayan kaunter tetamu di hotel pastu senior hangpa suruh hangpa pi kemas bilik hotel. Kan dah lain tugas dari skop kerja hangpa dah tu. Jadi, hangpa jangan la duk ikut je apa hok si senior tu suruh😒.

Alasan yang terakhir, hangpa seorang yang tidak konfrontatif atau terdedah. Apa p**ak ni❓Okey macam ni, maksudnya ialah hangpa ni seorang yang introvert atau pendiam di tempat kerja🤐. Jadi, pembuli tahu yang hangpa takkan mengadu kepada pihak atasan walaupun hangpa dibuli. Sebab tu la hangpa selalu jadi target mereka🎯. Bak kata orang tua-tua “diam tanda setuju”.

Sekarang hangpa dah tahu apa punca buli kan🤓. Jadi, sekarang kami nak habaq p**ak pasal kesan daripada buli ni. Pertama, buli ni akan memberi tekanan yang berpanjangan terhadap mangsa buli 😖 dan ni juga boleh mempengaruhi kehidupan mangsa sampai menyebabkan mangsa melakukan perbuatan yang boleh mencederakan diri sendiri 🤕 dan paling teruk sampai menyebabkan bunuh diri😵.

Kedua, buli juga akan mengubah personaliti mangsa seperti mangsa akan menjadi lebih rendah diri, pendiam, mudah tersinggung, sensitif dan tidak berupaya untuk mempertahankan diri sendiri.
Akhir sekali, kesan buli akan mengakibatkan tahap produktiviti mangsa dalam pekerjaan berkurang📉, mangsa akan kerap tidak hadir kerja, malah yang lebih teruk lagi akan berlaku peningkatan jumlah pekerja yang berhenti📈.

Ketiga, Masalah buli ni pon boleh jejaskan institusi syarikat tau🏢. Haaa macam mana tu🧐 ye lah bila seseorang pekerja tu dibuli, dah sah-sah la dia jadi tak semangat dalam buat kerja kan😔😔 atau dalam bahasa mudahnya kualiti hasil kerja diaorang dah makin kurang⬇️. Doh bakpe pulok jadi lagutu❓ Sebab mangsa buli ni diorang akan hadap krisis kerisauan😰 dan konflik pergaulan 🗣 sesama rakan sekerja dan pihak pengurusan. Mangsa buli ni biasa akan asingkan diri diorang dari orang ramai👤👨‍👨‍👦‍👦. Akibatnya, tiada keharmonian dalam sesebuah syarikat tu dan akhirnya ni akan jejaskan semangat kerjasama dalam institusi syarikat.

Kami bukan sembang kosong je tau, 😏 kami ada bukti yang kukuh lagi jelas bahawa perbuatan buli betul-betul berlaku dalam sektor pekerjaan. Menurut sumber dari berita harian metro, seorang akauntan syarikat swasta menyatakan bahawa beliau merasakan dirinya dibuli apabila kemampuannya dalam buat kerja sering dipandang rendah oleh pekerja senior. Beliau juga beranggapan dirinya turut dibuli apabila s**ar untuk dapatkan kebenaran bercuti, manakala sijil cuti sakitnya p**a sering dipertikaikan oleh majikan. Situasi seperti itu kerap berlaku di tempat kerja tanpa ada yang menyedari itu sebenarnya adalah perbuatan buli yang boleh menyebabkan mangsa mengalami trauma😣😣.

Kami bukan ada satu bukti je tau, ada lagi satu menurut berita kosmo📰, seorang lelaki menceritakan pengalamanya dibuli teruk ditempat kerja sehingga memberi kesan buruk terhadap mental dan fizikalnya😰😰. Dia berkata "Pada awalnya, saya tidak tahu saya dibuli. Masa itu saya rasa saya yang salah. Bayangkan, ketika saya berusia 46 tahun saya dimarah dan dimaki hampir setiap hari di tempat kerja". Menurut lelaki tersebut, dia juga pernah menangis di hadapan rakan-rakan sekerja kerana tidak tahan dengan tekanan yang dihadapi. Ni dah buktikan bahawa perbuatan buli daripada perkataan pon menyakitkan tau hangpa💔😭.

