21/12/2022
POSTING 2
TEMA : PEMBUANGAN BAYI
TAJUK : STATISTIK PEMBUANGAN BAYI DI MALAYSIA
Pembuangan bayi merupakan satu jenayah di negara kita. Ia berlaku akibat kehamilan yang tidak diingini. Ramai remaja yang mengandung di luar terpaksa membuang bayi mereka dengan terdesak kerana malu dan takut akan akibat yang bakal ditanggung. Tetapi, tindakan pembuangan bayi akan memberi banyak kesan yang buruk kepada keluarga dan masyarakat negara kita.
Majoritinya, ibu yang bersedia untuk membuangkan bayi mereka akan melahirkan anak dengan menggunakan cara sendiri tanpa pertolongan daripada pihak hospital. Sewaktu mereka melahirkan anak, ibu tidak berada dalam keadaan dan situasi yang selesa. Tanpa penjagaan perubatan yang sempurna, ibu akan mengalami jangkitan kuman dan juga kehilangan darah yang banyak semasa melahirkan anak. Dalam keadaan ini, bayi akan cedera sewaktu bersalin dan kadar kematian bayi adalah sangat tinggi jika berbanding dengan kelahiran bayi di hospital.
Di samping itu, akibat daripada pembuangan bayi juga, berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan. Apabila institusi sesebuah keluarga itu runtuh, keharmoniaan dalam kekeluargaan juga turut terkena tempiasnya. Hal ini disebabkan, ibu bapa berasa malu mempunyai anak yang sebegitu rupa tingkah lakunya. Mereka menganggap anak seperti ini telah menconteng arang ke muka mereka. Apa yang mereka bimbangkan adalah jiran sekeliling mereka yang pastinya memandang serong dan negatif dengan keluarga mereka. Kesimpulannya, kesan pembuangan bayi akan menjejaskan ibu bayi, keluarga, masyarakat dan juga negara kita. Sebagai remaja perempuan, mereka harus elakkan kehamilan sebelum berkahwin dan bersedia untuk membina keluarga. Semua agama di Malaysia melarang seks sebelum kahwin dan kita haruslah sentiasa taat kepada ajaran agama. Pihak masyarakat dan kerajaan haruslah bekerjasama untuk mengatasi masalah pembuangan bayi ini dengan secepat mungkin.
Ismahani Binti Abdul Rahim (287990)