13/07/2023
Tajuk: Kesimp**an Masalah Gejala Rasuah di Malaysia
Konklusinya, rasuah merupakan suatu gejala sosial yang seharusnya kita banteras bersama sehingga ke akar umbi. Dalam hal ini, semua pihak tidak kira berpangkat mahupun berharta seharusnya bertanggungjawab dalam usaha bersama menggembleng tenaga, berganding bahu untuk mengatasi gejala rasuah di negara kita yang semakin berleluasa sebelum keadaan menjadi lebih teruk. Tidak dapat dinafikan, masalah ini dapat ditangani seperti bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan hanya jika setiap individu memainkan peranan dengan mengelakkan diri daripada mengambil rasuah. Bukan itu sahaja, tindakan setimpal yang dikenakan terhadap pesalah rasuah tanpa mengira kedudukan juga dapat meningkatkan kepercayaan serta keyakinan rakyat. Berikutan itu, negara kita mampu untuk terus maju dan menjadi sebagai sebuah negara kelas pertama di mata dunia. Tambahan lagi, tanpa wujudnya gejala rasuah, ia juga mampu menjadikan ekonomi negara kita bertambah maju pada tahap yang maksimum. Oleh itu, ini dapat membuktikan bahawa terdapat pelbagai kesan negatif yang bakal dilalui oleh negara yang kita cintai sekiranya gejala rasuah tidak dibendung sejak awal lagi. Hal ini kerana, rasuah boleh diibaratkan seperti anai-anai yang mampu menumbangkan sebuah negara kerana kesannya tidak dapat dilihat dengan jelas tetapi berpotensi untuk melumpuhkan kekuatan sesebuah negara itu. Bukan itu sahaja, SPRM juga seharusnya mengatur inisiatif dalam usaha mencapai sifar kes rasuah dalam negara kita manakala pihak kerajaan p**a perlulah mencari solusi untuk mempertingkatkan ekonomi dan daya sara diri rakyat agar mereka tidak mudah terpengaruh dengan gejala rasuah dalam apa jua keadaan. Rakyat yang sejahtera dalam ekonomi negara yang sihat berpotensi melahirkan sebuah negara yang berdaya saing serta terjaga imejnya di mata dunia.
Disediakan oleh : NURHANNA BINTI ZAIDY (295473)