Ha dah baca kan pasal punca-punca berlaku buli di tempat kerja dan kesan-kesan buruk dari buli ni kan ❓❓❓Banyak kan ❓❓❓Okay sekarang dah tiba masanya kami rumuskan semua 😁 Yang beragama Islam pasti tahu kan yang Islam memandang serius pasal gejala buli sebagai satu penganiayaan sesama manusia‼️ Dalam setiap agama pun perbuatan mencerca, memaki, menggelar orang lain dengan nama yang hina amatlah dilarang walau apapun tujuannya 😣😣tak cukup dengan tu kami masukkan sekali hadis Qudsi sebagai penambah bukti , iaitu Nabi Muhammad yang diriwayatkan daripada Abu Dzar al-Ghiffari r.a. Bahawa Nabi SAW bersabda melalui firma Allah SWT, "wahai hamba-hamba-Ku sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman ke atas diri-Ku ,dan Aku juga mengharamkannya dalam kalangan kamu, maka janganlah kamu zalim-menzalimi,,” riwayat Imam Muslim. Jadi kita yang berpegang pada agama ini kan dah tahu bahawa buli ni mendatangkan banyak masalah 😒 Jadi janganlah kita melakukannya walaupun dalam keadaan terdesak , ingatlah bahwa niat tak menghalalkan cara ye😁.

Sekian terima kasih🩵

Disediakan oleh:
NIK NOR IZZAH BINTI NIK AMRAM (298920)
CHE NURFARAH LIYANA BINTI CHE ABDULLAH (299345)

📝POSTING 2📝TAJUK: ISU INTEGRITI DAN PENYALAHGUNAAN KUASA DALAM PEKERJAAN DI SEKTOR AWAM DAN SWASTA EHH STOP KEJAP🖐🏻!! JA...
14/11/2023

📝POSTING 2📝

TAJUK: ISU INTEGRITI DAN PENYALAHGUNAAN KUASA DALAM PEKERJAAN DI SEKTOR AWAM DAN SWASTA

EHH STOP KEJAP🖐🏻!! JANGAN SCROLL LAGI✊🏻

Assalamualaikum dan hi semua!! 💁🏻💁🏻‍♀️
Singgah laa sini dulu mai baca posting kami jap🤩🤧.Untuk posting pertama berkaitan isu etika di tempat kerja ni, kami nak kongsi tentang isu integriti dan penyalahgunaan kuasa🥸😳❌.
Haa mesti korang selalu dengar kan pasal isu salah guna kuasa dalam kalangan pekerja tak kira sektor awam mahupun swasta👨🏻‍⚖️👩🏼‍✈️👩🏻‍🔬👨🏻‍💻🧑🏻‍🏫.(harap kita semua tak tergolonglah dalam kelompok ni🚫🙅🏻‍♂️🙅🏻‍♀️).Setiap hari ada je berita pasal polis makan rasuah lah, menteri bagi tender kat kroni dia je dan pemimpin yang salah guna jawatannya untuk tolong ahli keluarga terdekat🤦🏻👨🏼‍🤝‍👨🏻👩🏻‍🤝‍👩🏼💸🪪.Tu yang kita tahu sebab masuk berita, orang dok viral kat facebook dan tiktok, yang tak viral pun sudah tentu banyak jugak📰📺📱.Masalah integriti bukan saja berlaku dalam kalangan yang berjawatan tinggi dan “high profile” malah pekerja bawahan juga sama naik🙍🏻〽️♻️.Perkara ni mustahil untuk berlaku jika seseorang itu tahu tanggungjawab dan amanah yang dia pikul💯✅‼️.

Sebelum kami ulas lebih lanjut tentang isu ini, kita kena faham dulu apakah yang dimaksudkan dengan integriti⁉️🤔😳? Apa kaitan integriti dengan penyalahgunaan kuasa? Integriti bermaksud sifat “jati diri” yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan dan berpegang kepada prinsip🫡🫡🫱🏻‍🫲🏽✊🏻.Jadi, apabila seseorang itu tidak mempunyai sifat integriti dalam diri, sudah tentu dia akan cenderung untuk melakukan perkara yang menyalahi undang-undang🤌🏻❎🛃.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),💸💸 data setakat September 2023 mencatatkan✍🏻 sebanyak 978 tangkapan sudah dibuat terhadap penjawat awam termasuk pegawai penguatkuasa, orang awam dan swasta, membabitkan pengurusan tertinggi, peringkat pengurusan serta profesional dan pegawai sokongan.60 peratus daripadanya terdiri daripada orang awam dan kakitangan swasta manakala lagi 40 peratus melibatkan penjawat awam.

📈Data dari SPRM sendiri membuktikan bahawa individu yang didakwa itu tidak mengira pangkat, jawatan atau kecenderungan politik akan dibicarakan di mahkamah sekiranya terbukti bersalah.⚖️Kewibawaan dan ketegasan SPRM dalam menangani masalah integriti dan penyalahgunaan kuasa dapat dibuktikan melalui kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB)🇲🇾.Hal ini kerana walaupun kerajaan sudah bertukar 4 kali, kes ini masih dibicarakan kerana tanpa asas siasatan kukuh, nescaya kes skandal sedunia ini tidak akan dapat didakwa di mahkamah sehingga kini.🙅✍️

🖊️❓⁉️❓Haaa mesti korang tertanya-tanya kan apa punca seseorang ni tidak berintegriti, sanggup pecah amanah dan gunakan jawatan yang disandang untuk perkara yang menyalahi undang-undang🆙💭❔. Yelaa mesti yang berjawatan ni bukan kaleng-kaleng kebijakannya, takkanlah tak boleh fikir mana baik mana buruk🔝☑️⭕️📜.Haa mai sini nak habaq, manusia pada zaman kini sanggup buat apa sahaja demi kepentingan diri mereka biar pun maruahnya tergadai🗂🗞🧰💵.

Sikap integriti dalam diri pekerja di sektor awam mahupun swasta kian menghilang kerana kawalan dalaman syarikat yang lemah⬇️📉🏢.Hal ini menyebabkan pekerja kurang berdisiplin dan tidak rasa bersalah sekiranya melakukan kesalahan kerana mereka tahu tiada tindakan yang serius akan diambil‼️🛂.

Selain itu, kita selalu dengar juga kan isu “cable” ni📸🔌.Ya perkara ini merupakan salah satu punca seseorang itu salah guna kuasanya.Sebagai contoh, Ahmad seorang manager di sebuah syarikat A memberikan jawatan kepada anaknya tanpa melalui sebarang temuduga👨🏻🫱🏻‍🫲🏽🧑🏼.Walhal ada calon lain yang lebih layak dan memenuhi kriteria yang dikehendaki.Situasi ini akan menjadi lebih buruk sekiranya anaknya tidak menjalankan tugas dengan baik🧑🏼💤🚮.Kitaran ini akan berterusan sekiranya tiada pihak yang mencegah dan akan memberi impak negatif kepada masyarakat dan negara🇲🇾➖.

🚦Fakta menarik mengenai satu unit khas yang ditubuhkan oleh SPRM🚦

Inisiatif daripada pihak SPRM sendiri mereka telah menubuhkan satu unit baharu pada 1 Jun 2013 🗓📌iaitu Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) yang berperanan memperkukuhkan institusi dan menggalakkan pembudayaan integriti khususnya di perkhidmatan awam dan GLC🔐⭕️🛂🆙. BPIA turut bertanggungjawab menguruskan penempatan Pegawai Kanan SPRM berwibawa sebagai Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) di UI dan IGU organisasi luar📬📞🏢🏞.
Bagi mencapai objektif penubuhannya⏳〽️, BPIA diberikan tanggungjawab mengawal selia, memberi khidmat nasihat🌬🗯, membangunkan dasar integriti dan melaksanakan penarafan risiko®💯 bagi memastikan pengurusan integriti di sektor awam dan GLC dilaksanakan dengan teratur serta efektif mengikut fungsi utama masing-masing🛗🔄📇🗂.
Rekod BPIA sehingga 31 Ogos 2023🗓📌, menunjukkan sejumlah 522 agensi awam menubuhkan Unit Integriti (UI) pada peringkat masing-masing📉📈, manakala sejumlah 632 Unit Tadbir Urus dan Integriti (IGU) ditubuhkan pada peringkat GLC📊.
Haaa sini🙋🏻‍♀️🙇🏻‍♀️ kami ceritakan antara kes-kes yang terlibat berkaitan dengan isu integriti dan penyalahgunaan kuasa yang pernah berlaku di negara kita🇲🇾✍🏻📰.

📍Harian Metro menyiarkan berita ini pada 8 Jun 2022 🗓berkaitan isu integriti dan salah guna kuasa membabitkan pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (Mara)👨🏻‍💼. Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki👮🏻, SPRM akan menyiasat⚖️🔍 dakwaan bahawa ada pegawai Mara salah guna kedudukan yang didakwa untuk mendapatkan elaun dan sebagainya💰💸.Antara pihak penting yang terlibat dalam siasatan tersebut ialah setiausaha syarikat, pegawai akaun dan beberapa orang saksi bagi membantu siasatan berkenaan🧑🏼‍💼👨🏻‍💻📸.

📍Pada 19 April 2023🗓, Utusan Malaysia mengeluarkan berita mengenai seorang bekas EXCO kerajaan Negeri Melaka👨🏻‍💼, Dato’ Sahar Arpan yang dihukum penjara dua tahun😮 dan denda RM60,000 😵‍💫 oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati bersalah atas tiga tuduhan rasuah💸🛂 dengan menyalahgunakan kuasa meluluskan dua bidang tanah kerajaan untuk kepentingan dirinya empat tahun lalu‼️🥂💰.Bagi setiap tuduhan yang dikenakan, Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar menjatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM20,000 atau penjara enam bulan💵⚖️🛎.

🗣Korang nak tahu tak negeri mana yang mencatatkan kes penyalahgunaan kuasa yang paling tinggi di Malayia? Cuba teka??🤔🤔

Ye negeri Selangor😔 Sebanyak 55% penjawat awam yang ditahan dan didakwa kerana terjebak dengan masalah integriti dalam tempoh 5 tahun sejak 2018😫🤯🤯.Sepanjang tahun 2022, SPRM mencatatkan sebanyak 314 individu keseluruhan ditahan yang membabitkan 84 kakitangan swasta dan 50 orang awam.Tambahan lagi, dalam laporan penahanan terdapat kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan ahli politik seramai 10 orang. Tangkapan tersebut dibuat selepas 269 kertas siasatan dibuka dan 135 sudah dituduh di mahkamah.🙁

📊Sangat banyak kan isu salah guna kuasa di negeri ini.🤒Ini baru satu negeri, belum kita lihat lagi berapa banyak kertas siasatan dan tangkapan yang dibuat oleh SPRM di seluruh Malaysia.Jadi………

Kesimp**annya📝, sebagai seorang individu yang berintegriti kita haruslah memegang jawatan atau amanah yang diberikan dengan sebaiknya📑🪪💯.Hal ini kerana pemimpin yang bagus merupakan individu yang datang dari kalangan mereka yang berintegriti🙌🏻🫡.Sekiranya, negara 🇲🇾hilang sikap pemimpin yang berintegriti dan berkualiti, suatu hari nanti pasti negara kita akan musnah dan wujudnya ramai masyarakat yang tidak beretika💢💤📈.

Terima kasih ye 😍🤩sudi singgah baca posting kami👯‍♀️✨
Stay tuned untuk posting seterusnya dengan isu yang lebih hangat💅🏻🔥

DISEDIAKAN OLEH:
🧕🏻Nurul Atiqah binti Isa (298984)
🧕🏻Nur Ain Nabilah binti Ibrahim (299333)

Address

UNIVERSITI UTARA
Universiti Utara

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penghayatan Etika dan Peradaban Group 5 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share